Sunday, September 9, 2012

pahang-terengganu lagi...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai bloggers dan readers sekalian!
sedang apa dan dimana? ^_^

aku tak tahu nak taip pasal apa jadi aku buat sambungan entri yang sebelum ni je lah.

balik kampung kali ni agak sedih aku rasa sebab rupa-rupanya tu lah kali terakhir aku dapat tengok tok ayah aku :( tok ayah aku dah pergi buat selama-lamanya pada hari ahad lepas (2.9.12).

restoran terapung buka malam jer :P

rumah tok ayah aku betul-betul depan pusat kesihatan bandar permaisuri (lupa nak ambik gambar), bersebelahan dengan restoran terapung yang tak terapung pun sebenarnya sebab ada tiang :P

aku tak tahu macamana rupa restoran terapung ni masa dia beroperasi, meriah ke tak aku tak tahu sebab tiap kali aku balik mesti restoran ni pun tak beroperasi :P

rumah mak sedara aku (cikgu rubiah mansor)

rumah mok yah aku ni memang wajib pergi tiap kali balik sebab kalo tak pegi alamatnya kena marah dengan dia tapi takpe sebab rumah dia pun tak jauh dari rumah tok ayah aku tu. rumah tok ayah bawah bukit rumah dia atas bukit tapi tak letih kena panjat bukit sebab bukan pegi jalan kaki pun :P

masjid kg gerai

aku singgah sini sebab dekat sebelah masjid ni rumah sepupu mak aku (takde gambar), dia nak buat kenduri kawin anak dia tapi disebabkan aku sekeluarga tak sempat nak pergi kenduri tu jadi kami semua datang awal sehari.


yang ni acara wajib tiap kali balik terengganu (beli keropok lekor) aku tak ingat nama tempat ni. beratur panjang orang yang nak beli keropok kat sini sebab keropok dia memang sedap. lepas makan gerenti lima jari tu habis di jilat hehe


yang ni pula rumah pak long yakni abg papa aku. kami singgah masa dalam perjalanan nak balik ke pahang, aku tak ingat nama kampung tu cuma apa yang aku tahu simpang nak masuk rumah dia tu ada signboard Kg Bukit Diman. hulu terengganu jadi bagi sesiapa yang tak pernah dengar dialek diorang memang tercengang la sebab tak faham apa yang diorang cakap hehehe


ha ni la papa ngan pak long aku. cer teka mana satu papa aku, mana satu pak long aku hehe

balik terengganu kalau masuk bandar mesti lenguh kaki sebab banyak sangat traffic light dah la dekat-dekat jer, lenguh sebab asyik nak kena tekan clutch. rasanya KL pun tak banyak traffic light macam kat terengganu.
aku pernah kira, kalau tak silap aku dekat 30 traffic light aku kena tempuh tapi balik kali ni selamat sebab aku tak masuk bandar :P

erm habis dah kisah pasal balik kampung raya hari tu, mesti bosan kan, cerita entah apa-apa -.-

AL-FATIHAH UNTUK ARWAH TOK AYAH AKU


p/s raya haji ni kena balik lagi sebab sepupu aku nak kawin..sigh

10 comments:

  1. terasa macam turut sama balik ganu bila baca entri ni :P

    rajinnyer abg kira trafic light eh? hehe

    p/s ala cian dia..kena memandu jauh lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. puteri kasih : takde kerja dalam kereta kira traffic light je lah :P

      erm tu lah..kena memandu jauh lagi

      Delete
    2. untuk hilangkan rasa bosan eh..hehe

      Delete
    3. ha ah bosan memandu buat la apa yg patut nak hilangkan bosan tu..hehe

      Delete
  2. lepas ni kalau bosan dalam kereta...leh la baby cuba :P hehe

    ReplyDelete
  3. Tak sangka ada blogger yang tahu jugak kampung sokor ni, sebab kampung tu memangla hutan sangat-sangat. Kat sana pun orang dah tak ramai - ramai yang berhijrah.

    Rumah atuk sebelah ayah saya pulak dengan Besut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arham Md Ali : memang ramai yang tak tahu pasal kampung sokor tu, sy pernah tanya kawan sy org kelantan dia pun tak tahu kampung sokor kat mana..hehe

      kg sokor tu kg arwah nenek kandung belah mama saya, rumah arwah tok ayah dan arwah nenek tiri belah mama di permaisuri, setiu..

      besut..apa nama kampung tu?

      Delete
  4. Replies
    1. hanif idrus : amin..terima kasih

      Delete