Monday, July 22, 2013

Sang kambing dan telaga buta.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

*****

http://en.wikipedia.org/wiki/Goat

Ada seekor kambing yang terjatuh ke dalam sebuah perigi buta. Kambing tersebut mengembek sehingga menarik perhatian orang yang lalu lalang. Orang ramai berfikir bagaimana untuk membantu mengeluarkan kambing tersebut dari perigi buta itu. Perbincangan mengambil masa berhari-hari. Malangnya mereka tidak menemui cara untuk mengeluarkan kambing tersebut.
Mereka mengandaikan bahawa kambing tersebut sudah tidak dapat diselamatkan dan bagi mengelak bau busuk akibat bangkai si kambing maka akhirnya mereka sepakat untuk mengambus sahaja perigi buta itu.

Penduduk kampung bergotong-royong menimbus perigi buta itu. Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah nasib si kambing. Bukan sahaja terjatuh ke dalam peigi buta, malah ingin dikambus hidup-hidup oleh penduduk kampung. Pasti tamat sudah riwayat si kambing. Namun si kambing tidak berputus asa. Setiap kali tanah di dan pasir dituang ke dalam perigi, si kambing akan menggoyangkan badannya bagi menyingkirkan tanah daripada menimbus badannya.

Penat kerana tidak makan dan minum selama beberapa hari tidak dihiraukan sang kambing, sebaliknya dia semakin bersemangat. Makin lama makin tinggi timbunan tanah dan pasir, makin cerah jugalah harapannya untuk keluar dari perigi buta tersebut. Akhirnya si kambing terselamat. Dia melompat keluar dengan girangnya.

"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (al-Inshirah 94:5-6)


-angguk geleng solusi-



p/s ; teringin nak makan nasi beriani kambing, heh. peace ^_^

1 comment:

  1. Nice analogy.

    Semalam baru jer berbuka makan nasi beriyani. Nyummy....

    ReplyDelete