Friday, July 19, 2013

Aku janji pemimpin muslim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pilihanraya umum sudah lama berlalu, pilihanraya kecil pula bakal menyusul tak lama lagi. Pemimpin yang telah diberi mandat rakyat  kebanyakannya melayu beragama Islam. Aku tertarik dengan apa yang aku baca dalam majalah solusi isu 56 yang di tulis oleh saudara Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani. Di bawah ni antara petikan yang di tulis oleh beliau yang mana ianya amat perlu di pandang serius oleh pemimpin melayu beragama Islam di negara ni.

"Iaitu mereka yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menyuruh berbuat kebaikan dan melarang berbuat keburukan." (Surah al-Hajj 22:41)

Al-Shanqiti dalam Adwa' al-Bayan mengulas: "Golongan yang diberikan kuasa memerintah dan kekuatan di bumi, sedangkan dalam masa yang sama tidak mendirikan solat, menunaikan zakat atau melaksanakan amar makruf nahi mungkar, maka mereka tidak dijanjikan dengan kemenangan dan pertolongan daripada Allah.

Hal ini kerana mereka bukan daripada parti Allah. Mereka bukan daripada kalangan wali-Nya yang dijanjikan kemenangan. Bahkan mereka daripada parti dan wali-wali syaitan.

Jikalau mereka meminta pertolongan dan kemenangan daripada Allah sebagai menuntut janji-Nya, maka mereka seumpama pekerja yang tidak mahu melakukan kerjanya tetapi meminta upah. Dan jika keadaan sebegini seolah-olah mereka tidak mempunyai akal."

Ayat tersebut juga menunjukkan empat perkara yang merupakan manifesto yang wajib dilaksanakan sama ada sebelum menang atau selepas menang pilihan raya. Ia merupakan manifestasi kesyukuran mereka atas kemenangan yang dikurniakan Allah kepada mereka.

MENDIRIKAN SOLAT
MEMBERI ZAKAT
MENGGALAKKAN KEBAIKAN
MENCEGAH KEJAHATAN


Pilihan sudah di buat, keputusan juga telah di perolehi. Yang menang bertanggungjawab untuk mentadbir sebaik mungkin. Amanah besar terletak di bahu anda semua, jadi laksanakan sebaik mungkin atau tunggulah balasan Allah di hari pengadilan kelak.



p/s : peringatan untuk diri sendiri kerana aku juga seorang pemimpin bagi diri aku sendiri.

2 comments:

  1. bukan mudah untuk menjadi pemimpin untuk diri sendiri apatah lagi untuk memimpin orang lain kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berat tanggungjawab nak jadi pemimpin ni kan

      Delete