Tuesday, July 16, 2013

Lapor jika ada manipulasi.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai, dengar cerita pasangan kontroversi facebook dah mengamuk sebab page diorang dah kena block dek facebook sebab banyak terima laporan negatif pasal page diorang. Dengar cerita juga diorang dah mengamuk sakan di twitter pasal kes ni, siap sumpah seranah lagi. Hurm, apa mahu jadi? Fikir-fikirkanlah bersama apa punca non muslim boleh perlekehkan hal-hal berkaitan sensitiviti muslim secara terbuka ya.

Berbalik kepada tajuk di atas tu. Kali ni Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek meminta kepada peniaga agar melaporkan kepada kementerian sekiranya terdapat perbuatan manipulasi harga oleh orang tengah. Hurmm, bagus saranan tu sebab mungkin dapat mengekang kenaikan harga melampau. Kalau aku dapat tahu pasal aktiviti manipulasi harga ni memang aku akan lapor.

"Pemantauan akan terus dijalankan dan sekiranya ada peniaga menaikkan harga secara melampau, tindakan akan di ambil di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011" kata beliau. Baca sini.

Satu perkara yang dari dulu lagi aku nak tahu. Berapa harga yang diberikan oleh pihak ladang ternakan kepada pemborong? Kalau boleh siarkan dalam media senarai harga sebenar supaya peniaga dan pengguna dapat menilai sama ada berlaku perbuatan manipulasi harga atau memang harga sebenarnya sudah tinggi. Yang selalu di soal dan yang pening kepala nak menjawab adalah peniaga/peruncit. Yang bertekak dengan pengguna pun peniaga/peruncit. Yang kena saman sebab harga tinggi pun peniaga/peruncit. Tak pernah pun aku tengok laporan dalam media atau di mana saja tentang tokey-tokey besar yang memonopoli bekalan untuk dipasarkan. Kebanyakannya hanya laporan atas angin "kami mendapat makluman bahawa kenaikan harga disebabkan pihak penternak terpaksa menanggung kos yang tinggi berikutan kenaikan harga makanan". Itu saja jawapan yang selalu di bagi oleh pihak-pihak yang berkaitan. Apa solusi untuk membendung kenaikan kos tu?

Tiap-tiap tahun kecoh pasal harga melambung. Lepas tu ada la yang muncul berlagak nak jadi hero kononnya dapat kawal kenaikan harga. Saman sana, saman sini. Yang dapat untung dua tiga puluh ringgit sehari kena, yang untung beribu ringgit sehari tu apa cerita? Sakit hati bila di fikir, astaghfirullahal'azim!



p/s : emosi terlebih pula kali ni, heh. peace!

No comments:

Post a Comment