Wednesday, July 31, 2013

Tuesday, July 23, 2013

DIA Maha Mengetahui.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

*****

gambar pinjam buat harta

"Jangan sekali-kali mempersoalkan apa yang telah Allah tetapkan untuk kita. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya"

     Seorang lelaki tersadai di sebuah pulau. Dia merupakan satu-satunya mangsa kapal karam yang terselamat dan masih hidup. Apabila menyedari bahawa hanya dia seorang yang berada di pulau kecil dan terpencil itu, setiap hari dia berdoa kepada Allah supaya menyelamatkannya.

     Beliau juga tidak putus-putus meninjau laut yang terbentang luas dengan harapan akan ada kapal yang lalu dan dapat menyelamatkannya. Namun segalanya hanya tinggal harapan. Akhirnya lelaki itu membina sebuah pondok kecil di tepi pantai sebagai tempat berteduh daripada terik mentari di siang hari dan berlindung daripada dingin bayu malam.

     Satu hari, lelaki itu meredah hutan untuk mencari makanan buat mengalas perut yang meminta di isi. Sebaik pulang, dia mendapati pondoknya hangus terbakar, tiada apa yang tinggal kecuali abu hitam dan asap yang berkepul-kepul naik ke langit. Lelaki itu terduduk. Merenung nasibnya yang malang, dia mula mempersoalkan takdir malang yang menimpa dirinya.

"Kenapalah nasib aku begitu malang sekali? Kenapalah Allah menguji aku sebegini rupa? Kenapa aku?"

     Petang itu, sedang dia berehat di bawah sepohon pokok, dia ternampak sebuah kapal dari jauh seolah-olah menuju ke arah pulau itu. Dengan semua kudrat yang ada, dia mula menjerit sambil melambai-lambaikan tangan dengan harapan pengemudi kapal tersebut akan menyedari kehadirannya di pulau itu. Dan jelas sekali bahawa kapal itu memang menuju ke arah pulau tersebut.

     Akhirnya lelaki itu diselamatkan dan dibawa menaiki kapal dan diberi makanan dan minuman. Dia berasa hairan bagaimana kapten kapal tahu bahawa ada penghuni di pulau itu.

Dia bertanya kepada kapten kapal: "Bagaimana tuan tahu ada orang tersadai di pulau itu?"
Kapten kapal lalu menjawab: "Kami ternampak asap dari pulau ini. Sebab itu kami menukar haluan ke sini kerana mungkin ada orang yang memerlukan bantuan."

Lelaki itu mula terfikir tentang sungutannya terhadap apa yang berlaku ke atas dirinya. Boleh jadi sesuatu yang kita pandang sebagai musibah hari ini merupakan sesuatu yang memberi keuntungan di kemudian hari.



-angguk geleng solusi #32-




p/s : situasi yang selalu berlaku. Na'uzubillahiminzalik.

Monday, July 22, 2013

Sang kambing dan telaga buta.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

*****

http://en.wikipedia.org/wiki/Goat

Ada seekor kambing yang terjatuh ke dalam sebuah perigi buta. Kambing tersebut mengembek sehingga menarik perhatian orang yang lalu lalang. Orang ramai berfikir bagaimana untuk membantu mengeluarkan kambing tersebut dari perigi buta itu. Perbincangan mengambil masa berhari-hari. Malangnya mereka tidak menemui cara untuk mengeluarkan kambing tersebut.
Mereka mengandaikan bahawa kambing tersebut sudah tidak dapat diselamatkan dan bagi mengelak bau busuk akibat bangkai si kambing maka akhirnya mereka sepakat untuk mengambus sahaja perigi buta itu.

Penduduk kampung bergotong-royong menimbus perigi buta itu. Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah nasib si kambing. Bukan sahaja terjatuh ke dalam peigi buta, malah ingin dikambus hidup-hidup oleh penduduk kampung. Pasti tamat sudah riwayat si kambing. Namun si kambing tidak berputus asa. Setiap kali tanah di dan pasir dituang ke dalam perigi, si kambing akan menggoyangkan badannya bagi menyingkirkan tanah daripada menimbus badannya.

Penat kerana tidak makan dan minum selama beberapa hari tidak dihiraukan sang kambing, sebaliknya dia semakin bersemangat. Makin lama makin tinggi timbunan tanah dan pasir, makin cerah jugalah harapannya untuk keluar dari perigi buta tersebut. Akhirnya si kambing terselamat. Dia melompat keluar dengan girangnya.

"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (al-Inshirah 94:5-6)


-angguk geleng solusi-



p/s ; teringin nak makan nasi beriani kambing, heh. peace ^_^

Sunday, July 21, 2013

Gabenor miskin yang kaya jiwa.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

*****

  Sa'id bin 'Amir al-Jumahi dilantik sebagai gabenor di Hims, Syria. Selepas beberapa tempoh beliau memerintah, sebuah gelegasi dari Hims datang mengadap Khalifah Umar al-Khattab di Madinah. 
  Semasa pertemuan tersebut, Khalifah Umar meminta senarai fakir miskin Hims untuk diberikan bantuan. Dalam senarai itu tercatat nama Sa'id bin 'Amir al-Jumahi.

  Beliau bertanya kepada delegasi tersebut: "Siapakah Sa'id bin 'Amir yang kamu tuliskan ini?"
  "Gabenor kami."
  "Benarkah gabenor kalian miskin?" Khalifah Umar kehairanan.
  "Benar, wahai amirulmukminin! Demi Allah, di rumahnya jarang dinyalakan api," jawab mereka meyakinkan khalifah.
  Mendengarkan jawapan itu, Khalifah Umar menangis sehingga air mata membasahi janggutnya. Kemudian beliau mengambil sebuah karung berisi wang seribu dinar.

  "Kalian pulanglah ke Hims. Sampaikan salam kepada Sa'id bin 'Amir. Wang ini saya kirimkan untuk beliau bagi meringankan kesusahannya."

  Apabila Sa'id menerima karung berisi wang tersebut, beliau meletakkan ia agak jauh dari dirinya sambil mengucapkan:

"Inna lillah wa inna ilaihi raji'un."

  Kemudian beiau mengambil semula karung berisi wang itu lalu meminta isterinya mengagihkannya kepada fakir miskin. Selang beberapa tempoh, Khalifah Umar berkunjung ke Syria untuk memeriksa pemerintahan perwakilan di sana.
Dalam kunjungan itu, beliau singgah di Hims. Rakyat Hims berkumpul untuk meraikan kedatangan khalifah. 

  Khalifah Umar bertanya kepada rakyat jelata: "Ada sebarang aduan berkenaan gabenor kamu?"
Seorang jurucakap yang mewakili penduduk Hims berkata: "Gabenor kami sering tiba di tempat kerja setelah matahari tinggi di atas kepala."
  Sa'id bin 'Amir al-Jumahi menjawab aduan itu: "Keluarga saya tidak memiliki pembantu. Setiap pagi saya membuat adunan roti. Sesudah siap barulah saya membakar roti untuk hidangan keluarga. Kemudian saya berwuduk. Setelah siap barulah saya ke tempat kerja untuk menguruskan masyarakat."
 "Gabenor tidak bersedia melayan kami pada malam hari," jurucakap meneruskan aduan.
 "Sa'id memberi penjelasan: "Saya telah membahagikan waktu saya. Siang hari untuk menguruskan kepentingan masyarakat, malam hari untuk mendekatkan diri kepada Allah."
 "Gabenor tidak masuk bekerja sehari penuh dalam sebulan." Aduan ketiga dikemukakan.
 "Saya hanya memiliki sepasang baju. Saya hanya mencucinya sekali sebulan. Saya menunggu sehingga baju itu kering, kemudian barulah saya dapat ke pejabat mentadbir urusan masyarakat," Sa'id menjawab jujur.
 Sekembali ke Madinah, Khalifah Umar mengirimkan seribu dinar untuk Sa'id bagi memenuhi keperluan hariannya.
  Kali ini isteri Sa'id memberikan cadangan: "Segala puji bagi Allah yang mencukupkan rezeki kita berkat keikhlasan kamu. Saya ingin menggunakan wang ini untuk membeli keperluan rumah dan menggaji seorang pembantu untuk kita."
  Namun Sa'id memberikan cadangan yang lebih bernas:
    "Kita berikan wang ini kepada rakyat yang memerlukannya. Itulah yang lebih baik bagi kita."
    "Mengapa?" Isterinya kehairanan.
    "Menderma bererti kita mendepositkan wang kepada Allah. Itulah cara yang lebih baik!" Sa'id mengemukakan hujahnya.
  Akhirnya Sa'id memasukkan wang itu ke dalam beberapa karung kecil, kemudian memberikan arahan kepada salah seorang ahli keluarganya: 
    "Berikan karung ini kepada janda si fulan. Ini pula kepada anak yatim si fulan. Karung ini pula si fulan yang miskin."
  
Sa'id membeli akhirat dengan dunia dan mengutamakan keredaan Allah dan Rasul melebihi segala-galanya. Semoga Allah melimpahkan kurniaan-Nya kepada Sa'id bin 'Amir al-Jumahi.

amin!



p/s : moral of the story? 

Saturday, July 20, 2013

Ting tong!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hai, salam ramadhan salam 1dunia. Sakit kepala kembali menyerang, mungkin sebab air dalam badan terlalu kurang sebab sepanjang bulan ramdhan ni aku memang kurang minum air kosong.



Kebosanan pun boleh tahan hebatnya, berniaga lebih banyak menung daripada melayan pelanggan. Baik siang, baik malam sama saja. Rezeki aku memang berkurangan sepanjang ramadhan ni tapi aku rasa bukan ramadhan kali ni saja. Setiap kali ramadhan rasanya, hurm...salah sendiri.

Blog ni pun dah bertukar wajah lagi. Ini semua kes bosan tengok blog sendiri, kalau aku sendiri pun dah ada rasa bosan apatah lagi orang yang datang menjenguk kan? Belek sana belek sini, tanya orang dan akhirnya wajah yang ada ni lah hasilnya. Aku tak pandai main coding jadi aku cuma tukar berpandukan apa yang dah disediakan saja lah.

Menarik pada pandangan aku tak semestinya menarik juga pada pandangan kamu kan. Hurm, harapnya takde lah sampai menyakitkan mata ya! Peace.


p/s : ketuk-ketuk keyboard, inilah hasilnya. *bosan*

Friday, July 19, 2013

Aku janji pemimpin muslim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pilihanraya umum sudah lama berlalu, pilihanraya kecil pula bakal menyusul tak lama lagi. Pemimpin yang telah diberi mandat rakyat  kebanyakannya melayu beragama Islam. Aku tertarik dengan apa yang aku baca dalam majalah solusi isu 56 yang di tulis oleh saudara Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani. Di bawah ni antara petikan yang di tulis oleh beliau yang mana ianya amat perlu di pandang serius oleh pemimpin melayu beragama Islam di negara ni.

"Iaitu mereka yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menyuruh berbuat kebaikan dan melarang berbuat keburukan." (Surah al-Hajj 22:41)

Al-Shanqiti dalam Adwa' al-Bayan mengulas: "Golongan yang diberikan kuasa memerintah dan kekuatan di bumi, sedangkan dalam masa yang sama tidak mendirikan solat, menunaikan zakat atau melaksanakan amar makruf nahi mungkar, maka mereka tidak dijanjikan dengan kemenangan dan pertolongan daripada Allah.

Hal ini kerana mereka bukan daripada parti Allah. Mereka bukan daripada kalangan wali-Nya yang dijanjikan kemenangan. Bahkan mereka daripada parti dan wali-wali syaitan.

Jikalau mereka meminta pertolongan dan kemenangan daripada Allah sebagai menuntut janji-Nya, maka mereka seumpama pekerja yang tidak mahu melakukan kerjanya tetapi meminta upah. Dan jika keadaan sebegini seolah-olah mereka tidak mempunyai akal."

Ayat tersebut juga menunjukkan empat perkara yang merupakan manifesto yang wajib dilaksanakan sama ada sebelum menang atau selepas menang pilihan raya. Ia merupakan manifestasi kesyukuran mereka atas kemenangan yang dikurniakan Allah kepada mereka.

MENDIRIKAN SOLAT
MEMBERI ZAKAT
MENGGALAKKAN KEBAIKAN
MENCEGAH KEJAHATAN


Pilihan sudah di buat, keputusan juga telah di perolehi. Yang menang bertanggungjawab untuk mentadbir sebaik mungkin. Amanah besar terletak di bahu anda semua, jadi laksanakan sebaik mungkin atau tunggulah balasan Allah di hari pengadilan kelak.



p/s : peringatan untuk diri sendiri kerana aku juga seorang pemimpin bagi diri aku sendiri.

Tuesday, July 16, 2013

Lapor jika ada manipulasi.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai, dengar cerita pasangan kontroversi facebook dah mengamuk sebab page diorang dah kena block dek facebook sebab banyak terima laporan negatif pasal page diorang. Dengar cerita juga diorang dah mengamuk sakan di twitter pasal kes ni, siap sumpah seranah lagi. Hurm, apa mahu jadi? Fikir-fikirkanlah bersama apa punca non muslim boleh perlekehkan hal-hal berkaitan sensitiviti muslim secara terbuka ya.

Berbalik kepada tajuk di atas tu. Kali ni Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek meminta kepada peniaga agar melaporkan kepada kementerian sekiranya terdapat perbuatan manipulasi harga oleh orang tengah. Hurmm, bagus saranan tu sebab mungkin dapat mengekang kenaikan harga melampau. Kalau aku dapat tahu pasal aktiviti manipulasi harga ni memang aku akan lapor.

"Pemantauan akan terus dijalankan dan sekiranya ada peniaga menaikkan harga secara melampau, tindakan akan di ambil di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011" kata beliau. Baca sini.

Satu perkara yang dari dulu lagi aku nak tahu. Berapa harga yang diberikan oleh pihak ladang ternakan kepada pemborong? Kalau boleh siarkan dalam media senarai harga sebenar supaya peniaga dan pengguna dapat menilai sama ada berlaku perbuatan manipulasi harga atau memang harga sebenarnya sudah tinggi. Yang selalu di soal dan yang pening kepala nak menjawab adalah peniaga/peruncit. Yang bertekak dengan pengguna pun peniaga/peruncit. Yang kena saman sebab harga tinggi pun peniaga/peruncit. Tak pernah pun aku tengok laporan dalam media atau di mana saja tentang tokey-tokey besar yang memonopoli bekalan untuk dipasarkan. Kebanyakannya hanya laporan atas angin "kami mendapat makluman bahawa kenaikan harga disebabkan pihak penternak terpaksa menanggung kos yang tinggi berikutan kenaikan harga makanan". Itu saja jawapan yang selalu di bagi oleh pihak-pihak yang berkaitan. Apa solusi untuk membendung kenaikan kos tu?

Tiap-tiap tahun kecoh pasal harga melambung. Lepas tu ada la yang muncul berlagak nak jadi hero kononnya dapat kawal kenaikan harga. Saman sana, saman sini. Yang dapat untung dua tiga puluh ringgit sehari kena, yang untung beribu ringgit sehari tu apa cerita? Sakit hati bila di fikir, astaghfirullahal'azim!



p/s : emosi terlebih pula kali ni, heh. peace!

Monday, July 15, 2013

Ala-ala boikot la tu..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai semua, apa macam puasa? okay ke tidak? dah siap beli buat baju raya ke? dah siap beli persiapan raya ke? baru berapa hari je puasa dah sibuk tanya pasal persiapan raya bagai, heh.

Kamu semua mesti tengah pening sebab harga barang banyak yang naik kan? Terutamanya harga ayam la yang orang tengah kecoh sekarang ni. Jualan runcit naik sehingga RM9 satu kilo. Hurm memang tinggi harga tu sampai aku yang menjual ni pun tak tau apa dah nak jawab bila di tanya kenapa harga tinggi sangat? Hurm terus terang aku jawab, dari seminggu sebelum puasa sampai sekarang harga bekalan yang aku dapat sama je, takde turun takde naik. Jadi aku pun jual harga sama je lah, RM9 sekilo. 

Tadi aku ada baca di sini tentang 'cadangan' daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hasan Malek supaya mengelak daripada membeli ayam jika harganya terus atau tetap tinggi dan beralih kepada ikan atau daging. Hurm ala-ala boikot gitu, heh. Harga daging sekilo sekarang berapa? Harga ikan kembung sekilo sekarang berapa?

Kalau di tempat aku ni, harga daging sekilo RM22 dan harga ikan kembung sekilo RM12. Untuk kegunaan semasa hari raya tak kan kamu nak beli daging sekilo je kan, sekurang-kurangnya 3 kilo. Maknanya sudah RM66 untuk daging dan jika ikan kembung 2 kilo dah RM24, jumlahnya dah RM90. Tak mustahil kalau kamu 'boikot' taknak beli ayam, harga daging dan ikan akan naik mendadak sebab permintaan yang tinggi dan bekalan yang sedikit berkurangan. Kalau ayam seekor 2 kilo darab 5 ekor darab RM9 jumlahnya RM90 juga. Kalau di ikut permintaan dalam keluarga terutama anak-anak, diorang akan pilih ayam daripada daging atau ikan kan, heh.

Aku sendiri pening kepala sebab harga tahun ni memang melambung sampai ke langit. Tak pernah lagi aku jual dengan harga yang tinggi macam tahun ni. Aku tanya tokey, diorang kata harga bekalan dari ladang maintain. Pelik juga aku sebab media dah kecoh pasal harga melambung tapi diorang tetap boleh maintain harga lagi. Adakah bakal ada tangan-tangan halus yang akan bertindak sebagai hero menjelang lebaran nanti? Kita tunggu dan lihat saja ya!

Kamu fikir la sendiri ya. Aku menaip ni bukan bermakna aku nak mempertahankan harga jualan yang aku guna, cuma aku nak menerangkan serba sedikit supaya kamu boleh faham. Kalau kamu tak faham pun buat-buat faham je lah ya. Bila salah satu bekalan mendapat permintaan tinggi, harganya akan melambung secara automatik, itulah cara tokey-tokey besar ni berniaga. Aku pun pelik dengan tokey-tokey ni sepatutnya masa permintaan tinggi ni la diorang turunkan harga sebab bekalan habis banyak. Masa permintaan kurang barulah naikkan harga sikit sebab nak cover modal yang terpaksa dikeluarkan sedangkan bekalan masih berlambak, kan? Harap-harap turunlah harga ayam untuk raya nanti kan! hurm!!!

*gula naik harga sampai rm2.50 untungnya tetap 5 sen je*


p/s : modal meningkat, untungnya sama je bai, peace!

Sunday, July 14, 2013

Dia tak minta pun!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai semua. Salam ramadhan buat semua umat Islam terutamanya yang berada di Malaysia. Ramadhan bulan yang dipenuhi berkat, syaitan di rantai, dihalang daripada mengganggu manusia melakukan amal ibadah. Namun masih ada musuh yang perlu ditentang iaitu nafsu dan hanya dapat ditentang dengan iman yang kukuh. Tiada siapa yang dapat membantu untuk mengekangnya kecuali diri sendiri. Jadi perbanyakkanlah amal sempena bulan penuh berkat ini tapi janganlah pula beramal dalam bulan ramadhan saja ya.

Puteri Awani. Entah siapa gerangan empunya nama, tiba-tiba boom! satu Malaysia kenal malah rasanya satu dunia dah tahu pasal tuan punya nama ni. Semuanya berpunca daripada satu video yang mungkin bagi sesetengah orang memang tak patut di kongsi tapi ada juga yang tak kisah pun kan. Aku pun ada tengok video tu, meloponglah kejap mulut aku. Berani betul minah ni buat video macam tu tapi itu hak dia, lantak kamu la apa kamu nak buat.

Cuma bila benda-benda macam tu jadi tatapan umum ia akan jadi bahan mainan ataupun jadi bahan kutukan. Silap-silap biol kepala minah tu kalau tak tahan dek kutukan yang di terima. Yang menyebarkan tu mungkin niatnya nak mengajar tapi yang melihatnya? Kutukan je yang banyak aku tengok. Hurm tak pasal-pasal minah tu dapat pahala percuma kan. Yang minah tu pun satu hal, benda-benda macam tu sepatutnya jadi tatapan peribadi je yang di public kan tu kenapa? Sekarang bila jadi macam ni kamu juga yang pening kepala kan.

Cukuplah gamaknya aku merapu. Cakap banyak nanti aku pula yang kena bash, hehe. Setuju tidak, tak setuju pun tidak. Aku neutral, kamu kongsi video aku tengok, kamu kongsi apa pun aku tengok. Kalau kelakar aku gelak, kalau sedih aku menangis, kalau serius aku pun serius. Cuma dalam bulan penuh berkat ni lebih baik kalau kita perbanyakkan amal ibadah, doakan kesejahteraan saudara seagama kita yang sedang dilanda kesulitan, itu lebih baik daripada kita sedekahkan pahala percuma kepada perkara-perkara yang tak sepatutnya, kan? heh 


p/s : buat kontroversi, orang kutuk, dapat pahala percuma, jangan lupa ucapkan terima kasih ya. peace ^_^

Thursday, July 4, 2013

The 'sins' of Morsi?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


image : http://img.timeinc.net/time/2012/poypoll/morsi.jpg

What 'sin' Dr. Mohammad Morsi of the Egyptian people?

'Sins' Dr. Mohammed Mursi during the rule of Egypt. (Read total)

Why so try dropping among liberal Egyptian President Dr. Mohammed Mursi? One of the readers sent writing interesting about 'sins' of Egyptian President Dr. Mohammed Mursi. It may be, the opinion delivered by this fanpage true. That 'sin' is what makes the shake Mursi rule.

Following completion of the writing:

'Sin' Mursi is because he can bring Egypt a year to the food bowl. The first time mubarak wheat can only be produced in the state by 20% at most, now has exceeded 60%. It used to be imported from America, now Mursi imports from countries that he wants, the more profitable the people. This situation can save the country spending millions of dollars per year to boost the economy while farmers.

'Sin' Mursi is because developing the Suez Canal into the world of the free market. The first in mubarak times just to make money of 5.6 billion dollars per year, will increase to 100 billion dollars per year.

'Sin' Mursi is to increase salaries of civil servants and pensioners over 200%, while the prices of goods can be defended not up, so civil servants to be more prosperous.

'Sin' Mursi is the largest building in the Arab samsung factory in the province of Bani Suwef, so the price of electronic goods become cheap.

'Sin' Mursi is making its own car plant up for many years into the future does not have to import a car.

'Sin' Mursi is making up his own weapon factories do not have to import weapons from American trash.

'Sin' is making factory Innar Mursi (a tablet / ipad), so that the people can feel the joy of later wearing quality electronic goods at affordable prices. School children can learn to use sophisticated tools.

'Sin' Mursi is able to maintain and even augment foreign exchange reserves that have been previously Egypt on the verge of bankruptcy.

'Sin' biggest Mursi is he always praying in the mosque, memorized the Holy Qur'an, always look for the tahajjud and invective.

'Sin' Mursi is supporting the Palestinian struggle, Syria and Myanmar.

'Sin' is not lost Mursi remove Egypt from captivity severity of military power in 40 days, in which Erdogan takes years to do that.

'Sin' Mursi boost self-esteem in the future of Egypt but the Arab world. To Egypt so that the country is taken into account.

'Sin' Mursi is trying to develop nuclear energy and solar energy as an alternative energy in Egypt.

'Sin' Mursi is because it is able to attract foreign investors and maintain foreign confidence in Egypt.

'Sin' Mursi is to reopen the land route between Egypt and Sudan until the cooperation in the economic field between the two countries will increase.

'Sin' Mursi is able to open new jobs for 600 thousand more people unemployed.

'Sin' Mursi is trying to recover the property that brought fled abroad by Husni Mubarak and his cronies.

'Sin' Mursi is to uphold the truth and seek judicial combat corruption. And many other sins that we can not mention one by one that makes heat Egyptian political enemies, especially America and Israel who masterminded. Because of the sins that the Mursi will be overthrown by Mubarak supporters hypocrisy-hypocrisy, liberal, secular, communist, and Coptic Christian and Muslim factions hypocrite. They have failed've looked Mursi will lead Egypt towards kehancuran.Itulah logic in life now.

That "sin" human named Morsi. This secular Muslim charity very close to American & Jewish. And they never will support Islamic agenda even though they lost under the system they have created.


Copy and edit from : DPP Malaysia (offical)
Google translate