Wednesday, July 2, 2014

Rezeki atau bala?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kolaborasi - jika mengikut apa yang di tulis dalam website Pusat Rujukan Persuratan Melayu, ia bermaksud subahat (kerjasama) dengan musuh atau orang jahat, subahat dalam perbuatan jenayah dan sebagainya. 

gambar pinjam buat harta ambil dari sini.

Hurm, actually aku ada terima satu e-mel daripada satu syarikat. Dalam e-mel tu dinyatakan, pihak dia berminat untuk berkolaborasi dengan aku. Menurut apa yang dinyatakan dalam e-mel tu, pihak dia membelek entri-entri yang aku tulis dan pihak dia tertarik dengan cara aku menulis dalam blog ni. Interesting and eloquently written katanya. Entah mana datang menariknya aku pun tak tahu. Entahlah.

Actually  benda ni rezeki atau bala? Rezeki jika aku terima tawaran dia dan dapat pulangan yang memberangsangkan. Pihak dia masyuk, aku pun masyuk. Dan ia akan jadi bala jika aku terima tawaran dia dan hasilnya aku dipergunakan untuk kepentingan dia tanpa dapat apa-apa dan lebih teruk lagi jika aku dapat susah akhirnya. Hurm, susah betul!

Nak percaya susah, tak nak percaya pun susah. Nak percaya takut kena tipu. Almaklumlah sekarang ni benda-benda dalam talian ni susah sikit nak percaya. Banyak tipu daripada betul. Tak nak percaya pula takut tolak rezeki. Dalam zaman segala-galanya memerlukan duit ni, kalau ada orang tawar apa-apa nak juga cuba kan. Mana tahu dapat pulangan lumayan! Hurm, susah betul! Kalau nak di kira pasal status syarikat yang dinyatakan, boleh tahan juga dia punya gah. Apa pandangan kamu? 



p/s : penipu, menipu, tertipu? Argh!!!

8 comments:

  1. payah jugak tuh, try selidik apa yg patut lah.. tgk review psal diorang sbelum nih mungkin??

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah..rasanya memang nak kena selidik dulu sebelum buat keputusan nak terima atau buat tak tahu je pasal tawaran tu.

      Delete
  2. Cuba google nama syarikat tu...kalau ada review yang buruk, abaikan je email tu. Kalau banyak review yang baik-baik bolehlah dipertimbangkan. Tapi kalau langsung tak ada review, baik hati-hati. Sekarang ni banyak sangat scam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. actually syarikat ni pernah di tulis dalam blog puteri kasih tu, dan reviewnya kurang bagus..sebab tu timbul rasa was-was tapi nak kena periksa juga..mana tau sekarang ni dah kurang review yang kurang bagus..hehe

      Delete
    2. syarikat Z tu ke? Kalau yang tu boleh diterima sebab dah ramai rakan blogger yang dah dapat hasilnya. Dulu syarikat tu mmg ada masalah sikit, skrg dah ok :D

      Delete
    3. ha ah tapi tak kisah la, abaikan je tawaran tu

      Delete
  3. urmm...susah jugak tu..tapi kalo dah timbul was-was tu xyah lah..elak lagi baik..rezki tu milik allah, kalo kita rajin dia bagi aje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul dah tu..memang dah abaikan tawaran tu..

      Delete