Wednesday, June 25, 2014

Apa nak di kata!

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berat mata memandang,, berat lagi bahu yang memikul. Itu apa yang aku mampu katakan pasal kes adik Firdaus yang kecoh satu negara tu. Adik Firdaus dah dapat penjagaan rapi dari pihak hospital. Alhamdulillah, nampaknya dah semakin terurus, tidak lagi diabaikan. Mudah-mudahan hidupnya akan lebih terurus selepas ni. Emaknya dah ditahan pihak berkuasa untuk diambil keterangan. Entah apa tindakan yang akan dikenakan kepada beliau. Kalau berlaku di negara luar macam Sweden tu rasanya berat hukumannya. Kalau rotan anak pun dah kena hukum apatah lagi kes adik Firdaus ni. Di laman sosial berlori-lori maki hamun yang dilemparkan kepada emaknya. Apa lagi yang aku boleh katakan? 



Bagi aku emaknya memang salah sebab sebab abaikan kebajikan anaknya sendiri. Walaupun si anak tu OKU, tak bermakna dia layak diperlakukan sebegitu rupa. Rasanya tiada siapa yang layak diperlakukan sebegitu rupa. Jiran sebelah rumah aku pun ada anak OKU tapi takde la pula dia diabaikan. Sihat fizikalnya, makan pakai pun cukup. Rasanya jika nak dibandingkan pendapatan, banyak si emak adik Firdaus lagi. Mengikut laporan akhbar, adik Firdaus tidak di dera secara fizikal sebab tak ada kesan calar balar atau apa saja kesan di badannya. Tapi bagi aku adik Firdaus tu tetap tergolong dalam kategori mangsa dera, secara mental maksud aku. 

Diabaikan sampai macam tu sekali. Sekali tengok macam mangsa kebuluran di Afrika. Takde perasaan sayang ke emaknya tu? Sembilan bulan bawa perut, bertarung nyawa pula masa nak melahirkan, lepas tu? Buang macam tu saja? Berbaloi ke buat macam tu? Kalau iya pun kekurangan masa untuk menjaga, rasanya orang-orang di kawasan tempat tinggal dia tu boleh je membantu kalau sekadar nak tengok-tengokkan. Kalau tak silap, aku pun pernah duduk menyewa dikawasan tu. Setahu aku masyarakat di situ ambil berat pasal jiran tetangga. Kalau tidak takkan la bila kawan-kawan datang lepak sampai penuh rumah bujang, tak sampai satu jam sampai la polis peronda datang tanya khabar. Baguskan masyarakat di situ! o_O

Aku tertarik dengan statement yang Dr Mazlee buat baru-baru ni. Pasal duit zakat. Duit zakat berjuta tapi kenapa tak boleh bantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan? Adik Firdaus ni tak termasuk dalam golongan asnaf ke? Actually apa kriteria asnaf ya? Ada sesiapa yang boleh bagi pencerahan? Pernah baca bahawa hasil kutipan zakat seluruh negara Islam lebih kurang USD 400 billion dan jika diuruskan sebaik mungkin bukan sahaja mampu membasmi golongan susah di negara Islam malah di seluruh dunia! 

Wallahua'lam.



*Jika 'ia' baik maka baiklah keseluruhannya, jika 'ia' buruk maka buruklah keseluruhannya. Dan 'ia' itu adalah hati.

2 comments:

  1. pertama kali tengok keadaan budak tu kat tv memang terkejut..rupanya ada juga ibu yang tergamak buat anak kandung macam tu. Harap si ibu dapat hukuman yang setimpal. Dan harap adik daus akan dapat kehidupan yang lebih baik lepas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal..mula-mula tengok ternganga juga mulut ni..tak sangka ada lagi manusia yang buat anak sendiri macam tu..

      Delete