Halalkah? Was-was ah!
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Krik! Krik! Krik! Halal ke haram? Sebab was-was samada halal atau haram maka dia jadi halam? Mula-mula cakap haram sebab ada porcine katanya. Lepas tu halal pula sebab katanya hasil ujian tak ada porcine. Entahlah, seolah-olah jadi mainan pula soal halal haram ni. Seolah-olah jadi salah satu bentuk promosi pun ada rasanya. Mula-mula kecoh kata ada jumpa porcine. Satu negara kecoh dan mulalah keluar macam-macam statement. Ergh! Ada yang persoal kredibiliti pihak yang bertanggungjawab menjaga soal halal haram. Ada yang kata nak minum air tanah pula sebab dah termakan babi (yang dalam i.c tulis islam). Yelah dah terkena najis berat kenalah samak, kan? o_O
Ada pula yang guna ayat power dalam usaha nak menggambarkan diri tu dah tak suci sebab dah termakan porcine a.k.a babi tu. Konon-kononnya nak tukar darah bagai. Huh! janganlah melampau sangat bai. Rasanya tak pernah lagi aku jumpa ajaran dan amalan Islam yang menyusahkan hidup orang. Orang Islam yang menyusahkan Islam banyak. Orang Islam yang katanya; "jangan hipokritlah nak pakai tudung bagai, awak tu hati setan!". Orang islam yang berkata; "Jangan nak kerek la kau sembahyang tunggang tonggek lima kali sehari semalam tu, belum tentu masuk syurga pun". Orang islam yang berkata; "Itu hak I la nak pakai seksi ke tak. Badan I". Orang islam yang berkata; "Hurm belum sampai seru lagi lah nak tutup aurat".
Bernanah tak telinga bila dengar ayat-ayat macam tu? Hurm sabar je lah. Samada orang tu hati setan sekalipun, itu antara dia dengan tuhan yang penting dia berusaha untuk tutup aurat. Solat lima kali sehari semalam memng belum tentu masuk syurga tapi orang yang tak solat dah disediakan tempat khas di hari kiamat nanti. Badan kita, dari hujung rambut sampai hujung kaki semuanya hak Allah. Kita hanya pinjam sementara hidup di atas muka bumi ni. Sampai masanya kena pulangkan semula. Kita dah di seru untuk mengikut perintah-Nya sejak belum keluar melihat dunia. Bila dapat keluar melihat dunia, ada diantara kita lupa kepada seruan untuk mengikut segala perintah-Nya dan meniggalkan segala larangan-Nya. Semoga Dia akan memberi hidayah kepada sesiapa saja yang selalu cakap macam tu. Kalau aku sendiri sekalipun, semoga Dia memberi hidayah kepada aku.
Pasal halal haram produk yang dah disahkan 'bersih' oleh pihak berwajib tu, terpulanglah kepada kamu nak buat keputusan samada nak kembali melantak produk tu atau tak. Aku memang tak berapa gemar produk tu jadinya aku tak pernah melantak produk tu. Cuma satu aku nak pesan. Kalau ada rasa was-was terhadap status kehalalan produk tu, baik jauhkan ia dari menu santapan kamu. Bukan nak menghalang kamu melantak produk tu tapi menjauhi perkara yang syubhah itu lebih baik. Bila ada perasaan was-was tu bermakna setan sedang berusaha untuk main tarik tali dengan kamu.
Soal kredibiliti pihak yang berwajib tu pula. Pernah terbaca satu statement, katanya "ada pihak akan menutup mata soal status halal haram produk tu sebab nak menjaga kepentingan pihak-pihak tertentu". Hurm, samada benar atau tak statement tu aku tak tahu. Jika benar statement tu, maka bersiap sedialah pihak menutup mata soal halal haram semata-mata hendak menjaga kepentingan orang tu menanggung dosa orang-orang yang melantak produk tu. Harapnya tak betullah statement tu ya! Larat ke nak menanggung dosa orang lain sedangkan dosa sendiri pun tak tertanggung?
Wallahu a'lam.
p/s..*banyak songeh bila mata degil tak mahu tido! o_O
bila wujud rasa was-was tu seeloknya memang kena elak kan
ReplyDeleteada 2 cara nak berhadapan dengan rasa was-was..kalau di lawan rasa was-was tu tapi masih tak yakin, kena elakkan diri tapi jika dah di lawan rasa was-was tu dan kita yakin itu hanya mainan setan, tak salah kita teruskan niat tu dan abaikan je rasa was-was tu.
Delete