Saturday, May 31, 2014

Anda sedang diperhatikan!

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sumber

Semua orang memerlukan ruang privasi. Mungkin bukan sepanjang masa, tapi ada ketika seseorang memerlukan ruang privasi. Untuk menenangkan fikiran, mengerjakan perkara peribadi, dan pelbagai perkara yang tidak memerlukan campur tangan orang lain. Begitu juga semasa melayari internet, kan? Namun benarkah tiada lagi istilah privasi dalam internet? Jika ia masih ada, mampukah kita mengekalkannya?

Bagi sesetengah orang, hak privasi mungkin tidak begitu penting apabila berada dalam talian. Sebagai individu yang prihatin, kita patut tahu bagaimana privasi boleh terdedah kepada pihak tertentu seperti pengiklan.

APA YANG BERLAKU DENGAN HANYA SATU KLIK?

1) Anda melawat laman web dan fail penjejak akan merakam aktiviti dalam talian (online).
2) Syarikat penjejak menggunakan rekod ini untuk membina profil berdasarkan carian internet.
3) Profil anda dijual kepada pengiklan.
4) Sesiapa saja boleh membeli profil yang diletakkan dalam jaringan pertukaran.
5) Profil peribadi anda dikaitkan dengan beberapa sumber data peribadi.
6) Sekali lagi dijual kepada pengiklan.
7) Pengiklan membeli ruang iklan daripada laman web secara lelong.
8) Tawaran automatik pada masa nyata bermula sebaik saja melayari web.

BAGAIMANA ANDA DIJEJAKI?

1) Cookies - Sedikit data dihantar daripada laman web dan disimpan dalam pelayar web pengguna. Cookies dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu;
i) Amat diperlukan untuk laman web beroperasi.
ii) Mempunyai fungsi perkongsian sosial dan perlakuan.
iii) Penjejak, menjejaki pengguna sepenuhnya.

2) Pengesan piksel - Imej kecil 1X1 ditempatkan di laman tertentu, supaya pemilik laman web mengetahui bila laman tersebut dimuat turun.

3) Pemeriksaan mendalam paket - Membolehkan pengurusan jaringan canggih, khidmat pengguna dan fungsi sekuriti, di samping pengumpulan data internet, mencuri dengar dan penapisan internet.

4) Supercookies - Ia boleh mencipta semula profil pengguna, walaupun cookies biasa sudah dipadamkan.

Hurm, perlu lebih berhati-hati ketika melayari internet. Tersilap langkah, padah menunggu. 
Wallahua'lam.


Sumber: Majalah PC

nota kaki: penyangak ada dimana-mana. o_O

No comments:

Post a Comment