Sunday, May 25, 2014

DNA babi?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kecoh sudah satu Malaysia tentang coklat kegemaran ramai dikesan mengandungi bahan berunsurkan babi a.k.a porcine. Salah siapa? Adakah pihak yang bertanggungjawab tidak menjalankan tugas dengan sempurna? Atau pihak yang menghasilkan produk secara sengaja melanggar syarat semasa menghasilkan produk? Dikatakan bahawa jika sesuatu produk telah diluluskan sijil halal, maka setiap proses penghasilan produk akan dipantau secara berkala.



Hurm..pemeriksaan secara berkala ya! Secara mengejut atau diberikan notis? Ada orang bercerita dan orang yang bercerita ni selalu juga la mengikuti 'pemeriksaan berkala' yang dikatakan tu. Ya betul, semasa pemeriksaan dijalankan semua bahan untuk menghasilkan produk mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Angguk-angguk kepala, tulis laporan, tandatangan laporan, balik. Selepas pemeriksaan? Jika penghasil produk benar-benar amanah, alhamdulillah. Bagaimana pula dengan penghasil produk yang hanya pandai berlakon? Di depan angguk-angguk, dibelakang...ada aku kisah! Parah jika ramai penghasil produk bersikap sedemikian.

Sudah berapa banyak produk yang telah terjual? Sudah berapa ramai yang makan produk tu? Dalam ramai-ramai tu, berapa ramai yang pada kad pengenalan mereka ada tertulis Islam? Hurm..islam yang terselam. Apa pula status mereka setelah termakan produk tu? Jangan risau sebab setahu aku jika termakan bahan haram tanpa mengetahui status barang itu halal atau haram, tidak mengapa. Melainkan kamu sudah tahu bahan itu haram tapi kamu tetap juga nak telan, kena bertaubat sebenar-benar taubat la jawabnya. Cuma sebagai orang yang mengaku beragama Islam, perlu lebih peka tentang status halal haram seuatu benda, perkara, perbuatan. 

Babi haram dimakan oleh orang islam. Tetapi jika keadaan benar-benar darurat tanpa apa-apa makanan kecuali hanya seekor babi yang tinggal, diharuskan makan sekadar mengalas perut untuk meneruskan hidup. Dipegang tak berdosa, cuma perlu dicuci dengan satu kali air tanah dan enam kali air biasa. Berpegang tangan lelaki perempuan tanpa ikatan yang sah disisi agama, berdosa dan hanya boleh dicuci dengan taubat sebenar-benar taubat...makan riba pun haram juga!

Maaf salah dan silap. Jika ada kesilapan, harap ditegur. Lebih baik lagi jika perkara ini dirujuk kepada pihak yang lebih arif. 

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment