Monday, March 10, 2014

Mengharapkan keajaiban.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Mengharapkan keajaiban akan berlaku sementara menunggu, masih menunggu dan akan tetap terus menunggu. Itulah perkara yang mampu dibuat oleh semua ahli keluarga penumpang pesawat MH370 yang sudah hampir 48 jam hilang tanpa khabar berita.(ketika entri ini di tulis)

Dengan pelbagai spekulasi yang tersebar disana-sini, hanya membuatkan perasaan resah terus-menerus bersarang di benak sanubari keluarga mangsa pesawat malang tersebut. Mengharapkan petunjuk yang diharapkan mampu mengesan kedudukan pesawat malang tersebut mungkin dapat menghilangkan sedikit resah di hati. Dengan pelbagai bantuan yang di beri oleh negara-negara jiran diharapkan mampu memberikan sedikit harapan walaupun telah dikatakan oleh pegawai yaang terlibat agar bersedia dengan kemungkina yang terburuk.

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Bukan aku yang mengalaminya jadi aku tak dapat memahami apa perasaan ahli keluarga mangsa ketika ini. Jadi hanya doa yang mampu dikirimkan agar keluarga mangsa yang terlibat tabah dan sabar dalam menempuhi dugaan yang berat ini. Semoga Allah mempermudahkan usaha untuk mengesan kedudukan pesawat malang itu.


p/s : tak perlu menuding jari, doakan sahaja keselamatan dan kesejahteraan mereka semua.

2 comments:

  1. sama-sama kita doakan agar urusan mencari pesawat MH370 dipermudahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah-mudahan segala urusan untuk mencari dipermudahkan :)

      Delete