Tuesday, March 25, 2014

Kosong!

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kosong. Itulah gambaran yang boleh aku katakan mengenai apa yang ada dalam kepala aku. Aku tak tahu apa yang aku fikirkan. Sehinggakan hendak menaip ini pun, seolah tiada apa. Hanya tulisan kosong. Tanpa intipati. Tanpa perasaan. Kosong tanpa apa-apa.



MH370 sudah disahkan (boleh aku katakan begitu?) oleh PM bahawa destinasi terakhirnya adalah di selatan Lautan Hindi. Tidak di khabarkan secara terus tetapi itulah yang difahami oleh semua yang mendengar apa yang diucapkan oleh PM di dalam sidang media singkat lewat malam tadi (24 Mac 2014). Maka ia adalah khabar yang tidak menggembirakan bagi masyarakat Malaysia dan masyarakat dunia yang mengikuti perkembangan operasi mencari, mengesan dan merungkai tanda tanya kehilangan pesawat MAS MH370 yang telah dilakukan sejak 8 Mac 2014 yang lalu.

Apa lagi yang aku boleh katakan? Tiada apa. Tiada kata yang mampu menggambarkan situasi yang berlaku. Berita sedih yang di terima oleh keluarga 12 kru anak kapal dan 227 penumpang. Aku yang mendengarnya juga berasa sebak apatah apatah lagi ahli keluarga mereka. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Manusia merancang, Allah juga merancang. Namun sebaik-baik perancang ialah Allah SWT yang Maha Berkuasa ke atas segala-galanya.

Salam takziah aku ucapkan kepada semua. Bacaan Al-Fatihah aku kirimkan buat semua. -_-

No comments:

Post a Comment