Berjuta-juta!
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Berjuta-juta sudah angka ranking Alexa blog ni. Inilah jadinya bila lama sangat blog terabai. Usahkan nak blogwalking, nak menaip entri pun dah makin malas. Sekarang ini aku banyak main online game saja. RPG game, game yang ada di facebook tu. Apa-apa game yang aku rasa nak main, aku akan main. Cuma sekarang aku dah berhenti dengan RPG game tapi game yang ada di facebook tu memang tetap menjadi pujaan hatiku, heh.
Actually, permulaan terabainya blog ni bila aku mula main RPG gamelah. Asyik sangat main sampai semua kerja terabai, cuma nasib baiklah kerja harian aku tak terabai sama. Kalau tak entah apa yang jadi aku pun tak tahu. Bagi blogger yang betul-betul nak jadi seorang blogger yang berjaya, ranking Alexa tu memang menjadi salah satu perkara yang perlu diberi perhatian. Semakin kecil angka yang dipaparkan, dikatakan semakin berjayalah sesuatu blog tu.
Mengikut apa yang aku baca, banyak perkara yang memainkan peranan dalam memastikan ranking Alexa tu semakin kecil angkanya. Kekerapan menyiarkan entri memainkan peranan juga. Namun ia bergantung juga kepada isi entri tersebut. Adakah entri yang disiarkan dapat menarik perhatian pembaca atau tidak. Backlink juga memainkan peranan katanya. Actually, blogwalking tu juga salah satu cara untuk meninggalkan backlink kan? Jadi kena rajinkan diri blogwalking lah! Jangan jadi macam aku, berbelas juta angka yang dipaparkan.
Orang kata lagi, kalau dah sekali angka yang dipaparkan membiak dengan sebegitu banyak, alamatnya kena buat kerja macam masa mula-mula menulis dululah. Kena lebih kerap menyiarkan entri baru dalam pada masa yang sama memastikan entri yang disiarkan berkualiti dan memenuhi selera pembaca yang pelbagai. Kalau kamu semua nak tahu lebih banyak tips untuk jadi blogger yang berjaya, kamu boleh baca di blog denaihati. Aku selalu baca tips yang disiarkan di situ cuma itulah, sekadar baca tapi tak dipraktikkan.
Salam.
lepas ni leh la rajin berblog balik macam dulu..hehe ;)
ReplyDeleteakan diusahakan :)
Deleteslow2 naek kan ranking. yg penting, puas hati bila berblogging.
ReplyDelete