Monday, February 4, 2013

seminggu tiga kali..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

hello bloggers, readers, stalkers dan haters sekalian, 
sedang apa dan di mana ya?

hari ni (4 februari 2013) maknanya sudah 35 hari 2012 berlalu pergi. jadi apa perubahan yang berlaku dalam kehidupan kamu? lebih baik atau sebaliknya? erm sibuk tanya orang, aku sendiri macamana? ;)

erm manusia boleh berubah ke? kenapa ramai yang aku kenal masih lagi dengan rutin yang sama? seminggu tiga kali tak pernah tinggal, isnin, khamis dan ahad mesti muka yang sama jer. dari mula aku kenal dunia sampai sekarang, muka itulah juga yang jadi pelanggan tetap, muka itu juga lah yang selalu tepuk dahi bila nombor yang di beli cuma satu nombor saja yang silap. muka itu juga lah yang kembang semangkuk lubang hidungnya bila mana nombor yang di beli terpampang dalam kolum keputusan yang tercetak di bahagian belakang akhbar berita hairan. 

yang lebih menarik, kebanyakannya sudah termasuk dalam golongan "rumah kata pergi, kubur kata mari" dan dalam kad pengenalannya terpampang perkataan ISLAM. kalau nak kata diorang tak tahu hukum, MUSTAHIL sebab orang tua kan selalu kata diorang lebih dulu makan garam jadi diorang ni mesti luas pengetahuannya. mustahil lah kalau diorang tak tahu hukum hakam dalam Islam.

"bapa borek anak rintik" erm yang jenis ni pun ramai rasanya. bapak dan anak sama naik, sama tepuk dahi bila nombor tak kena, sama kembang hidung bila nombor mengena. kalau bapak yang 'kena' anak tumpang semangkuk begitu juga sebaliknya. ada tu yang ALLAH dah bagi peringatan bila mana dalam perjalanan nak 'membeli' tu kenderaannya tiga empat kali meragam, ada juga yang dalam perjalanan tu kenderaannya tercomolot dengan kenderaan orang lain, tak pasal-pasal melayang berkali-kali ganda dari apa yang dia pernah 'menang' sebelum ni. badan sakit, duit melayang tapi dalam pada sakit tu tetap juga........erm kamu fikir sendiri lah.


erm membebel banyak-banyak pun bukan ada perubahan pun :P hehe



p/s geleng kepala, itu je yang reaksi yang mampu aku bagi -.-





12 comments:

  1. aktiviti membuang duit yang sangat merugikan diri sendiri baik dari segi harta mahupun agama.

    Duit itu guna untuk modal meniaga dengan cara yang halal..lagi menguntungkan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm tu lah kan, kalau di kumpul dah berjuta duit tu rasanya.

      Delete
    2. tulah..leh disimpan untuk anak cucu cicit nanti kan :)

      Delete
  2. xphm..ape yg smggu 3 kali ni en.kaishin?

    ReplyDelete
  3. kena bagitau JAKIM sruh diorang pantau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm dekat pejabat agama je kedai tu mustahil pegawai situ tak tau..

      Delete
  4. hm , tuh la , CP pown tak suke orang berjudi nih

    ReplyDelete
  5. azie singgah sini..
    thanks singgah blog azie...
    by the way
    how ar you kaishin...ahaks

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq azie sudi singgah btw i'm fine, tq for asking...hehe

      Delete