sambal belacan, sedapnya!
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
hello bloggers, readers, stalkers dan haters sekalian,
sedang apa dan di mana ya?
cili besar ikut suka, cili api ikut suka, belacan secukup rasa, garam secukup rasa, gula secukup rasa, campak dalam lesung batu, tung tang tung tang...siap sambal belacan semangkuk. walaweh kecur air liur, gerenti berkali-kali tambah nasi, mak mentua lalu belakang pun gerenti tak perasan :P hehe
apa kes pulak aku ni taip resepi sambal belacan! nampak sangat dah takde cerita kan ;) erm aku gerenti ramai yang jadi kipas susah mati sambal belacan kan? ibaratnya makan tak kenyang kalau dalam menu takde sambal belacan.
sambal belacan atau apa jenis sambal pun memang kegemaran aku, makan tanpa sambal ibarat makan nasi kosong semata-mata *poyo* kalau ada sambal, nasi sepinggan penuh pun tak cukup rasanya *sila jangan ikut* TAPI lepas habis makan sambal belacan.....garu sana, garu sini, hidung pula mula berair, bersin mengalahkan orang kena selsema *padan muka aku*
itu lah bahananya makan sambal belacan sampai lupa diri kan, lupa awak tu ada resdung kan..lupa segala-galanya kan bila sambal belacan terhidang depan mata ;) tapi memang tak boleh tahan la kalau dengan sambal belacan ni..hurmmmmmm
ermm cukup la kot aku mengarut kali ni, taip panjang-panjang nanti ada pula yang muntah hijau membacanya tapi ada ke yang sudi baca? :P hehe
p/s lagi satu entri tak berfaedah dari kaishin -.-
nampaknya hari-hari la kena masak sambal belacan untuk dia :P
ReplyDeletetanpa sambal memang rasa tak kenyang kan.. *tetiba lapar la plak*
sambal jd pembuka selera :) hari2 pun boleh :p hehe
Deletetakleh mamam sambal belacan hari hari..nanti sian hidung tu :P hehe
Deleteerm buat sambal tak payah letak belacan pun boleh :P hehe
Deletekalau camtu..abg mamam sambal ikan bilis je la :P hehe
DeleteKalau ada sambal belacan..memang makan nasik bertambah-tambah ;)
ReplyDeleteselera lain macam bila ada sambal belacan kan :P hehe
Delete