Wednesday, June 25, 2014

Nak puasa dah!

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Insha Allah, beberapa hari lagi kita akan mula menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Jika diikutkan apa yang telah di tulis di kalendar, kita akan mula menjalani ibadah puasa tanggal 29 Jun 2014. Masih ingat niatnya? Kalau dah lupa, kena mula belek kitab atau google saja untuk rujukan. Banyak status, page atau blog yang kongsikan perkara-perkara yang berkaitan Ramadhan ni. Tiga puluh (30) hari saja, takkan tak boleh kan? Tapi jika mahu lebih baik tambah pula puasa enam (6) hari dalam bulan Syawal. Banyak pahala buat bekal di sana nanti.


Setiapkali Ramadhan tiba, peniaga bazarlah yang paling sibukkan? Nak selesaikan urusan tapak untuk berniaga. Menu apa yang hendak di jual. Buat para pembeli pula rasanya dah ada yang mula pasang angan-angan nak makan itu dan ini kan? Biasanya apa menu utama yang kamu hadap untuk berbuka? Murtabak? Ayam golek? Air tebu? Air teh bunga? Atau semua menu kamu bedal? Almaklumlah, biasanya menu untuk berbuka ni dibeli mengikut selera berpandukan nafsu. Penuh menu atas meja dibuatnya. Makannya sedikit buangnya lebih. Membazir! o_O

Setiapkali Ramadhan, kita disyorkan untuk meningkatkan amalan tapi tak perlulah sampai menjejaskan mutu pekerjaankan? Kita bekerja mencari rezeki tu pun dikira sebagai ibadahkan? Rasanya semasa bulan Ramadhan ni lah kita boleh lebih fokus buat kerja. Tak perlu fikir tengah hari nak makan di mana. Rehat tengah hari, selesai solat zohor boleh sambung pula baca Al-Quran. Bagi yang perempuan, buat ketupat palas untuk makan di pagi raya nanti cukuplah. Tak perlu tambah "menu" ketupat daging busuk masa rehat ya! o_O 

Kadang-kadang bulan puasa ni lagi banyak habis duitkan? Sebabnya? Beli juadah berbuka ikut nafsu. Beli lima makannya satu. Menu berbuka puasa standard v.i.p. Berbuka di restoran high class. Setahun sekalilah katakan. Tak salah tapi ukur baju dibadan sendirilah. Baju raya tu janganlah buat sampai penuh almari ya. Kata nak jimat! o_O




*makin kurang jemaah solat sunat terawih tahun ni.


2 comments:

  1. lagi beberapa hari je nak puasa...selalunya memang jarang nak gi bazaar ramadhan..risau bila lapar semua benda nak dimakan. Nanti membazir je beli lebih lebih :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah 4 hari puasa, tak pernah pergi bazar lagi..tak terasa nak pegi pun. heh

      Delete