Saturday, May 10, 2014

Musibah tu apa?

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Musibah, kalau ikut kamus dewan maknanya; bencana, celaka, malapetaka: janganlah kamu mencari~ dan bahaya bagi dirimu sendiri. Kalau itulah makna musibah maknanya selama ni kita silap konsep bila menggunakan ayat Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Roji'un tu. Kenapa aku cakap kita silap? 


Jika diperhatikan ayat di atas ni. Jelas mengatakan bahawa setiap kali di timpa musibah maka hendaklah mereka menyebut Inna Lillahi Wa Inna Ilahi Roji'un. Setiapkali di timpa musibah, bukan hanya ketika menerima berita kematian. Maknanya apa jua musibah yang menimpa, hendaklah kita menyebut ayat tu. Bencana alam, rumah terbakar, kemalangan, banjir, kemarau, air kena catu, semua tu tergolong dalam kategori musibah kan? Bukan niat aku nak menafsir ayat di atas tu sebab aku bukan ahli tafsir cuma Allah kan dah kurniakan akal kepada kita jadi kenalah gunakan akal tu kan. Dan kalau aku silap, betulkan aku ya.

Maknanya ayat ni bukanlah hanya diucapkan bila menerima berita kematian sepertimana yang kita amalkan selama ni. Bila demam kita ucap. Bila jari terhiris dek pisau, kita ucap. Bila terkemalangan, kita ucap. Bila air kena catu sebab empangan kering pun kita ucap. Sebab semua tu musibah kan? Musibah ni kadang-kadang berlaku sebab silap kita juga. Leka dengan nikmat yang di beri sampai lupa kepada yang memberi nikmat. Jadi Dia bagi musibah sebagai peringatan agar kita kembali ke jalan yang sepatutnya.

Jika tak silap aku mengingat, ayat Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Roji'un tu sebagai peringatan bahawa kita hidup di dunia ni semuanya atas kehendak-Nya. Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita ni semua telah diaturkan oleh-Nya. Berlakunya sesuatu perkara tu atas kehendaknya.  Dari hujung rambut sampai hujung kaki kita ni, semua milik Dia. Tapi jangan pula hidup melangut je. Duduk saja tak buat kerja, takde usaha nak majukan diri -_- dengan alasan semua perkara telah diaturkan oleh Dia. Istighfar.

"Dia beri dunia kepada manusia yang Dia suka dan juga kepada manusia yang Dia tidak suka tetapi Dia hanya beri agama kepada manusia yang Dia suka."

Wallahu a'lam.


p/s: saya budak baru belajar...

2 comments:

  1. DariNYA kita datang kepadaNYA kita akan kembali...setiap musibah tidak kira sekecil mana sekalipun adalah peringatan dan kita perlu menerima setiap ketentuanNYA dengan redha :)

    ReplyDelete