Saturday, September 14, 2013

Ketentuan Allah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Perjalanan hidup ni memang macam-macam kan. Apa yang kita rancang tak semestinya berlaku sepertimana yang telah dirancang. Kita fikir rancangan yang dibuat itu lah yang terbaik bagi kita namun siapa sangka ada rancangan lain yang telah ditentukan oleh Yang Maha Esa!



1 September. sedang asyik aku melantak hidangan tengah hari di kedai awie, aku didatangi seorang manusia merangkap kawan sekampung yang tak berapa rapat dengan aku. Beliau bertanyakan harga semasa ayam daging kerana pada 15 September beliau bercadang mahu mengadakan kenduri bagi meraikan adiknya yang telah selamat diijab kabulkan dengan gadis pilihan hati. Aku bagi tahu berapa harga runcit dan berapa harga borong yang aku boleh bagi kepada beliau. Tempoh diminta kerana beliau masih perlu berbincang dengan ahli keluarga dan tukang masak bagi menentukan jumlah ayam yang diperlukan. Itu lagi bagus memandangkan keputusan muktamad diperlukan sebelum aku menyediakan tempahan yang diminta.

5 September. Di tempat dan waktu yang sama, beliau datang kepada aku dan memberi kata putus. Setelah perbincangan dilakukan, ahli keluarga dan tukang masak telah sepakat bahawa 40 ekor ayam diperlukan. Tidak terlalu banyak memandangkan dua ekor lembu bakal ditumbangkan, ikan patin sangkar telah ditempah dan ayam itu hanya sebagai lauk sampingan. Lagipula pada hari itu dua kenduri bakal berlangsung. Kata muktamad diberi dan aku sanggup menyediakan tempahan yang dibuat.

Rutin harian berjalan seperti biasa pada hari-hari seterusnya. Kerja menyiapkan tempahan harian dilakukan seperti biasa. 

13 September, 09:45 pagi. Aku menghantar pesanan ringkas kepada taukey supaya menghantar bekalan pada malamnya memandangkan pada pagi 14 September aku perlu menyiapkan tempahan yang dibuat oleh kawan sekampung aku tu. Pesanan ringkas telah dihantar dan aku mengandaikan ia telah sampai ke peti pesanan taukey aku.

23:00, 13 September. Kebiasaannya pada waktu ini bekalan yang diminta telah sampai ke kedai tapi bekalan yang ditunggu masih belum sampai. "Mungkin bekalan dihantar lewat sedikit", hati aku berkata. "Tak mengapalah, mungkin esok pagi baru sampai", kata hati aku lagi. 

14 September. Penggera telefon bimbit aku berbunyi mengejutkan aku dari mimpi. "Sudah-sudahlah tidur tu, bangun cepat siapkan tempahan orang,"  mungkin itulah yang penggera telefon aku tu cakap. Usai mandi dan bersiap aku terus bergegas ke kedai untuk menyiapkan tempahan. Terkejut dan sedikit kecewa bila sampai ke kedai. Bekalan yang diharapkan tak sampai seperti yang diharapkan. "Arghh!! macamana aku nak siapkan tempahan ni? Barang tak ada!" hati mula berkata sambil dahi berkerut memikirkan jalan penyelesaian.

"Bos, mana ayam yang aku tempah?"  aku hantar pesanan ringkas kepada taukey. Selang dua minit pesanan ringkas dibalas. "Aiya, sorry u punya mesej saya baru dapat, ini malam saya hantar boleh?" macam tu lah lebih kurang ayatnya. Huhu sedih aku dibuatnya. Macamana aku nak buat ni!

Belek-belek telefon, terus dail nombor kawan yang jual ayam macam aku. "Bro, aku nak minta tolong sikit. Ayam aku tak cukup, dah order tapi taukey tak hantar," macam tu lah lebih kurang ayat aku. "Ok, aku boleh tolong. Nanti aku hantar stok kat engkau," jawab kawan aku. Alhamdulillah, nasib baik kawan aku boleh tolong. Tenang jiwa. 

Aku proses dan siapkan bekalan yang ada sambil menunggu bekalan daripada kawan aku. 11:00 pagi stok dari kawan aku sampai. Aku selesaikan kerja, 12:30 aku hantar tempahan ke rumah kawan sekampung yang tak berapa rapat dengan aku tu. Alhamdulillah selesai kerja aku untuk hari ni. Esok dan hari-hari seterusnya tak tahu lah apa pula yang bakal terjadi. Aku, hanya perlu redha dan teruskan kehidupan.

Perancangan yang aku buat selama hampir dua minggu tidak berjalan seperti yang diharapkan. Ketentuan Allah semua tu. Aku merancang, Allah juga merancang namun sebaik-baik rancangan adalah daripada Allah. 


p/s : dugaan di pagi hari, alhamdulillah selesai juga akhirnya.

6 comments:

  1. Syukurlah masalah dapat diselesaikan. Disebalik kesulitan yang Allah berikan pasti akan ada jalan penyelesaian yang turut disertakan. Tepulang pada kita sahaja untuk mengusahakannya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah, secara tak langsung Dia bagi rezeki kat kawan yang menolong tu kan.

      Delete
  2. walaupun x ikut apa yg hang plan, tp alhamdulillah sbb settle gak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah pasal, nasib dapat cari jalan penyelesaian.

      Delete
  3. seb baik semua nyer berjalan dgn baik yer !

    ReplyDelete