Wednesday, June 24, 2015

Politik tak sudah.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa itu politik? Menurut wikipedia,

Politik adalah seni dan ilmu untuk meraih kekuasaan secara perlembagaan mahupun tidak berperlembagaan. Disamping itu, politik juga dapat ditilik dari sudut pandangan berbeza, iaitu antara lain ; politik adalah usaha yang ditempuh warga negara untuk mewujudkan kebaikan bersama. (teori klasik Aristotle)

 Dari segi teori, politik memang mampu membawa kebaikan kepada sesuatu perkara. Cuma kebanyakan pemain politik sekarang hanya mempergunakan politik untuk kepentingan diri. Mungkin ada yang masih menggunakan politik untuk kebaikan sejagat namun, hanya segelintir yang masih berpegang kepada teori itu, dan mempraktikkannya. Kebanyakannya mempergunakan politik untuk membesarkan sanggul. Eh, membesarkan tembolok.

Dalam Islam juga ada politik. Contohnya Perjanjian Hudaibiyah. Orang Islam mendapat kesukaran untuk memasuki Kota Makkah. Nabi Muhammad SAW menggunakan pendekatan politik untuk mencari jalan penyelesaian. Melakukan rundingan dengan puak Musyrikin. Perjanjian termeterai dan hasilnya orang Islam dapat masuk ke Kota Makkah untuk mengerjakan haji. Hasilnya syiar Islam semakin berkembang. Hasilnya, kehidupan masyarakat aman dan damai. Hasilnya, Rasulallah dan negara Islam di Madinah mendapat pengiktirafan. Hasilnya, terbuka jalan untuk pembebasan Makkah dari puak Musyrikin Quraisy. Dan inilah contoh terbaik politik yang membawa kepada kebaikan sejagat.

Rasulallah menggunakan politik untuk menyebarkan dan memperkenalkan Islam. Tapi sekarang, ramai yang mempergunakan Islam untuk kepentingan politik. Dan akhirnya, Islam dipandang jijik kerana dibayangi politik yang kotor. Tak kiralah siapa. Hasilnya sudah jelas di mata.

Tapi apa yang berlaku akhir-akhir ini (mengikut pandangan aku), pemain politik sekarang langsung tidak memikirkan kebaikan sejagat. Hanya memikirkan kebaikan kerabat. Semua projek mahu di sebat. Supaya kekayaan semakin meningkat. Agar orang memandang dirinya hebat. Kebajikan sejagat? Hmm, gunalah tulang empat kerat. Tak mampu? Hiduplah merempat. Di bawah jejambat.

Masalah masyarakat di pandang enteng. Bermain politik lebih penting. Bila ditegur mulalah melenting. Kau siapa? Aku orang penting! Apa keputusan aku jangan kau berpaling. Ikut aku, jangan kau bising. Orang yang menegur, telinga berdesing. Rupa-rupanya tersilap buat keputusan penting. Poket orang berkeping-keping. Poket sendiri habuk pun tak ada, apatah lagi sekeping. Hati jadi runsing. Kepala jadi pusing. Badan pun dah jadi kurus kering. Sebab surat merah ada berkeping-keping. Nasiblah kau, jadi kambing goreng.


Hmm, dah lama aku tak bising. Maafkan jika ada yang berdesing. Salam ramadhan. O_o


2 comments:

  1. Hi, saya sangat menyukai blog anda! ZALORA Malaysia kini sedang mencari blogger yang berbakat, dan saya tertanya adakah anda berminat untuk satu kolaborasi blog bersama kami. Anda boleh hubungi saya di izz.latif@my.zalora.com jika anda berminat dengan tawaran ini dan saya akan berikan segala butiran di sana. Harap dapat balasan emel anda secepat yang mungkin!

    ReplyDelete
  2. Wynn casino opens with COVID-19 warning - Dr. Mallcd
    “The gaming floor at Wynn 의왕 출장샵 Las Vegas is filled with 나주 출장안마 hundreds of 이천 출장안마 slot 부천 출장안마 machines, table games and more.” 군포 출장샵 Wynn's new COVID-19

    ReplyDelete