Thursday, April 17, 2014

Siapa silap, siapa salah?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Hai! Masih panas lagi isu si penyampai program ilmuan itu ya? Geleng kepala sahaja yang aku mampu. Untuk mencelah memang tidak akan belaku kerana siapa aku untuk menentukan siapa silap, siapa salah. Aku tak berani macam dua hamba Allah tu, terang-terang menegur 'kesilapan' si penyampai program ilmuan tersebut. Malah jika benar ada berlaku kesilapan, perlukah di war-warkan keseluruh pelusuk alam? Bukankah menegur 'kesilapan' orang juga ada adabnya? Mustahil mereka tak tahu. Hurm, mustahil!

Actually aku kerap melihat salah seorang daripada hamba Allah tu bertikam lidah di laman sosial, mengkritik orang yang pada dia telah melakukan kesilapan yang amat besar. Seolah-olah setiap masa, setiap detik, kerjanya hanya mencari kesilapan orang lain. Apa tujuan dia melakukan perkara seperti itu? Adakah dia memperolehi keseronokan dengan melakukan perkara seperti itu? Hurm, satu teka-teki yang jawapannya hanya ada pada Yang Maha Mengetahui dan yang empunya diri.

Aku tidak mengatakan si penyampai program ilmuan itu silap. Aku juga tidak mengatakan dua hamba Allah yang memulakan isu itu salah. Kerana aku tidak tahu siapa yang silap, siapa yang salah. Seperti yang telah aku katakan, aku bukan ahlinya untuk menentukan orang ini salah, orang ini silap. Aku hanya manusia biasa, akan di adili di hari pengadilan kelak, sama seperti kalian semua. Dia Yang Maha Mengetahui. Dia Yang Maha Melihat. Dia Yang Maha Adil. Jadi, apa juga tujuan sebenar isu ini di war-warkan, Dia Maha Mengetahui. Siapa silap, siapa salah, kebenaran akan muncul juga akhirnya. 

Wallahu a'lam.

 

No comments:

Post a Comment