Showing posts with label dalam negara. Show all posts
Showing posts with label dalam negara. Show all posts

Monday, December 8, 2014

Harimau sakit perut?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

help me! here
Mengecewakan!!! Itulah perasaan aku dan mungkin ramai yang ada perasaan sama macam aku. Harimau sakit perut ke? Separuh akhir pertama di antara Harimau Malaya menentang Vietnam di Stadium Shah Alam. Langkah kiri untuk Harimau Malaya dalam separuh akhir pertama Piala Aff Suzuki? Nasib baik la kena 2-1 je. Ada la harapan sikit untuk tebus semula kekalahan tadi dalam perlawanan timbal balik di Hanoi nanti.

Sepak mula jam 20:00 dan dari sepak mula sampai habis, sang harimau kena buli. Agresifnya memang boleh tahan tapi setakat agresif sajalah. Tak dapat kekang corak permainan Vietnam pun. Paling tak best bila tengok depan gol pertahanan cuma tinggal dua orang je. Harimau main posisi 2-5-3 ke? Kalau ye pun nak menyerang sangat, seranglah ramai-ramai. lepas tu bila kena serang, pertahankanlah kubu tu ramai-ramai. Dari segi corak permainan harimau lebih agresif tapi vietnam lebih banyak guna otak. Kurang agresif tapi setiap kali diorang buat serangan, licik tapi menjadi. Gerakan vietnam pun laju. Hantaran yang diorang buat pun semua sampai ke kaki yang sepatutnya. Harimau punya hantaran semua  kena halang. Bola di kaki? Kena rampas? Sedih!!!

Hmm... dengar kata ada penyokong harimau buat onar di stadium eh? Sebab tak menang? Provokasi? Panas telinga kena bahan? Siap ada penyokong vietnam yang berdarah. Kenapa tak salahkan orang yang mengawal bola di tengah padang tu? Apa pun, kalau ini la corak permainannya. Jangan harap nak ulang sejarah 2010. Silap-silap separuh akhir pun dah 'bungkus'. Bola itu bulat kecuali bola ragbi. Ngeng!!!

Melopong mulut aku si penyokong suam-suam kuku ni tengok diorang main. Diorang main bola ke main sepak-sepak bola? o_O

-


Monday, November 24, 2014

AFF Suzuki: Malaysia VS Myanmar

Bismillahirrahmanirrahim. 
 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kosong, kosong.

Saingan Piala AFF Suzuki kembali lagi. Malaysia akan bersaing dalam kumpulan B bersama Thailand, Singapura dan Myanmar. Setelah hampir satu jam tertangguh akibat hujan lebat, petang tadi (23.11.2014) lebih kurang jam 18:20, telah berlangsung perlawanan di antara Malaysia vs Myanmar bertempat di Stadium Jalan Besar, Singapura. Seri tanpa jaringan keputusannya. 



Saingan pertama pasukan Malaysia atau lebih dikenali sebagai Harimau Malaya untuk merebut kembali piala kejuaraan AFF Suzuki yang pernah dimenangi pada 2010. Adakah pasukan Malaysia akan berjaya untuk menjadi juara pada musim ini? Hmm semuanya bergantung kepada daya juang semua ahli pasukan untuk memastikan ianya menjadi realiti. Sebagai penyokong suam-suam kuku pasukan Malaysia, aku harap dapatlah mereka semua menukar mimpi menjadi realiti, kan? Hehe O_o

Secara keseluruhannya perlawanan tadi, bagi aku agak membosankan. Bukan sebab diorang main tak best tapi sebab diorang tak dapat score langsung. Hmm nasib baik la pasukan lawan pun tak dapat nak score. Corak permainan diorang tadi, okay la. Agak agresif tapi mungkin sebab keadaan padang yang licin antara puncanya, agaknyalah. Disebabkan corak permainan agresif tu juga la seorang pemain iaitu Gary Steven Robbat di arah keluar padang kerana menerima dua kad kuning. Hmm, baru perlawanan pertama dah kena buang padang. Agak menyedihkan.

Banyak juga peluang diorang nak score tadi. Amri Yahyah dah dapat peluang nak score di awal permainan tapi terpaksa gigit jari kerana linesman dah angkat bendera sebab offside. Dua tiga kali juga peluang yang Amri dapat tapi pertahanan Myanmar agak kebal dan akhirnya peluang hanya tinggal peluang. Sepakan percuma yang Mahali Jasuli ambil di hujung separuh masa pertama tadi pun hampir-hampir menjadi tetapi penjaga gawang Myanmar dah buka langkah awal-awal makanya tak menjadi jugalah tendangan percuma tu. 

Semua pemain memang layak untuk mendapat pujian kerana mereka tetap dapat mempertahankan gawang daripada bocor walaupun terpaksa bermain dengan 10 orang sahaja. Pertahanan agak kebal walaupun ada ketikanya menjadi kucar-kacir akibat di desak oleh serangan yang dilakukan pemain Myanmar. Peluang nak score memang banyak tapi....hmmm tak ada rezeki. Perlawanan seterusnya kena usaha lagi. Pastikan mimpi itu bertukar menjadi realiti. Okay!

p/s: lepas ni lawan Thailand. Agak-agak kamu?


Sunday, May 11, 2014

Kanak-kanak hilang!

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sejak akhir-akhir ni banyak betul kes orang hilang. Bayangkan jika adik, anak, saudara atau kenalan kita yang terkena. Jadi bagi sesiapa yang ada maklumat, sila beritahu kepada pihak berkuasa. Baru tiga (3) tahun umur adik ni. Semoga dengan bantuan kamu, adik ni dapat di kesan dan di bawa balik ke pangkuan keluarganya dengan selamat. 



p/s : aman betul dunia akhir zaman ni kan?

Saturday, May 10, 2014

Dari DIA kita datang..

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

gambar pinjam

Ajal, jodoh, pertemuan dan perpisahan semua terjadi dengan kehendak Dia. Bila dan di mana ia akan berlaku tiada siapa yang dapat pastikan dengan setepat-tepatnya. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.

Actually baru terbaca satu berita tentang kematian seorang penumpang pesawat AirAsia X penerbangan D7 171 dari Jeddah ke Kuala Lumpur. Kalau di lihat pada gambar yang dikongsikan tu, rasanya semua penumpang pesawat tu dalam perjalanan balik selepas selesai melakukan ibadah umrah. Mengikut apa yang telah aku baca, Astro Awani mengatakan ahli keluarga dan pihak berkuasa telah dimaklumkan. Berita asalnya, baca sini.

Inna lillahi wainna ilaihi roji'un. Takziah kepada keluarga. Al-Fatihah.

Sunday, October 13, 2013

apa kata ahli PAS?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hai. Kali ni aku nak kongsi bab politik pula. Erm bukan aku yang menulis, aku cuma copy & paste kenyataan ni. Berjela-jela dia menulis, agak-agak terseliuh tak jari dia? heh. Jadi kamu baca la jika mahu terutamanya kepada ahli-ahli PAS sebab kenyataan saudara yang menulis ni memang di tuju khas untuk ahli-ahli PAS. Sila la baca ye, itu pun kalau sudi. hehe, peace!

*****
[ANALISIS SAYA MENGENAI PAS by Norman Liverpool] 

Pandangan Orang Luar PAS 

Bagaimana PAS merasakan mereka PARTI Melayu terkuat???
PAS tidak strategis...sertai politik tapi tidak mahir berpolitik

Bismillahirahmanirahim,

Buat pertama kalinya saya menulis analisis mengenai PAS yg agak panjang. Risikonya sgt tinggi kerana pengalaman sebelum ini apabila saya mengkritik PAS, teruk saya dihentam. Sgt berbeza dgn ahli2 UMNO walaupun ada seorang dua yg ekstrim tetapi ahli UMNO akan melawan hujah saya sedikit profesional.

Saya menulis mengenai parti ini ada bersebab. Buat yg ingin membaca, jgn letakkan diri anda dlm sebagai ahli parti...utk mudah menerimanya Jika tidak bersetuju anggaplah itu hak tuan2 dan puan2. Begitu juga penulisan ini hanyalah pandangan peribadi saya yg saya rasa berhak utk memberi pandangan.

PAS adalah harapan baru org Melayu kerana kerosakkan serius ditahap kritikal parti dominan org Melayu iaitu UMNO. PAS adalah pilihan ramai org Melayu selepas UMNO dan parti ini bukan baru dlm arena politik tanahair tapi PAS dilihat masih mentah dlm kancah arena politik.

Sebagai pemerhati atau pengundi atas pagar...kita terkeliru dgn PAS. PAS memilih perjuangan menerusi jalan politik iaitu ditentukan menerusi pilihanraya. Tapi sayangnya PAS sendiri tidak begitu faham jenis permainan 'politik' tersebut. Akhirnya PAS hilang fokus.

Berdasarkan usia, PAS dilihat cukup berpengalaman. Namun bukan bermakna pengalaman atau lamanya parti itu bermakna ia bagus, kuat dan berjaya. England peradaban atau tamadun beratus tahun lebih lama dari Australia...tapi Australia yg dibina 1901 begitu pantas mengatasi England sendiri.

Contoh dlm berpolitik PAS & DAP dianggap seteru UMNO sekian lama tetapi PAS & DAP tak pernah menggugat parti UMNO atau BN...Kenapa? Kerana kurang bijak dua parti Melayu dan Cina ini berpolitik. Meletakkan pertandingan 3 atau 4 dan 5 penjuru membuat UMNO ketawa.

PKR masih muda tak sampai lagi usia 'sweet 17' tapi dlm masa yg pantas mampu menjadi peneraju dgn jumlah kerusi Parlimen paling byk. Dlm PKR banyak cerdik pandai 'genius'. Melayu 'genius', India 'genius' dan Cina 'genius'. PKR satu lambang parti berbilang bangsa yg pemimpinnya di kalangan mereka yg 'genius'.

Jika tidak kenapa PM melantik Ezam Mohd Nor, Nalakaruppan sebagai Senator, Zahrain Mohamed Duta. Manakala Lokman Noor Adam sekelip mata dilantik menjadi Exco Pemuda. Itu tanda mereka di dlm Keadilan dilihat ada 'value' walaupun sudah bergelar mantan.

Begitu juga pemimpin di kalangan kaum India dan Cina di dlm PKR, ramainya berpendidikan tinggi seperti Dr, Peguam, Engineer, Pensyarah, Arkitek, Guru, Pegawai2 Bank dan sebagainya. Boleh diandaikan di dlm PKR India dan Cina yg menyertainya 60% adalah India dan Cina bandar. Yg mana mereka sendiri menolak fahaman perkauman yg menebal.

Cara mereka berfikir agak lain dgn Cina DAP atau India PPP. Mereka ada 'class' tersendiri. Mereka mahukan Malaysia yg 'bersih, aman dan bagus dari segi ekonomi'. Dlm PAS tiada cerdik pandai? Ada ramai!... tapi sayangnya mereka tak diletakkan di tempat sepatutnya. Di dlm PAS nak cari cerdik pandai dlm agama mcm Seven Eleven (ramai) tapi nak cari cerdik pandai dlm berpolitik sgt sedikit...sebab 'kepandaian' mereka itu ditutup.

Dlm sejarah PAS sejak diwujudkan sehingga kini tiada siapa boleh menandingi 'genius' Allahyarham Datuk Fadhil Nor berpolitik. Bijak dlm ilmu agama dan bijak berpolitik 'pakej' yg ada pada arwah. Sebelum Tun Mahathir hadir menziarahi Allahyarham Tan Sri Azizan Razak (seteru politik), Fadhil Nor telah lama lakukan dgn menziarahi Anwar Ibrahim.

Masih ingat ahli2 PAS cukup tersinggung kerana kehadiran Fadhil Nor ke rumah Anwar. Ketika itu Mat Sabu masih seronok menghentam Anwar sehingga menggelarkan Anwar Aljuburi. Tapi tidak bagi Fadhil Nor, keihklasan arwah itu memberi impak yg baik dari segi moral agama dan politik utk PAS. Lihatlah semasa pilihanraya 1999, tiba2 PAS dpt lebih 20 kerusi Parlimen.

Adakah kerana hebatnya PAS? Tidak !!! Ia berlaku kerana faktor isu semasa...atau bahasa keras sikit menangguk di air yg keruh. Org Melayu ketika itu undi PAS bukan kerana ingin PAS wujudkan sistem hudud tetapi kerana marahkan UMNO. Tapi PAS sejak 1999, mereka dah perasan org Melayu sudah beralih kpd mereka dan kesannya pada 2004, PAS tewas teruk termasuk di Kelantan. Tapi masih tak sedar diri.

PAS ADA CIRI PERANGAI AL-ARQAM...

Apa persamaan mereka? Arqam tak percaya kpd politik tetapi cara dakwah. PAS pula percaya Islam akan berjaya di daulah menerusi politik. Apa persamaan antara mereka? Persamaannya keduanya ada sikap eksklusif...'aku lah yg terbaik'. Al Arqam dulu menggalakkan ahli bersolat di Markas2 Arqam. Dgn alasan jika bersolat di Masjid saf solat tidak rapat seperti dlm sunnah.

Dlm Arqam, guru2 ilmu yg kita hendak pelajari hanya di kalangan Ustaz2 Arqam sahaja di galakkan. Malah dlm jamaah ini ada perasaan iri hati pada PAS atau jamaah Tabligh. Begitu juga PAS...saya pernah menceritakan ketika saya menjadi penganjur kpd Konsert Khalifah Seni di Pulau Marina, Perak. Patutnya saya sebagai penganjur, Ustaz Azhar Idrus (UAI) akan mengikuti segala program yg diaturkan.

Sebagai penganjur tentulah saya akn mencari seberapa byk penaja. Tapi bila mendengar antara program yg diatur seperti makan bersama UAI (jual table) dan bersoalat Maghrib di Masjid Daerah, salah seorang ahli PAS yg membantu saya utk konsert tersebut tiba2 mcm naik angin mendengarnya. Lalu dia mengarahkan org2 besar PAS termasuk ahli Parlimen Lumut, YAB Lakasamana Imran skg ini utk duduk semeja.

Pendek kata meja itu dikelilingi org2 PAS. Sedangkan Ustaz Azhar memaklumkan kpd rakan saya, Hafiz (rakan UAI breakfast di KT), jika benar ada org UMNO, biarlah di kiri org UMNO dan disebelah kanannya org PAS. Biar adil buat mereka tetapi sebaliknya berlaku. Lebih teruk program bersolat ke Masjid daerah Manjung dibatalkan.

Patutnya kita dlm menyebarkan fahaman politik atau dakwah, kita kena buka kpd mereka yg belum memahaminya. Itulah yg diamalkan oleh Tabligh, masuk bertemu masyarakat dan bukan mengasingkan kononnya kami jamaah syurga dan kamu (UMNO) jamaah neraka. Inilah politik jakun sesetengah ahli PAS.

Malah lebih teruk PAS menjadi jamaah2 lain terutamanya Tabligh sebagai seterunya walaupun tak seteruk dgn UMNO. Saya dikhabarkan oleh 'karkon'2, masalah berdakwah di Malaysia ini, surau2 yg dimiliki oleh PAS sendiri tidak membenarkan mereka utk bermalam. PAS menjadi mereka eksklusif di mana surau2 yg 'ditawan' sudah menjadi surau utk ahli2 PAS sahaja.

Namun apa yg saya kecewa, Presiden PAS sepatutnya mengeluarkan arahan rasmi agar ahli2 PAS berjamaah di masjid ygt dikuasai UMNO dan mencampuri mereka dgn akhlak yg baik. Itu juga antara konsep dakwah terbaik utk membuat musuh mahu mengikuti kita seperti diajar Rasulullah.

KELUAR PAKATAN... PAS IBARAT 'BODOH SOMBONG'

Apabila ada cadangan dari geng ulama utk memikirkan kembali kerjasama dgn Pakatan Rakyat...ia langkah ke belakang. Terus terang saya katakan PAS boleh diibaratkan 'bodoh sombong'. PAS merasakan mereka kini adalah juara parti utk 'org Melayu'. Sedangkan hasil gabungan dgn PKR sekalipun 60% org Melayu masih memilih UMNO. PAS hanya mampu menguasai Melayu Kelantan.

Ini totok pemikiran yg ada kebanyakan mereka yg berlatar belakang sekolah pondok di dlm PAS. Antara persoalannya yg saya ingin bertanya kpd pucuk pimpinan Ulama ini adakah munculnya PAS ini hanya utk memerintah Kelantan sahaja? Jika benar, jgn hipokrit utk melaksanakan hukum hudud.

Kedua adakah kemunculan PAS hanya utk menjadi chk n balance sahaja utk pemerintahan negara? Sebab tanpa gabungan bersama Pakatan Rakyat...adalah mustahil mengikut akal manusia PAS boleh memerintah negara. Kalau hendak mengugut biarlah sedar kekuatan diri di mana!

Contoh perangai tak sedar diri PAS, apabila ada ahlinya mencadangkan dlm Muktamar PAS, agar jawatan Perdana Menteri diberikan kpd Presiden mereka. Sedangkan persetujuan bersama sudah termeterai. Ia cadangan yg mengarut, lemah dan kurang bijak berpolitik dan tidak ada political mileage .

Sebab itu saya katakan PAS walaupun lama tapi ahli2 ramai yg lemah atau tidak mahir berpolitik...semberono sahaja. Saya cabar PAS, silakan keluar dari Pakatan Rakyat...kita tgk berapa kerusi yg PAS akn menang???

ORGANISASI PAS PERLU DIPERBETULKAN...(Peranan Ulama tak berkesan)

Bila cadangan 'geng' Ulamak supaya “jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS sewajarnya daripada kalangan ulama yg memahami faqih tentang Islam dan realiti semasa, saya anggap satu pemikiran yg sungguh menyedihkan. Peranan ulama sgt penting tetapi tidak penting sebagai Presiden. Imam Syafie, Imam Ahmad, Imam Ghazali tidak memegang jawatan ketua negara dan sebagainya tetapi peranan mereka sgt penting utk seluruh umat Islam di dunia.

Lihat di Turki bagaimana Perdana Menteri Erdogan, walaupun dia biasa2 sahaja tetapi di belakangnya ulama2 sebagai rujukan beliau. Apa salahnya jika DS Seri Nizar, Husam Musa, Dr Hatta Ramli, Mohammad Sabu, Datuk Dr. Mahfuz Mohamad, Dr. Rosli Yaakob dan lain2 lagi diberi jawatan. Apakah hilang Islamnya bila mereka diberi jawatan.

Adakah Geng Ulama tak penting dlm organisasi PAS. Ia sgt penting cuma peranannya di tempat yg salah atau tidak menonjol. Bagi saya pendekatan Majlis Syura Ulama PAS Pusat dan Dewan Ulama PAS patut tertumpu ke arah 'dakwah'. Mereka sepatutnya mencontohi jamaah Tabligh yg berjaya menghantar pendakwah (karkon) ke seluruh dunia.

PAS tak tak perlu hingga ke peringkat global tetapi cukuplah merangkumi Malaysia. Bagi saya Geng Ulama sepatutnya memainkan peranan dgn Pemuda PAS utk menjalankan kempen dakwah. Bila diajukan, Ustaz2 kami berdakwah di surau2. Dakwah sebegitu tidak berkesan kerana kamu tidak bertemu sendiri dgn masyarakat setempat. Yg kita mahu bawa org yg tidak ke masjid pergi ke masjid.

PAS mesti menubuhkan 'geng dakwah' mereka yg akan menyelinap masuk ke kampung2. Ini yg saya lihat ada kekosongan dlm PAS. Ia diakui oleh beberapa Ustaz PAS sendiri yg menganggap PAS hanya bergantung kpd individu2 yg bergelar Ustaz utk berdakwah. Akhirnya ia tidak bersistem dan rakyat tidak nampak peranan PAS di situ dlm mengajak manusia kpd Islam yg sebenarnya. Yg rakyat tahu ceramah PAS adalah ceramah politik.

Mana tidak ahli2 PAS sendiri cuba kita lihat di masjid2 atau yg dikuasai PAS sendiri. Jika ada kuliah agama pada Isnin hingga Jumaat tak berapa ramai yg dtg...biasa yg mendengar pun ahli jamaah surau itu sendiri. Tapi cuba ceramah politik, Mat Sabu berucap...beribu-ribu ahli PAS dtg...tanya pada diri sendiri kenapa ia berlaku.

Adakah itu yg dibanggakan oleh golongan ulama apabila ceramah politik lebih digemari daripada ceramah agama.Sedangkan dlm jamaah Tabligh apabila apabila berlaku Ijtima, berjuta-juta manusia menghadirinya utk mendegar ceramah (bayan) dari Maulana2 hebat di dlm jamaah tersebut.

Terkadang, rasa bangga kita memakan diri. Islam itu menyeluruh. Bukan di arena politik semata. Perlumbaan materialistik takkan pernah habis. Alangkah baik jika selepas ini diusulkan manifesto 'Memperkasa Institusi Masjid'. Ini org ramai melihat, org PAS pun sama dgn UMNO, bila ada ceramah agama tak ramai org...so apa bezanya???

PAS DAN HUDUD

PAS dipuji2 atau dibanggakan oleh ahlinya kerana akan membawa hukum hudud apabila memerintah Malaysia. Dlm politik tanahair, agenda tersebut merupakan bola tanggung kpd fahaman sekular kerana PAS mesti faham 50% pengundi di Malaysia bukan org Islam atau bukan org Melayu.

Rata2 umat Islam di negara ini tidak menolak hukum hudud. Dan mereka menyokong walaupun bukan ahli kerana tidak mahu dpertanggungjawab di sana nanti. Cuma seperti kata Subky Latif, agenda itu tidak perlu di war-warkan lagi. Yg penting ialah utk membersihkan Malaysia dari gejala rasuah yg sgt2 membimbangkan dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berkebajikan.

Lihatlah kejayaan Tukri yg pernah dipegang oleh manusia yg bumi pun tidak menerimanya, Kamal Artatuk. Bukan mudah apabila Kamal Artatuk menjadikan negaranya sekular yg berkiblatkan Eropah. Fahaman yg begitu lama berjaya dihayati oleh masyarakat Turki. Namun kini Perdana Menteri Turki dan Presiden mereka isteri mereka mampu memakai tudung...kenapa??

Hukum hudud bukan agenda atau termaktub di dlm manifesto Parti Adalet ve Kalkınma (AKP), dipimpin oleh Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Turki. Namun apabila menang kerajaan di bawah Parti AKP giat mempromosikan nilai Islam dan secara perlahan-lahan menghakis sekularisme di Turki.

Ia mengambil masa 8 tahun utk Erdagon memulangkan kembali hak org Islam. Mengapa mengambil masa yg terlalu lama...Erdogan belajar dari pengalaman. Tentera Turki mempunyai rekod mencampuri urusan kerajaan atas nama mempertahankan sekularisme di Turki.

Turki sebelumnya pernah mempunyai perdana menteri yg sama seperti Erdogan. Perdana Menteri Necmettin Erbakan adalah seorang aktivis Islam dan Perdana Menteri Turki. Tapi apabila dia dilihat begitu agresif cuba menghapuskan fahaman sekular di Turki, akhirnya Erbakan dijatuhkan oleh tentera tidak sampai setahun pemerintahannya.

Begitu juga di Malaysia, walaupun tentera tidak akn campurtangan hal ehwal politik tanahair tetapi PAS kena akur 70% pengundi di Malaysia masih berfahaman sekular. Malah dari 70% itu, 80%nya adalah dari bangsa Cina dan India. Kembimbangan mereka itu yg menidakkan utk PAS menjadi pilihan mereka.

Malah org2 Melayu (atas pagar) yg dianggarkan mempunyai 2 juta org memilih memangkah PAS bukan kerana inginkan negara yg mengamalkan hukum hudud tetapi mahukan Malaysia yg lebih bersih dari korupsi. Begitulah juga dgn kaum2 yg lain. PAS mesti sedar perkara ini.

Kita sepatutnya merujuk kpd dakwah atau kepimpinan yg ditunjukkan oleh Rasulullah. Baginda memperkenalkan agama Islam di kalangan penduduk Mekah dgn memperkenalkan dulu kebesaran Allah. Pelbagai wahyu Allah turunkan utki baginda berdakwah. Bab hukum seperti wajib memakai tudung ini wujud semasa baginda berpindah ke kota Madinah.

Rasulullah sewaktu di awal Islam yg ingin disampaikan, baginda tidak menyuruh wanita memakai tudung dan sebagainya. Satu persatu larangan disampaikan Rasulullah kpd umatnya ketika itu. Para pendakwah perlu memahami bahawa org awam memiliki potensi yg besar utk kemenangan dan kejayaan Islam.

Itulah pentingnya dakwah dlm Islam dan bukan hanya semata-mata politik. Manusia apabila memiliki kefahaman dan kesedaran Islam yg betul, akan mudah utk kembali kpd Islam yg sebenarnya. Dakwah adalah menyeru dan mengajak umat manusia utk menjadi lebih baik. Bukan menakut-nakuti mereka dgn berbagai ancaman seperti hukum hakam.

Lihat cara Nabi berdakwah berbanding dgn kita. Jika kita ditanya oleh seseorang niatnya utk berzina, mungkin kita jawab singkat “Tidak boleh, zina itu haram!” Ia sgt keras. Tapi kita lihat cara Rasulullah berdakwah apabila seorang pemuda pernah bertemu dan bertanya pada Rasulullah, ”Ya Rasulullah, izinkan saya berzina.” Rasul memandang pemuda tersebut dgn penuh kasih sayang dan bertanya, ”Sukakah kamu bila itu terjadi pada ibumu?” tanya Rasulullah. ”Tidak, demi Allah,” jawab anak muda itu.

”Sukakah kamu bila itu terjadi pada saudara perempuanmu?” tanya Rasulullah. ”Tidak, demi Allah.” ”Sukakah kamu bila itu terjadi pada anak perempuanmu?.” ”Tidak, demi Allah.” Sukakah kamu bila itu terjadi pada istrimu?” Anak muda itu menjawab, ”Tidak, Demi Allah.” Rasulullah lalu berkata, ”Demikianlah halnya dgn semua perempuan, mereka itu berkedudukan sebagai ibu, saudara perempuan, isteri, atau anak perempuan.”

Kemudian beliau meletakkan telapak tangannya di dada pemuda itu, lalu mendoakannya.
PAS patut lihat konsep jamaah Tabligh berdakwah. Mereka menembusi seluruh pelusuk dunia hingga berjaya memikat puluhan juta manusia utk berdawkah seperti mereka. Pendekatan mereka apabila menuju rumah ke rumah adalah mengajak manusia ke masjid. Di masjid mereka tak cerita bab hukum tetapi menceritakan kebesaran Allah.

Kata salah seorang guruku yg menyertai jamaah Tabligh, "Dlm jamaah, kami diajar seni berdakwah. Kami akan duduk di tengah masyarakat tak kira apa bangsa dan kerosakan mereka. Kita mengajak mereka mendegar kebesaran Allah. Bila mereka dapat merasai kebesaran Allah, lalu mereka akn takut melanggar perintah Allah dan mudahlah mereka menerima Islam. Seni dakwah bab hukum jgn disampaikan dahulu tetapi hal kebesaran Allah diutamakan.

PILIH PEMIMPIN

Cadangan kumpulan Ulamak ini supaya “jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS sewajarnya daripada kalangan ulama yg memahami dan faqih tentang Islam dan realiti semasa” menampakkan pandangan yg sgt kebelakang. Apakah kumpulan ulamak ini ingat DS Nizar, Dr Hatta, Husam Mussa dan lain2 tidak memahami Islam?

Sepatutunya PAS mengambil peluang apabila puluhan ribu golongan profesional memasuki PAS utk dintonjolkan kpd masyarakat berbilang kaum bahawa pAS bukan parti pondoklagi tetapi parti yg ke arah Islam yg moden dan lebih berwibawa. Tetapi sesetengah golongan PAS tidak mahu membawa PAS maju dari segi berfikir...jika ada cadangan dari golongan profesional ditolak mentah2 seolah-olah golongan profesional ini akn menyesatkan PAS.

Dulu saya pernah menulis mengenai pemilihan calon utk calon Pasir Panjang, Lumut. Saya mempersoalkan kenapa Roha, kerana dgn waktu yg begitu terhad bukan mudah utk PAS mempromosikan siapa calon mereka. Apatah lagi PAS tiada akhbar harian.Bila dia dicalonkan ramai yg bertanya, siapa Roha???

Lebih sedih apabila bekas Ketua Wanita PAS memberitahu saya, Roha dipilih kerana permintaan dari Muslimat sendiri kerana belum ada wakil mereka yg bertanding sebelum ini...Terkejut sahaja letak calon, mcm letak calon JKKKK.

Saya kata jika pilih Roha, baik pilih Hamidun...80% pengundi DUN Pasir Panjang samada dari Umno atau PAS sudah mengenali beliau. Malah Hamidun telah lama buat kerja bagi pihak DS Nizar. Jika dia bertanding, tugas PAS lebih mudah cuma mempromosikan manifesto parti dan PR.

Lihat DAP di KK, khabarnya mereka sudah meletakkan calon utk PRU 14. Ini memudahkan utk calon buat kerja dari skg. Sb itu Rafizi dulu tetap berkeras akn bertanding di Pandan sebab dia sudah buat kerja di kawasan itu 3 tahun lamanya. Akhirnya Rafizi adalah antara mereka yg menang majoriti terbesar di PRU ke 13.

Apa itu buat kerja? Calon bermula 2013, 2014, 2015, 2016, 2017 sudah mula menjalankan tugas tidak rasmi (bukan DUN) sebagai wakil rakyat dgn menghadiri majlis kenduri, kahwin, kematian, gotong royong, rumah terbuka hari raya.Sebab calon dari PR mesti ingat, mereka bukan seperti BN yg mempunyai byk dana. Calon PR hanya bergantung kpd budi yg dikenang.

Jika saya tanya calon PAS Pasir Panjang utk PRU 14, siapa dia??? Nescaya tiada calon lagi yg ditetapkan. Patutnya mulai sekarang PAS sudah war-war kan calon mereka utk calon itu bekerja dari skg dan bukan hanya menjelang pilihanraya. Contoh tauladan terbaik cara seorang pemimpin bekerja, anda lihat Nurul Izzah. Saya sedang menulis mengenai kehebatan Nurul Izzah di mata pengundi Pantai Dalam. Sebaik menang Puteri Reformasi ini terus bekerja utk penduduk kawasannya.

Tapi calon2 PAS mcm bercuti rehat panjang. Apapun utk pilih pemimpin masa depan sebaik-baiknya org tempatan yg berjaya (agama/kerjaya). Golongan profesional lebih mudah diterima di kawasan bandar. Contoh DUN Pasir Panjang 50% pengundinya adalah 'bandar' Seri Manjung dan beberapa tempat lagi. Golongan ulama biarlah di kawasan2 Kampung2 yg mana penglibatan aktivtinya seperti mengajar, menjadi imam, menghadiri majlis2 kematian dan sebagainya.

Skg manusia sudah bijak. Bukan mcm dulu UMNO letak beruk pun boleh menang. Skg zaman org berfikir. Antara faktor yg memenangkan calon ialah ialah faktor calon itu sendiri, kekuatan jentera parti, strategi kempen, manifesto, isu dan imej pemimpin.

PENUTUP

Akhir kata secara jujur byk yg perlu PAS lakukan kerana PAS tidak strategis. Sebelum muncul manusia bernama Anwar, PAS langsung tidak terfikir, bagaimana utk PAS mengusai Malaysia. Lebih 50 tahun berjuang PAS masih tercari-cari formula utk menewaskan UMNO sedangkan UMNO menyimpan rahsia tersebut sehingga Anwar membocori rahsia kelemahan PAS.

PAS mesti tahu UMNO tidak hebat jika parti itu sendirian. UMNO bergabung dgn berbelas parti utk membentuk kerajaan. Tapi PAS bersendirian. Pernah tak pemimpin2 PAS sebelum ini memikirkan, mana mungkin PAS dpt mengusai Malaysia jika hanya Melayu Kelantan sahaja yg menyokong.

Anwar beri formula, pertama mesti bergabung utk menggabungkan kekuatan. Kedua utk berlawan, pembangkang tidak boleh hadir secara kumpulan masing2 kerana ia memecahkan penyokong. Cara satu lawan satu. Formula ini hampir berjaya pada PRU 12 dan 13. Malah dlm PRU 13 peratusan pengundi Malaysia memilih Pakatan Rakyat.

Mana datangnya pengundi tersebut? Ia hadir daripada sokongan pengundi kepada parti2 tadi. Oleh itu PAS mesti melatih orang-orangnya untuk menerima teguran dan bersifat terbuka dengan pelbagai pihak.

Contohnya PAS mesti menggalakkan ahli2 nya bersolat atau menghadiri ceramah agama/kenduri/ kematian ahli2 UMNO. PAS mesti bersikap mesra kepada jamaah2 dakwah untuk menggunakan masjid atau surau yang dikuasai mereka untuk membantu mengembangkan agama Allah (agar PAS tidak dilihat parti atau jamaah politik).

Ketiga PAS mesti membuka seluas-luas pintu kepada golongan profesional di dlm parti sendiri utk meneraju parti untuk dilihat PAS bukan parti pondok lagi. Keempat Ulama2 PAS mestilah menyusun strategi bersama Pemuda untuk memikirkan apakah langkah untuk mendekatkan aktiviti dengan remaja dan penyokong2 atas pagar dengan memainkan peranan dakwah sebagai salurannya.

Kelima PAS mestilah melakukan banyak aktiviti untuk golongan remaja seperti hari2 sukan dan sebagainya. Ambil contoh Ustaz Azhar Idrus beliau sangat diminati kerana keterbukaannya kepada golongan remaja. Membenarkan golongan remaja menyanyi, bermotosikal dan sebagainya asalkan jangan melalaikan dan melanggar syariat.

Keenam, dalam kempen2 PAS selepas ini bab hukum jangan diketengahkan. Saya melihat penyokong ekstrims PAS hanya bergantung kepada satu pandangan sahaja, iaitu menyokong PAS semata-mata kerana Islam. PAS perlu menyusun semula strategi politiknya.

Salam....


p/s : berpinar biji mata baca dari atas sampai ke bawah kan? haha

Sunday, September 29, 2013

Aku perlu tanggung juga?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Hai. Sambil menunggu pelanggan, aku termenung. Erm termenung memang salah satu hobi aku, hehe. Macam-macam perkara yang muncul dalam benak fikiran. Fikir pasal perangai aku yang kadang-kadang menyesakkan kepala sendiri. Fikir pasal bisnes yang ada masa naik ada masa turun. Fikir pasal cara macam mana nak tambah pendapatan memandangkan kadar kos sara hidup makin lama makin meningkat. Yang paling best, kepala aku berfikir tentang hutang yang bermacam-macam jenis tu. Hutang kereta dan lain-lain. Lepas tu kepala aku terfikir, macam mana dengan hutang negara yang berlambak tu? Hutang isi rumah yang berlambak tu? Adakah ketika di akhirat nanti aku juga akan menanggung azab jika hutang-hutang tu tak terbayar? 

"Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban syahid kecuali jika dia mempunyai hutang (kepada manusia) *Riwayat Muslim*"


p/s : harap ada yang sudi memberi pencerahan. peace ^_^


Rokok naik harga?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Hai, sudah kecoh ya pasal harga rokok bakal naik RM 1.50 sekotak. Alasan diorang naikkan harga sebab tekanan inflasi, kos buruh dan kos input. Satu lagi alasan diorang disebabkan aktiviti penyeludupan "rokok haram" yang terus menerus memasuki pasaran seolah-olah langsung tak dibendung.

Barang keperluan atau kehendak? Bukan barang keperluan macam gula kan? Tak semua orang terkesan dengan kenaikan ni kan? Ada pilihan samada nak beli atau tak kan? Perokok tegar macam aku ni kalau rasa poket tu makin lama makin kempis boleh la beransur-beransur kurangkan pembelian kan? Atau pun berhenti merokok terus kan? Erm cukai rokok tinggi juga kan? Maknanya income kerajaan melalui cukai rokok mesti meningkat juga kan? Kan? Kan? Kan? Hehe


p/s : tepuk dada tanya nafsu, bila lagi nak berhenti? peace ^_^

Monday, September 23, 2013

Tak ada cara lain?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hai, mesti dah ramai yang tahu pasal saranan pak menteri kesihatan supaya dikurangkan subsidi gula sebagai langkah untuk mengurangkan kes pesakit diabetes dalam negara ni. Macam apa yang dia cakap dalam quote kat bawah tu, agak tinggi juga peratusnya. Niat dia memang bagus cuma saranan dia tu nampak macam nak menambah kesengsaraan 'poket' masyarakat je.
 Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata: "Setakat ini bilangan penghidap diabetes di negara ini telah meningkat kepada 2.6 juta orang atau 15 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.

Lagi satu. Dulu masa harga rm1.90 per kilo sampai la sekarang rm2.50 per kilo, alasan kenaikannya sama juga. Nak kurangkan kes pesakit diabetes juga. Persoalannya sejak harga naik daripada 1.90 kepada 2.50 tu, peratus kes pesakit diabetes ada penurunan ke? Kalau mentaliti manusia tu masih sama, sampai bila pun masalah diabetes ni takde penurunan. Semuanya bergantung pada kesedaran manusia tu sendiri. Kalau manusia tu rasa dia nak hidup sihat, dia akan jaga kesihatan dia. Kawal pemakanan, amal diet seimbang, beriadah dan macam-macam cara lagi untuk jaga kesihatan diri.

Apa takde cara lain ke nak kekang peningkatan kes diabetes ni? Tukang masak tak reti nak kurangkan gula dalam masakan? Tukang buat kek tak reti nak buat kek yang kurang manis? Kurangkan gula boleh jimat kos kan? Harap-harap saranan tu hanya tinggal saranan tanpa pelaksanaan kalau tak jangan merungut la kalau orang jual kuih sebiji RM 1 pulak lepas ni ye. Erm cadangan potong elaun menteri untuk kurangkan perbelanjaan negara bila nak buat? Jangan cakap saja ya! Cerita dia kat sini.



p/s : erm kuih karipap guna gula tak? kegemaran aku tu! heh. peace! ^_^

Friday, July 19, 2013

Aku janji pemimpin muslim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pilihanraya umum sudah lama berlalu, pilihanraya kecil pula bakal menyusul tak lama lagi. Pemimpin yang telah diberi mandat rakyat  kebanyakannya melayu beragama Islam. Aku tertarik dengan apa yang aku baca dalam majalah solusi isu 56 yang di tulis oleh saudara Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani. Di bawah ni antara petikan yang di tulis oleh beliau yang mana ianya amat perlu di pandang serius oleh pemimpin melayu beragama Islam di negara ni.

"Iaitu mereka yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menyuruh berbuat kebaikan dan melarang berbuat keburukan." (Surah al-Hajj 22:41)

Al-Shanqiti dalam Adwa' al-Bayan mengulas: "Golongan yang diberikan kuasa memerintah dan kekuatan di bumi, sedangkan dalam masa yang sama tidak mendirikan solat, menunaikan zakat atau melaksanakan amar makruf nahi mungkar, maka mereka tidak dijanjikan dengan kemenangan dan pertolongan daripada Allah.

Hal ini kerana mereka bukan daripada parti Allah. Mereka bukan daripada kalangan wali-Nya yang dijanjikan kemenangan. Bahkan mereka daripada parti dan wali-wali syaitan.

Jikalau mereka meminta pertolongan dan kemenangan daripada Allah sebagai menuntut janji-Nya, maka mereka seumpama pekerja yang tidak mahu melakukan kerjanya tetapi meminta upah. Dan jika keadaan sebegini seolah-olah mereka tidak mempunyai akal."

Ayat tersebut juga menunjukkan empat perkara yang merupakan manifesto yang wajib dilaksanakan sama ada sebelum menang atau selepas menang pilihan raya. Ia merupakan manifestasi kesyukuran mereka atas kemenangan yang dikurniakan Allah kepada mereka.

MENDIRIKAN SOLAT
MEMBERI ZAKAT
MENGGALAKKAN KEBAIKAN
MENCEGAH KEJAHATAN


Pilihan sudah di buat, keputusan juga telah di perolehi. Yang menang bertanggungjawab untuk mentadbir sebaik mungkin. Amanah besar terletak di bahu anda semua, jadi laksanakan sebaik mungkin atau tunggulah balasan Allah di hari pengadilan kelak.



p/s : peringatan untuk diri sendiri kerana aku juga seorang pemimpin bagi diri aku sendiri.

Monday, July 15, 2013

Ala-ala boikot la tu..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai semua, apa macam puasa? okay ke tidak? dah siap beli buat baju raya ke? dah siap beli persiapan raya ke? baru berapa hari je puasa dah sibuk tanya pasal persiapan raya bagai, heh.

Kamu semua mesti tengah pening sebab harga barang banyak yang naik kan? Terutamanya harga ayam la yang orang tengah kecoh sekarang ni. Jualan runcit naik sehingga RM9 satu kilo. Hurm memang tinggi harga tu sampai aku yang menjual ni pun tak tau apa dah nak jawab bila di tanya kenapa harga tinggi sangat? Hurm terus terang aku jawab, dari seminggu sebelum puasa sampai sekarang harga bekalan yang aku dapat sama je, takde turun takde naik. Jadi aku pun jual harga sama je lah, RM9 sekilo. 

Tadi aku ada baca di sini tentang 'cadangan' daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hasan Malek supaya mengelak daripada membeli ayam jika harganya terus atau tetap tinggi dan beralih kepada ikan atau daging. Hurm ala-ala boikot gitu, heh. Harga daging sekilo sekarang berapa? Harga ikan kembung sekilo sekarang berapa?

Kalau di tempat aku ni, harga daging sekilo RM22 dan harga ikan kembung sekilo RM12. Untuk kegunaan semasa hari raya tak kan kamu nak beli daging sekilo je kan, sekurang-kurangnya 3 kilo. Maknanya sudah RM66 untuk daging dan jika ikan kembung 2 kilo dah RM24, jumlahnya dah RM90. Tak mustahil kalau kamu 'boikot' taknak beli ayam, harga daging dan ikan akan naik mendadak sebab permintaan yang tinggi dan bekalan yang sedikit berkurangan. Kalau ayam seekor 2 kilo darab 5 ekor darab RM9 jumlahnya RM90 juga. Kalau di ikut permintaan dalam keluarga terutama anak-anak, diorang akan pilih ayam daripada daging atau ikan kan, heh.

Aku sendiri pening kepala sebab harga tahun ni memang melambung sampai ke langit. Tak pernah lagi aku jual dengan harga yang tinggi macam tahun ni. Aku tanya tokey, diorang kata harga bekalan dari ladang maintain. Pelik juga aku sebab media dah kecoh pasal harga melambung tapi diorang tetap boleh maintain harga lagi. Adakah bakal ada tangan-tangan halus yang akan bertindak sebagai hero menjelang lebaran nanti? Kita tunggu dan lihat saja ya!

Kamu fikir la sendiri ya. Aku menaip ni bukan bermakna aku nak mempertahankan harga jualan yang aku guna, cuma aku nak menerangkan serba sedikit supaya kamu boleh faham. Kalau kamu tak faham pun buat-buat faham je lah ya. Bila salah satu bekalan mendapat permintaan tinggi, harganya akan melambung secara automatik, itulah cara tokey-tokey besar ni berniaga. Aku pun pelik dengan tokey-tokey ni sepatutnya masa permintaan tinggi ni la diorang turunkan harga sebab bekalan habis banyak. Masa permintaan kurang barulah naikkan harga sikit sebab nak cover modal yang terpaksa dikeluarkan sedangkan bekalan masih berlambak, kan? Harap-harap turunlah harga ayam untuk raya nanti kan! hurm!!!

*gula naik harga sampai rm2.50 untungnya tetap 5 sen je*


p/s : modal meningkat, untungnya sama je bai, peace!

Monday, February 4, 2013

seminggu tiga kali..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

hello bloggers, readers, stalkers dan haters sekalian, 
sedang apa dan di mana ya?

hari ni (4 februari 2013) maknanya sudah 35 hari 2012 berlalu pergi. jadi apa perubahan yang berlaku dalam kehidupan kamu? lebih baik atau sebaliknya? erm sibuk tanya orang, aku sendiri macamana? ;)

erm manusia boleh berubah ke? kenapa ramai yang aku kenal masih lagi dengan rutin yang sama? seminggu tiga kali tak pernah tinggal, isnin, khamis dan ahad mesti muka yang sama jer. dari mula aku kenal dunia sampai sekarang, muka itulah juga yang jadi pelanggan tetap, muka itu juga lah yang selalu tepuk dahi bila nombor yang di beli cuma satu nombor saja yang silap. muka itu juga lah yang kembang semangkuk lubang hidungnya bila mana nombor yang di beli terpampang dalam kolum keputusan yang tercetak di bahagian belakang akhbar berita hairan. 

yang lebih menarik, kebanyakannya sudah termasuk dalam golongan "rumah kata pergi, kubur kata mari" dan dalam kad pengenalannya terpampang perkataan ISLAM. kalau nak kata diorang tak tahu hukum, MUSTAHIL sebab orang tua kan selalu kata diorang lebih dulu makan garam jadi diorang ni mesti luas pengetahuannya. mustahil lah kalau diorang tak tahu hukum hakam dalam Islam.

"bapa borek anak rintik" erm yang jenis ni pun ramai rasanya. bapak dan anak sama naik, sama tepuk dahi bila nombor tak kena, sama kembang hidung bila nombor mengena. kalau bapak yang 'kena' anak tumpang semangkuk begitu juga sebaliknya. ada tu yang ALLAH dah bagi peringatan bila mana dalam perjalanan nak 'membeli' tu kenderaannya tiga empat kali meragam, ada juga yang dalam perjalanan tu kenderaannya tercomolot dengan kenderaan orang lain, tak pasal-pasal melayang berkali-kali ganda dari apa yang dia pernah 'menang' sebelum ni. badan sakit, duit melayang tapi dalam pada sakit tu tetap juga........erm kamu fikir sendiri lah.


erm membebel banyak-banyak pun bukan ada perubahan pun :P hehe



p/s geleng kepala, itu je yang reaksi yang mampu aku bagi -.-





Wednesday, January 23, 2013

Pahang vs Terengganu

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
 
*****
 
 
 
 
p/s majulah sukan untuk negara

Sunday, January 20, 2013

cakap salah, tak cakap serba salah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
 
hai bloggers dan readers sekalian, 
sedang apa dan di mana? ;)
 
*****
 
TIGA MINGGU sudah aku tidak menaip di sini, tidak berjalan blog, tidak membalas komen (lebih rasanya)  tapi aku sentiasa skodeng apa yang orang lain tweet. Dalam tempoh tiga minggu ini macam-macam cerita dan isu yang timbul kan. Ada isu tentang amanat yang tertanam sejak tiga puluh tahun lepas, tup tup sekarang timbul pula bila bahang pilihanraya umum semakin panas.

Ada juga isu tentang kalimah Allah yang sampai sekarang pun masih ada lagi yang bertikam lidah tentang isu ni. Masing-masing sibuk nak mempertahankan hujah, tak ketinggalan juga yang tumpang sekaki membahan orang walhal yang membahan tu aku tengok twitcon dia rambut berkarat, baju bungkus nangka tapi itu semua tak jadi masalah bagi aku sebab mulut diorang yang berkata-kata. Cuma satu saja yang aku risau bila bercakap soal agama, takut tersilap kata-kata atau perbuatan boleh jadi FASIK atau lebih teruk lagi SYIRIK. na'uzubillahiminzalik!

erm itu saja yang aku nak taip kali ni, otak aku masih terkial-kial mencari bahan untuk di kongsi di sini. Lain kali bila otak aku dah hilang blurr, aku akan menaip lagi.


Wassalam.


p/s lagi dua hari cukup setahun.*auto*

Wednesday, December 12, 2012

rakyat malaysia terancam!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
 
*****
 
 


p/s lebihkan manis dalam senyuman ^__^

Monday, December 10, 2012

apa nak dikata?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
 
hai bloggers dan readers sekalian, sedang apa dan di mana?
 
*****
erm aku pasti ramai yang dah buat entri pasal harimau malaya menentang gajah putih tadi kan? so apa perasaan kamu sekarang? bagi aku strategi skuad harimau malaya untuk membaham gajah putih nampaknya kurang berhasil tapi ini baru perlawanan pertama kan so skuad harimau malaya masih ada peluang untuk membaham skuad gajah putih tu.
actually secara keseluruhan aku seronok tengok corak permainan diorang. harimau serang gajah balas serangan lebih-lebih lagi masa masing-masing guna formasi 4-5-1, bahagian tengah memang menjadi susah skuad gajah putih nak lepas cuma sebagai manusia rancangan hanya mampu dibuat namun apabila sudah tersurat begitu keputusannya maka itulah keputusannya.
.
 p/s keputusan seri tapi skuad gajah putih ada kelebihan gol di tempat lawan jadi harimau malaya kena gegar gawang gajah putih sebanyak mungkin dalam perlawanan kedua nanti.
 

Thursday, November 29, 2012

cerdik tak boleh nak tumpang, bodoh tak boleh di ajar

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

hai bloggers dan readers sekalian.
sedang apa dan di mana?

*****

agak kasar bunyi tajuk kali ni. entri ni ada kaitan dengan isi entri ni tapi jangan salah faham bukan berkaitan penulisnya yer cuma isi kandungan saja yang boleh bikin terbakar perut ibu yang mengandung di buatnya. tak perlu aku nak printscreen kamu nak tahu apa isi entri tu klik je sini

kenapa mudah sangat nak buat kerja bingai tu ha? bebudak sekarang ni mulut cabul betul kan ikut sedap anak tekak jer nak bercakap/update status mengarut macam tu. tapi aku gerenti takde sorang pun diantara dua mangkuk tu yang berani kotakan apa yang di kata tu. nak tahu dia buat ke tak, pakat ramai-ramai tercongok depan pavilion tu tengok ada tak makhluk yang buat aksi 18SX tu. lepas tu tengok pulak berita, ada tak laporan tentang orang kerat anu dia.

maaf lah kalau entri ni agak kasar bahasanya yer.


p/s  yeay harimau malaya menang!!! adakah sejarah bakal berulang?

Tuesday, November 6, 2012

Tengkujuh datang lagi.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



seperti mana kamu semua maklum, musim tengkujuh telah kembali melanda negara kita, Malaysia. Laporan yang disiarkan di media cukup menggambarkan betapa seriusnya kejadian ni kan. Empat negeri dilaporkan menghadapinya dan dikatakan situasi banjir di sana semakin buruk.


Mengikut laporan yang di siarkan di kaca televisyen sebentar tadi, hampir 4000 mangsa banjir telah dipindahkan ke tempat yang lebih selamat berikutan paras air yang semakin meningkat.

Erm syukur alhamdulillah kerana tempat aku tinggal ni tak pernah dilanda banjir tetapi tak bermakna aku tak faham perasaan mangsa-mangsa banjir ni. Actually aku pernah merasai pengalaman tu, mungkin tak seteruk mangsa banjir di Batu Pahat yang saban tahun dilanda banjir tapi cukup menyesakkan kepala juga. Bekalan elektrik terputus selama hampir dua minggu, rasa macam duduk dalam gua jer cuma bezanya gua ni ada tilam, bantal, sofa dan lain-lain kemudahan :P

Tapi kamu semua sedar atau tidak? segala apa yang berlaku di atas muka bumi ni adalah dari hasil tangan manusia juga. Aktiviti mengorek pasir di sungai boleh mengakibatkan sungai menjadi cetek dan tidak mampu menampung aliran air. Begitu juga longkang-longkang yang tersumbat akibat kesedaran 'sivik' yang kurang dikalangan masyarakat, segala sampah sarap dicampak ke dalam longkang. Akibatnya banjir kilat berlaku tapi yang dapat nama, majlis perbandaran juga kerana dikatakan tidak menyelenggara sistem perparitan dengan sempurna, walhal punca masalahnya daripada masyarakat juga kan.

Daripada kita menuding jari menyalahkan orang lain, lebih baik kita 'tengok dalam cermin' adakah kita telah melakukan yang terbaik untuk menghalang masalah daripada berlaku? Perlu di ingat juga kita hanya menuding satu jari kepada orang lain tetapi baki empat jari lagi di tuding kepada diri sendiri.

p/s rindu kenangan main hujan masa kecik dulu, balik rumah kena rotan..seronok :P