Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Sunday, December 21, 2014

Tak sampai juga hajat Harimau.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera.


dua puluh minit terakhir. o_O
 Hmm, tak sampai juga hajat Harimau nak membenamkan taringnya ke tengkuk Gajah. Di awal perlawanan memang Harimau berjaya mengekang pergerakan Gajah dan berjaya juga membuat tiga kali cakaran maut. Tapi itulah, dua puluh minit terakhir perlawanan, Harimau kena pijak dengan Gajah. Dua kali kena pijak dan sudahnya Gajah berjaya mengalahkan Harimau. Hmm, itulah kisahnya perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2014 di antara Malaysia dan Thailand yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Sama saja jalan ceritanya. Semasa bermain di peringkat kumpulan juga sama, kan? Awal permainan berjaya kekang pemain lawan tapi di serang pemain lawan pada saat-saat akhir dan kecundang akhirnya. Sama juga ketika menentang Vietnam pada separuh akhir kedua di Hanoi. Dan kisah yang serupa juga berulang dalam perlawanan akhir kedua menentang Thailand. Di serang pada saat-saat akhir, pemain mula buat kesilapan dan pemain lawan berjaya mengambil kesempatan untuk memastikan kemenangan.

Malaysia main tak bagus? Hmm, bagi aku pemain Malaysia dah main habis bagus cuma tak ada rezeki dan tak diizinkan oleh-Nya untuk menjulang piala kemenangan. Badan penat, hilang fokus dan sedikit kesilapan pemain Malaysia mengakibatkan sejarah 2010 tidak dapat di ulang. Dua puluh minit terakhir perlawanan, mungkin itulah kelemahan terbesar pasukan Harimau Malaya ni. Hmm, perlu di atasi dengan segera kelemahan tu. Apa pun tahniah kepada pasukan Thailand kerana berjaya menjulang piala kemenangan. Dengan izin-Nya, Malaysia akan bertemu Thailand lagi nanti.

-




Thursday, December 18, 2014

AFF Suzuki 2014 : Malaysia masih ada peluang.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.


awesome picture! credit to HIM
Pusingan pertama perlawanan akhir AFF Suzuki 2014 di antara Malaysia dan Thailand sudah berakhir. Berlangsung di Stadium Rajamangala, Bangkok. Keputusannya memihak kepada pasukan Thailand dengan dua jaringan tanpa balas. Corak permainan diorang lebih kurang sama dengan Vietnam hari tu. Laju, mantap dan tersusun. Tapi pasukan Malaysia masih ada peluang untuk membuat serangan balas kan? Perlawanan akhir pusingan kedua akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 20 Disember 2014, hari sabtu. Jam berapa? Hmm...sekurang-kurangnya Malaysia kena menang 3-0 nanti.

Secara kesuluruhan, corak permainan Malaysia baik tadi. Cuma tak ada rezeki dan ada beberapa perkara yang masih perlu diperbaiki lagi. Pertahanan masih perlu diperkuatkan. Serangan penyudah masih perlu di susun dan dipertajamkan. Dan yang paling penting, kesefahaman di antara pemain masih perlu diperbaiki. Aku nampak macam penyerang tu buat serangan sorang-sorang je tadi. Yang jelas ketara masa Amri dapat bola di penjuru padang, tiga pemain Thailand mengepung dan tak ada bantuan daripada pemain lain. Hebat macam mana pun skil yang ada, tetap memerlukan bantuan daripada rakan-rakan. Itulah namanya kerja berpasukan. Tapi biasalah kan? Bola itu bulat kecuali bola ragbi. o_O

Tapi aku rasa ada benarnya apa yang diperkatakan oleh pengulas tadi. Pasukan Malaysia selalu 'pancit' pada 20 minit terakhir perlawanan. Selalu berlaku kesilapan pada 20 minit terakhir perlawanan. Tadi dua-dua jaringan Thailand pada 20 minit terakhir perlawanan kan? Masa lawan Vietnam tempoh hari pun sama. Dah leading 4-1, tiba-tiba pada minit ke-78 gol Malaysia tembus. Awal permainan dah kerah tenaga habis-habisan agaknya. Hmm, kita serahkan kepada jurulatih lah untuk perbaiki kelemahan tu. Mereka lebih tahu apa yang perlu di buat. Harap Harimau Malaya dapat membenamkan taringnya di tengkuk Sang Gajah pada perlawanan kedua di Stadium Bukit Jalil nanti. Sejarah 2010 akan berulang kembali. Dengan izin-Nya.



p/s: berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

-

Thursday, December 11, 2014

AFF Suzuki : Syabas Harimau Malaya.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Syabas Harimau Malaya! 
Mendebarkan!! Itulah apa yang aku rasa sepanjang perlawanan separuh akhir kedua di antara Harimau Malaya dan Vietnam tadi. Syabas diucapkan kepada pasukan Harimau Malaya kerana telah berjaya mendapatkan tiket untuk perlawanan akhir Piala AFF Suzuki.

Permainan Harimau Malaya tadi memang berlainan dengan apa yang diorang tunjukkan semasa perlawanan pertama di Shah Alam tempoh hari. Permainan kali ni memang seronok untuk di tonton. Puas hati aku tengok. Syabas sekali lagi.

Lima pertukaran yang di buat tu memang menunjukkan hasil yang positif. Semangat diorang lain macam. Mungkin hasil kritikan yang dilemparkan kepada mereka sebelum ni telah berjaya menambah semangat diorang untuk bermain dengan lebih baik. Kena kritik main tak bagus, jadi tadi diorang dah buktikan bahawa kritikan yang dilemparkan tu tak betul. Diorang boleh main dengan baik. Tapi kenapa perlawanan pertama diorang main macam harimau sakit perut? Hmm..bendera merah agaknya. o_O

Apa pun syabas dan tahniah diucapkan. Empat jaringan di Hanoi, satu jaringan di Shah Alam dah cukup untuk melayakkan Harimau Malaya untuk bermain di perlawanan akhir menentang Thailand. Syabas juga kepada pasukan Vietnam. Diorang main memang bagus tadi. Peluang pun banyak, cuma nasib tidak menyebelahi mereka. Hmm, lepas ni lawan Thailand. Harap Harimau Malaya berjaya menundukkan Gajah Putih sekaligus menjulang Piala AFF Suzuki untuk tahun 2014 nanti. Perlu usaha lebih keras untuk memastikan sejarah 2010 berulang kembali. Syabas!


p/s: Indra main lagi bagus daripada Safee. Setuju? O_o

-


Monday, December 8, 2014

Harimau sakit perut?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

help me! here
Mengecewakan!!! Itulah perasaan aku dan mungkin ramai yang ada perasaan sama macam aku. Harimau sakit perut ke? Separuh akhir pertama di antara Harimau Malaya menentang Vietnam di Stadium Shah Alam. Langkah kiri untuk Harimau Malaya dalam separuh akhir pertama Piala Aff Suzuki? Nasib baik la kena 2-1 je. Ada la harapan sikit untuk tebus semula kekalahan tadi dalam perlawanan timbal balik di Hanoi nanti.

Sepak mula jam 20:00 dan dari sepak mula sampai habis, sang harimau kena buli. Agresifnya memang boleh tahan tapi setakat agresif sajalah. Tak dapat kekang corak permainan Vietnam pun. Paling tak best bila tengok depan gol pertahanan cuma tinggal dua orang je. Harimau main posisi 2-5-3 ke? Kalau ye pun nak menyerang sangat, seranglah ramai-ramai. lepas tu bila kena serang, pertahankanlah kubu tu ramai-ramai. Dari segi corak permainan harimau lebih agresif tapi vietnam lebih banyak guna otak. Kurang agresif tapi setiap kali diorang buat serangan, licik tapi menjadi. Gerakan vietnam pun laju. Hantaran yang diorang buat pun semua sampai ke kaki yang sepatutnya. Harimau punya hantaran semua  kena halang. Bola di kaki? Kena rampas? Sedih!!!

Hmm... dengar kata ada penyokong harimau buat onar di stadium eh? Sebab tak menang? Provokasi? Panas telinga kena bahan? Siap ada penyokong vietnam yang berdarah. Kenapa tak salahkan orang yang mengawal bola di tengah padang tu? Apa pun, kalau ini la corak permainannya. Jangan harap nak ulang sejarah 2010. Silap-silap separuh akhir pun dah 'bungkus'. Bola itu bulat kecuali bola ragbi. Ngeng!!!

Melopong mulut aku si penyokong suam-suam kuku ni tengok diorang main. Diorang main bola ke main sepak-sepak bola? o_O

-


Wednesday, December 3, 2014

Sudah tukarkah?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sudah tukarkah? *source*
Haiyo, sudah tukar tempat ke? Hmm... lambat pick-up la aku ni. Almaklumlah, penyokong suam-suam kuku kan. Hehe.

Ini cerita pasal bola sepak. Cerita yang sudah beberapa hari orang bualkan. Malah sebenarnya sudah dipersoalkan oleh ramai peminat bola sepak tanahair. Menteri pun sudah di tanya dan sudah pun menjawab soalan yang di tanya. Pasal semi final AFF Suzuki Cup di antara Harimau Malaya dan Vietnam yang pada asalnya dikatakan akan bermain di Stadium Bukit Jalil. Sekarang sudah ditukarkan ke Stadium Shah Alam pula. Atas alasan keadaan rumput di Stadium Bukit Jalil, masih belum bersedia untuk digunakan. Pandai rumput tu cakap dia masih tak bersedia, kan? Heh

Biarlah main di mana pun. Keadaan padang bukan penentu sama ada pasukan itu hebat atau tidak. Pemain-pemain muda di Brazil, asalnya cuma bermain di padang yang jika sekali lihat, orang akan bertanya itu kubang kerbau atau padang bola? Jika bermain di waktu malam, diorang main di gelanggang futsal macam di Malaysia tetapi selalunya bekalan elektrik akan terpadam ketika sedang bermain. Terpaksa tunggu bekalan elektrik ada semula baru dapat sambung main. Tetapi hasilnya? Ramai pemain Brazil yang hebat, kan? Hmm... tapi memang tak salah rasanya orang ramai mempersoalkan keputusan tukar gelanggang tu. Dana sudah habis berjuta untuk baik pulih keadaan padang tapi...padang tak boleh guna. Sedih!

Apa pun buat pemain Harimau Malaya, mainlah elok-elok tak kira di mana kamu bermain. Pengurus, jurulatih dan staf hanya membuat perancangan. Yang menentukan kalah atau menang ialah kamu sendiri, nasib dan keizinan-Nya. Bola di kaki kamu, jadi kamu yang akan menentukan ke mana arah bola tu akan di tendang. Sama ada menggegar gawang atau membuat pengutip bola di tepi padang sibuk, terpulang kepada kamu. Pemain ke-12 tu boleh bersorak di mana-mana saja kan? Kalau betul kamu penyokong tegar, kamu tetap akan menyokong. Tak kisahlah sama ada dapat masuk stadium atau tidak. Hmm... takde maknanya aku nak back-up si KJ tu!

You want to know more story about football? Just click here!!

p/s: apa pun tak boleh.
.

Sunday, November 30, 2014

Harimau tundukkan singa.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


harimau tunjuk taring?
Pertamanya, tahniah diucapkan kepada pasukan Harimau Malaya kerana berjaya menundukkan pasukan Singa dalam perlawanan tadi. Dengan hasil usaha pemain dan pasti kerana izin-Nya, akhirnya Harimau Malaya berjaya melaksanakan misi wajib menang tu.

Tahniah juga kepada pasukan Singa kerana kalau mengikut apa yang dikatakan oleh pengulas tadi, pasukan Singa lebih bermain secara berpasukan, lebih tersusun dan menarik berbanding pasukan Harimau Malaya. Aku pun suka tengok corak permainan pasukan Singa tadi. Cuma adat pertandingan pasti akan ada yang menang, ada yang tewas. Apa pun, salam 3-1 ya. o_O

Hasil hantaran daripada Amri Yahyah, Safee Sali berjaya menjaringkan gol pada minit ke-61. Kemudian Khairul Amri berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-83, hasil daripada sepakan percuma. Kemudian akibat daripada kekasaran terhadap Amri Yahyah di dalam kotak penalti, Harimau Malaya berjaya memperolehi sepakan penalti. Safiq Rahim berjaya melakukan tendangan menjadikan Harimau Malaya mendahului pada minit ke-93. Mungkin akibat tersilap percaturan, penjaga gawang pasukan Singa meninggalkan gawangnya dan sekaligus menyebabkan pasukan Harimau Malaya berjaya menghasilkan jaringan mudah pada minit ke-94. Jaringan yang dilakukan oleh Indraputra tu menjadikan mata akhir perlawanan menjadi 3-1 sekaligus memastikan pasukan Harimau Malaya layak untuk bermain di peringkat separuh akhir.

Perlawanan separuh akhir pertama di antara Harimau Malaya dan Vietnam, akan berlangsung pada 7 Disember 2014 di Stadium Bukit Jalil. Harap Harimau Malaya dapat menang dengan jaringan yang banyak untuk dijadikan bekalan pada perlawanan timbal balik di Vietnam nanti. Dan semestinya untuk memastikan tiket perlawanan akhir berada dalam genggaman. Skill individu tu memang bagus tapi kalau dapat guna skill berpasukan lebih bagus. Lebih terjamin walaupun tiada jaminan. Harap sejarah 2010 akan berulang kembali. Selamat berjuang.

p/s: apa-apa saja lah!
-

Saturday, November 29, 2014

misi wajib menang!

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

am really hope that dream will come true.
Hari ini misi wajib menang bagi pasukan Harimau Malaya akan berlangsung. Misi memburu kemenangan bagi memastikan pasukan Harimau Malaya layak untuk bermain di peringkat separuh akhir dan seterusnya ke peringkat akhir Piala AFF Suzuki 2014. Tidak boleh seri dan pastinya tidak boleh tewas. Wajib menang tapi jika tewas tidaklah berdosa. o_O

Tiada salahnya untuk berharap, kan? Dan aku pasti ramai yang mengharapkan kemenangan berpihak kepada pasukan Harimau Malaya. Hanya kemenangan yang perlu di cari dan jika mengikut rekod pertemuan di antara Harimau Malaya dan Singapura, kelebihan memihak kepada pasukan Harimau Malaya. Tapi semua itu hanya rekod dan kenyataannya hanya akan dapat diketahui dalam perlawanan hari ini. Menang atau kalah, kita tunggu keputusan di akhir perlawanan nanti.

Aku rasa kalau Harimau Malaya main macam semi final Piala Malaysia antara Pahang dan Kedah hari tu, kemungkinan untuk menang ada. Sepuluh orang menyerang dan sepuluh orang bertahan. Penjaga gol hanya menumpukan perhatian kepada gawang. Pemain ke-12 bersorak untuk menaikkan semangat sebelas orang pemain yang berada di tengah padang. Bola sepak sukan berpasukan, kan? Jadi renung-renungkanlah ayat ni, "I hate to speak about individuals. Players don't win you trophies, teams win trophies, squads win trophies. - Jose Mourinho."  Cakap banyak pun tak guna. Kita tunggu dan lihat saja hasilnya nanti. Selamat berjuang buat Harimau Malaya. Semoga sejarah 2010 akan berulang kembali.

"Football is a game about feelings and intelligence. - Jose Mourinho."

-

Thursday, November 27, 2014

Malaysia vs Thailand - Piala AFF Suzuki

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

hmm, not bad.
Makan bola, tidur bola, semuanya bola. Ayat yang biasanya menggambarkan betapa minatnya seseorang itu terhadap sukan bola sepak, kan? Mereka sanggup berkorban segalanya demi bola sepak. Ada yang sanggup bersengkang mata demi menonton siaran langsung perlawanan bola sepak. Ada yang sanggup berhabis demi mengumpul barang-barang yang berkaitan pasukan atau pemain bola sepak yang diminati. Aku? Suka gitu-gitu saja. Kalau rasa nak tengok, aku akan tengok. Sekadar menjadi penonton.

Hari ini (26.11.2014) lebih kurang jam 19:30 tadi, setelah lebih dua jam tertangguh akibat hujan dan petir, telah berlangsung satu lagi perlawanan bola sepak membabitkan pasukan Malaysia dan Thailand. Demi memburu tempat yang selesa dalam usaha untuk merebut gelaran juara bagi Piala AFF Suzuki 2014. Bertempat di Stadium Jalan Besar, Singapura. Thailand juara tiga kali Piala AFF Suzuki kan? Dan Malaysia pernah menjadi juara bagi edisi 2010 kan? Seronok aku tengok corak permainan mereka tadi.

Sejak awal permainan lagi pasukan Malaysia dan Thailand sudah melakukan serangan. Agresif corak permainan kedua-dua pasukan. Tapi kelebihan serangan lebih memihak kepada pasukan Thailand sebab corak permainan mereka agak tersusun dan laju. Pasukan Malaysia banyak melakukan kesilapan dari segi hantaran. Banyak hantaran yang dilakukan, tersekat di kaki pemain lawan. Atau mungkin hantaran tersekat kerana pemain lawan lebih kemas corak permainannya? Hmm..walau apa pun, pasukan Malaysia berjaya melakukan jaringan pada minit ke-28" menerusi Amri Yahyah sebelum disamakan kedudukan jaringan oleh pemain Thailand, Adisak Kraisorn pada minit ke-42". Cubaan Amri Yahyah pada minit ke-44" hampir membuatkan mulut semua orang ternganga. Tendangan dari tengah padang hanya dibatasi palang gol. Jika tidak pasti akan menjadi bualan ramai.

Bermula babak kedua, permainan mula berubah corak. Thailand bermain dengan lebih berhati-hati, tetapi dalam masa yang sama tetap melakukan serangan. Begitu juga pemain Malaysia. Pada minit ke-62" Malaysia meledakkan satu lagi jaringan melalui Safiq Rahim sebelum pemain Thailand, Charyl Chappuis menyamakan kembali kedudukan kepada 2-2 pada minit ke-72". Tetapi nasib tidak menyebelahi pasukan Malaysia apabila pemain Thailand, Adisak Kraisorn berjaya menjaringkan gol pada minit ke-89" sekaligus memastikan kemenangan menjadi milik pasukan Thailand.

Hmm, tahniah kepada pasukan Thailand dan kepada pasukan Malaysia, jangan putus asa. Adat pertandingan, ada yang menang, ada yang kalah. Usaha lagi dalam perlawanan seterusnya.

.

Monday, November 24, 2014

AFF Suzuki: Malaysia VS Myanmar

Bismillahirrahmanirrahim. 
 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kosong, kosong.

Saingan Piala AFF Suzuki kembali lagi. Malaysia akan bersaing dalam kumpulan B bersama Thailand, Singapura dan Myanmar. Setelah hampir satu jam tertangguh akibat hujan lebat, petang tadi (23.11.2014) lebih kurang jam 18:20, telah berlangsung perlawanan di antara Malaysia vs Myanmar bertempat di Stadium Jalan Besar, Singapura. Seri tanpa jaringan keputusannya. 



Saingan pertama pasukan Malaysia atau lebih dikenali sebagai Harimau Malaya untuk merebut kembali piala kejuaraan AFF Suzuki yang pernah dimenangi pada 2010. Adakah pasukan Malaysia akan berjaya untuk menjadi juara pada musim ini? Hmm semuanya bergantung kepada daya juang semua ahli pasukan untuk memastikan ianya menjadi realiti. Sebagai penyokong suam-suam kuku pasukan Malaysia, aku harap dapatlah mereka semua menukar mimpi menjadi realiti, kan? Hehe O_o

Secara keseluruhannya perlawanan tadi, bagi aku agak membosankan. Bukan sebab diorang main tak best tapi sebab diorang tak dapat score langsung. Hmm nasib baik la pasukan lawan pun tak dapat nak score. Corak permainan diorang tadi, okay la. Agak agresif tapi mungkin sebab keadaan padang yang licin antara puncanya, agaknyalah. Disebabkan corak permainan agresif tu juga la seorang pemain iaitu Gary Steven Robbat di arah keluar padang kerana menerima dua kad kuning. Hmm, baru perlawanan pertama dah kena buang padang. Agak menyedihkan.

Banyak juga peluang diorang nak score tadi. Amri Yahyah dah dapat peluang nak score di awal permainan tapi terpaksa gigit jari kerana linesman dah angkat bendera sebab offside. Dua tiga kali juga peluang yang Amri dapat tapi pertahanan Myanmar agak kebal dan akhirnya peluang hanya tinggal peluang. Sepakan percuma yang Mahali Jasuli ambil di hujung separuh masa pertama tadi pun hampir-hampir menjadi tetapi penjaga gawang Myanmar dah buka langkah awal-awal makanya tak menjadi jugalah tendangan percuma tu. 

Semua pemain memang layak untuk mendapat pujian kerana mereka tetap dapat mempertahankan gawang daripada bocor walaupun terpaksa bermain dengan 10 orang sahaja. Pertahanan agak kebal walaupun ada ketikanya menjadi kucar-kacir akibat di desak oleh serangan yang dilakukan pemain Myanmar. Peluang nak score memang banyak tapi....hmmm tak ada rezeki. Perlawanan seterusnya kena usaha lagi. Pastikan mimpi itu bertukar menjadi realiti. Okay!

p/s: lepas ni lawan Thailand. Agak-agak kamu?


Wednesday, January 23, 2013

Pahang vs Terengganu

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
 
*****
 
 
 
 
p/s majulah sukan untuk negara

Wednesday, December 19, 2012

Final pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
 
 
 Stadium Jalan Besar, Singapura
8.00 malam


p/s agak-agak yang mana menang ;)

Thursday, June 21, 2012

malaysia boleh.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bola sepak memang ramai peminatnya kan. Mana-mana aku pergi mesti ada yang bersembang tentang bola, kena pulak sekarang ni euro 2012 sedang berlangsung. Aku minat juga bola tapi nak menghadap tv pukul tiga empat pagi tu memang tak la, aku tengok siaran ulangan je hehe.


Serbegeth Singh

Terbaru yang tak berapa nak baru kisah bola sepak Malaysia, Shebby yang pernah beraksi dalam skuad kebangsaan pada tahun 1978 hingga 1996 sebagai pemain pertahanan, telah dilantik menjadi Pengarah Bola Sepak Blackburn Rovers yang tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu.

"Saya dilantik sebagai Pengarah Bola Sepak di Blackburn. Ini membuktikan orang boleh membenci atau suka saya tetapi mereka tidak boleh menghalang saya daripada mengecapi kecemerlangan", kata Shebby dilaman facebook miliknya.

Perkara ini disahkan sendiri oleh pemilik kelab tersebut dalam laporan yang disiarkan di dalam Daily Mail United Kingdom. Salah satu tugas yang akan dilakukan Shebby kelak adalah menjadi orang tengah antara pemilik kelab dan pengurus pasukan, Steven Kean.

"Perlantikan itu bukti terbaik dan membanggakan kerana yang menagih khidmatnya adalah bukan calang-calang pasukan tetapi kelab yang beraksi dalam kancah bola sepak Inggeris", kata Khalid Ali yang juga merupakan bekas pemain kebangsaan.
-berita harian-

Nampaknya kualiti bola sepak negara semakin bagus sehingga mampu membuka mata kelab-kelab gergasi antarabangsa untuk menagih khidmat daripada negara kita. Tahniah kepada Shebby.



p/s : tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia....^_^