Showing posts with label persoalan. Show all posts
Showing posts with label persoalan. Show all posts

Saturday, January 10, 2015

Nak tanya sikit boleh?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Ada kemusykilan sikit lah!.

Semenjak dua menjak ni orang ramai duk kecoh pasal harga barang yang tak juga turun walaupun harga minyak (yang selalu dijadikan alasan kenaikan harga) sudah diturunkan. Alasan yang diberikan selalunya "ini stok lama ma so kena ikut harga lama lah". Entahlah, apa lagi yang boleh dikatakan. Aku berniaga juga. Harga barang yang aku jual berpandukan harga yang aku beli. Jadi kalau harga yang aku dapat tu murah, maka murahlah harga jualan aku. Begitu juga sebaliknya. Tapi memang tak dapat dinafikan ada sesetengah peniaga yang jenis tembolok elastik. Makan banyak mana pun dia tetap rasa lapar. Nak juga makan lagi walaupun tau sudah melebihi had.

Apa yang aku nak tanya sekarang ni ialah, kenaikan tarif elektrik dan air dalam negara ni ada kaitan dengan harga minyak tak? Jika berpandukan apa yang aku baca di sini, kenaikan tarif elektrik ada kaitan dengan harga gas dan arang batu diperingkat antarabangsa. Jadi sekarang harga minyak dah turun, harga arang batu dah turun, tarif elektrik boleh diturunkan tak? Syarikat yang membekalkan tenaga elektrik ni pun berniagakan? Kesan kenaikan tarif elektrik ni memberi impak kepada seluruh masyarakatkan? Kes kenaikan harga barang hanya memberi kesan kepada sesetengah individu kerana tidak semua peniaga bersikap tamak dan menaikkan harga barang jualan sesuka hati. Jadi, fikirlah sendiri.

Hmm, itu saja pertanyaan aku. Sikit je kan? o_O

-



Thursday, October 10, 2013

Tanda kekuasaan Allah?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Cubalah bertanya kepada bunga-bunga yang bermekaran! "Siapakah yang menumbuhkan dan membuat mereka begitu indah? Atau bertanya kepada sang malam, "siapakah yang memakaikan pakaian kegelapan baginya? Mengapa tidak anda tanyakan "siapa yang meninggikan langit dan menghamparkan bumi?

Sebenarnya, kebanyakan manusia tidak mahu berfikir tentang penciptaan alam ini. Manusia telah dilalaikan oleh kecanggihan teknologi, berkembangnya kilang-kilang, pelbagai macam minuman, pakaian dan makanan.

Imam Ahmad juga pernah ditanyakan mengenai tanda-tanda kekuasaan Allah. Beliau menjawab, "Maha Suci Allah, yang telah menciptakan telur ayam, yang bahagian luarnya bagaikan perak keputihan dan dalamnya kuning keemasan. Ayam itu mengerami telurnya hingga telur itu mengeluarkan haiwan yang baru.

Harun Ar-Rasyid bertanya kepada Imam Malik: "Apakah tanda-tanda kekuasaan Allah?" Jawabnya, "Maha Suci Allah! Betapa pelbagainya suara dan bunyi-bunyian, berbagai-bagainya nyanyian, loghat dan bahasa adalah merupakan tanda-tanda kekuasaan Allah."

*****

Apa yang aku taip di atas adalah apa yang di tulis dibahagian belakang buku tersebut. Membaca sambil berfikir dan dalam pada masa yang sama bermuhasabah akan kekurangan diri. Astaghfirullahal'adzim.


p/s : tepuk dada tanya iman, sudah cukupkah bekalan di dada? 

Sunday, September 29, 2013

Aku perlu tanggung juga?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Hai. Sambil menunggu pelanggan, aku termenung. Erm termenung memang salah satu hobi aku, hehe. Macam-macam perkara yang muncul dalam benak fikiran. Fikir pasal perangai aku yang kadang-kadang menyesakkan kepala sendiri. Fikir pasal bisnes yang ada masa naik ada masa turun. Fikir pasal cara macam mana nak tambah pendapatan memandangkan kadar kos sara hidup makin lama makin meningkat. Yang paling best, kepala aku berfikir tentang hutang yang bermacam-macam jenis tu. Hutang kereta dan lain-lain. Lepas tu kepala aku terfikir, macam mana dengan hutang negara yang berlambak tu? Hutang isi rumah yang berlambak tu? Adakah ketika di akhirat nanti aku juga akan menanggung azab jika hutang-hutang tu tak terbayar? 

"Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban syahid kecuali jika dia mempunyai hutang (kepada manusia) *Riwayat Muslim*"


p/s : harap ada yang sudi memberi pencerahan. peace ^_^


Monday, September 23, 2013

Tak ada cara lain?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hai, mesti dah ramai yang tahu pasal saranan pak menteri kesihatan supaya dikurangkan subsidi gula sebagai langkah untuk mengurangkan kes pesakit diabetes dalam negara ni. Macam apa yang dia cakap dalam quote kat bawah tu, agak tinggi juga peratusnya. Niat dia memang bagus cuma saranan dia tu nampak macam nak menambah kesengsaraan 'poket' masyarakat je.
 Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata: "Setakat ini bilangan penghidap diabetes di negara ini telah meningkat kepada 2.6 juta orang atau 15 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.

Lagi satu. Dulu masa harga rm1.90 per kilo sampai la sekarang rm2.50 per kilo, alasan kenaikannya sama juga. Nak kurangkan kes pesakit diabetes juga. Persoalannya sejak harga naik daripada 1.90 kepada 2.50 tu, peratus kes pesakit diabetes ada penurunan ke? Kalau mentaliti manusia tu masih sama, sampai bila pun masalah diabetes ni takde penurunan. Semuanya bergantung pada kesedaran manusia tu sendiri. Kalau manusia tu rasa dia nak hidup sihat, dia akan jaga kesihatan dia. Kawal pemakanan, amal diet seimbang, beriadah dan macam-macam cara lagi untuk jaga kesihatan diri.

Apa takde cara lain ke nak kekang peningkatan kes diabetes ni? Tukang masak tak reti nak kurangkan gula dalam masakan? Tukang buat kek tak reti nak buat kek yang kurang manis? Kurangkan gula boleh jimat kos kan? Harap-harap saranan tu hanya tinggal saranan tanpa pelaksanaan kalau tak jangan merungut la kalau orang jual kuih sebiji RM 1 pulak lepas ni ye. Erm cadangan potong elaun menteri untuk kurangkan perbelanjaan negara bila nak buat? Jangan cakap saja ya! Cerita dia kat sini.



p/s : erm kuih karipap guna gula tak? kegemaran aku tu! heh. peace! ^_^

Sunday, September 22, 2013

Jangan ikut nafsu!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai, salam hujung minggu. Selamat bersantai pada yang bersantai, selamat berkerja bagi yang berkerja.

gambar pinjam

Kamu ada kredit kad? Untuk apa kamu guna kredit kad? Aku pernah ditawarkan untuk buat kredit kad tapi aku tolak sebab aku takut aku tak dapat kawal perbelanjaan aku. Lagipun kredit kad ni nama lain dia ialah kad hutang. Kalau pengguna kad tak bayar hutang, bank akan isytihar muflis, harta benda kena sita, lima tahun nama disenarai hitam. Itu atas dunia.

Di akhirat nanti kena menjawab kalau hutang masa hidup belum selesai. Seksa kena azab nanti, tak takut ke? Berhutang memang best tapi masa nak kena bayar balik tu jadi tak berapa best kalau belanjanya dah lebih dari pendapatan. Takkan kerja hari-hari cari duit nak buat bayar hutang je? Baca sini



p/s : ukur baju di badan sendiri. peace yo! ^_^

Saturday, June 1, 2013

sana sini sinun!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Masuk facebook cerita bab politik. masuk twitter pun ada cerita politik, hurm aku juga yang follow dan like page diorang kan? jadi baca je la kaishin! Politik dan kehidupan memang tak boleh dipisahkan, hurm betul ke? Setiap perkara yang kita buat atas dunia ni ada unsur-unsur politik ke? Actually aku tak berapa faham sangat bab politik ni, sekadar dengar dan lihat dari persekitaran je. sikit sangat yang aku tahu bab politik ni jadi aku memang tak layak kot nak berbicara pasal politik, cuma....



Sejak kebelakangan ni atau lebih tepatnya selepas pilihanraya umum ke 13 selesai, aku dapat lihat banyak perkara-perkara yang memualkan anak tekak aku berlaku. Belah sana cakap belah sini salah, belah sini cakap belah sana salah, hurm sapa yang salah sebenarnya? kalau bagi aku yang tak berapa nak panjang akal ni DUA-DUA BELAH SALAH! Kalau dah berpakat tu buat cara berpakat la, memang lah masing-masing ada pandangan sendiri tapi kalau DUA-DUA EGO TINGGI SANGAT sampai bila masalah nak selesai? Kalau dua-dua sibuk MENUDING JARI SESAMA SENDIRI, perkara yang sepatutnya besar hama pun boleh jadi lagi besar daripada gajah afrika tau. 

Duduk la berbincang, kalau orang belah sinun kita sibuk nak ajak berdebat sepatutnya orang sana dan sini tu berdebat la sesama sendiri. Buat satu pertemuan, duduk semeja berbincang dari hati ke hati cari jalan penyelesaian bukannya belah sana duduk selatan cakap pasal orang belah sini, orang belah sini duduk utara cakap pasal orang belah sana, penghubungnya sapa? media? surat khabar? blog? facebook? twitter? memang gerenti lah hama boleh bertukar jadi gajah afrika!

Belah sana cakap macam tu, belah sini cakap macam ni, orang tengah dengar cerita pada orang sana dan sini tambah ajinimoto sikit bagi sedap lagi cerita, sudahnya yang belah sana dan belah sini PANAS HATI. Yang tukang cerita YES! AKU BERJAYA MENGUCAR-KACIRKAN PAKATAN diorang. punca utamanya kamu sendiri! ngeng sungguh! 

"hendaklah kalian kembali dan bertaubat kepada-Nya, bertaqwalah kepada-Nya serta tegakkanlah solat dan janganlah kalian termasuk orang-orang yang menyekutukan Allah, iaitu orang-orang yang memecah-belah agama sehingga mereka menjadi beberapa golongan, tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada mereka" (Ar-Rum : 31-32)




p/s : aku taip kamu baca tak baca pun tak apa. kamu suka aku suka, kamu tak suka aku tak boleh cakap apa. terpulang. peace! ;)

Wednesday, February 6, 2013

sampai bila....

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

hello bloggers, readers, stalkers dan haters sekalian,
sedang apa dan di mana ya?

beberapa hari saja lagi, masyarakat berbangsa cina seluruh dunia akan meraikan tahun baru kan jadi alang-alang aku dah menaip ni, aku nak ucapkan GONG XI FA CAI kepada semua masyarakat yang berbangsa cina. erm aku ni belum kawin jadi layak la terima angpau kan? :P hehe

 sebut pasal perayaan, perkara utama yang bermain di kepala mesti lah cuti panjang kan? boleh balik kampung jumpa keluarga, jumpa saudara mara, kenduri kendara pun banyak kan. TAPI bila cuti panjang terutamanya tahun baru cina masyarakat bangsa lain akan jadi susah..erm betul ke? 

erm kenapa aku cakap macam tu? bila tahun baru cina masyarakat berbangsa cina akan bercuti panjang sekurang-kurangnya seminggu dan kebanyakan masyarakat berbangsa  cina terlibat dalam perniagaan, kan? kedai runcit, kedai borong, pasaraya, pasar borong dan pembekal barang mentah semua tu di monopoly oleh masyarakat berbangsa cina.

bukan maksud aku nak kata masyarakat bangsa lain tak terlibat dalam perniagaan tapi kebanyakan yang berniaga hanya secara kecil-kecilan je kan. kalau ada pun yang berniaga secara besar-besaran boleh di kira dengan jari dan kebanyakan perniagaannya tak berkaitan perkara yang menjadi keperluan asas masyarakat. erm fakta ke auta ni? 

masyarakat berbangsa lain kebanyakannya cuma bekerja makan gaji, duduk dalam aircond, cukup bulan jolok mesin atm. tak pun kerja bidang glamor, jadi public figure, jadi fashion designer, hari-hari muka keluar media. erm bila aku cakap macam ni mesti ada yang tak puas hati kan? mesti ada yang bahan aku kan? almaklumlah isu sensitif kan.

tapi cuba kita sama-sama renung, siapa yang jadi pembekal utama gula dalam negara? ekonomi negara bangsa apa yang pegang? bekalan ayam hidup, majoritinya siapa jadi tokey besar? ladang sayur dalam negara, kebanyakannya siapa yang usahakan? 

erm maaf lah kalau ada yang terasa, aku cuma kongsi apa yang bermain dalam kepala otak aku je. terlintas dalam kepala otak aku, sampai bila aku nak jadi macam ni? orang lain makin kaya tapi aku tetap di takuk lama. orang lain boleh pakai kereta besar, boleh duduk rumah besar, poket sentiasa kembung tapi aku......gali lubang tutup lubang. 



p/s sedar tapi buat-buat tak sedar -.-

Monday, February 4, 2013

seminggu tiga kali..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

hello bloggers, readers, stalkers dan haters sekalian, 
sedang apa dan di mana ya?

hari ni (4 februari 2013) maknanya sudah 35 hari 2012 berlalu pergi. jadi apa perubahan yang berlaku dalam kehidupan kamu? lebih baik atau sebaliknya? erm sibuk tanya orang, aku sendiri macamana? ;)

erm manusia boleh berubah ke? kenapa ramai yang aku kenal masih lagi dengan rutin yang sama? seminggu tiga kali tak pernah tinggal, isnin, khamis dan ahad mesti muka yang sama jer. dari mula aku kenal dunia sampai sekarang, muka itulah juga yang jadi pelanggan tetap, muka itu juga lah yang selalu tepuk dahi bila nombor yang di beli cuma satu nombor saja yang silap. muka itu juga lah yang kembang semangkuk lubang hidungnya bila mana nombor yang di beli terpampang dalam kolum keputusan yang tercetak di bahagian belakang akhbar berita hairan. 

yang lebih menarik, kebanyakannya sudah termasuk dalam golongan "rumah kata pergi, kubur kata mari" dan dalam kad pengenalannya terpampang perkataan ISLAM. kalau nak kata diorang tak tahu hukum, MUSTAHIL sebab orang tua kan selalu kata diorang lebih dulu makan garam jadi diorang ni mesti luas pengetahuannya. mustahil lah kalau diorang tak tahu hukum hakam dalam Islam.

"bapa borek anak rintik" erm yang jenis ni pun ramai rasanya. bapak dan anak sama naik, sama tepuk dahi bila nombor tak kena, sama kembang hidung bila nombor mengena. kalau bapak yang 'kena' anak tumpang semangkuk begitu juga sebaliknya. ada tu yang ALLAH dah bagi peringatan bila mana dalam perjalanan nak 'membeli' tu kenderaannya tiga empat kali meragam, ada juga yang dalam perjalanan tu kenderaannya tercomolot dengan kenderaan orang lain, tak pasal-pasal melayang berkali-kali ganda dari apa yang dia pernah 'menang' sebelum ni. badan sakit, duit melayang tapi dalam pada sakit tu tetap juga........erm kamu fikir sendiri lah.


erm membebel banyak-banyak pun bukan ada perubahan pun :P hehe



p/s geleng kepala, itu je yang reaksi yang mampu aku bagi -.-





Wednesday, December 12, 2012

duit tak boleh bawa masuk kubur.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
 
hai bloggers dan readers sekalian, sedang apa dan di mana?
 
*****
 
siapa tak suka duit? ada ke yang tak suka duit? kalau ada duit, apa yang akan di beli? untuk apa sesuatu benda itu dibeli? keperluan atau sekadar tuntutan nafsu? (banyak soalan pula kan) actually pertanyaan tu semuanya di tujukan ke diri aku sendiri tapi kalau ada yang nak menjawabnya, dengan segala hormatnya dipersilakan ;)

 duit bukan segala-galanya tetapi segala-galanya perlukan duit, kan? semakin maju dunia semakin banyak la duit yang diperlukan dalam kehidupan harian kan. nak makan kena ada duit, nak pakai baju/seluar kena ada duit, nak berjalan ke sana ke mari kena ada duit, nak bergaya kena ada duit, nak 'membuang pun kena ada duit. pendek kata semuanya perlukan duit tapi jangan pula sampai jadi hamba duit ya sebab duit tu hanya laku di atas dunia yang sementara ni saja 'disana' nanti duit tu tak guna sesen pun. 

dulu masa zaman kanak-kanak ribena aku selalu dengar orang cakap "biar papa asal bergaya". erm ada lagi ke manusia yang hidupnya berpandukan ayat tu? aku rasa ramai lagi sebab disebabkan ayat tu la ramai manusia di negara ni diistiharkan muflis kan? nak bergaya punya pasal berhutang keliling pinggang, beli kereta besar, beli telefon mahal, beli rumah besar, beli perabot mahal, sampai masa kereta kena tarik, telefon tukar guna 3310 semula, rumah kena lelong, perabot naik lori semula, sebab apa? duit ciput selera besar, macam orang masak nasi hangit sebab pergi buat ketupat, kerak lagi tebal daripada nasi yang di tanak.

macam-macam cara yang digunakan untuk cari duit. ada yang guna cara betul, ada yang guna cara salah. bagi yang guna cara betul, alhamdulillah banyak mana pun duit yang dia dapat sentiasa cukup tak lebih tak kurang tapi bagi yang guna cara salah tu sentiasa ada masalah berkaitan duit kan? ada yang bila dapat duit masalah pun datang menjenguk, kereta rosak lah, telefon rosak lah dan macam-macam jenis masalah lagi. berbeza dengan duit yang diperolehi dengan cara betul tadi, semua cukup pakai, masalah berkaitan duit bukan tiada tapi kurang. 

actually biarlah hidup tak mewah asalkan hati senang daripada kemewahan melimpah ruah tapi hati gundah gulana memikirkan keselematan diri takut ada yang berhajat minta 'kongsi harta' dengan mereka. cari duit biarlah dengan cara yang betul dan paling penting sumbernya mesti lah halal baru berkat duit yang diperolehi. kerja jangan banyak sangat 'mengular', claim sesuatu biarlah betul, peruntukan yang diberi untuk sesuatu perkara jangan di songlap, kalau ada yang promote sesuatu pelaburan selidik dulu sebelum bertindak. jangan sampai yang di kejar tak dapat, yang dikendong keciciran. berbelanja biarlah berpada "ukur baju dibadan sendiri" takde duit buat cara takde duit jangan ikut rentak orang ada duit. kalau teringin juga. usaha sungguh-sungguh jangan hanya pandai menadah, berhutang keliling pinggang, korek lubang tutup lubang sampai bila pun masalah tak selesai.




p/s jujur pada diri sendiri, tak perlu ludah ke langit nanti kena batang hidung sendiri. muhasabah diri -.-

Tuesday, December 4, 2012

menipu, penipu dan tertipu.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
 
hai bloggers dan readers sekalian!
sedang apa dan dimana?
 
*****
 

Satu persoalan yang bermain di benak aku. Kenapa manusia suka menipu? Kenapa manusia jadi penipu dan kenapa manusia mudah sangat tertipu? Ada sesiapa yang boleh jawabkan soalan ni? 

Tengah hari tadi memandangkan ahli-ahli dalam perut aku mula bercadang buat rusuhan, aku ambil keputusan untuk singgah sebentar mengalas perut sebagai cara untuk menghentikan rusuhan dari berterusan dan jika ia berlaku pasti satu kerja pun aku tak boleh nak buat :P

Aku order satu pinggan nasi berlauk ayam kicap yang agak masin bagi tekak aku berserta sayur kobis dan sedikit sambal belacan *yummy* BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM dan suapan bermula. Air  tehO ais yang aku order tadi aku sedut sekali bagi mengurangkan rasa masin yang melekat di tekak aku, kembung perut aku di buatnya ;)

Tengah best aku mengunyah nasi yang penuh dalam mulut ada satu kereta berhenti dan singgah di kedai tu. Salam di beri dan di jawab oleh semua yang ada di kedai. Aku intai barang yang di pegang dan “oh salesman rupanya”. Dia bawa satu naskah Al Quran digital dan dia mula promote pada tuan kedai. Aku mula pasang telinga sebab tertarik juga dengan penerangan yang dia bagi pada tuan kedai tu. 

Tengah dia bagi penerangan tu ada seorang makhluk Allah tanya “kalau order ni bila dapat barang?” dan salesman tu menjawab “kalau encik bagi deposit sekarang pun boleh dapat barang” oh bagus la kalau macam tu “makhluk Allah tu jawab. Kerana soalan tu, terbuka satu isu pasal salesman Al Quran digital tapi salesman yang lain la. Salesman tu jalan dari rumah ke rumah promote suruh orang beli Al Quran digital tu. Nak beli bayar deposit dalam rm 100 tapi barang tiga atau empat hari baru dapat. Tiga empat hari di tunggu barang tak sampai-sampai juga. See satu kisah tiga isu, menipu, penipu dan tertipu.

Garu kepala yang tak gatal disebabkan kisah tu. Barang yang dijual AL QURAN, bagus tu kerana jika disebabkan dia si pembeli fasih membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang ada di dalam Al Quran banyak pahala dia dapat. Tapi bila dah menipu tu apa yang dia dapat? Hurmm

Malam semalam pula aku tengok berita tentang mangsa pemerdagangan manusia, kesian juga tengok. Kena kerja tujuh hari seminggu tapi gaji tak dapat, kena dera dengan tokey, kena kurung, kena paksa makan surat khabar. Hurmm mana pergi perikemanusiaan makhluk Allah tu ha? Kalau perkara sama terjadi pada ahli keluarga diorang mesti diorang marah kan?

Manusia akhir zaman…menipu, penipu dan tertipu dah jadi mainan. Boleh dikatakan hari-hari ada kes macam tu cuma tak dilaporkan je..negara ku aman 



p/s apa motif aku tulis topik ni eh? -.-