Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Tuesday, January 22, 2013

makan ikut sunnah!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
 
  hai semua bloggers dan readers sekalian,
sedang apa dan di mana?

*****

Makan, siapa tak suka makan? aku rasa semua yang membaca ni suka makan cuma apa yang di makan tu terpulang la pada selera masing-masing kan. Ada yang makan banyak, ada yang makan sikit tapi kerap, ada yang catu makan sebab nak diet atau pun terpaksa catu makanan disebabkan kekurangan sumber makanan.

Cara makan pun aku rasa tak sama, ada yang makan lahap, ada yang makan sopan, ada juga yang memilih makanan kan. Tapi walau macam mana pun cara kita makan, perlu di ingat bahawa dalam Islam setiap perkara ada adab dan etikanya. Dan sebagai seorang Islam contoh tauladan yang terbaik pastinya nabi junjungan kita Nabi Muhamad s.a.w.
 
Untuk memastikan kesihatan badan terpelihara, ada adab dan etika yang perlu kita patuhi ketika makan dan tidak digalakkan makan sesuka hati atau terlampau kenyang. Tabiat pemakanan yang terbaik adalah mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

Ketika hendak makan Rasulullah s.a.w menyuruh kita agar memulakan dengan bacaan BISMILLAH dan di akhiri dengan ucapan ALHAMDULILLAH kerana apa? ianya sebagai tanda kita mensyukuri dengan nikmat yang di kurniakan oleh Allah kepada hamba-Nya. Rasulullah s.a.w hanya makan ketika benar-benar lapar dan berhenti sebelum kenyang. Mengambil makanan secara berlebihan tidak baik untuk kesihatan tubuh badan kerana ia memberatkan organ dan sistem pencernaan sehingga melemahkan dan menyebabkan sistem pencernaan tidak dilakukan secara teratur.

"..makan dan minumlah, janganlah berlebih-lebihan..al-A'raf:31"

Rasulullah s.a.w juga hanya makan menggunakan tangan kanan, menggunakan tiga jari dan apabila selesai makan Baginda s.a.w akan menjilat ketiga-tiga jari tersebut sebelum mencucinya. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Jika salah seorang antara kalian hendak makan, maka hendaknya makan menggunakan tangan kanan dan apabila hendak minum juga dengan tangan kanan. Sesungguhnya syaitan itu makan dengan tangan kiri dan minum juga menggunakan tangan kiri." (Hadis riwayat Muslim)

Menjilat jari sebelum membasuh juga ada hikmahnya kerana kandungan Enzim yang terdapat pada jari akan bercampur dengan makanan dan memudahkan proses pencernaan. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

"Apabila seorang daripada kamu selesai makan, jangan dibersihkan jarinya sebelum dia menjilatnya" (hadis riwayat Muslim)

Membasuh tangan dan berkumur selepas makan adalah amalan sunnah yang bertujuan untuk  membersihkan gigi daripada sisa makanan dan bakteria. Islam itu lengkap!


Selamat beramal. Wassalam.




p/s dua puluh dua januari genap setahun -.-


 
 


Wednesday, December 12, 2012

rakyat malaysia terancam!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
 
*****
 
 


p/s lebihkan manis dalam senyuman ^__^

Thursday, November 15, 2012

apa itu stress?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
 
*****
 
apa itu stress? erm aku pun tak tau nak terangkan apa maknanya stress tu. yang aku tau asal ada rasa yang tak best, aku mula la serabut kepala otak, rasa nak bunuh orang pun pun ada kadang-kadang tu *semak*
 
kamu nak tau apa itu stress? jom kita sama-sama tengok video di bawah ni, kita dengar apa definasi stress daripada orang yang lebih pakar tentang stress.
 

 
sumber
 
p/s kalau stress, zikir banyak-banyak, istighfar banyak-banyak..INSYA ALLAH -.-  

Sunday, October 7, 2012

tangan dan kaki jadi sejuk.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

hai bloggers dan reasers sekalian, 
selamat berhujung minggu aku ucapkan.

*****

Pernah tak kamu rasa kebas tangan? jika rasa kebas itu kerap dan berulang-ulang, kemungkinan kamu mengalami kerosakan pada saraf di jari, pergelangan tangan, lengan, leher atau juga dikenali sebagai sindrom Raynaud. Jika ia terjadi, jangan hanya sekadar sapu minyak panas sebaliknya perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sindrom Raynaud adalah gangguan vasospastik iaitu pembuluh darah terkecil di jari tangan dan kaki mulai mengecut. ia menyebabkan jari kaki dan tangan menjadi hitam dan berubah rapuh. Pembuluh darah mulai menyempit apabila terkena suhu dingin yang ekstrem atau ketika seseoraang itu emosional atau marah. Merokok dan berkerja dengan mesin yang bergetar juga adakalanya boleh menyumbang kepada penyumbatan pembuluh darah.



SIMPTOM
Antara tanda-tanda yang perlu dikesan selain kebas kaki dan tangan ialah :

Perubahan warna tangan sama ada biru atau putih (pucat).
Kebas tangan atau kaki atau hilang daya sentuhan.
Luka.
Kulit menjadi sangat tegang dan keras.
Pembengkakan sendi-sendi seperti di pergelangan tangan yang memberi tekanan kepada saraf median yang akan mengurangkan kelancaran peredaran darah di tangan.
Mengalami migrain dan tekanan darah tinggi dalam paru-paru. (hipertensi pulmoner)
Jika anda sering mengalami kejang arteri, kemungkinan risiko mendapat penyakit ini agak mudah.
Jika jari tangan dan kaki menjadi putih, biasanya berbintik-bintik. Hanya satu jari tangan atau jari kaki atau beberapa jari kaki atau tangan akan kelihatan putih dan merah.
Jari tangan dan kaki terasa seolah-olah keras, rasa tertusuk jarum dan rasa terbakar.


RAWATAN DAN LANGKAH BERJAGA-JAGA.

Lindungi tubuh badan daripada suasana sejuk yang melampau.
Sentiasa melakukan senaman dan makan secara teratur sepanjang hari.
Rendamkan tangan dan kaki ke dalam air suam.
Mengambil su[lemen seperti vitamin C dan E, minyak EveningPrimrose Oil dan bawang putih.
Elakkan mengambil ubat-ubatan yang boleh menyempitkan saluran darah.
Berhenti merokok kerana nikotin menyebabkan pembuluh darah mengecut.
Sentiasa panaskan badan dengan masuk ke dalam rumah apabila sejuk.
Lakukan aktiviti berjalan 15 hingga 30 minit, dua kali sehari adalah lebih baik.
Rehatkan diri dan lari daripada situasi yang menyebabkan tekanan.
Memakai pakaian yang tebal misalnya topi (kepanasan badan hilang ke persekitaran melalui kulit kepala).
Mengambil bahan semulajadi seperti ekstrak daun ginko biloba.
Pastikan kaki sentiasa berstokin.
Menggunakan sarung tangan ketika membuka atau memasukkan bungkusan makanan ke dalam peti ais.


Penyakit yang mempunyai simptom lebih kurang sama melibatkan tangan yang sejuk ialah anemia, penyakit Bierger, diabetes, peripheral vascular disease (PVD) dan scleroderma. Penyakit ini turut menimpa semua jantina tidak kira lelaki atau perempuan tetapi biasanya lelaki lebih terdedah kepada keadaan yang sejuk dan dingin di tempat kerja. Tetapi wanita juga mempunyai risiko yang sama sekiranya tidak diatasi. Sekiranya umur anda di atas 40 tahun, sentiasalah membuat pemeriksaan kesihatan kerana kemungkinan risiko akan mendapat penyakit stroke. Jika anda dalam usia muda, suatu kelainan sistem saraf adalah kemungkinan penyebab.

-maskulin-




p/s erk..merokok salah satu puncanya =.=

Saturday, September 22, 2012

sakit jantung pembunuh utama wanita Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
 
hai bloggers dan readers sekalian..
sedang apa dan di mana ya? :) 


kajian terbaru menunjukkan bahawa pembunuh utama wanita di malaysia adalah PENYAKIT JANTUNG malah dikatakan dua setengah kali ganda daripada kanser jenis lain. kajian juga menunjukkan bahawa punca utama penyakit tersebut meningkat adalah kerana masalah OBESITI.

 keputusan ini adalah berpandukan  kajian National Health and Morbidity Survey (NHMS IV) yang telah menunjukkan bahawa wanita Malaysia mempunyai jisim badan tertinggi indeks (BMI) di Asia Tenggara.

 "Obesiti adalah petanda banyak keadaan," katanya. "Laporan kajian NHMS IV bahawa daripada 17,000 wanita yang dikaji, 29.4 peratus mempunyai berat badan berlebihan manakala 15 peratus adalah obes."

 Presiden Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia, Azhari Rosman turut menafikan bahawa hanya lelaki tua yang terdedah kepada penyakit jantung dan strok. oleh itu adalah menjadi keperluan untuk meningkatkan pendidikan kesihatan wanita dalam usaha untuk mencegah penyakit jantung dan lain-lain penyakit yang boleh dicegah.

sumber : http://www.bikyamasr.com/78061/for-malaysia-women-heart-disease-is-top-killer/



p/s duit boleh bayar doktor tapi tak boleh beli kesihatan.

Sunday, September 2, 2012

hindar strok dengan coklat.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam hari minggu buat semua bloggers dan readers. Sedang apa dan dimana?..

Pagi-pagi dapat khabar sedih dari kampung, selepas berbulan-bulan terlantar akibat strok akhirnya pagi tadi tok ayah aku sudah 'pergi' buat selama-lamanya. Aku tak dapat nak balik sebab ada tempahan yang perlu aku selesaikan cuma papa, mama dan adik aku jer yang balik ke kampung tadi :-(


Sebut pasal strok tadi aku terbaca satu artikel dalam sinar harian yang berkaitan dengan strok.

"Hasil penyelidikan ke atas lebih 37,000 individu di Sweeden selama sedekad menunjukkan mereka yang jarang memakan coklat lebih berisiko diserang strok.
Ketua penyelidik di Institut Karolinska, Prof Susanna Larson berkata, beberapa kajian lain juga mendapati pengambilan coklat boleh meningkatkan kesihatan jantung.
Kandungan coklat yang kaya dengan flavanoid sebenarnya baik untuk tubuh manusia. Ia berfungsi melindungi tubuh daripada penyakit kardiovaskular. Selain itu coklat juga dikatakan boleh mengurangkan kepekatan darah, sekaligus mengurangkan hipertensi."

individu yang gemar memakan coklat, 17 peratus kurang berisiko diserang strok

-sinar harian-


p/s dari Dia kita datang dan kepada Dia juga kita kembali..Al-Fatihah =.=