Showing posts with label tips kesihatan. Show all posts
Showing posts with label tips kesihatan. Show all posts

Sunday, October 7, 2012

tangan dan kaki jadi sejuk.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

hai bloggers dan reasers sekalian, 
selamat berhujung minggu aku ucapkan.

*****

Pernah tak kamu rasa kebas tangan? jika rasa kebas itu kerap dan berulang-ulang, kemungkinan kamu mengalami kerosakan pada saraf di jari, pergelangan tangan, lengan, leher atau juga dikenali sebagai sindrom Raynaud. Jika ia terjadi, jangan hanya sekadar sapu minyak panas sebaliknya perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sindrom Raynaud adalah gangguan vasospastik iaitu pembuluh darah terkecil di jari tangan dan kaki mulai mengecut. ia menyebabkan jari kaki dan tangan menjadi hitam dan berubah rapuh. Pembuluh darah mulai menyempit apabila terkena suhu dingin yang ekstrem atau ketika seseoraang itu emosional atau marah. Merokok dan berkerja dengan mesin yang bergetar juga adakalanya boleh menyumbang kepada penyumbatan pembuluh darah.



SIMPTOM
Antara tanda-tanda yang perlu dikesan selain kebas kaki dan tangan ialah :

Perubahan warna tangan sama ada biru atau putih (pucat).
Kebas tangan atau kaki atau hilang daya sentuhan.
Luka.
Kulit menjadi sangat tegang dan keras.
Pembengkakan sendi-sendi seperti di pergelangan tangan yang memberi tekanan kepada saraf median yang akan mengurangkan kelancaran peredaran darah di tangan.
Mengalami migrain dan tekanan darah tinggi dalam paru-paru. (hipertensi pulmoner)
Jika anda sering mengalami kejang arteri, kemungkinan risiko mendapat penyakit ini agak mudah.
Jika jari tangan dan kaki menjadi putih, biasanya berbintik-bintik. Hanya satu jari tangan atau jari kaki atau beberapa jari kaki atau tangan akan kelihatan putih dan merah.
Jari tangan dan kaki terasa seolah-olah keras, rasa tertusuk jarum dan rasa terbakar.


RAWATAN DAN LANGKAH BERJAGA-JAGA.

Lindungi tubuh badan daripada suasana sejuk yang melampau.
Sentiasa melakukan senaman dan makan secara teratur sepanjang hari.
Rendamkan tangan dan kaki ke dalam air suam.
Mengambil su[lemen seperti vitamin C dan E, minyak EveningPrimrose Oil dan bawang putih.
Elakkan mengambil ubat-ubatan yang boleh menyempitkan saluran darah.
Berhenti merokok kerana nikotin menyebabkan pembuluh darah mengecut.
Sentiasa panaskan badan dengan masuk ke dalam rumah apabila sejuk.
Lakukan aktiviti berjalan 15 hingga 30 minit, dua kali sehari adalah lebih baik.
Rehatkan diri dan lari daripada situasi yang menyebabkan tekanan.
Memakai pakaian yang tebal misalnya topi (kepanasan badan hilang ke persekitaran melalui kulit kepala).
Mengambil bahan semulajadi seperti ekstrak daun ginko biloba.
Pastikan kaki sentiasa berstokin.
Menggunakan sarung tangan ketika membuka atau memasukkan bungkusan makanan ke dalam peti ais.


Penyakit yang mempunyai simptom lebih kurang sama melibatkan tangan yang sejuk ialah anemia, penyakit Bierger, diabetes, peripheral vascular disease (PVD) dan scleroderma. Penyakit ini turut menimpa semua jantina tidak kira lelaki atau perempuan tetapi biasanya lelaki lebih terdedah kepada keadaan yang sejuk dan dingin di tempat kerja. Tetapi wanita juga mempunyai risiko yang sama sekiranya tidak diatasi. Sekiranya umur anda di atas 40 tahun, sentiasalah membuat pemeriksaan kesihatan kerana kemungkinan risiko akan mendapat penyakit stroke. Jika anda dalam usia muda, suatu kelainan sistem saraf adalah kemungkinan penyebab.

-maskulin-




p/s erk..merokok salah satu puncanya =.=

Thursday, July 19, 2012

kurangkan manis dalam masakan, lebihkan manis dalam senyuman ^_^


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Gula dan manusia memang tak boleh dipisahkan. erm boleh ke cakap macam tu? aku rasa boleh kot sebab manusia bila bancuh air mesti nak bubuh gula, nak memasak pun bubuh gula. kalau aku duduk minum kat kedai selalu aku tengok, asal minuman kurang manis je mula la ada yang menjerit "a-ney kasi tambah gula sikit, tawar lah air ni" padahal aku tengok masa a-ney tu hantar air, gula dah dekat suku cawan. manusia oh manusia hehe.


Menurut kajian yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan pada tahun 2005, didapati bahawa rakyat Malaysia mengambil 125 gram atau 26 sudu teh gula sehari, melabihi daripada jumlah yang disarankan iaitu 50 gram atau 10 sudu teh sehari.

Kesan kepada kesihatan akibat daripada pengambilan gula secara berlebihan.


  • Mengganggu imbangan galian atau mineral dalam tubuh.
  • meningkatkan paras adrenalin dalam kalangan kanak-kanak yang menyebabkan mereka - - menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
  • Melemahkan sistem imunisasi (melawaan penyakit).
  • Menyebabkan kanak-kanak berasa mengantuk dan kurang cergas.
  • Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran.
  • Meningkatkan paras trigliserid.
  • Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria.
  • Merosakkan buah pinggang.
  • Mengurrangkan kandungan kolestrol yang baik (HDL).
  • Menggalakkan pertumbuhan kolestrol bahaya (LDL).
  • Mengurangkan kromium dan kuprum dalam badan.
  • Mengganggu penyerapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan.
  • Menyebabkan kanser ovari, kanser payudara, kanser prostat dan kanser dubur.
  • Meningkatkan risiko berlakunya kanser kolon (usus besar).
  • Menjadi faktor utama kepada kanser pundi hempedu.
  • Meningkatkan tahap glukosa dengan cepat.
  • Melemahkan penglihatan.
  • Meningkatkan paras serotonin yang boleh menyempitkan pembuluh darah.
  • Menjadi penyebab kepada hipoglisemia.
  • Penyebab kepada perut berasid.
  • Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari.
  • Mempercepatkan proses penuaan, kulit berkedut dan uban pada rambut.
  • Merosakkan gigi.
  • Penyumbang utama masalah kegemukan (obesiti).
  • Meningkatkan risiko penyakit crohn dan kolitis berulser.
  • Penyebab bengkak saluran usus bagi kalangan pesakit gastrik.
  • Penyebab arthritis.
  • Penyebab lelah.
  • Pembentukan batu dalam ginjal (batu karang).
  • Penyebab jangkitan yis atau kandidiasis.
  • Penyebab pembentukan batu karang hempedu.
  • Penyebab sakit jantung iskemik.
  • Penyebab sakit apendiks.
  • Merangsang tanda-tanda multiple sclerosis.
  • Penyebab vena varikos.
  • Meningkatkan tindakbalas glukosa dan insulin kepada pengamal pil pencegah kehamilan.
  • Penyebab sakit gusi.
  • Penyumbang kepada osteoporosis.
  • Penyebab air liur menjadi berasid.
  • Penyebab kemerosotan sensiviti insulin.
  • Penyebab kemerosotan toleransi glukosa.
  • Mengurangkan hormon tumbesaran.
  • Meningkatkan kolestrol dalam badan.
  • Meningkatkan tekanan darah sistolik.
  • Menyebabkan struktur protien bertukar sehingga mengganggu penyerapan protien oleh tubuh.
  • Penyebab alergi terhadap makanan.
  • Penyumbang utama kepada penyakit kencing manis.
  • Penyebab keracunan darah semasa kehamilan.
  • Penyebab eczema kepada kanak-kanak.
  • Penyebab penyakit kardiovaskular.
  • Melemahkan struktur DNA.
  • Penyebab katarak.
  • Penyebab emifisema.
  • Penyebab arteriosclerosis.
  • Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah.
  • Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya.
  • Penyebab sel hati terbahagi dan ini meningkatkan saiz hati.
  • Meningkatkan paras lemak dalam hati.
  • Menyebabkan saiz buah pinggang membesar.
  • Memberikan tekanan tinggi kepada pankreas dan akan merosakkannya.
  • Meningkatkan retensi cecair dalam badan.
  • Penyebab sembelit.
  • Penyebab rabun jauh.
  • Penyebab hipertensi.
  • Penyebab sakit kepala.
  • Mengganggu kemampuan berfikir.
  • Penyebab kemurungan.
  • Meningkatkan tindakbalas insulin.
  • Penyebab penapaian bakteria dalam usus.
  • Penyebab ketidakseimbangan hormon.
  • Meningkatkan risiko darah beku dalam badan.
  • Meningkat risiko penyakit Alzheimer.

sumber: www.healthshecksystems.com


p/s : nak manis minum madu, baik untuk kesihatan.

Monday, July 16, 2012

ulam raja..sedapnya!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hai semua! Kamu semua makan ulam raja? tak tahu ulam raja? pokok yang dalam gambar kat bawah ni la ulam raja tu, kita cuma ambik pucuk dia je. nak cicah dengan budu boleh, nak cicah tempoyak boleh, nak makan macam tu je pun boleh, terpulang lah macamana kamu nak makan :)


Pokok ulam raja ialah sejenis tumbuhan tropika yang berasal daripada Amerika Latin, tumbuh meliar dan mudah didapati di banyak negara termasuk Malaysia. Ulam raja mengandungi 3 peratus protien, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A.

Ulam raja telah digunakan secara tradisi untuk memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah serta untuk menguatkan tulang. Ulam raja mempunyai keupayaan antioksida yang sangat tinggi, iaitu bagi setiap 100 gram ulam raja yang segar bersamaan dengan keupayaan antioksida 2400 miligram L-asid askorbik.

-wikipedia-



p/s : ulam raja cicah budu..sedap tu hehe

Saturday, July 14, 2012

khasiat madu dan cara mengamalkannya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah; “…kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)”. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat PENAWAR yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi orang yang memikirkan"(Surah An-NAhl: 69)

Pasti ramai yang dah tahu tentang kelebihan dan khasiat madu. kandungan gula asli dalam madu mengandungi antioksidan,bebas lemak, bebas kolestrol dan bebas garam. kandungan gula yg terdapat dalam madu ialah glukos,fruktos dan sukros. kajian menunjukkan bahawa debunga dlm madu mgandungi kesemua 22 asid amino,28 mineral,14 asid lemak,11 enzim dan 11 karbohidrat.


Madu amat baik untuk kesihatan, kecantikan, kecergasan dan bermacam-macam lagi. madu dapat mengelakkan masalah seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis, mengawal paras kolestrol dan boleh juga digunakan sebagai penyembuh luka pada tubuh. semua ini adalah kerana terdapat antibakteria semula jadi(hidrogen peroksida), fenolik flavonoid, glukosida, vitamin C dan bahan yang mampu merangsang pertumbuhan sel baru dan memperbaiki sel yang rosak dalam badan.

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

CARA MENGGUNAKANNYA
  • Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
  • Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
  • Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
  • Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
  • Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
  • Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
  • Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
  • Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
  • Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.

-google-



p/s : setiap kejadian ada kebaikannya.

Saturday, June 30, 2012

peria pahit tapi banyak khasiatnya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

hai! apa khabar semua? sedang apa dan di mana ye? hehe. kamu semua makan sayur tak? apa sayur kegemaran kamu semua ye? aku suka makan peria, kamu suka tak? peria memang pahit tapi bukan ke orang tua-tua selalu kata..
"yang pahit itu baik, yang pahit itu ubat"
^_^.


Peria atau nama saintifiknya, momordica charantia juga boleh dimanfaatkan untuk sesiapa yang sentiasa menjaga kecantikan. peria mengandungi protein, lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin dan kalsium.

Peria juga boleh digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan buasir. bagi wanita yang masih berpantang selepas bersalin juga boleh mengamalkan memakan peria lebih-lebih lagi apabila sudah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan anak.

bagi pengidap kencing manis, disarankan mengambil peria sebagai menu harian bagi penjagaan kesihatan kerana ia mengandungi insulin yang berfungsi mengawal kadar glukosa dalam darah.


kajian juga menunjukkan peria boleh digunakan untuk masalah ketagihan alkohol dengan meminum air daun peria. Di Australia dan Amerika Syarikat, peria kini menjadi bahan penting bagi merawat penyakit leukimia, HIV dan AIDS.

Di China Pakar perubatannya dikatakan, menggunakan peria untuk merawat asma dan haid yang lewat. Di Filipina, daun peria yang dilumatkan diletakkan ke dalam mulut bayi yang baru lahir untuk merangsangkan sistem imunisasi tubuhnya. Selain itu, ia digunakan juga sebagai ubat pupuk untuk merawat gigitan serangga.

Kebaikan peria

Penjagaan kulit
Peria boleh menghalang jerawat tumbuh berleluasa pada kulit muka kerana mengandungi ciri penulenan darah. Kulit muka juga akan nampak lebih berseri-seri.

Perangsang imun
Minum segelas jus peria setiap pagi dapat membantu menguatkan sistem imun dalam badan. Sistem imun ibarat ‘pengawal keselamatan’ yang menghalang penyakit menyerang.

Penjagaan mata
Peria juga seperti lobak, mengandungi karoten yang tinggi. Karoten dapat mengurangkan masalah mata.

Menurunkan berat badan
Peria dapat merangsang hati untuk rembesan jus hempedu yang sangat penting untuk meningkatkan metabolisme badan.

Baik untuk perut
Peria sememangnya ejen pencernaan yang bagus dan boleh menghalang sembelit kerana ia mengandungi selulosa yang juga sumber serat terbaik.

pakcik google

Friday, April 27, 2012

rentap leher sebabkan strok.

Assalamualaikum warahmatullah.

kesibukan menjalankan urusan harian selalu membuatkan badan merasa sengal-sengal terutama sekali pada bahagian tengkuk atau leher kan. selalunya kalau rasa lenguh-lenguh tu kita selalu rentap leher ke kiri atau ke kanan sampai ada bunyi macam tulang patah tu kan, lepas tu perghh selesa je rasanya.

aku ada terbaca tentang kesan aktiviti rentap-rentap ni, ermm macam tajuk kat atas tu la. aktiviti rentap-rentap leher tu boleh mengundang risiko strok jika selalu diamalkan. berdasarkan teori Henry S Lodge MD seorang pakar kecergasan dari New York, merentap leher boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian arteri dan pembuluh darah jika kerap diamalkan. maknanya tak boleh buat dah la lepas ni huhu.

abis macam mana nak kurangkan rasa sengal-sengal tu lepas ni? huhu jangan risau setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya kan hehe..nak tau? nah aku bagi tau ^_^

** duduk tegak dan pandang lurus ke depan. letakkan kedua belah tangan dibelakang kepala. tarik nafas dalam-dalam tahan lebih kurang 10 saat dan ulang lah sebanyak mana yang kamu nak. eh jangan lupa lepas nafas tu -.-

** berdiri tegak. gunakan tangan kanan untuk tolak kepala ke arah kanan, tahan lebih kurang 10 saat pastu kamu ulang la banyak mana nak. guna kaedah sama untuk tolak ke arah kiri pulak. tolak slow-slow je jangan rentap pulak ye -.-

** dalam posisi berdiri tegak, hulurkan dua-dua tangan ke belakang dan genggam tangan. kemudian guna cara yang sama hulurkan tangan ke depan pula. tahan kedudukan lebih kurang 10 saat dan ulang la berapa kali kamu nak.
- maskulin


p/s : takut dengar bunyi tulang masa rentap leher tu -.-

kurangkan berat badan (lagi)

assalamualaikum warahmatullah.

hehe sambungan dari entri sebelum ni. yang tu rutin senaman outdoor, sekarang ni kaishin nak kongsi rutin senaman indoor pulak. nak buat dalam bilik sendiri pun takde sapa nak marah hehe.

ok la kaishin teruskan ke agenda utama. rutin senaman ni mudah sangat kaishin pun selalu buat tapi bila ada masa terluang la hehe..

dan inilah diantara rutin-rutin senaman tu...


CRUNCHES
rutin asas utama bagi mendapat perut yang rata serta membakar lemak berlebihan dibahagian abdomen. kelebihannya adalah mengukuhkan teras otot, mengimbang kestabilan postur dan meningkatkan daya tahan. tapi awas jika tidak dibuat dengan betul akan mengakibatkan sakit tulang belakang dan leher.

TEKAN TUBI - senaman asas untuk membakar lemak, menonjolkan otot badan dalam masa singkat, membina kekuatan lengan, tangan, pergelangan tangan, bahu dan dada serta meningkatkan metabolisme dan membina teras otot.

MENARI - bukan sahaja teruja dan memberi semangat rentetan menghayati alunan musik yang didengar malah ia memberi impak yang menyeluruh pada tubuh badan dan otot untuk mengeluarkan peluh.

SENAMAN KERUSI - sandar badan pada penjuru kerusi menggunakan tangan dan mula regangkan badan. dapat menguatkan bahagian tangan dan lengan, membantu menguatkan tenaga dalaman bagi memantapkan metabolisme, mengekalkan kepadatan tulang, memperbaiki imbangan dan menyelaraskan tubuh.

REGANGAN - melibatkan aktiviti meregangkan otot sehingga ke tahap tertentu. membakar lemak bahagian bawah lengan, perut dan paha, meningkat fleksibiliti serta postur badan, meningkatkan aliran darah, meningkatkan kesihatan jantung dan keseimbangan tubuh.

kajian laman sesawang LiveStrong.com, hiking dan berenang antara senaman mudah dan menjadi pilihan terutama lelaki dan wanita lebih gemar memilih senaman seperti berlari dan berjalan kaki.

p/s : harap tips-tips ni dapat membantu agar dapat sama-sama menikmati perjalanan hidup dengan lebih sempurna

Thursday, April 26, 2012

kurangkan berat badan.

Assalamualaikum warahmatullah.

nak kurangkan berat badan tak semestinya perlu mengeluarkan kos yang banyak untuk pergi ke gim atau terpaksa melakukan senaman yang berat sehingga menyebabkan kita kepenatan sampai nak habis nafas. ada rutin senaman mudah malah menyihatkan yang boleh kita lakukan, antara rutin senaman yang boleh diamalkan...

BERBASIKAL - rutin pembakar lemak pantas dan mudah. berkesan malah memberikan impak positif pada tulang kaki dan postur pinggang. bergantung kepada kepantasan dan keupayaan kita untuk mengayuh

HIKING - aktiviti aerobik yang bukan sahaja mengepam jantung malah menggerakkan otot badan. dapat mengurangkan risiko sakit jantung, tekanan darah tinggi, kolesterol dan kanser. membakar kalori, mengekalkan berat badan dan merangsangkan hormon adranalin dan endorfin.


BERSUKAN - aktiviti fizikal yang memberikan kepuasan dan kesan fizikal untuk jangka masa panjang untuk membakar lemak yang berlebihan. impak pada keseimbangan postur badan, meningkatkan jisim tulang, menjaga kesihatan dalaman dan menstabilkan tubuh.

JOGING/BERLARI - sama seperti berbasikal, membakar lemak dengan pantas, menstabilkan otot dan mengurangkan tekanan. bergantung pada kepantasan dan keseragamaan tubuh, 30 minit boleh membakar 164 kalori (CSG NETWORK).

BERJALAN KAKI - rutin yang paling mudah dan cepat memberi kesan. membantu meningkatkan jangka hayat, menstabilkan kesihatan, membakar kalori dan lemak serta memberi impak positif pada minda.


p/s : bersenam badan pun sihat kan ^_^

Wednesday, April 25, 2012

workout membakar lemak dalam badan.

Assalamualaikum warahmatullah.

entri lepas pasal menaikkan berat badan kan so bila berat badan dah naik lemak pun mesti bertambah punya kan. kali ni aku nak kongsikan cara-cara workout untuk membakar lemak-lemak yang terlebih tu pulak.


nak badan macam randy orton kena la rajin workout. kena bakar sikit lemak-lemak yang ada tu, baru la fit sikit kan. ada beberapa cara workout yang boleh digunakan antaranya...

incline push-up
Push-up dalam keadaan kaki di atas kerusi atau bangku akan memberikan lebih fokus pada bahagian dada dan ini akan memberikan bentuk dada yang menarik.

dumbbell bent-over row
Teknik dengan kaedah membongkokkan badan sehingga 90 darjah dan angkat dumbbell rapat ke dada akan memberikan tekanan pada biseps dan bahagian belakang.

dumbbell deadlift
Teknik ini tidak banyak berbeza dengan dumbbell bent-over row, cuma gerakannya adalah dengan berdiri tegak dan tunduk perlahan-lahan dengan membengkokkan lutut. pastikan tangan dan belakang berada dalam keadaan lurus.

floor push-up
merupakan teknik asas dan mudah dilakukan, cuma perlu melakukan tekan tubi di lantai yang rata.

dumbbell foward lunge
pengang dumbbell dengan kedua belah tangan dan berdiri tegak. gerakkan sebelah kaki ke hadapan dan rendahkan kedudukan badan. ulang dan tukar posisi kaki.

dumbbell arnold press
posisi pertama dengan menggenggam kedua-dua dumbbell rapat ke dada. kemudian tolak perlahan-lahan kedua-dua dumbbell ke atas setinggi yang boleh. rasakan kesan di bahagian biseps, dada dan bahu anda.

dumbbell triceps extension
berdiri dalam keadaan tegak dengan tangan menggenggam dumbbell dibelakang badan. tolakkan ke atas secara perlahan-lahan untuk merasakan kesan di bahagian triceps.

dumbbell biceps curl
berdiri dalam keadaan tegak dengan kedua-dua tangan menggenggam dumbbell. kemudian mulakan dengan tangan kanan angkat dumbbell rapat ke dada. ulang untk tangan kiri pula.

dumbbell squat
berdiri tegak dengan kedua tangan menggenggam dumbbell, perlahan-lahan rendahkan posisi badan dengan membengkokkan lutut. pastikan keadaan belakang masih dalam keadaan tegak. teknik ini memberi fokus pada bahagian belakang dan bahu.

p/s : setiap usaha perlu di iringi dengan disiplin yang kuat.

cara menaikkan berat badan.

Assalamualaikum warahmatullah.

hai semua selamat malam. apa cerita dengan hari korang semua? berjalan lancar atau ada aral di tengah jalan? apa pun yang terjadi aku doakan korang-korang semua berjaya mengharungi segala onak dan duri kehidupan tu eh.


selama ni ramai orang cari cara nak kuruskan badan kan. aku tak heran pun semua tu sebab aku ni dalam kategori orang yang kurus dan aku tengah usaha camne nak naikkan berat badan aku. ye la asyik tips nak kurus je kesian juga kat orang kurus macam aku ni, nak juga merasa badan berisi sikit kan.

tips ni aku tak ingat kat mana aku terbaca dan sebelum aku lupa terus baik aku tuliskan kat sini, senang lain kali kalau aku nak guna buka sini je. ada tiga kaedah yang boleh digunakan untuk menaikkan berat badan :

WORKOUT
workout mampu meningkatkan kekuatan dan isi padu otot pada tubuh. pilihan workout yang betul mampu memberikan kesan positif serta meningkatkan saiz tubuh.

MAKANAN BERPROTIEN TINGGI
makanan yang perlu diambil oleh mereka yang terlalu kurus hendaklah berprotien tinggi serta mempunyai zat untuk pertumbuhan seperti ikan, ayam, daging dan sebagainya.

MAKANAN TAMBAHAN
makanan tambahan juga dapat membantu dalam menambahkan berat badan. produk seperti susu weight-gain dapat memberi lebih manfaat tetapi perlu mendapat nasihat dari pakar terlebih dahulu.

p/s : gemuk nak kurus, kurus nak gemuk..macam-macam -.-