Showing posts with label nature. Show all posts
Showing posts with label nature. Show all posts

Wednesday, February 13, 2013

kemusykilan terjawab!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

hai semua, cuti tahun baru cina dah habis dan sekarang masa untuk kembali bekerja (bagi yang kerja makan gaji) kerja untuk cari rezeki halal semestinya.

dalam ENTRI INI aku ada menulis tentang bunyi bising yang boleh dikatakan menganggu ketenangan malam aku dan sampai sekarang benda ni masih berterusan. mulanya kemusykilan melanda bila memikirkan apa lah punca sebenarnya dia dok memekak tiap-tiap malam.

akhirnya kemusykilan terjawab masa cuti tahun baru cina baru ni. adik aku balik cuti dan benda tu dok memekak tiap-tiap malam sampai adik aku tak tak boleh tidur malam. rupa-rupanya benda tu memekak betul-betul atas bilik dia atau lebih jelas lagi, dalam syiling bilik dia, bila di ketuk syiling tu dia marah semula :P hehe.

tiap-tiap malam benda tu berjalan-jalan dalam syiling rupa-rupanya dah siap beranak pinak dalam syiling. bunyi bising tu puncanya anak si burung besar tu agaknya, mungkin dia bising masa berebut makanan yang mak dia bagi agaknya, anak burung makan memang macam tu kan? ;)

erm macam mana la dia boleh buat sarang dalam syiling tu? macam mana dia boleh masuk dalam syiling tu? sebab setahu aku lubang yang ada tu kecik jer. hurmm rasa macam nak masuk dalam syiling, nak tengok keadaan sebenar dalam syiling tu tapi aku tak berani, nanti tak pasal-pasal aku pulak yang jadi makanan dia..hoho

nampak gayanya terpaksa tunggu dia sekeluarga tinggalkan sarang baru aku boleh buat operasi pembersihan dan menutup segala lubang yang ada atas bumbung dan syiling tu :P hehe




p/s tengok dalam gambar comel je burung tu kan tapi realitinya.....hurmmm -.-

Thursday, February 7, 2013

sesumpah?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

hello bloggers, readers, stalkers and haters sekalian,
sedang apa dan di mana ya?

  sesumpah comelkan? serupa tapi tak sama dengan cicak maknanya ada bau-bau kentut la kot dengan cicak, biawak dan spesis-spesis yang sama waktu dengannya. kecik, comel, cute jer kan? tapi susah nak jumpa almaklumlah sesumpah ni kan penyamar terhebat. 
   
chameleon

duduk atas daun hijau badan jadi warna hijau. duduk atas batang kayu, badan berubah warna jadi warna batang kayu. hebatkan ciptaan Tuhan? erm kamu perasan tak kelebihan sesumpah ni banyak digunakan dalam kehidupan manusia. 

menyesuaikan diri dengan alam sekeliling, ibarat orang kata "masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu mengemboh". yang muda perlu hormat pada yang tua, yang berkenderaan perlu hormat pada pejalan kaki. erm macam tak sesuai jer contoh yang aku bagi ni kan? ;)

ada juga manusia yang tiru kelebihan sesumpah ni dalam bentuk kejahatan. penipu menyesuaikan diri dengan keadaan sekitar sebelum memulakan langkah. mulut manis, bila berjalan pijak semut pun tak mati, perlahan-lahan masuk jarum, dah dapat apa yang di hajat, terus cabut lari tanpa meninggalkan kesan.

senang kata kehidupan manusia ni banyak persamaannya dengan perilaku haiwan kan tapi takde satu pun perilaku manusia yang ada dalam kehidupan haiwan. ok lah dah cukup rasanya aku mengarut dalam entri ni, lain kali aku mengarut lagi ;)



p/s haiwan nampak jahat tapi tak sezalim manusia -.-

Wednesday, January 23, 2013

musim mengawan agaknya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
 
hai bloggers dan readers sekalian, 
sedang apa dan di mana?
 
*****
 
Sejak tiga empat hari lepas tidur malam aku asyik terganggu jer. bukan sebab mimpi-mimpi yang menakutkan atau mengigau perkara-perkara mengarut tapi sebab makhluk Allah yang dalam gambar di bawah ni..huhu
 
 saya comel kan? :P

Sepanjang hidup aku belum pernah lagi aku dengar suara burung hantu ni tapi sejak tiga empat hari lepas aku dapat dengar, agak menakutkan. bunyi suara dia seakan-akan burung helang, nyaring jer bunyinya.

Kalau tak silap aku ada tiga atau empat ekor yang buat bising atas bumbung rumah aku. Aku rasa diorang nak mengawan kot sebab suara diorang tu macam suara tengah berebut sesuatu, macam tengah berlawan untuk berebut habuan. Sampaikan masa anak kucing aku hilang dua hari lepas, aku fikir diorang yang makan tapi aku silap sebab anak kucing aku tu berjalan sampai lupa jalan nak balik rumah *agaknyalah* sebab anak jiran aku jumpa anak kucing tu dekat rumah jiran aku yang lain. 

Kalau ikut kan apa yang aku selalu tengok dalam rancangan national geographic tu macam tu la kalau binatang nak mengawan. Bergaduh bertujuan menunjukkan siapa hebat bagi menarik perhatian si betina dan bagi menunjukkan bahawa aku lebih layak untuk dia betul ke macam tu? 

 Ada masa rasa seronok bila tengok binatang bergaduh berebutkan sesuatu tapi ada masa takut tengok sebab kadang-kadang bila bergaduh tu ada yang sampai luka-luka, berdarah satu badan, kesian pun ada bila tengok macam tu. Agak-agak malam ni diorang bergaduh lagi atau tidak? kena tunggu malam la baru tau jawapannya kan ;)


p/s masih terkial-kial mencari ruang dan waktu untuk berjalan blog dan kembali aktif macam dulu =.=

Wednesday, November 7, 2012

kuasa alam!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.








p/s ada sesiapa yang mampu melawannya? -.-

Tuesday, November 6, 2012

Tengkujuh datang lagi.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



seperti mana kamu semua maklum, musim tengkujuh telah kembali melanda negara kita, Malaysia. Laporan yang disiarkan di media cukup menggambarkan betapa seriusnya kejadian ni kan. Empat negeri dilaporkan menghadapinya dan dikatakan situasi banjir di sana semakin buruk.


Mengikut laporan yang di siarkan di kaca televisyen sebentar tadi, hampir 4000 mangsa banjir telah dipindahkan ke tempat yang lebih selamat berikutan paras air yang semakin meningkat.

Erm syukur alhamdulillah kerana tempat aku tinggal ni tak pernah dilanda banjir tetapi tak bermakna aku tak faham perasaan mangsa-mangsa banjir ni. Actually aku pernah merasai pengalaman tu, mungkin tak seteruk mangsa banjir di Batu Pahat yang saban tahun dilanda banjir tapi cukup menyesakkan kepala juga. Bekalan elektrik terputus selama hampir dua minggu, rasa macam duduk dalam gua jer cuma bezanya gua ni ada tilam, bantal, sofa dan lain-lain kemudahan :P

Tapi kamu semua sedar atau tidak? segala apa yang berlaku di atas muka bumi ni adalah dari hasil tangan manusia juga. Aktiviti mengorek pasir di sungai boleh mengakibatkan sungai menjadi cetek dan tidak mampu menampung aliran air. Begitu juga longkang-longkang yang tersumbat akibat kesedaran 'sivik' yang kurang dikalangan masyarakat, segala sampah sarap dicampak ke dalam longkang. Akibatnya banjir kilat berlaku tapi yang dapat nama, majlis perbandaran juga kerana dikatakan tidak menyelenggara sistem perparitan dengan sempurna, walhal punca masalahnya daripada masyarakat juga kan.

Daripada kita menuding jari menyalahkan orang lain, lebih baik kita 'tengok dalam cermin' adakah kita telah melakukan yang terbaik untuk menghalang masalah daripada berlaku? Perlu di ingat juga kita hanya menuding satu jari kepada orang lain tetapi baki empat jari lagi di tuding kepada diri sendiri.

p/s rindu kenangan main hujan masa kecik dulu, balik rumah kena rotan..seronok :P

Wednesday, February 22, 2012