hai! apa khabar semua? sedang apa dan di mana ye? hehe. kamu semua makan sayur tak? apa sayur kegemaran kamu semua ye? aku suka makan peria, kamu suka tak? peria memang pahit tapi bukan ke orang tua-tua selalu kata..
"yang pahit itu baik, yang pahit itu ubat"
^_^.
Peria atau nama saintifiknya, momordica charantia juga boleh dimanfaatkan untuk sesiapa yang sentiasa menjaga kecantikan. peria mengandungi protein, lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin dan kalsium.
Peria juga boleh digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan buasir. bagi wanita yang masih berpantang selepas bersalin juga boleh mengamalkan memakan peria lebih-lebih lagi apabila sudah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan anak.
bagi pengidap kencing manis, disarankan mengambil peria sebagai menu harian bagi penjagaan kesihatan kerana ia mengandungi insulin yang berfungsi mengawal kadar glukosa dalam darah.
kajian juga menunjukkan peria boleh digunakan untuk masalah ketagihan alkohol dengan meminum air daun peria. Di Australia dan Amerika Syarikat, peria kini menjadi bahan penting bagi merawat penyakit leukimia, HIV dan AIDS.
Di China Pakar perubatannya dikatakan, menggunakan peria untuk merawat asma dan haid yang lewat. Di Filipina, daun peria yang dilumatkan diletakkan ke dalam mulut bayi yang baru lahir untuk merangsangkan sistem imunisasi tubuhnya. Selain itu, ia digunakan juga sebagai ubat pupuk untuk merawat gigitan serangga.
Kebaikan peria
Penjagaan kulit
Peria boleh menghalang jerawat tumbuh berleluasa pada kulit muka kerana mengandungi ciri penulenan darah. Kulit muka juga akan nampak lebih berseri-seri.
Perangsang imun
Minum segelas jus peria setiap pagi dapat membantu menguatkan sistem imun dalam badan. Sistem imun ibarat ‘pengawal keselamatan’ yang menghalang penyakit menyerang.
Penjagaan mata
Peria juga seperti lobak, mengandungi karoten yang tinggi. Karoten dapat mengurangkan masalah mata.
Menurunkan berat badan
Peria dapat merangsang hati untuk rembesan jus hempedu yang sangat penting untuk meningkatkan metabolisme badan.
Baik untuk perut
Peria sememangnya ejen pencernaan yang bagus dan boleh menghalang sembelit kerana ia mengandungi selulosa yang juga sumber serat terbaik.
pakcik google