Showing posts with label pets. Show all posts
Showing posts with label pets. Show all posts

Wednesday, October 17, 2012

ww : tinggal kenangan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
 
*****
 
 
hitam si nakal

bulat si gebu
 

e-yo si hero malaya

si kurus yang memilih



p/s dalam masyarakat binatang tiada 'MANUSIA' tetapi dalam masyarakat manusia ramai 'BINATANG'

Monday, October 8, 2012

benda dah nak jadi.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
 
 
hai readers sekalian , sihat dan berbahagia selalu hendaknya..
 
 
nasib baik dia comel kalau tak.....

 
 
 
 sikit lagi nak kena biji mata aku...huhu




p/s aku hanya menaip apa yang aku rasa nak taip...titik

Sunday, July 1, 2012

hari minggu saya ^_^

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai! Selamat hari minggu semua, hari ni buat apa je kamu-kamu semua, jalan-jalan cari makan ke tidur je kat rumah? Hehe

Kamu abaikan tajuk macam nak buat karangan sekolah rendah tu ye hehe. Hari ni aku kerja macam biasa. almaklumlah kerja sendiri kan hehe. Sebelum kerja tadi sempat lagi aku melayan kerenah kucing-kucing aku yang tak pernah kenyang tu. asyik mengendeng je kat hujung kaki minta makan hehe.

Erm aku dah tak tahu nak taip apa, kamu tengok je la aksi 'diaorang' bila aku tak layan kehendak diorang tu hehe

Menung apa tu abby?



Bulat nak makan putih ke? hehe


Bila tengah sunyi atau bosan, aksi mereka-mereka la yang menjadi penghibur. gerenti hilang bosan ^_^



Tuesday, June 26, 2012

spesies terakhir..mati!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hai! Kamu semua minat kura-kura? Ada bela kura-kura di rumah? Best tak bela kura-kura ye,aku pernah teringin nak bela kura-kura tapi tak jadi sebab takut tak terjaga nanti. Cukuplah rasanya kucing-kucing yang aku bela sekarang, itu pun kadang-kadang ada masa 'terabai' dek kerana kesibukan -.-


Lonesome George

Berbalik kepada tajuk kat atas tu. Seekor kura-kura gergasi yang menjadi simbol spesies pupus berikutan kegagalan dalam usaha membiakkannya ditemui mati di Taman Negara Galapagos.

Kura-kura yang diberi nama Lonesome George itu dipercayai sub terakhir kura-kura gergasi Pulau Pinta dan menjadi duta kepulauan di Equador berikutan keunikannya.

Dua ekor kura-kura betina dari kawasan Wolf Volcano, sebelum itu dibawa masuk untuk mengawan dengan Lonesome George yang dianggarkan berusia kira-kira 100 tahun itu, namun usaha itu tidak berhasil kerana telur yang dihasilkan tidak subur.
-berita harian-


p/s : teringat pula kisah kura-kura lumba lari dengan arnab hehe

Wednesday, June 20, 2012

wordless wednesday : lena di ulit mimpi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.









p/s : duduk kedai mata layu je -.-


Monday, June 18, 2012

chengut kata, terima kasih sudi singgah sini..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hai semua. Sedang apa dan di mana ya? khabar baik ke tak baik hari ni?, erm apapun khabarnya harap semuanya berjalan lancar ye. ^_^

Ok mula-mula aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi datang ke sini. Tak kisah la datang baca ke, dtg sekadar nak tinggal jejak ke, datang nak suruh jentik iklan ke (iklan aku jentik tak?)..puluh ribu juta terima kasih aku ucapkan kepada kamu, kamu dan kamu ye hehe.



Uih lena sungguh chengut tido, dengan cuaca yang panas memang best la kalau dapat baring atas lantai simen kan..sejuuuk je, nasib baik duk kat kedai kalau tak mesti aku join chengut baring atas lantai tu hehe

hari ni cuaca memang tak ingat punya panas sampai kepala aku pun turut terkena tempiasnya. berdenyut-denyut sampai sekarang tak hilang-hilang lagi. Panadol dah telan dua biji, air mineral dah dekat dua liter aku minum tapi badan aku masih juga terasa panas. Erm adakah demam bakal 'bersahabat' dengan aku? erm tak boleh tak boleh, lusa ada tempahan lagi. Tak banyak tapi disebabkan dah 'janji' jadi aku kena kotakan la kan. Tak baik tau mungkir janji, dosa tu.

Erm cukup la kot aku 'ngarut' kali ni, lain kali aku ngarut lagi ye hehe.








p/s : sapa sudi picitkan kepala aku? hehe

Friday, June 15, 2012

hilangmu tiada ganti..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hai! Apa khabar kamu-kamu semua? Erm tajuk kali ni macam nak tangkap leleh je kan hehe.


atan


acik

Ha ni la punca entri ni di buat. Atan dan acik hilang! Huhu dah sebulan mereka berdua ni tak balik -.-..entah ke mana hilangnya mereka berdua ni aku pun tak tau.

Memula tu si atan tak balik dan disebabkan dia jantan jadi tak kisah la sebab mungkin dia pergi cari 'awek' kan tapi ni dah sebulan kot. Erm lepas tu si acik pulak hilang dan disebabkan dia ni betina jadi aku dah mula risau. Sebab mereka berdua ni agak 'nakal' lebih-lebih lagi si atan tu. Mereka berdua ni suka tangkap anak ayam, tangkap buat main huhu. Kerap juga la aku nampak mereka berdua ni main lambung-lambung anak ayam sampai mati kot, jenuh dah aku marah tapi tak boleh buat juga.

Jadi aku agak mereka berdua ni ada orang tangkap masuk guni dan buang kat mana-mana, hurmm..apa la nasib mereka berdua sekarang ni ye, maksud aku adakah mereka berdua ni masih bernafas sebab kalau soal makan memang mereka berdua ni pandai dah cari makan sendiri.

Hurm aku rindu dengan keletah mereka berdua -.-




p/s : daripada tiga belas sekarang dah tinggal sebelas -.-

Tuesday, February 21, 2012

kesayanganku..

Assalamualaikum warahmaatullah..

Hari ini tiada apa yang nak diucapkan sekadar ingin berkongsi ^_^

ni Comot

ni Pungut..

ni Chubby

ni Tomboi..

ni pulak Atan..

ni sebahagian dari kucing yang aku ada ^_^


p/s : kucingkan binatang kesayangan Nabi..:)