Showing posts with label fun. Show all posts
Showing posts with label fun. Show all posts

Thursday, February 13, 2014

Nivea In-Shower Skin Conditioner?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Apa cerita pasal nivea in-shower skin conditioner ni? Hurm, kalau tengok apa yang di tulis dalam gambar tu, ia mampu memperbaiki 10 tanda-tanda kulit kering dan kulit rosak ya. Sepanjang hidup aku tak pernah lagi aku guna 'body lotion' rasanya. Orang kerja kasar macam aku ni perlu guna 'body lotion' kah? Nanti aku fikir semasak-masaknya ya! Heh 

Aku pengguna nivea juga tapi bukan 'body lotion'. Aku guna 'nivea men invisible for black and white' yang calit di celah lengan saja. Aku tak rasa aku perlu guna 'body lotion' ni tapi bagi sesiapa yang cakna tentang penampilan diri bolehlah difikirkan untuk mencuba produk ni. Siapa tahu hasilnya bakal menceriakan hari anda! Tak cuba tak tahulah hasilnya, kan? hehe.



p/s : buka email ada iklan ni, terus jadi entri. peace :)

Friday, November 16, 2012

berjalan blog!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
 
salam penghulu segala hari buat semua readers dan bloggers sekalian.
semoga sihat dan berbahagia sentiasa hendaknya.
 
*****
 
erm agak lama aku tak mengemaskini entri dan berjalan blog kan. akibatnya trafik yang memang dah sedia suram bertambah suram jadinya. aktiviti berjalan blog ni memang penting bagi bloggers yang mementingkan jumlah trafik dan bloggers sepenuh masa. blogger cikai macam aku ni tak perlu kot jumlah trafik yang tinggi-tinggi tu tapi itu tak bermakna aktiviti berjalan blog boleh diabaikan. ada yang setuju dengan kata-kata aku ni? :)
 
 
 
aku pernah terbaca (tak ingat di mana) seorang bloggers perlu sekurang-kurangnya berjalan blog sebanyak dua puluh blog sehari jika mahu maintain kan trafik blog diorang. erm mula-mula dulu aku rajin berjalan blog, asal ada yang tinggal jejak aku akan balas semula jejak tu tapi sekarang ni, entahlah aku pun tak tahu kenapa, makin lama makin kurang berjalan blog.
 
aktiviti berjalan blog ni selain daripada meningkatkan trafik, ia juga sebagai satu cara penghubung di kalangan bloggers di luar sana kan. mengeratkan silaturrahim di antara bloggers dan boleh juga di jadikan cara untuk menambahkan pendapatan sekiranya bloggers yang buat aktiviti berjalan blog tu bermurah hati tujukan cursor dan klik pada iklan yang ada di dalam blog kita tu (kalau ada iklan).
 
aktiviti berjalan blog juga boleh menambahkan ilmu yang sedia ada kan. berjalan blog boleh baca macam-macam info yang di kongsikan oleh bloggers lain. walaupun kadang-kadang info tu kita memang dah tau tapi ia boleh di jadikan sebagai peringatan. kadang-kadang kita terlupa tentang info tentang sesuatu, bila kita berjalan blog kita terjumpa entri berkaitan sesuatu yang kita terlupa, nah dah boleh ingat semula tentang sesuatu yang kita terlupa tadikan.
erm cukup lah kot aku mengomel kali ni, mungkin ada bloggers lain yang nak kongsikan kebaikan berjalan blog ni, dengan segala hormatnya dipersilakan. :)
p/s komen bertukar format sebab aku join NuffnangX.

Thursday, November 1, 2012

november rain - Guns N Roses

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
 
*****
 
When I look into your eyes I can see a love restrained
But darlin' when I hold you, don't you know I feel the same? yeah
Nothin' lasts forever and we both know hearts can change
And it's hard to hold a candle in the cold November rain

We've been through this such a long long time
Just tryin' to kill the pain, ooh yeah
But lovers always come and lovers always go
An' no one's really sure who's lettin' go today, walking away

And if we take the time to lay it on the line
I could rest my head just knowin' that you were mine, all mine
So if you want to love me then darlin' don't refrain
Or I'll just end up walkin' in the cold November rain

Do you need some time on your own?
Do you need some time all alone?
Everybody needs some time on their own
Don't you know you need some time all alone?

I know it's hard to keep an open heart
When even friends seem out to harm you
But if you could heal the broken heart
Wouldn't time be out to charm you?

Sometimes I need some time on my own
Sometimes I need some time all alone
Everybody needs some time on their own
Don't you know you need some time all alone

And when your fears subside and shadows still remain, oh yeah
I know that you can love me when there's no one left to blame
So never mind the darkness we still can find a way
Nothin' lasts forever even cold November rain

Don't ya think that you need somebody?
Don't ya think that you need someone?
Everybody needs somebody
You're not the only one, you're not the only one

Don't ya think that you need somebody?
Don't ya think that you need someone?
Everybody needs somebody
You're not the only one, you're not the only one

Don't ya think that you need somebody?
Don't ya think that you need someone?
Everybody needs somebody
You're not the only one, you're not the only one

Don't ya think that you need somebody?
Don't ya think that you need someone?
Everybody needs somebody
 
 
 lyrics...video 
 
 
 
p/s never bored to hear this song..love this song so badly -.-

Wednesday, October 10, 2012

ww : angry birds lover!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
 
 
hello readers! what u doing?
 
 
 pink colour okay!



p/s for #BBMteam only..hahaha

Tuesday, October 9, 2012

mr. kapok's

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


hello readers. what u doing? 

*****

pandang kiri pandang kanan terpandang mr kapok aku yang sudah tersandar di dinding sejak sekian lama. erm lama sungguh aku tak memetik tali-tali mr kapok tu. jari pun dah keras rasanya sebab dah lama sangat  mr kapok tu tak berusik sampai dah naik sawang, kalau nak main pun tali mesti kena tukar baru, kena tuning semula dan yang paling penting kena lembutkan semula jari jemari aku ni baru lancar jer masa nak memetik kod-kod tu nanti.

sampai bersawang mr kapok..hehe

actually mr kapok ni  aku beli masa kerja di nilai dulu, masa tu harga dia lapan puluh ringgit jer. erm maknanya sudah hampir 10 tahun usia mr kapok di tangan aku tapi terus terang aku cakap, aku tak berapa pandai nak memetik mr kapok tu. belajar tak habis lagi hehe. tak sempat habis belajar aku dah challo balik pahang dan sejak aku balik pahang makin jarang aku dating dengan mr kapok ni. takde geng nak ajak layan satu hal, sibuk dengan kerja satu hal dan akibatnya tersandar di dinding je lah mr kapok tu.


first song yang aku belajar petik, lagu XPDC tapi tak ingat dah tajuk lagu tu. then aku belajar bass lagu  fight for your fight by A.C.A.B, erm ada lagi ke group ni eh? then aku belajar lagu another you by cromok dan banyak lagi tapi semuanya aku dah lupa macam mana nak petik sebab dah bertahun aku tak petik lagu-lagu tu. erm nampak gayanya aku perlu mula berlatih semula itu pun jika berkesempatan, jika tidak mr kapok tu akan tetap terus tersandar di dinding je lah..hehe



video semestinya dari youtube lah..hehe



p/s pandang mr kapok teringat kisah dulu-dulu -.- AP

Friday, October 5, 2012

sepuluh perkara patut tahu!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
 
hai bloggers dan readers sekalian..sedang apa dan di mana yer? semoga dengan keberkatan penghulu segala hari ni, segala urusan dipermudahkan dan diberkati :)
 
*****
 
lelaki mudah mendapat buta warna iaitu 10 kali ganda berbanding wanita.

Keyboard termasuk sebagai peralatan terkotor di dunia (buat orang yang selalu berada di hadapan komputer)

 Perut menghasilkan lapisan lendir setiap dua minggu agar tidak mencerna organnya sendiri.

Pihak tentera udara di beberapa buah negara menggunakan gurun untuk menyimpan menyimpan kapal terbang atau pun sebagai markas. ia merupakan tempat paling sesuai menyimpan barangan besi kerana faktor kelembapan rendah yang mengurangkan karat.

Untuk mengekalkan suhu sejuk, burung unta akan kencing pada kakinya sendiri supaya ia akan terasa sejuk apabila air itu tersejat.

Seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

Anai-anai terangsang dengan muzik. Jika anda memasang muzik, anai-anai akan memakan rumah anda 2 kali lebih pantas.

Mata yang anda lihat pada watak anime atau kartun Jepun sebenarnya berasal daripada mata ikan.

Pada Mac 2010, Mcdonald's telah membuka universitinya, Hamburger University bertempat di Shanghai, China. Pusat pengajian itu tidak mengajar cara membuat burger atau kentang goreng sebaliknya melatih pelajar tentang kaedah pengurusan perniagaan.

sure or not?

sumber dari google dan majalah maskulin

p/s fakta atau auta, lu fikir la sendiri -.- 

Wednesday, October 3, 2012

perempuan pun ramai juga!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
 
hai bloggers dan readers sekalian..
sedang apa dan di mana ya?
 
*****
 
erm actually aku blur sekarang ni, apa idea pun takde nak taip pasal apa kali ni. taip pat lima nam patah, padam semula..so apa jer yang terlintas dalam kepala aku taip kat sini..hehehe
erm kamu suka main game tak? tak kira la game dalam PC ke, dalam lappy ke atau dalam gadget lain. aku akui aku memang boleh di katakan 'hantu' game, ibarat kata kalau sehari tak main game rasa tak lengkap perjalanan hidup aku...oloh ter'over' lak rasanya statement aku tu hahaha
hari-hari kot aku layan game ni..
actually tadi tengah bosan-bosan duk di kedai, aku belek-belek majalah kreko. sehelai demi sehelai aku selak muka suratnya utk yang entah ke berapa kali aku pun tak ingat, terjumpa la satu artikel pasal gamer.
remaja lagi ke aku ni? hehe
dalam artikel tu tertulis 
HAMPIR SEPARUH GAMER ADALAH PEREMPUAN
oh boleh tahan juga rupanya yer, aku ingat selama ni majoriti gamer adalah lelaki rupanya aku silap. 
fuyyo double joystick tu..semangat!!
menurut sebuah laporan yang dikeluarkan oleh Entertainment Software Assocition (ESA), hampir separuh gamer iaitu 47% adalah perempuan. kebanyakan gamer perempuan adalah dari golongan yang berusia hampir tiga puluh tahun dengan 30% berusia lapan belas tahun ke atas. 
namun, gamer lelaki bermain lebih lama apabila dibandingkan debgan perempuan. menurut laporan tersebut gamer lelaki bermain selama enam belas tahun berbanding gamer perempuan yang bermain hanya dua belas tahun. perkembangan telefon pintar dan tablet juga memainkan peranan penting dalam kemajuan dunia permainan video.
erm aku rasa memang betul laporan kajian tu sebab dari apa yang aku perhati memang ramai pun gamer perempuan sekarang ni. nak pula masa tengah bosan,, takde apa nak buat layan game la kan..ke ada perempuan diluar sana yang nak menafikan keputusan laporan tu..hehehe :P
Snap a photo, write a caption & WIN RM5000 cash!
p/s nak main game ps tak dapat..wa punya tv sudah rosak!!!!!! =.=
 

Wednesday, September 19, 2012

apakah?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai bloggers dan readers sekalian..
macamana hari anda? tersenyum atau berduka?
Hurmmm!!!


Seorang penjinak ular, Sajal Biswas,40, memasukkan kepala ular ke dalam mulutnya ketika mengadakan pertunjukan jalanan di pinggir Agartala, timur laut India di Tripura bagi menyara keluarganya.
Reuters


p/s kesian ular tu kepala dia kena gigit -.- AP

Wednesday, June 27, 2012

gulai patin ros alang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

hai! apa khabar kamu-kamu semua?

takde apa aku nak cerita sebenarnya cuma nak kata aku makan gulai ikan patin semalam hehe



sebelum ni aku ada beritahu kan yang aku ni duduk berseorangan untuk sementara waktu, jadi lauk pauk yang aku nak makan tu aku beli, nasi je yang dinding rumah aku tolong masakkan hehehe

petang semalam aku keluar kerayong, ada urusan sikit. lepas siap semua urusan tu perut terasa lapar pula jadi aku singgah kat restoran ros alang kat kerayong tu. cucur udang tiga biji dengan air sunquick segelas, erppp alhamdulillah kenyang hehe

elok nak bangun pergi bayar tu teringat pulak kat rumah takde lauk nak makan. fikir punya fikir, ermm tapau je lah. belek punya belek terliur pulak kat gulai ikan patin tu hehe.

bang! bungkus ikan ni, kepala eh....aku cakap kat tokey hehe..abang tu pun bungkus la seketul. cuak juga aku kot-kot mahal ke, rupanya tak habis sepuluh ringgit pun. cucur tiga biji + sunquick segelas + ikan patin seketul = rm 7.60, murah kan hehe

balik rumah dah malam, tengok dalam periuk ada nasi sejuk. erm apalagi buat nasi goreng la hehe. siap panaskan gulai, nasi goreng pun siap. bismillahirrahmanirrahim makan sambil berangan, sedar-sedar nasi dah habis, perut pun kenyang. alhamdulillah hehe

tu je lah aku nak ngarut kali ni, lain kali aku ngarut lagi hehe




p/s : sekali sekala layan gulai ikan patin best juga kan ^_^

Friday, June 22, 2012

bila ada masa terluang...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Salam Jumaat bloggers dan readers sekalian. Sedang apa dan di mana ya? Hehe...

Jika ada masa terluang tu apa kamu semua buat ye? Kemas rumah? Window shopping? Jalan-jalan cari makan? Eh menyibuk je aku ni tanya soalan macam-macam kan? Lantak kamu la nak buat apa pun kan? Hehe..


Play Station

Hehe ni la bendanya yang aku layan kalau aku ada banyak sangat masa terluang dan bila mood nak berblogging kurang. On tv on Ps, ha mengadap la aku depan tv tu layan NFS sampai habis semua level aku 'tawan' hehe. Tak pun aku layan Red alert, best kot dapat bunuh musuh..eh! Hehe

Eh kenapa pandang aku 'pelik' je? Kenapa, orang berumur macam aku tak boleh ke layan game? Erm lantak lah apa kamu semua nak kata, lain orang lain caranya kan hehe. Daripada game tu guna 'catridge' pastu guna CD dan sekarang guna DVD, erm korang kira sendiri la dah berapa lama aku layan hehe.

Tapi sekarang Ps aku dah nak bersawang, tak sempat nak main dek kerana kesibukan yang melanda :(..lama dah tak melayan..lama dah tak rasa 'perasaan' bila dapat tawan semua 'level', best giler huhu.




p/s : agak-agak nanti 'orang rumah' aku bagi tak aku melayan game ye..eh!! Hehe :P

Thursday, June 21, 2012

manusia memang pelik.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Manusia kalau dah minat macam-macam hal diorang akan buat kan?

Entri sebelum ni ada kaitan dengan bola, kali ni pun masih ada hubung kait dengan bola hehe. Fanatik sangat ke aku dengan bola ni? Asyik cerita pasal bola je..hurmmm

sebenarnya bila musim bola ni datang, aku bukan tengok perlawanan tu sangat tapi aku suka tengok gelagat penyokong yang teramatlah fanatik dengan pasukan pilihan masing-masing hehe. Macam-macam aksi aku dapat tengok, macam-macam riak muka, macam-macam fesyen diorang guna untuk menunjukkan tanda sokongan terhadap pasukan yang disokong hehe.


fesyen penyokong Sepanyol.


Riak muka penyokong Croatia


-berita harian-



p/s : betul kan aku cakap! Pelik hehe



Saturday, March 24, 2012

betul ke ni???..^_^

Assalamualaikum w.b.t

tadi jenjalan kat mukabuku jumpa ayat ni kat dinding kawan so aku kongsikan kat sini ye..



p/s : lampu atas kepala tengah malap..huhu