Showing posts with label weird. Show all posts
Showing posts with label weird. Show all posts

Friday, November 14, 2014

Nombor telefon pelacur?

Bismillahirrahmanirrahim. 
 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hmm, sejak bila aku ada simpan dan menjadi penyebar nombor telefon pelacur? Sejak bila aku jadi bapak ayam ni? Ada sesiapa yang boleh beritahu? Aku tak tahu langsung ni! o_O



Pelik bin ajaib bila log in nuffnang untuk tengok trafik dan sebagainya dan tertengok list keyword untuk minggu ni. Tersengih macam kerang busuk bila tengok keyword 'nombor telefon pelacur' tu. Haish, senang sangat orang nak buat maksiat sekarang ni kan. Google kan saja, segala informasi di hujung jari anda. Hellokan saja, ayam pun sampai. Hmm, jangan sampai Allah turunkan bala ya! Bukan kamu seorang saja yang akan kena nanti! o_O

Lagi satu, rumah merah pak long burung tu apa? Hmm, apa pun tak boleh. o_O

Wednesday, September 19, 2012

apakah?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai bloggers dan readers sekalian..
macamana hari anda? tersenyum atau berduka?
Hurmmm!!!


Seorang penjinak ular, Sajal Biswas,40, memasukkan kepala ular ke dalam mulutnya ketika mengadakan pertunjukan jalanan di pinggir Agartala, timur laut India di Tripura bagi menyara keluarganya.
Reuters


p/s kesian ular tu kepala dia kena gigit -.- AP

Tuesday, September 18, 2012

BERSOLEK SATU KEMESTIAN?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

hai bloggers dan readers sekalian..
semoga sentiasa sihat dan berbahagia hendaknya
^_^

erm.......soalan di atas sekali tu untuk kaum hawa di luar sana sebab selalunya kalau berkaitan dengan solekan ni selalunya perempuan la kan tapi zaman sekarang ni lelaki pun bersolek juga rasanya. erm metroseksual la katakan :P



minta maaf lah jika persoalan aku tu ada yang terasa cuma ada banyak ??????? dalam kepala aku sekarang ni. tak cantik ke muka diorang tu *yg bersolek* sampai perlu bersolek bagai tu. kena pulak yang bersolek tebal-tebal sampai berubah wajah sebenar yang Allah dah kurniakan tu.

eh!!! jangan salah sangka ye, aku bukan nak kata bersolek tu salah cuma ini pandangan aku sebab aku tak berapa minat tengok orang bersolek tebal-tebal sangat. pemerah di pipi tu merah menyala macam baru lepas kena lumur dengan cili api..ngekk *sila terasa* bibir pula merah menyala macam baru lepas makan asam masin yg warna merah tu *aku selalu makan dengan buah mempelam muda* :P

bagi aku kalau nak bersolek tu tak perlu la nak tebal-tebal sangat, natural beauty lagi cantik kot, touch-up sikit-sikit jer. bibir kering letak pelembab bibir pastu kalau rasa nak tutup kesan jerawat ke apa ke cukup kot kalau letak bedak je kan *jimat kos* hehehe

aku selalu perhati muka orang yang selalu bersolek dengan muka orang jarang bersolek atau tak pernah bersolek, berbeza sangat kulit muka diorang. orang yang selalu bersolek muka diorang nampak kusam bila tak bersolek pastu kalau zoom dekat-dekat nampak la menggerutu jer kulit muka diorang berbeza dengan orang yang jarang atau tak pernah bersolek, walaupun muka diorang biasa je tapi tetap nampak segar kecuali la kalau orang tu tengah demam ke apa kan hehe

tengok drama dalam tv lagi pelik, berlakon jadi budak sekolah menengah, scenenya kayuh basikal tepi sawah, nak pergi sekolah tapi bersolek mengalahkan supermodel. ke bebudak sekolah sekarang pergi sekolah bersolek sakan, setahu aku semua tu tak dibenarkan..kan? ke zaman sekarang sekolah benarkan pelajarnya bersolek sakan?

erm tengok keadaan la kan hehehe


p/s serlahkan kecantikan tu kepada yang berhak-AP

Sunday, July 15, 2012

tetikus ada labah-labah?


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai semua, sedang apa dan di mana? erm sudah gaharu cendana pula, kamu tengah baca entri ni dah tentu lah tengah mengadap laptop atau komputer kan? hehe


Betul kan aku cakap? Ada labah-labah kat tetikus tu hehe. Sebenarnya ini merupakan ciptaan terbaru yang mungkin akan menjauhkan pengguna komputer yang takut kepada serangga perosak apabila tetikus mereka diisi labah-labah yang diawet.

"Saya mahu sesuatu alat yang boleh menakutkan rakan saya. Tetikus ini nampak menarik ditambah pula dengan perubahan warna lampu semasa dalam keadaan gelap dan memperlihatkan serangga yang di dalamnya seolah-olah masih hidup," kata seorang pembeli.

Tetikus ini dijual pada harga AS$28 (RM89) mempunyai seekor labah-labah awet ditanam dalam akrilik lutsinar dan mengeluarkan cahaya menerusi lampu LED.

-sinar harian-



p/s : ada tak yang sanggup guna tetikus ni?

Sunday, June 17, 2012

antara yang lama dan yang baru.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hai! Selamat malam semua. Sedang apa dan di mana ya hehe..

Baru-baru ni kat tempat aku ada satu projek 'under' TNB dijalankan. Projek tukar meter yang dah lebih 15 tahun, kalau tak silap satu Malaysia projek ni kan. Maknanya dari Perlis sampai ke Johor, Sabah dan Sarawak, mana-mana meter yang berusia 15 tahun ke atas akan di tukar baru.



Tak perlu keluarkan kos sebab semuanya ditanggung oleh TNB tapi betul ke tak di 'charge' ke atas pengguna? Aku ada terdengar dan saksikan sendiri tentang perbezaan 'charge' antara meter lama dan meter baru.

Ada seorang 'uncle' ni duk bising kat pejabat pos hari tu. Dia kata masa guna meter lama bil bulanan dia RM180++ dan bila guna meter baru bil bulanan dia naik hampir 100%. Maknanya bil bulanan dia jadi RM300++ ,dia tunjuk dua-dua bil tu tapi dia silap la sebab 'bising' kat pejabat pos sepatutnya dia 'bising' kat pejabat TNB..kan? Hehe

Aku dengar juga diorang nak pakat ramai-ramai nak minta penjelasan dari TNB. Hurmm jangan jadi kecoh dah la ye. Tapi kalau betul la meter baru tu 'mencekik' memang tak puas hati la sebab nak tak nak kena tukar juga meter tu. Hurmm harap ada pihak yang boleh menjelaskan perkara ni...


p/s : hari-hari harga barang naik kan -.-

Wednesday, February 22, 2012

betul ke ni???

selamat siang selamat sejahtera semua..



p/s : susah nak percaya tp tak mustahil kan..