Showing posts with label tips.. Show all posts
Showing posts with label tips.. Show all posts

Friday, October 19, 2012

tabiat orang berjaya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
 
*****
 
 
 
sepanjang aku hidup belum pernah aku dengar ada manusia yang tak ingin berjaya dalam apa juga bidang yang mereka ceburi termasuklah aku. bila dah berjaya baru dipandang tinggi oleh masyarakat dan yang lebih penting lagi dapat mengubah taraf hidup sendiri. kamu semua juga pasti ingin berjaya kan? jom kita sama-sama baca dan mudah-mudahan dapat amalkan tabiat-tabiat yang insyaallah akan dapat memastikan kejayaan yang diimpikan tercapai.

MENJADI PROAKTIF.
mengemudi hidup sendiri, yakin dan tahu hidup berada dibawah kawalan sendiri, membawa diri untuk mencapai matlamat yang ditetapkan oleh diri sendiri. bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan sentiasa memandang ke hadapan. tidak menyalahkan keadaan atau orang lain atas keadaan diri sendiri. menerima tanggungjawab bahawa apa yang terjadi pada diri adalah akibat dari diri sendiri. pikul tanggungjawab untuk mengubah diri ke arah kejayaan.

FIKIR HASIL AKHIR.
fikir pro dan kontra setiap perkara yang ingin di buat, gambaran akhir sebelum memulakan sesuatu. gambaran tersebut adalah matlamat yang ingin dicapai. seperti sebuah bangunan yang memerlukan pelan, daripada  hanya membina tiang menjadi bangunan mencakar langit. mempunyai gambaran setiap apa yang ingin dilakukan tercapai mengikut perancanagan yang dibuat.

UTAMAKAN YANG PENTING.
merancang dan mengambil langkah melakukan apa yang dirancang mengikut keutamaan kepentingan. penyelidikan ada mengatakan setiap hari minda kita memikirkan 30000 hingga 40000 perkara. dengan pelbagai gangguan yang ada, mereka yang berjaya adalah mereka yang memberi fokus pada kerja yang ada ditangan sendiri.

MENANG-MENANG.
percaya bahawa segala rezeki berada dimana sahaja. untuk berjaya tidak bermakna orang lain perlu gagal, tidak bermakna orang lain tidak mendapat rezeki. fikirkan kejayaan datang dalam pelbagai bentuk dan kepada semua orang dan ia perlu digalakkan untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi.

FAHAM DAN DIFAHAMI.
hebat berkomunikasi bukan hanya hebat berbicara tetapi hebat dalam memahami orang lain. ia menjadikan kita berpengaruh dan dihormati. dikatakan, komunikasi bukan bermula dari mulut  tetapi ditelinga. memahami sesuatu keadaan sebelum membuat sebarang keputusan. faham mereka di sekeliling akan menjadikan kita mudah difahami dan dapat membina hubungan yang lebih baik.

SINERGI.
iaitu mempunyai kebolehan membina hubungan antara mereka dan mereka di sekeliling. sinergi bukan sesuatu yang boleh dibuat-buat, ia terjadi dengan pengalaman dan ilmu yang dimiliki. interaksi dengan pihak lain penting untuk memberi pendedahan dan ilmu baru kepada kita. minda juga akan terbuka dengan pendekatan berbeza apabila menyelesaikan sebarang masalah.

BAIKI DIRI SENDIRI.
berusaha untuk memperbaiki diri sendiri. tidak berpuas hati dengan ilmu yang dimiliki, sentiasa mempelajari perkara baru, sentiasa menambah ilmu dan skil. untuk berjaya ilmu sangat penting, tanpa ilmu kita pasti sentiasa berada dibelakang. 

"untuk berjaya, seseorang perlu memahami sesuatu keadaan sebelum membuat sebarang keputusan"

-maskulin-






p/s berusaha, berusaha dan terus berusaha untuk kejayaan diri -.-
 
 

Friday, July 6, 2012

membeli belah pun ada adabnya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

salam Jumaat semua. sedang apa dan dimana yer. kamu semua suka membeli belah? mesti suka kan, pantang ada 'sale' mesti berduyun-duyun yang memenuhi ruang pusat beli belah tu kan hehe. rambang mata bila melihat pelbagai jenis barang yang dipamerkan -.-.


adab memang pentingkan, tak kira apa yang kita lakukan adab memang dititik beratkan. membeli belah pun tak terkecuali kerana tanpa adab kita akan mudah lupa diri dan adab diperlukan agar kita tidak membeli belah mengikut perasaan sehingga mendatangkan mudarat kepada diri sendiri.

kali ini aku nak kongsikan antara adab-adab yang perlu ada ketika kita membeli belah.

  1. membaca doa atau paling kurang pun bacalah bismillah ketika melangkah masuk ke kedai atau pasar.
  2. Elakkan berhutang. tiada makna bangga menghulurkan kad kredit walhal hakikatnya berhutang. membeli secara tunai, walau pun duit buruk yang dihulur pasti nampak lebih bergaya kan hehe.
  3. Elakkan pembaziran dengan membeli barang secara berlebihan atau membeli barang yang tidak perlu.
  4. Jauhi penipuan dan penganiayaan seperti tawar-menawar dengan kadar melampau sehingga menzalimi hak orang yang menjual.
  5. Sediakan senarai benda yang hendak dibeli supaya tidak membuang masa.
  6. Jaga batas antara lelaki dan wanita. elakkan tempat yang terlalu ramai orang sehingga lelaki dan wanita terpaksa berhimpit-himpit.
  7. Bantu mereka yang memerlukan seperti warga emas yang tidak mampu mengangkat barang berat.
  8. mengambil kira keperluan dan kemampuan berbelanja. bahagikan keutamakan yang lebih penting seperti :
  • Daruriyyat: keperluan asasi seperti makanan, minuman, makanan dan tempat tinggal.
  • Hajiyyat: kemahuan yang membantu hidup lebih selesa seperti kereta, mesin basuh dan yang lain-lain.
  • Tahsiniyyat: pelengkap hidup seperti barang kemas.

banyak juga adab-adab yeng kena ada masa membeli belah kan, selamat mengamalkannya yer. selamat membeli belah secara berhemah hehe

Friday, June 15, 2012

jangan marah nanti kena jual.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

suka, sedih, gembira, marah, semua tu sifat-sifat yang pasti ada dalam diri manusia kan. sapa-sapa yang takde sifat tu baik pegi jumpa doktor, kot-kot ada sesuatu 'somethings wrong' dengan diri kamu tu hehe

sapa yang tak pernah marah? aku selalu marah. marah kat pelanggan yang selalu memeningkan kepala, diri sendiri yang kadang tu selalu sangat buat silap sampai menyusahkan orang sekeliling. erm macam-macam la yang aku marah tapi selalunya aku tak luahkan apa yang aku marah tu. tapikan orang tau kalau aku marah sebab aku tak reti nak buat muka manis masa aku marah -.-

tadi aku ada baca tip-tip untuk mengatasi sifat marah ni dan sekarang aku nak letak kat sini pula..


** sabar dan sentiasa mengawal emosi atau perasaan marah. biasanya jika kita mengawal perasaan negatif dalam diri, hati kita akan jadi 'beku'. - erm boleh ke aku kawal semua tu eh? hurm..takpe-takpe aku cuba -.-

** jangan bertangguh untuk memohon maaf kepada orang yang menjadi mangsa kemarahan kita. cepat-cepat minta maaf atau memaafkan dapat menjauhkan diri daripada sifat bodoh. - erm selalunya aku akan cepat-cepat minta maaf kalau aku 'termarah' kat sapa-sapa jadi yang ni aku selalu buat tapi aku susah nak maafkan orang -.-

** menginsafi diri dengan mengingati bahawa kemarahan tu mendatangkan seksaan Yang Maha Esa. jika tidak insaf takut syaitan bermastautin di hati kita. - erm yang ni aku kena muhasabah balik -.-

** menghindarkan diri daripada sifat benci, dengki dan dendam terhadap orang lain. jika semua sifat negatif tu ada nanti syaitan suka untuk jadi 'kawan baik' kita. - erm yang ni pun aku kena muhasabah balik -.-

** selalu memantapkan iman dengan kerap melakukan perbuatan baik jika tidak perkara jahat yang selalu kita buat. - erm insyaAllah aku cuba -.-

** kena ingat selalu bahawa Yang Maha Esa benci sifat marah jika tidak beringat nanti syaitan mudah ajak kita buat perkara yang Dia benci. -.-

** bersikap lemah lembut dan sentiasa saling hormat-menghormati antara satu sama lain jika tidak jangan pelik jika orang semakin menjauhi kita. -.-



gambar : pakway.files.wordpress.com


p/s : camne nak buang 'hot temper' ni ye -.-

Sunday, May 6, 2012

ubat penyakit sombong.

Assalamualaikum warahmatullah.

memula nak kata salam hari minggu semua..ok tu je la aku malas nak omeh banyak-banyak kita terus ke tajuk utama je la eh..kat bawah ni tip-tip nak mengubat penyakit sombong tu ye...


1. Diam dan jangan terlalu banyak bercakap. biasanya jika terlalu banyak bercakap tanpa kita sedari akan terkeluar pula perkataan dusta dari mulut kita.

2. Berasa cukup dengan apa yang kita ada. jika berlebih-lebih nanti mesti ada rasa tak puas hati dan rasa nak lebih lagi.

3. Jangan tonjolkan diri untuk jadi popular. biasanya jika dah popular orang lain kita akan pandang sebelah mata je, pandang rendah kat orang lain.

4. Biasakan diri dengan sikap berkasih sayang dan hormat menghormati kerana dikhuatiri sifat zalim pula yang menguasai diri.

5. Jangan bersikap buruk sangka terhadap orang lain takut nanti hilang kawan atau tiada kawan langsung.

6. Sentiasa bermuhasabah tentang kelemahan diri dan mengingati kebesaran Allah jika tidak dikhuatiri sikap riak dan takbur menguasai diri.

7. Selalulah berdoa memohon taufiq dan hidayah pada yang maha Esa jika tidak dikhuatiri kita dihidapi dengan penyakit 'syirik kecil'. nauzubillah minta dijauhkan.

peringatan ni secara khususnya untuk diri aku tapi jika korang semua rasa tip-tip ni berguna boleh la korang amalkan ye.


p/s : selamat beramal -.-