Sunday, November 30, 2014

Old Town White Coffee.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera.


coffee is my favorite.
Old Town White Coffee. CPUV (cost per unique visit) terbaru yang melekat di blog ni. Masih dalam status "on going" dan aku harap biarlah dia melekat lama-lama. Alhamdulillah, rezeki Dia bagi melalui Nuffnang dan advertiser yang tertarik untuk memberi sedikit saguhati. Terima kasih diucapkan dan aku harap lepas ni akan ada lagi. o_O

Old Town White Coffee. Seingat aku baru sekali aku masuk untuk merasai sendiri keenakan kopi yang disediakan. Actually bukan kopi sahaja yang di jual, macam-macam ada. Pilih saja apa yang kamu mahu tapi kena ikut apa yang ada dalam menu sajalah. Aku masuk tu pun atas jemputan orang. Kalau nak harap kaki aku sendiri melangkah memang tak akan terjadi. Tapi kopi yang disediakan memang harum dan sedap, tak puas minum. Lainkali kalau ada orang nak belanja, aku akan pergi lagi. o_O

Old Town White Coffee. Aku pergi sebab ada kawan nak perkenalkan satu projek untuk buat duit. Lebih kurang MLM je projek tu. Pergi jumpa otai pasal projek tu. Penerangannya memang berjaya menarik minat aku tapi aku terpaksa tolak. Projek tu memerlukan komitmen yang tinggi dan juga sedikit modal untuk pelaburan. Modal boleh di cari tapi komitmen, agak sukar untuk di beri. Komitmen yang sedia ada pun adakalanya melemaskan, nak tambah komitmen lagi? Harus difikirkan baik dan buruk ke atas diri sendiri. Jika aku fikir komitmen tu hanya akan menyebabkan aku terjerat leher, selamat tinggal aku ucapkan. Insha Allah rezeki ada di mana-mana, cuma usaha perlu ada. No pain no gain, orang putih kata. Tapi kalau diri sendiri yang tempah masalah? Istighfar, senyum dan selesaikan masalah tu. Meratap lama-lama pun tak guna. Jika jatuh bangun semula. Jangan putus asa sebab Dia tak suka hamba-Nya putus asa.

Doa, usaha, inisiatif dan tawakal. Insha Allah.

-

Harimau tundukkan singa.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


harimau tunjuk taring?
Pertamanya, tahniah diucapkan kepada pasukan Harimau Malaya kerana berjaya menundukkan pasukan Singa dalam perlawanan tadi. Dengan hasil usaha pemain dan pasti kerana izin-Nya, akhirnya Harimau Malaya berjaya melaksanakan misi wajib menang tu.

Tahniah juga kepada pasukan Singa kerana kalau mengikut apa yang dikatakan oleh pengulas tadi, pasukan Singa lebih bermain secara berpasukan, lebih tersusun dan menarik berbanding pasukan Harimau Malaya. Aku pun suka tengok corak permainan pasukan Singa tadi. Cuma adat pertandingan pasti akan ada yang menang, ada yang tewas. Apa pun, salam 3-1 ya. o_O

Hasil hantaran daripada Amri Yahyah, Safee Sali berjaya menjaringkan gol pada minit ke-61. Kemudian Khairul Amri berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-83, hasil daripada sepakan percuma. Kemudian akibat daripada kekasaran terhadap Amri Yahyah di dalam kotak penalti, Harimau Malaya berjaya memperolehi sepakan penalti. Safiq Rahim berjaya melakukan tendangan menjadikan Harimau Malaya mendahului pada minit ke-93. Mungkin akibat tersilap percaturan, penjaga gawang pasukan Singa meninggalkan gawangnya dan sekaligus menyebabkan pasukan Harimau Malaya berjaya menghasilkan jaringan mudah pada minit ke-94. Jaringan yang dilakukan oleh Indraputra tu menjadikan mata akhir perlawanan menjadi 3-1 sekaligus memastikan pasukan Harimau Malaya layak untuk bermain di peringkat separuh akhir.

Perlawanan separuh akhir pertama di antara Harimau Malaya dan Vietnam, akan berlangsung pada 7 Disember 2014 di Stadium Bukit Jalil. Harap Harimau Malaya dapat menang dengan jaringan yang banyak untuk dijadikan bekalan pada perlawanan timbal balik di Vietnam nanti. Dan semestinya untuk memastikan tiket perlawanan akhir berada dalam genggaman. Skill individu tu memang bagus tapi kalau dapat guna skill berpasukan lebih bagus. Lebih terjamin walaupun tiada jaminan. Harap sejarah 2010 akan berulang kembali. Selamat berjuang.

p/s: apa-apa saja lah!
-

Saturday, November 29, 2014

misi wajib menang!

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

am really hope that dream will come true.
Hari ini misi wajib menang bagi pasukan Harimau Malaya akan berlangsung. Misi memburu kemenangan bagi memastikan pasukan Harimau Malaya layak untuk bermain di peringkat separuh akhir dan seterusnya ke peringkat akhir Piala AFF Suzuki 2014. Tidak boleh seri dan pastinya tidak boleh tewas. Wajib menang tapi jika tewas tidaklah berdosa. o_O

Tiada salahnya untuk berharap, kan? Dan aku pasti ramai yang mengharapkan kemenangan berpihak kepada pasukan Harimau Malaya. Hanya kemenangan yang perlu di cari dan jika mengikut rekod pertemuan di antara Harimau Malaya dan Singapura, kelebihan memihak kepada pasukan Harimau Malaya. Tapi semua itu hanya rekod dan kenyataannya hanya akan dapat diketahui dalam perlawanan hari ini. Menang atau kalah, kita tunggu keputusan di akhir perlawanan nanti.

Aku rasa kalau Harimau Malaya main macam semi final Piala Malaysia antara Pahang dan Kedah hari tu, kemungkinan untuk menang ada. Sepuluh orang menyerang dan sepuluh orang bertahan. Penjaga gol hanya menumpukan perhatian kepada gawang. Pemain ke-12 bersorak untuk menaikkan semangat sebelas orang pemain yang berada di tengah padang. Bola sepak sukan berpasukan, kan? Jadi renung-renungkanlah ayat ni, "I hate to speak about individuals. Players don't win you trophies, teams win trophies, squads win trophies. - Jose Mourinho."  Cakap banyak pun tak guna. Kita tunggu dan lihat saja hasilnya nanti. Selamat berjuang buat Harimau Malaya. Semoga sejarah 2010 akan berulang kembali.

"Football is a game about feelings and intelligence. - Jose Mourinho."

-

Friday, November 28, 2014

Berpakaian tapi telanjang.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

berpakaian tapi telanjang.
Hai! hadis dalam gambar tu aku dapat dari laman twitter petang tadi. Sahihkah? Da'ifkah? Jika da'if, ia tidak boleh digunakan untuk berhujah tetapi masih boleh digunakan sebagai panduan, kan? Jadi jika ada sesiapa yang mempunyai sumber rujukan, sila beritahu ya. Thank you in advance.

Semua manusia memerlukan pakaian, kan? Untuk menutup bahagian badan tertentu dari di pandang oleh manusia yang tidak sepatutnya. Bayi yang baru lahir pun akan dibalutkan dengan kain selepas selamat keluar daripada rahim si ibu. Apatah lagi yang sudah besar panjang. Masih adakah manusia yang sudah besar panjang tapi masih tidak berpakaian? Hmm.. orang yang kurang waras pun masih berpakaian lengkap, kan? Cuma mungkin pakaian yang di pakai tidaklah seperti pakaian manusia yang masih waras. Tetapi manusia yang masih waras, berpakaian seperti tidak berpakaian memang banyak. Buntang mata si mata keranjang memandangnya. Bukan mahu mendiskriminasikan golongan wanita tapi mungkin kerana seluruh badan wanita kecuali muka dan tapak tangan adalah aurat, maka ramai ahli-ahli agama membicarakan soal berpakaian tapi telanjang dan disinonimkan dengan wanita. Dalam kisah Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad juga ada diceritakan tentang gambaran wanita yang menerima azab di neraka dengan di gantung rambutnya dan di potong payudaranya, kan? Semua seksaan itu berlaku kerana semasa hidupnya, mereka tidak menutup aurat dengan sempurna, kan? Hmm.. jika aku silap, mohon diperbetulkan.

sebelum langsing, longgar. selepas langsing, agak ketat.
Ada satu persoalan yang sedang bermain dibenak fikiranku. Kenapa semasa bentuk badan agak montel, mereka boleh menyarungkan pakaian-pakaian yang longgar? Pakaian yang tidak menampakkan bentuk badan, tidak menampakkan bonjolan yang sepatutnya hanya dapat dipandang oleh suami mereka. Selesa mata mereka yang memandang keindahan ciptaan tuhan. Tetapi selepas mereka berjaya melangsingkan badan, memperolehi bentuk badan yang diidam-idamkan, mereka mula mengenakan pakaian-pakaian yang agak ketat. Menampakkan bentuk badan, menampakkan lekuk dan bonjolan yang sepatutnya hanya dapat di lihat oleh suami mereka kepada sesiapa sahaja. Seronok si mata keranjang apabila dapat memandang 'keindahan' ciptaan tuhan. Malu jika orang melihat badan yang menggeleber tetapi tidak malu apabila orang dapat melihat bonjolan yang membusung dan lenggokan yang menggetar nafsu? Adakah menutup aurat itu hukumnya harus? Tidak wajib? Dilakukan boleh, tidak mengapa jika tidak dilakukan? Hmm.. soalan itu biar kamu sendiri yang fikirkan jawapannya. Aku tidak akan mengadili mereka dengan mengatakan mereka-mereka itu akan ke syurga atau ke neraka. Itu urusan Yang Maha Berkuasa dan Yang Maha Adil untuk menentukan hala tuju mereka di akhirat nanti. Mungkin aku sendiri merupakan ahli neraka. Siapa tahu? Na'uzubillahiminzalik. Maaf jika ada terkasar bahasa, tersinggung perasaan.

Sekali terpandang tetapi dengan segera mengalihkan pandangan, masih boleh dimaafkan. Sekali terpandang dan terus memandang disertakan pula dengan nafsu, mungkin akan terbuka jalan menuju kepada zina. Jika kamu sendiri yang menghidangkan permandangan, tidakkah kamu boleh dianggap sebagai penyebab berlakunya zina? Salah yang memandang kerana tidak mampu mengawal pandangan tetapi dengan permandangan yang dihidangkan oleh kamu menjadi penyebab iblis berjaya mengetuk pintu nafsu untuk mengekalkan pandangan yang memandang ditumpukan kepada permandangan yang dihidangkan. Semua itu fitnah dunia.

Jangan hanya sekadar membalut aurat tetapi tutuplah aurat mengikut apa yang telah disyariatkan. Lelaki juga perlu ingat. Aurat lelaki dari atas pusat hingga ke bawah lutut. Tetapi itu tidak bermaksud dengan sewenang-wenangnya kamu boleh tidak memakai baju. Bangga dapat menayang dada yang berbulu? Ia tidak salah, cuma kurang sopan.

p/s: dari mata turun ke hati dan jika baik hatinya, dengan izin-Nya semua akan selamat. o_O

-

Thursday, November 27, 2014

Malaysia vs Thailand - Piala AFF Suzuki

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

hmm, not bad.
Makan bola, tidur bola, semuanya bola. Ayat yang biasanya menggambarkan betapa minatnya seseorang itu terhadap sukan bola sepak, kan? Mereka sanggup berkorban segalanya demi bola sepak. Ada yang sanggup bersengkang mata demi menonton siaran langsung perlawanan bola sepak. Ada yang sanggup berhabis demi mengumpul barang-barang yang berkaitan pasukan atau pemain bola sepak yang diminati. Aku? Suka gitu-gitu saja. Kalau rasa nak tengok, aku akan tengok. Sekadar menjadi penonton.

Hari ini (26.11.2014) lebih kurang jam 19:30 tadi, setelah lebih dua jam tertangguh akibat hujan dan petir, telah berlangsung satu lagi perlawanan bola sepak membabitkan pasukan Malaysia dan Thailand. Demi memburu tempat yang selesa dalam usaha untuk merebut gelaran juara bagi Piala AFF Suzuki 2014. Bertempat di Stadium Jalan Besar, Singapura. Thailand juara tiga kali Piala AFF Suzuki kan? Dan Malaysia pernah menjadi juara bagi edisi 2010 kan? Seronok aku tengok corak permainan mereka tadi.

Sejak awal permainan lagi pasukan Malaysia dan Thailand sudah melakukan serangan. Agresif corak permainan kedua-dua pasukan. Tapi kelebihan serangan lebih memihak kepada pasukan Thailand sebab corak permainan mereka agak tersusun dan laju. Pasukan Malaysia banyak melakukan kesilapan dari segi hantaran. Banyak hantaran yang dilakukan, tersekat di kaki pemain lawan. Atau mungkin hantaran tersekat kerana pemain lawan lebih kemas corak permainannya? Hmm..walau apa pun, pasukan Malaysia berjaya melakukan jaringan pada minit ke-28" menerusi Amri Yahyah sebelum disamakan kedudukan jaringan oleh pemain Thailand, Adisak Kraisorn pada minit ke-42". Cubaan Amri Yahyah pada minit ke-44" hampir membuatkan mulut semua orang ternganga. Tendangan dari tengah padang hanya dibatasi palang gol. Jika tidak pasti akan menjadi bualan ramai.

Bermula babak kedua, permainan mula berubah corak. Thailand bermain dengan lebih berhati-hati, tetapi dalam masa yang sama tetap melakukan serangan. Begitu juga pemain Malaysia. Pada minit ke-62" Malaysia meledakkan satu lagi jaringan melalui Safiq Rahim sebelum pemain Thailand, Charyl Chappuis menyamakan kembali kedudukan kepada 2-2 pada minit ke-72". Tetapi nasib tidak menyebelahi pasukan Malaysia apabila pemain Thailand, Adisak Kraisorn berjaya menjaringkan gol pada minit ke-89" sekaligus memastikan kemenangan menjadi milik pasukan Thailand.

Hmm, tahniah kepada pasukan Thailand dan kepada pasukan Malaysia, jangan putus asa. Adat pertandingan, ada yang menang, ada yang kalah. Usaha lagi dalam perlawanan seterusnya.

.

Monday, November 24, 2014

AFF Suzuki: Malaysia VS Myanmar

Bismillahirrahmanirrahim. 
 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kosong, kosong.

Saingan Piala AFF Suzuki kembali lagi. Malaysia akan bersaing dalam kumpulan B bersama Thailand, Singapura dan Myanmar. Setelah hampir satu jam tertangguh akibat hujan lebat, petang tadi (23.11.2014) lebih kurang jam 18:20, telah berlangsung perlawanan di antara Malaysia vs Myanmar bertempat di Stadium Jalan Besar, Singapura. Seri tanpa jaringan keputusannya. 



Saingan pertama pasukan Malaysia atau lebih dikenali sebagai Harimau Malaya untuk merebut kembali piala kejuaraan AFF Suzuki yang pernah dimenangi pada 2010. Adakah pasukan Malaysia akan berjaya untuk menjadi juara pada musim ini? Hmm semuanya bergantung kepada daya juang semua ahli pasukan untuk memastikan ianya menjadi realiti. Sebagai penyokong suam-suam kuku pasukan Malaysia, aku harap dapatlah mereka semua menukar mimpi menjadi realiti, kan? Hehe O_o

Secara keseluruhannya perlawanan tadi, bagi aku agak membosankan. Bukan sebab diorang main tak best tapi sebab diorang tak dapat score langsung. Hmm nasib baik la pasukan lawan pun tak dapat nak score. Corak permainan diorang tadi, okay la. Agak agresif tapi mungkin sebab keadaan padang yang licin antara puncanya, agaknyalah. Disebabkan corak permainan agresif tu juga la seorang pemain iaitu Gary Steven Robbat di arah keluar padang kerana menerima dua kad kuning. Hmm, baru perlawanan pertama dah kena buang padang. Agak menyedihkan.

Banyak juga peluang diorang nak score tadi. Amri Yahyah dah dapat peluang nak score di awal permainan tapi terpaksa gigit jari kerana linesman dah angkat bendera sebab offside. Dua tiga kali juga peluang yang Amri dapat tapi pertahanan Myanmar agak kebal dan akhirnya peluang hanya tinggal peluang. Sepakan percuma yang Mahali Jasuli ambil di hujung separuh masa pertama tadi pun hampir-hampir menjadi tetapi penjaga gawang Myanmar dah buka langkah awal-awal makanya tak menjadi jugalah tendangan percuma tu. 

Semua pemain memang layak untuk mendapat pujian kerana mereka tetap dapat mempertahankan gawang daripada bocor walaupun terpaksa bermain dengan 10 orang sahaja. Pertahanan agak kebal walaupun ada ketikanya menjadi kucar-kacir akibat di desak oleh serangan yang dilakukan pemain Myanmar. Peluang nak score memang banyak tapi....hmmm tak ada rezeki. Perlawanan seterusnya kena usaha lagi. Pastikan mimpi itu bertukar menjadi realiti. Okay!

p/s: lepas ni lawan Thailand. Agak-agak kamu?


Sunday, November 23, 2014

Berapa banyak garam kau makan?

Bismillahirrahmanirrahim. 
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

"Kau apa tahu? Aku ni makan garam dulu dari kau! Aku tahu la!"

Hmm, biasa dengar ayat macam tu? Kalau secara berdepan aku tak pernah dengar lagi tapi dalam drama atau filem atau apa saja yang berkaitan, selalu dengar ayat macam tu. Terutama sekali bila orang tua bertegang lidah dengan orang yang lebih muda. Hmm, orang bila makan banyak garam risiko kena penyakit darah tinggi tu lebih tinggi kan? hehe o_O

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku" - (Adz-Dzaariyaat 51:56)

Ayat siapa makan garam dulu ni biasanya menggambarkan kesenioran seseorang manusia tu kan? Maknanya orang tu lebih tua daripada orang yang di tempelak tu la. Atau dalam bahasa mudahnya "aku senior, kau junior jadi hormatlah sikit" Apa yang hebatnya jadi senior? Banyak ilmu? Tak guna banyak ilmu tapi tak diamalkan dan tak dicurahkan ilmu tu kepada orang lain. Lebih pengalaman? Tak guna juga kalau pengalaman tu tak dikongsikan kepada orang lain supaya orang lain juga mendapat lebih pengalaman. Lebih matang? Hmm umur yang banyak tak semestinya matang dan umur setahun jagung tak semestinya tak matang. Senang cakap tua atau muda, sama-sama saling melengkapi. Tak ada orang tua, tak ada la orang muda. Tak ada orang muda, agak-agak orang tua wujud tak? o_O

Orang tua di hormati, orang muda disantuni. Jangan jadi bodoh sombong dengan merasakan diri tu hebat. Walaupun orang tua tak belajar tinggi dan kau di hantar oleh orang tua untuk belajar tinggi-tinggi, tak bermakna kecerdikan kau lebih tinggi daripada orang tua kau. Tak bermakna kau boleh tempelak sesuka hati. Walaupun orang muda tu hanya kerja kuli dan kamu sebagai orang tua berpangkat tinggi, tak bermakna kau boleh letak orang muda tu di bawah kaki. Tanpa orang tua, mungkin orang muda tak mampu belajar tinggi-tinggi. Tanpa orang muda jadi kuli, boleh ke orang tua dapat pegang jawatan tinggi? Jangan ingat orang tua betul semua dan orang muda tak ada guna. Dua-dua ada fungsi di dunia ni. Allah tak cipta manusia hanya untuk goyang kaki tapi untuk menjadi khalifah di atas muka bumi yang sementara ni. 

Jadi tak kiralah kau tua atau muda, tujuan utama kita diciptakan oleh Allah adalah untuk menyembah dan beribadat kepada-Nya. Nak tau kau hebat atau tidak, tunggu di hari pengadilan nanti. Kalau dapat masuk syurga baru boleh dikatakan hebat. Ingat tu!

p/s: kita sama-sama menegur salah dan silap ya! o_O

Friday, November 21, 2014

Banjir besarkah?

Bismillahirrahmanirrahim. 
 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Banjir besar ke di pantai timur Malaysia tahun ni? Kelantan dah ada kawasan yang naik air. Terengganu, paling teruk rasanya buat masa sekarang. Air paras pinggang pun ada. Katanya dua universiti terpaksa di tutup sebab air naik tinggi sangat. Ramai yang kena pindah ke tempat yang lebih selamat. Siap ada jalan runtuh lagi. Apa khabar la sedara mara aku kat sana?  Harap tahun ni tak naik air la ya. Pahang pun dah ada kawasan dinaiki air kan? Perak? Kedah? Bukan pantai timur tapi ada juga kawasan yang naik air kan? Hmm, banyak kawasan dah naik air.


Tiap-tiap tahun masalah yang sama. Malah jika diperhatikan, setiap tahun makin buruk. Kawasan yang selama ini air tak naik, sekarang naik air. Kawasan yang selama ni airnya naik sikit, sekarang airnya naik makin banyak. Kawasan yang selama ini air naik banyak? Makin banyak atau makin kurang? Ada kawasan yang selama ni air naik tapi tahun ni tak naik air? Monsun timur laut ni biasanya sampai januari kan? Lama lagi tu, jadi harap mana-mana kawasan yang biasanya naik air tu bersiap sedialah ya. Harapnya lain kali air tak naik dah.

Friday, November 14, 2014

Nombor telefon pelacur?

Bismillahirrahmanirrahim. 
 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hmm, sejak bila aku ada simpan dan menjadi penyebar nombor telefon pelacur? Sejak bila aku jadi bapak ayam ni? Ada sesiapa yang boleh beritahu? Aku tak tahu langsung ni! o_O



Pelik bin ajaib bila log in nuffnang untuk tengok trafik dan sebagainya dan tertengok list keyword untuk minggu ni. Tersengih macam kerang busuk bila tengok keyword 'nombor telefon pelacur' tu. Haish, senang sangat orang nak buat maksiat sekarang ni kan. Google kan saja, segala informasi di hujung jari anda. Hellokan saja, ayam pun sampai. Hmm, jangan sampai Allah turunkan bala ya! Bukan kamu seorang saja yang akan kena nanti! o_O

Lagi satu, rumah merah pak long burung tu apa? Hmm, apa pun tak boleh. o_O

Ada hikmahnya, kan?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

gambar pinjam

Kebijaksanaan daripada Allah, kelebihan atau tujuan sebenar di sebalik sesuatu perkara, kejadian dan sebagainya. Itu takrif hikmah yang tertulis di laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Hmm...apa hikmah di sebalik kejadian? Hanya orang yang berfikir akan mendapat jawapannya. Jadi fikir-fikirkanlah maksud yang tersirat di sebalik sesuatu perkara ya!

Sambil menunggu pelanggan tadi, aku belek akhbar dan terbaca artikel tentang jaguh badminton negara, Dato Lee Chong Wei sudah kembali turun untuk menjalankan latihan. Walaupun telah digantung daripada menyertai sebarang pertandingan, latihan tetap perlu diteruskan, kan? Practice make perfect, orang putih kata. Hmm..ye ke? Tak kisahlah betul ke tidak ayat tu. o_O

Bagi kamu, apa hikmah di sebalik penggantungan Dato Lee Chong Wei ni? Bagi aku, jika sebelum ini beliau perlu fokus untuk menyiapkan diri bagi menyertai kejohanan, tapi sekarang tidak perlu lagi kan? Jadi, inilah masanya untuk beliau menurunkan ilmu yang ada kepada pemain pelapis. Untuk memperkuatkan pemain pelapis memandangkan selama ini, pemain pelapis yang ada amat sukar untuk memenangi perlawanan. Jika selama ini negara, selalunya hanya mengharapkan beliau untuk menjulang pingat kemenangan. Jadi tidak salah rasanya beliau menurunkan ilmu bagi memperkuatkan pemain pelapis untuk bersama-sama menggalas tanggungjawab, dalam usaha untuk mengharumkan nama negara dalam arena badminton. Tak kan selamanya beliau seorang sahaja yang diharapkan untuk pikul tanggungjawab tu!

Beliau ada ilmu yang banyak dan pengalaman yang luas dalam arena badminton. Selain daripada barisan jurulatih yang ada, beliau juga boleh berkongsi segalanya kepada pemain pelapis, kan? Bagaimana cara untuk menghadapi setiap tekanan yang ada. Bagaimana untuk memantapkan lagi corak permainan. Bukankah selama ini, alasan gagal mengawal tekanan dan kurang kemahiran yang di beri setiapkali pemain pelapis gagal memenangi perlawanan? Fizikal mantap tetapi mental kurang mantap. Itulah cakap-cakap yang biasa di dengar setiapkali pemain tewas dalam perlawanan. Jadi, inilah masanya untuk mempersiapkan pemain pelapis, fizikal dan mental. Atau masih mahu menunggu? Hmm...ini hanya pandangan aku, terpulanglah jika mahu difikirkan atau tidak.


p/s: majulah sukan untuk negara. eh? o_O

Friday, November 7, 2014

Yang mana satu?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Photo credit: www.babble.com

Yang mana satu? Hidup kita ni memang selalu kena buat pilihan kan? Yang mana baik, yang mana buruk, kita kena pilih. Tersalah pilih, buruk akibatnya di akhirnya nanti.

Tapi 'yang mana satu' yang aku perlu pilih ni tak berkait dengan kehidupan harian. Ia berkenaan dengan profile blog ni. Yang mana satu aku perlu guna? Profile blogger atau profile google? Yang mana satu lebih cekap? Maksud aku, cekap menarik trafik lah kan. Selain daripada skill SEO yang perlu diterapkan dalam penulisan, konteks penulisan yang bermanfaat dan menarik, bersilaturrahim ke blog kawan-kawan blogger, promosi yang berkesan, profile juga memainkan peranan kan? Jadi, profile yang mana satu perlu aku guna? Boleh tolong aku? o_O



p/s: aku yang keliru. o_O

Musim tengkujuh?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Gambar hiasan

Musim tengkujuh atau dalam istilah lainnya musim monsun timur laut selalunya akan melanda pantai timur semenanjung Malaysia, kan? Betulkan jika aku silap. Maksudnya apabila musim tengkujuh ni tiba, kawasan pantai timur semenanjung Malaysia ni akan dilanda banjir. Banyak kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor akan dilanda banjir. Memang tiap-tiap tahun berlaku. Tapi benarkah banjir hanya berlaku pada musim tengkujuh? Hmm...macam mana pula dengan banjir kilat? o_O

Kawasan yang paling kerap berlaku banjir ni biasanya kawasan yang berhampiran dengan punca air kan? Kawasan berhampiran laut, kawasan berhampiran sungai dan kawasan berhampiran paya. Bila monsun timur laut ni datang, ia akan datang bersama awan hujan. Bila awan hujan datang, makanya hujan la yang akan turun kan? Takkan embun pula yang turun. Hmm...bila hujan turun dengan banyak, air laut, air sungai dan air paya akan bertambah. Tapi jangan dilupakan air longkang sebab air longkang juga akan bertambah bila hujan turun. Jadi kita perlulah jaga sungai, paya dan longkang ni jangan sampai tersumbat, tersekat alirannya atau kau akan terpaksa mengharung air.

Musim tengkujuh sinonim dengan hujan sinonim juga dengan banjir. Selagi Allah belum arahkan malaikat untuk meniup sangkakala, selagi itulah kita akan menghadapi musim tengkujuh ni. Suka atau tidak, memang kita akan menghadapinya kecuali jika kita menggunakan akal yang ada untuk menyelesaikan masalah banjir. Bukan menjadi punca berlakunya banjir. Semak samun yang ada di pinggir sungai atau paya tu, sila-silalah di tebas dan di buang. Sampah sarap jangan di buang ke dalam sungai, paya dan longkang. Bila aliran air tersekat, jangan pula melalak bila banjir. Tunding jari menyalahkan orang tak buat kerja penyelenggaraan, walhal kamu sendiri yang tak bertanggungjawab, menjadi punca aliran air tersekat.

Pembangunan yang tidak terancang juga boleh menjadi punca banjir kan? Buat bangunan lima puluh tingkat tapi longkang hanya lima inci? Buat longkang tapi air yang mengalir entah ke mana pergi? Hmm...entahlah, aku bukan pakar bab ni. Kamu fikirlah solusi, supaya dapat menyelesaikan masalah banjir ni kerana masalah banjir ni berpunca daripada sikap kita sendiri sebagai penduduk di bumi ni. Musim tengkujuh atau monsun timur laut akan tetap terus berlaku selagi dunia belum kiamat.  o_O 




Seronok membuli?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

gambar hiasan

Buli bermaksud mempermain-mainkan orang, biasanya orang yang lemah dengan tujuan untuk menggertak, mencederakan, menakutkan orang yang berkenaan. Itu definisi membuli mengikut apa yang diberitahu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Seronokkah membuli? Terasa diri hebat apabila dapat menindas orang lain? Apa rasa jika kamu pula yang dibuli? Hmm..Kamu jawab sendiri ya. o_O

Kamu pernah dibuli? Atau kamu pernah membuli? Aku, rasanya dua-dua aku pernah. Tapi membuli zaman aku sekolah dulu bukan macam sekarang. Zaman aku dulu, paling teruk pun kena tiup lampu kalimantang sampai padam je. Kalau setakat merangkak bawah katil macam latihan askar merangkak bawah kawat tu, biasa. Zaman aku dulu, membuli bukan untuk menindas tapi untuk mengajar junior-junior untuk faham erti susah senang apabila hidup sendiri. Paling lama pun dua atau tiga hari saja. Lepas tu senior dengan junior boleh jadi kawan, saling hormat-menghormati. Cuma bila bab senior 'minta tolong' junior buat sesuatu tu adatlah, kan? Lelaki? Permpuan? Sama saja. Jangan nak nafilah! o_O

Membuli zaman sekarang ni ekstrim sangatlah! Bila tengok video-video yang tersebar tu, rasa nak cepuk je mangkuk yang buat onar tu. Dah macam nak membunuh! Sesuai rasanya diorang ni di hantar ke Gaza, jaga Masjid Al-Aqsa tu, pergi bertumbuk dengan askar zionis tu. Kalau macam itu gaya 'membuli', apa perasaan yang akan timbul di antara junior dan senior? Hormat atau benci? Apa junior tu suci sangat ke? Dia tak ada kawan-kawan? Maksud aku di luar asrama? Dalam asrama mungkin senior 'berkuasa' tapi di luar tak ada istilah senior atau junior. Mungkin junior tu tak akan 'kotorkan' tangan dia dengan melakukan perkara yang sama tapi kawan-kawan dia? Aku rasa mungkin berlipat-kali ganda senior tu kena.

Kamu mahu orang 'hormat' tapi kamu tak nak 'hormat' orang. Mana boleh itu macam! Sama juga la antara orang tua dengan orang muda, cikgu dengan pelajar, bos dengan pekerja, pemimpin dengan rakyat. Kalau rasa mahu diri dihormati, hormati orang lain terlebih dahulu. Lu pijak wa lanyak. Amacam? o_O


p/s: ada, bagi, dapat.


Tuesday, November 4, 2014

Sudah aku jangka.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Naik satu ringgit, turun semula satu ringgit, lepas tu naik semula satu ringgit lima puluh sen. Hmm..Memang sudah aku jangka harganya akan naik semula. Tak pelik langsung. Sebelum belanjawan dibentang hari tu dah naik satu ringgit. Lepas seminggu kalau tak silap diturunkan semula satu ringgit. Siap ada yang update status "alhamdulillah" lagi bila diturunkan semula satu ringgit tu. Sekarang? o_O

Kalau ikut apa yang tertulis dalam notis tu, 5 November 2014 bermulalah harga baru. Siap ada tambahan lima posen lagi! Kah! Kah! Kah! amek kau! o_O


p/s: bila lagi?

Sabar.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Sabar. Mudah untuk dijadikan ungkapan tetapi agak sukar untuk dijadikan kenyataan. Hmm..agak sukar tapi semua tu bukan mustahil untuk dijadikan amalan, kan? Jika ditimpa musibah, sabar. Ucapkan "Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Roji'un" (dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali). Atau maksud lainnya (bagi aku) musibah itu datangnya dari Dia jadi kita perlulah memohon bantuan dan berserah kepada Dia kan? Untuk meringankan, memimpin tangan, menunjuk jalan bagaimana untuk menghadapi musibah yang di beri kepada kita tu.

Musibah. Hmm..bunyi macam berat je. Macam satu bebanan pula bunyinya. Sebenarnya semua tu peringatan dari Yang Maha Mengetahui. Dia tahu kita sebagai manusia senang sangat termelencong dan tersasar daripada 'jalan yang sepatutnya'. Jadi Dia bagi la sedikit peringatan supaya kita tersedar dan kembali kepada jalan yang sepatutnya, kan. Almaklumlah, sejak diusir keluar daripada syurga sebab tak mahu sujud (hormat) kepada Nabi Adam, iblis dah berjanji akan menyesatkan manusia daripada jalan yang sepatutnya, sampai hari kiamat. Na'uzubillahi min zalik, minta dijauhkan. Hmm..kadang-kadang musibah tu datang sebab nak menguji tahap keimanan kita je. Jadi, sabar ya. Jalan menuju ke syurga memang agak mencabar tapi hasilnya nanti amat...tak dapat dibayangkan dek akal manusia.

Sabar itu sebahagian daripada iman. Maknanya apa? Kurang sabar maknanya kurang iman ke? Mungkin, sebab bila kurang sabar maknanya iblis dah berjaya memujuk nafsu supaya melakukan perkara yang tak sepatutnya. Hmm...teringat pula kisah sendiri bila bercakap tentang sabar ni. Dek kerana kurang sabar menunggu giliran, secara tak langsung aku dah menyusahkan orang lain. Walau apa alasan yang aku bagi (kepada diri sendiri), hakikatnya aku hanya menipu diri sendiri. Aku dah menyusahkan orang lain. Silap-silap sikap kurang sabar tu boleh memakan diri sendiri. Hmm...sabar tak ada had. Sabar tu iman.

Senyum. ^_^


p/s : dah lama terabai, harap ada lagi yang sudi baca. o_O