Assalamualaikum dan salam sejahtera.
![]() |
| Help us! Please!!! |
Dikhabarkan bahawa pada tahun 1950-an, ada kira-kira 3000 ekor Harimau Malaya dikesan. Tetapi sekarang pada tahun 2014, cuma sekitar 250 hingga 340 ekor yang dikesan masih hidup. Ke mana hilangnya Harimau Malaya? Soalan tu harus ditujukan kepada pemburu haram dan kepada peneroka hutan haram. Dikhabarkan kepupusan Harimau Malaya berpunca daripada tindakan rakus mereka. Betul lah apa yang di kata "setiap apa yang berlaku di atas muka bumi ini adalah hasil daripada tangan-tangan manusia itu sendiri".
![]() |
| tiger map |
Jika kamu cakna akan kewujudan Harimau Malaya sekaligus mahu menyelamatkan ekosistem, hulurkanlah sedikit sumbangan. Bagi membantu mereka yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan Harimau Malaya tidak pupus dan juga menyelamatkan ekosistem yang amat penting untuk kita sebagai manusia. Kewujudan harimau juga dapat memastikan keseimbangan ekosistem itu sendiri.
Sumbangan kamu boleh salurkan ke...
Tabung Selamatkan Harimau Malaya Kita. Melalui akaun Maybank, 5642-7651-6761 atau secara online ke pandashop.my/SOMTF/ .
p/s: ini bukan iklan berbayar, sekadar menghulurkan sedikit sumbangan.
-



