Sunday, September 30, 2012

"Wake Me Up When September Ends"

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
 
*****
 
 


Summer has come and passed
The innocent can never last
wake me up when September ends

like my father's come to pass
seven years has gone so fast
wake me up when September ends

here comes the rain again
falling from the stars
drenched in my pain again
becoming who we are

as my memory rests
but never forgets what I lost
wake me up when September ends

summer has come and passed
the innocent can never last
wake me up when September ends

ring out the bells again
like we did when spring began
wake me up when September ends

here comes the rain again
falling from the stars
drenched in my pain again
becoming who we are

as my memory rests
but never forgets what I lost
wake me up when September ends

Summer has come and passed
The innocent can never last
wake me up when September ends

like my father's come to pass
twenty years has gone so fast
wake me up when September ends
wake me up when September ends
wake me up when September ends

Wednesday, September 26, 2012

semalam punya cerita

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
 
Hai bloggers dan readers semua..
sedang apa dan dimana? semoga dipermudahkan segala urusan yer :)
 
mendung jer cuaca  pagi ni, angin pun sepoi-sepoi bahasa jer sekarang ni..erm adakah hari ni hujan bakal membasahi bumi? tiada siapa yang dapat bagi jawapan yang pasti untuk persoalan tu kan, sebab semua tu hak Dia untuk menentukan, kita sebagai hambaNya hanya perlu menerima setiap apa yang berlaku dengan hati yang terbuka dan bersyukur kerana setiap apa yang berlaku di atas bumi ni, ada maksudnya yang tersendiri samada yang tersurat atau yang tersirat.

agak tergopoh-gapah pagi semalam memandangkan kelewatan aku memulakan sessi mencari rezeki, sampai di kedai dah ada orang yang menunggu khidmat aku untuk merealisasikan hajat dia untuk menjadikan lapan ekor ayam kampung yang dia bawa tu untuk di jadikan lauk, alhamdulillah rezeki.

tapi ada perkara yang tak berapa nak di terima akal aku berlaku, orang baiki jaring ikan memang tak pelik kan tapi yang menjadikan aku agak pelik sebab dia rentang jaring tu betul-betul depan pintu kedai aku jadi kalau orang nak masuk kedai aku kena menyelak jaring tu dulu lah. yang si pemilik jaring tu pula dengan muka tak bersalah jer tengok orang susah nak masuk kedai aku..choii 
 
selesai solat zohor aku keluar ke bandar triang, perancangan awalnya nak pegi jumpa awek bank tapi bak kata yang orang selalu duk kata tu lah "kita hanya merancang tapi tuhan yang menentukan" , selesai jumpa awek pejabat pos bayar bil aku pergi la ke cikmy sebab nak pergi jumpa awek bank pulak kan, dah dekat nak sampai tu aku ushar tayar cikmy macam pelik jer "ya Allah nasib baik tak meletup kat tengah jalan" tak perasan aku rupanya tayar cikmy dah uzur dan ada tanda-tanda nak kebabom dah pun.
 
start enjin, drive slow je bawa cikmy pergi jumpa 'doktor' aku rasa 60km/h jer aku drive semalam sebab risau juga buatnya kebabom masa aku drive laju tak ke naya di buatnya? rasanya lebih setengah jam aku duk tercongok kat situ, tunggu 'doktor' tu tukar tayar cikmy. dua biji tayar depan ditukar, dengan muka sedihnya enam keping duit lima puluh bertukar tangan..kopak aku bulan ni :(
 

 cikmy tengah 'terbang..hehe


  jenuh 'doktor' tu nak setting tayar, tiga empat kali buat baru selesai.

selesai jer hal cikmy, berkejar pula ke bank tapi tak dapat jumpa awek bank dah jumpa mesin cash deposit je lah. beratur punya lah panjang sebab cash depositnya satu jer yang berfungsi yang satu lagi "harap maaf, perkhidmatan tergendala sebentar
berpeluh aku menunggu hampir sejam siap ada perempuan main potong Q lak tu tapi memandangkan aku ni 'baik hati' aku biar je lah itu perempuan main potong Q..puii

masjid kerayong dari kejauhan


selesai urusan, singgah solat asar kat masjid kerayong jap dan pukul enam lebih baru aku sampai kepayang, sambung kerja sampai sebelas malam, balik rumah tidur..
 
TAMAT




p/s hilang penat dapat sembang dengan 'dia' semalam..terima kasih :) - AP

Tuesday, September 25, 2012

happy birthday to you!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
 
 
Hai bloggers dan readers sekalian..
macamana dengan hari kamu semua?
OK atau KO? hehe 
 
erm memandangkan tajuk pun dah happy birthday jadi aku straight to the point je lah yer :)
aku ni tak reti nak bermadah-madah or nak mengucapkan kata-kata manis atau apa-apa je lah yang sewaktu dengannya.
 
kali ni aku nak ucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada PUTERI KASIH, semoga sihat selalu, berbahagia selalu, dimurahkan rezeki, dipermudahkan dalam segala urusan dan semoga apa yang dihajatkan menjadi kenyataan.
 
nah kek coklat kegemaran awak :P
 

  gambar
 
 
p/s erm hadiah ada tapi mungkin lambat sikit kot :P  

Saturday, September 22, 2012

sakit jantung pembunuh utama wanita Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
 
hai bloggers dan readers sekalian..
sedang apa dan di mana ya? :) 


kajian terbaru menunjukkan bahawa pembunuh utama wanita di malaysia adalah PENYAKIT JANTUNG malah dikatakan dua setengah kali ganda daripada kanser jenis lain. kajian juga menunjukkan bahawa punca utama penyakit tersebut meningkat adalah kerana masalah OBESITI.

 keputusan ini adalah berpandukan  kajian National Health and Morbidity Survey (NHMS IV) yang telah menunjukkan bahawa wanita Malaysia mempunyai jisim badan tertinggi indeks (BMI) di Asia Tenggara.

 "Obesiti adalah petanda banyak keadaan," katanya. "Laporan kajian NHMS IV bahawa daripada 17,000 wanita yang dikaji, 29.4 peratus mempunyai berat badan berlebihan manakala 15 peratus adalah obes."

 Presiden Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia, Azhari Rosman turut menafikan bahawa hanya lelaki tua yang terdedah kepada penyakit jantung dan strok. oleh itu adalah menjadi keperluan untuk meningkatkan pendidikan kesihatan wanita dalam usaha untuk mencegah penyakit jantung dan lain-lain penyakit yang boleh dicegah.

sumber : http://www.bikyamasr.com/78061/for-malaysia-women-heart-disease-is-top-killer/



p/s duit boleh bayar doktor tapi tak boleh beli kesihatan.

Thursday, September 20, 2012

cantik kan!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

hai bloggers dan readers semua..
sedang apa dan di mana? harap semuanya dipermudahkan
^_^


dalam kehidupan ni kita perlu ada perubahan kan? kalau sebelum ni hidup susah kena la usaha untuk meningkatkan taraf hidup kepada lebih senang. takkan selamanya nak duduk di takuk lama kan.

begitu jugalah dengan blog aku ni, takkan selamanya sama tak berubah langsungkan. kalau sebelum ni aku tak guna header *tak reti nak buat* hehe. sekarang dah ada header, cantik kan? ^_^

jutaan terima kasih aku ucapkan kepada owner PUTERIKASIH.COM sebab sudi buatkan header tu untuk aku. bukan satu tapi dua header dia buatkan untuk aku tapi satu je lah yang aku letak sebab kat atas tu boleh letak satu jer kan hehe

erm tu je kot aku nak taip kali ni, lain kali aku menaip kat sini lagi ye :)


p/s dulu, kini dan selamanya - aku adalah aku - AP

Wednesday, September 19, 2012

apakah?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai bloggers dan readers sekalian..
macamana hari anda? tersenyum atau berduka?
Hurmmm!!!


Seorang penjinak ular, Sajal Biswas,40, memasukkan kepala ular ke dalam mulutnya ketika mengadakan pertunjukan jalanan di pinggir Agartala, timur laut India di Tripura bagi menyara keluarganya.
Reuters


p/s kesian ular tu kepala dia kena gigit -.- AP

twitter akan dibaik pulih.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

hai bloggers dan readers sekalian,
semoga ceria selalu...
^_^



satu perubahan besar akan dilakukan pada laman twitter melibatkan profile yang direka semula, aplikasi yang dikemaskini dan fokus yang lebih kepada gambar.

Satu penekanan baru pada halaman profil akan membolehkan orang ramai untuk memuat naik gambar header yang akan diletakkan merentasi bahagian atas skrin, paparan imej yang akan mengingatkan pengguna kepada cover photo yang digunakan pada timeline Facebook sekarang.
Avatar seseorang juga akan menjadi tumpuan utama kerana ia akan berpindah dari sudut kiri ke hadapan dan berada ditengah halaman twitter pengguna.
Profil baru juga membantu anda mengenal pengguna dengan lebih baik melalui gambar mereka.

Rekaan semula itu diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Twitter Dick Costolo dalam rancangan NBC’s Today Show.

sumber : http://www.ctvnews.ca/sci-tech/twitter-announces-redesign-apps-updated-1.961253


p/s agak-agak macamana la rupa baru twitter tu ye - AP

Tuesday, September 18, 2012

lain yang di beritahu lain pula hasilnya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

hai bloggers dan readers sekalian..
semoga sihat dan berbahagia selalu..
^-^

16 September hari Malaysia, meriah ke sambutannya?..aku tanya sebab aku tak sambut dan tak tengok pun sambutannya tapi tak sambut tak bermakna aku tak sayang tanah air aku..ok!!!

erm hari malaysia kat kawasan aku ni lain dari yang lain sambutannya..
TIADA BEKALAN AIR
haa bestkan *ngekk*



15 september - tengah best melepak kat kedai kopi datang abang yang jaga tangki air, notis gangguan bekalan air di tampal, tarikh gangguan bekalan air 18 september, dari pagi sampai ke malam tapi lain yang ditulis dalam notis lain pula yang jadi.

16 september - masuk bilik air..nak mandi..pulas kepala paip, memula best jer mandi shower tapi...eh apasal air makin slow? erm meter buka kecik je kot, takpe-takpe mandi sampai selesai.

selesai apa yang patut, sesi mencari rezeki pula..ayam sihat semua, takde yang mati..jerang air, tangkap ayam..BISMILLAHIALLAHUAKBAR *kiok* ayam gelepar menghabiskan sisa-sisa nyawanya. sementara tunggu air yang di jerang cukup panas untuk mencelur, aku pergi la pulas kepala paip sebab tangki air 300 liter tu dah hampir setengah luak airnya tapi..eh takde air ke? notis tulis 18hb baru takde air kan? erm nasib la air dalam tangki masih banyak, air dalam tong 100 liter tu pun penuh lagi.

tapi kerja proses ayam ni banyak guna air dan dengan air yang tak sampai 300 liter tu berapa hari je boleh tahan? proses buang bulu guna air banyak, lepas keluarkan isi dalaman basuh lagi GUNA AIR JUGA, selesai proses kena cuci darah dan sisa atas lantai kang tak cuci bersemut pula, habis dihurungnya ayam-ayam tu, nak ke orang beli ayam yang kena hurung dek semut?..nak cuci semua tu GUNA AIR JUGA..kan???

17 september - pulas lagi kepala paip, ingatkan bekalan air dah sampai tapi usah kata air, angin pun takde. mujur lah tangki dan kolah di rumah dan di kedai masih ada air tapi kena catu lah, kalau tidak........sendiri mau ingat!!!

hari ni 18 september, bekalan air yang ditunggu masih tak kunjung tiba, bekalan air yang aku simpan semakin berkurangan, simpanan yang ada tak sampai 100 liter. kalau esok masih takde bekalan air, nampak gayanya aku kena 'bercuti' sebab tanpa air kerja aku tak boleh jalan.

jika diberi pilihan antara bekalan air dan bekalan elektrik, mana satu yang kamu akan pilih?





p/s RAKYAT DIDAHULUKAN pencapaian diutamakan - AP

BERSOLEK SATU KEMESTIAN?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

hai bloggers dan readers sekalian..
semoga sentiasa sihat dan berbahagia hendaknya
^_^

erm.......soalan di atas sekali tu untuk kaum hawa di luar sana sebab selalunya kalau berkaitan dengan solekan ni selalunya perempuan la kan tapi zaman sekarang ni lelaki pun bersolek juga rasanya. erm metroseksual la katakan :P



minta maaf lah jika persoalan aku tu ada yang terasa cuma ada banyak ??????? dalam kepala aku sekarang ni. tak cantik ke muka diorang tu *yg bersolek* sampai perlu bersolek bagai tu. kena pulak yang bersolek tebal-tebal sampai berubah wajah sebenar yang Allah dah kurniakan tu.

eh!!! jangan salah sangka ye, aku bukan nak kata bersolek tu salah cuma ini pandangan aku sebab aku tak berapa minat tengok orang bersolek tebal-tebal sangat. pemerah di pipi tu merah menyala macam baru lepas kena lumur dengan cili api..ngekk *sila terasa* bibir pula merah menyala macam baru lepas makan asam masin yg warna merah tu *aku selalu makan dengan buah mempelam muda* :P

bagi aku kalau nak bersolek tu tak perlu la nak tebal-tebal sangat, natural beauty lagi cantik kot, touch-up sikit-sikit jer. bibir kering letak pelembab bibir pastu kalau rasa nak tutup kesan jerawat ke apa ke cukup kot kalau letak bedak je kan *jimat kos* hehehe

aku selalu perhati muka orang yang selalu bersolek dengan muka orang jarang bersolek atau tak pernah bersolek, berbeza sangat kulit muka diorang. orang yang selalu bersolek muka diorang nampak kusam bila tak bersolek pastu kalau zoom dekat-dekat nampak la menggerutu jer kulit muka diorang berbeza dengan orang yang jarang atau tak pernah bersolek, walaupun muka diorang biasa je tapi tetap nampak segar kecuali la kalau orang tu tengah demam ke apa kan hehe

tengok drama dalam tv lagi pelik, berlakon jadi budak sekolah menengah, scenenya kayuh basikal tepi sawah, nak pergi sekolah tapi bersolek mengalahkan supermodel. ke bebudak sekolah sekarang pergi sekolah bersolek sakan, setahu aku semua tu tak dibenarkan..kan? ke zaman sekarang sekolah benarkan pelajarnya bersolek sakan?

erm tengok keadaan la kan hehehe


p/s serlahkan kecantikan tu kepada yang berhak-AP

Wednesday, September 12, 2012

DSC-RX100 (HD)

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Spesifikasi:

# Pengesan imej:
Jenis 1.0 (13.2 x 8.8 milimeter), CMOS Exmor

# Lensa:
Carl Zeiss Vario-Sonnar T dengan tujuh elemen dalam enam kumpulan

# Jarak zoom:
Optikal 3.6 kali, Zoom Clear Image 7.2 kali

# Skrin:
7.5 sentimeter (3.0) (4:3), Xtra Fine, TruBlack, LCD TFT

# Penstabilan imej:
Optikal SteadyShot

# Mod imej:
Automatik Superior, Automatik Pintar, Automatik Program, Keutamaan Bukaan, Keutamaan Pengatup, Manual, Pilihan latar belakang, Wayang, Rakaman Sapuan.

# Rakaman video:
AVCHD 28 megapiksel, MP4 12 megapiksel

# Jangka hayat bateri:
Imej pegun (kira-kira 165 minit), Video (80 minit)

# Dimensi:
101.6 x 58.1 x 35.9 milimeter

# Berat:
213 gram (tanpa bateri)

-berita harian-


p/s reka bentuk mewah, ringan dan tahan lasak

Sunday, September 9, 2012

alasannya senang je, MALAS!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

hello bloggers dan readers sekalian..
selamat berhujung minggu aku ucapkan
^_^

hari minggu datang lagi bagi sesetengah manusia, hari minggu ni memang di tunggu-tunggu sebab hari minggu ni je lah masanya nak merehatkan badan dan minda dari segala penat lelah mengharungi rutin harian tak kira lah kerja atau belajar kan?

tapi bagi aku takde beza pun hari minggu dengan hari-hari lain sebab kerja aku takde annual leave cuma ada emergency leave jer itu pun bergantung kepada keadaan kadang tu cuti masa hari raya jer tapi kadang tu aku cuti jer bila rasa penat sangat nak buat kerja hehe

http://dun-maharani.blogspot.com/2010/08/jamuan-hari-raya-1431h.html

hari ni sepatutnya aku kena attend satu majlis jamuan hari raya anjuran Pas kawasan tapi aku tak pergi pun, alasan yang paling senang aku nak cakap MALAS hehe..kalau dah guna alasan M tu tak payah cakap apa la kan sebab memang gerenti takkan berganjak dari keputusan selagi M tu ada dalam diri :P

erm jangan salah sangka yer, bukan majlis Pas jer yang aku tak pergi Majlis BN pun aku tak pergi sebab dua-dua sama jer. aku suka Pas sebab TOK GURU NIK AZIZ jer sebab beliau memang betul-betul seorang hamba Allah yg paling humble yang pernah aku kenal. takde sapa dalam Malaysia ni yang bersikap macam beliau termasuk lah PM Malaysia ni.

rumah TOK GURU NIK AZIZ

belah malam ada program lagi, kalau ikut perancangan ada Mat Sabu. erm aku harap takde la provokasi yang berlaku nanti. aku jadi menyampah dengan politik ni sebab provokasi tu lah. yang belah sini kutuk belah sana, yang belah sana kutuk belah sini..orang ramai? tersepit tengah-tengah. selagi dunia ni belum kiamat macam tu je lah hasilnya.

wah entri ni ada bau-bau politik la hehe..terus terang aku kata
AKU MELUAT DENGAN POLITIK
=.=

p/s RON97 naik seposen seliter, harga sawit turun empat puluh ringgit satu tan..politik *ngekk

pahang-terengganu lagi...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai bloggers dan readers sekalian!
sedang apa dan dimana? ^_^

aku tak tahu nak taip pasal apa jadi aku buat sambungan entri yang sebelum ni je lah.

balik kampung kali ni agak sedih aku rasa sebab rupa-rupanya tu lah kali terakhir aku dapat tengok tok ayah aku :( tok ayah aku dah pergi buat selama-lamanya pada hari ahad lepas (2.9.12).

restoran terapung buka malam jer :P

rumah tok ayah aku betul-betul depan pusat kesihatan bandar permaisuri (lupa nak ambik gambar), bersebelahan dengan restoran terapung yang tak terapung pun sebenarnya sebab ada tiang :P

aku tak tahu macamana rupa restoran terapung ni masa dia beroperasi, meriah ke tak aku tak tahu sebab tiap kali aku balik mesti restoran ni pun tak beroperasi :P

rumah mak sedara aku (cikgu rubiah mansor)

rumah mok yah aku ni memang wajib pergi tiap kali balik sebab kalo tak pegi alamatnya kena marah dengan dia tapi takpe sebab rumah dia pun tak jauh dari rumah tok ayah aku tu. rumah tok ayah bawah bukit rumah dia atas bukit tapi tak letih kena panjat bukit sebab bukan pegi jalan kaki pun :P

masjid kg gerai

aku singgah sini sebab dekat sebelah masjid ni rumah sepupu mak aku (takde gambar), dia nak buat kenduri kawin anak dia tapi disebabkan aku sekeluarga tak sempat nak pergi kenduri tu jadi kami semua datang awal sehari.


yang ni acara wajib tiap kali balik terengganu (beli keropok lekor) aku tak ingat nama tempat ni. beratur panjang orang yang nak beli keropok kat sini sebab keropok dia memang sedap. lepas makan gerenti lima jari tu habis di jilat hehe


yang ni pula rumah pak long yakni abg papa aku. kami singgah masa dalam perjalanan nak balik ke pahang, aku tak ingat nama kampung tu cuma apa yang aku tahu simpang nak masuk rumah dia tu ada signboard Kg Bukit Diman. hulu terengganu jadi bagi sesiapa yang tak pernah dengar dialek diorang memang tercengang la sebab tak faham apa yang diorang cakap hehehe


ha ni la papa ngan pak long aku. cer teka mana satu papa aku, mana satu pak long aku hehe

balik terengganu kalau masuk bandar mesti lenguh kaki sebab banyak sangat traffic light dah la dekat-dekat jer, lenguh sebab asyik nak kena tekan clutch. rasanya KL pun tak banyak traffic light macam kat terengganu.
aku pernah kira, kalau tak silap aku dekat 30 traffic light aku kena tempuh tapi balik kali ni selamat sebab aku tak masuk bandar :P

erm habis dah kisah pasal balik kampung raya hari tu, mesti bosan kan, cerita entah apa-apa -.-

AL-FATIHAH UNTUK ARWAH TOK AYAH AKU


p/s raya haji ni kena balik lagi sebab sepupu aku nak kawin..sigh

Friday, September 7, 2012

pahang-terengganu

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hai bloggers dan readers semua.
sedang apa dan dimana? ^_^

Disebabkan dalam entri yang ni aku tulis bersambung pada akhirnya jadi kali ni aku nak buat la sambungannya tu. maaf la sebab lama sangat sambungannya baru terhasil, mood aku kelaut semenjak seminggu sebelum raya sampai la hari ni baru mood aku naik ke darat semula :P

Hari raya kedua, lebih kurang jam satu baru perjalanan bermula sebab sebelah paginya pak imam umum di masjid ada orang meninggal, cuma selang tiga biji rumah jer dari rumah aku rupanya, takde pula dengar makcik tu sakit..innalillahiwainnailaihirajiun, Al-Fatihah -.-

lepas singgah pasaraya aktif kerayong beli bekalan perjalanan dan singgah solat qasar dan jamak di Masjid Kg Pangsenam baru perjalanan diteruskan.

ini jer gambar yang aku snap hari tu..layan je lah yer :P

acara mengisi perut @RnR Gambang
hima chan @RnR Gambang
dahaga betul hima chan ni @RnR Gambang
lepak-lepak lepas makan @RnR Gambang

Perut dah di isi, dah puas menggeliat betulkan urat baru perjalanan diteruskan dan lebih kurang jam 2130 kami sampai ke tempat yang di tuju BANDAR PERMAISURI, SETIU, TERENGGANU ^_^

erm bersambung lagi lah....


p/s sembilan jam memandu, penat tak hengat -.-

aku blurr!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai bloggers dan readers sekalian.

Lama sangat rasanya aku tak menaip kan? komen-komen yang ada pun belum lagi aku balas. Segmen yang aku join hari tu pun tak sempat aku nak terjah lagi :(

ada sesapa jumpa mood aku tak? :P

Aku hari-hari buka blog guna cik mini tapi bila time nak menaip entri jer aku blurrr. memang teringin nak blogwalking tapi mengenangkan aku takde entri baru jadi aku tangguhkan dulu. tak best pula rasa bila nanti blogger lain masuk sini tengok entri tak berupdate kan?

erm mungkin sebab lama sangat aku tak menaip sebab tu mood aku pun dah kelaut jadi nelayan pula :P nampak gayanya aku kena panggil mood aku tu naik ke darat semula kan lagi pun aku ni mabuk laut nnti lama-lama duk kelaut tu muntah hijau pula mood aku tu, langsung takde dah mood nak berblogging :P

Oh ya! nyaris aku terlupa. aku nak ucapkan jutaan terima kasih pada semua yang sudi menjengah ke sini walhal blog ni dah lama sangat tak berupdate, aku tak kan lupa jasa kamu sebab bagi traffic ke sini dan aku akan menjengah semula ke semua sumber traffic aku adalah aku ni yer..tungguuuuuuuuuuuu!!! :)



p/s selamat menjawab soalan kepada calon spm 2012 ^_^

Sunday, September 2, 2012

hindar strok dengan coklat.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam hari minggu buat semua bloggers dan readers. Sedang apa dan dimana?..

Pagi-pagi dapat khabar sedih dari kampung, selepas berbulan-bulan terlantar akibat strok akhirnya pagi tadi tok ayah aku sudah 'pergi' buat selama-lamanya. Aku tak dapat nak balik sebab ada tempahan yang perlu aku selesaikan cuma papa, mama dan adik aku jer yang balik ke kampung tadi :-(


Sebut pasal strok tadi aku terbaca satu artikel dalam sinar harian yang berkaitan dengan strok.

"Hasil penyelidikan ke atas lebih 37,000 individu di Sweeden selama sedekad menunjukkan mereka yang jarang memakan coklat lebih berisiko diserang strok.
Ketua penyelidik di Institut Karolinska, Prof Susanna Larson berkata, beberapa kajian lain juga mendapati pengambilan coklat boleh meningkatkan kesihatan jantung.
Kandungan coklat yang kaya dengan flavanoid sebenarnya baik untuk tubuh manusia. Ia berfungsi melindungi tubuh daripada penyakit kardiovaskular. Selain itu coklat juga dikatakan boleh mengurangkan kepekatan darah, sekaligus mengurangkan hipertensi."

individu yang gemar memakan coklat, 17 peratus kurang berisiko diserang strok

-sinar harian-


p/s dari Dia kita datang dan kepada Dia juga kita kembali..Al-Fatihah =.=