Showing posts with label kisah benar. Show all posts
Showing posts with label kisah benar. Show all posts

Friday, January 24, 2014

Suku Tsamud, kaum Nabi Saleh a.s.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

gambar dia

Tsamud adalah nama satu suku yang digolongkan oleh ahli sejarah sebahagian daripada bangsa Arab dan ada sebahagian yang lain menggolongkan mereka sebagai bangsa Yahudi. Mereka menetap di satu dataran bernama 'Alhijir'  terletak di antara Hijaz dan Syam yang dahulunya termasuk dalam jajahan dan kekuasaan suku Aad (kaum Nabi Hud) yang telah habis binasa disapu angin taufan yang dikirim oleh Allah sebagai pembalasan atas pengingkaran mereka terhadap dakwah dan risalah Nabi Hud a.s.

Kemakmuran dan kemewahan hidup serta kekayaan alam yang dahulunya dimiliki dan dinikmati suku kaum Aad, telah diwarisi oleh suku kaum Tsamud. Tanah-tanah subur yang memberi hasil melimpah ruah, binatang-binatang perahan dan ternakan yang berkembang biak, kebun-kebun bunga yang indah. Semua itu menjadikan mereka hidup tenteram, sejahtera dan merasa aman dari segala gangguan alam dan bahawa kemewahan hidup mereka akan kekal untuk mereka dan keturunan mereka.

Kaum Tsamud tidak mengenal Tuhan. Bagi mereka, berhala-berhala yang mereka sembah dan puja, kepadanya (berhala) mereka berqurban, tempat mereka meminta pertolongan dan perlindungan daripada segala bala dan musibah dan mengharapkan kebaikan dan kebahagiaan, itulah Tuhan bagi mereka. Mereka tidak dapat melihat atau berfikir lebih jauh dari apa yang mereka jangkau dengan pancaindera.

Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, tidak akan membiarkan hamba-hambaNya terus menerus berada dalam kegelapan tanpa diutusnya Nabi dari sisiNya untuk memberi penerangan dan membimbing mereka keluar dari jalan yang sesat. Allah juga tidak akan menurunkan azab atau siksa kepada sesuatu umat sebelum mereka diperingatkan dan diberi petunjuk olehNya melalui perantaraan seorang yang dipilih untuk menjadi utusan dan rasulNya. Oleh itu Nabi Saleh a.s diutuskan kepada kaum Tsamud, seorang yang dipilih dari kaum mereka sendiri. Dari keluarga yang dihormati dan disegani oleh kaumnya, tangkas, cerdik, pandai, rendah hati dan ramah dalam pergaulan.

Nabi Saleh a.s memperkenalkan kepada kaum Tsamud Tuhan yang sepatutnya mereka sembah iaitu Allah Yang Maha Esa. Tuhan yang telah menciptakan alam semesta, menciptakan mereka, menciptakan tanah-tanah yang subur, menciptakan binatang-binatang ternakan mereka. Yang mana semua itu telah memberi manfaat kepada kehidupan mereka, memberi kemewahan dan kesejahteraan dan memberi kepada mereka kebahagiaan zahir dan batin. Tuhan itulah yang sepatutnya mereka sembah dan bukan patung-patung yang mereka pahatkan sendiri dari batu-batu gunung yang tidak berkuasa untuk memberi sesuatu atau memberi perlindungan kepada mereka.

Nabi Saleh a.s menerangkan kepada kaum Tsamud bahawa beliau adalah pesuruh dan utusan Allah. Dan apa yang beliau ajarkan dan dakwahkan adalah amanat dari Allah yang harus beliau sampaikan untuk kebaikan mereka semasa hidup dan sesudah mereka mati di akhirat kelak. Nabi Saleh a.s mengharapkan agar kaumnya akan mempertimbangkan dan memikirkan apa yang beliau serukan agar mereka segera meninggalkan persembahan kepada patung-patung berhala dan beriman kepada Allah Yang Maha Esa, bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah atas dosa dan perbuatan syirik yang telah mereka lakukan selama ini.

Terperanjatlah kaum Tsamud mendengar seruan dan dakwah Nabi Saleh a.s yang bagi mereka ia merupakan hal yang baru dan tidak diduga akan datang dari saudara atau anak mereka sendiri. Ditolak ajakan Nabi Saleh a.s dan mereka berkata;

Wahai Saleh! Kami mengenalmu seorang yang pandai, tangkas dan cerdas, tajam fikiranmu, pendapat dan semua pertimbanganmu selalu tepat. Pada dirimu kami lihat tanda-tanda kebajikan dan sifat-sifat yang terpuji. Kami mengharapkan engkau untuk memimpin kami menyelesaikan kerumitan kami, memberi petunjuk ketika kami berada dalam kegelapan dan menjadi orang kepercayaan kami ketika kami menghadapi krisis dan kesusahan. Kepercayaan dan harapan kami telah hancur hari ini dengan tingkah laku dan tindak-tandukmu yang menyalahi adat istiadat dan tatacara hidup kami. Apakah yang engkau serukan kepada kami? Engkau mahu kami meninggalkan persembahana kami dan nenek moyang kami, persembahan dan agama yang telah menjadi darah daging kami, menjadi sebahagiaan dari hidup kami sejak kami dilahirkan dan tetap akan menjadi pegangan kami untuk selama-lamanya. Kami tidak akan sekali-kali meninggalkannya kerana seruanmu dan kami tidak akan mengikuti ajaranmu yang sesat itu. Kami tidak mempercayai dan meragui kenabianmu. Kami tidak akan menderhakai nenek moyang kami dengan meninggalkan persembahan mereka dan mengikuti jejakmu.

Nabi Saleh a.s mengingatkan mereka agar tidak menentangnya dan mengikuti ajakannya untuk beriman kepada Allah yang telah mengurniakan mereka rezeki yang banyak dan kehidupan yang sejahtera. Diceritakan kepada mereka kisah kaum-kaum yang terdahulu yang mendapat siksa dan azab dari Allah kerana menentang rasul-Nya dan mendustakan risalah-Nya.

Sekelompok kecil dari kaum Tsamud yang berada dalam kedudukan sosial lemah menerima dakwah Nabi Saleh a.s dan beriman kepada Allah Yang Maha Esa. Golongan yang kaya dan berkedudukan tetap keras kepala dan menyombongkan diri menolak ajakan Nabi Saleh a.s dan mengingkari kenabiannya dan mereka berkata;

Wahai Saleh! Kami kira engkau telah kemasukan syaitan dan terkena sihir. Engkau telah menjadi bodoh dan gila. Akal dan fikiranmu sudah tidak waras sehingga engkau tidak sedar telah mengeluarkan kata-kata yang tidak masuk akal dan mungkin engkau sendiri tidak memahaminya. Engkau mengaku sebagai utusan Tuhanmu sebagai nabi dan rasul-Nya. Apakah kelebihanmu berbanding kami sehingga engkau dipilih menjadi rasul? Padahal ada orang-orang diantara kami yang lebih cekap dan lebih layak untuk menjadi nabi. Kata-katamu dan tujuanmu hanyalah untuk mengejar kedudukan dan ingin diangkat menjadi ketua dan pemimpin bagi kaummu. Hentikanlah usahamu untuk menyebarkan agama barumu dengan mencerca persembahan kami dan nenek moyangmu sendiri. Kami tidak akan mengikuti jalanmu dan meninggalkan jalan yang telah ditempuhi oleh orang-orang tua kami.

Nabi Saleh a.s menegaskan: "Aku sudah berulang-kali mengatakan kepada kamu bahawa aku tidak mengharapkan sesuatu daripada kamu sebagai balasan atas usahaku membimbing dan memberi penerangan kepada kamu. Aku tidak mengharapkan upah atau pangkat dan kedudukan atas usahaku yang aku lakukan semata-mata atas perintah Allah dan daripada-Nya kelak aku harapkan balasan dan ganjaran untuk itu. Jangan sekali-kali kamu harap bahawa aku akan melanggar perintah Tuhanku dan melalaikan kewajipanku kepada-Nya hanya semata-mata untuk meneruskan persembahan nenek moyang kami yang bathil itu. Siapakah yang akan melindungiku dari murka dan azab Tuhan jika aku berbuat demikian? Sesungguhnya kamu hanya akan merugikan dan membinasakan aku dengan seruanmu itu."

Setelah gagal dan tidak berhasil untuk menghentikan usaha dakwah Nabi Saleh a.s yang dilihat semakin giat menarik orang-orang berpihak kepadanya, para pemimpin dan ketua kaum Tsamud berusaha hendak membendung arus dakwah Nabi Saleh a.s yang semakin lama semakin mendapat perhatian, terutama dari kalangan bawah dan pertengahan dalam masyarakat. Mereka menentang Nabi Saleh a.s untuk membuktikan kebenaran kenabiannya dengan bukti mu'jizat dalam bentuk benda atau kejadian luar biasa yang berada di luar kekuasaan manusia.





p/s: semoga memberi manfaat ^_^

Sunday, July 21, 2013

Gabenor miskin yang kaya jiwa.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

*****

  Sa'id bin 'Amir al-Jumahi dilantik sebagai gabenor di Hims, Syria. Selepas beberapa tempoh beliau memerintah, sebuah gelegasi dari Hims datang mengadap Khalifah Umar al-Khattab di Madinah. 
  Semasa pertemuan tersebut, Khalifah Umar meminta senarai fakir miskin Hims untuk diberikan bantuan. Dalam senarai itu tercatat nama Sa'id bin 'Amir al-Jumahi.

  Beliau bertanya kepada delegasi tersebut: "Siapakah Sa'id bin 'Amir yang kamu tuliskan ini?"
  "Gabenor kami."
  "Benarkah gabenor kalian miskin?" Khalifah Umar kehairanan.
  "Benar, wahai amirulmukminin! Demi Allah, di rumahnya jarang dinyalakan api," jawab mereka meyakinkan khalifah.
  Mendengarkan jawapan itu, Khalifah Umar menangis sehingga air mata membasahi janggutnya. Kemudian beliau mengambil sebuah karung berisi wang seribu dinar.

  "Kalian pulanglah ke Hims. Sampaikan salam kepada Sa'id bin 'Amir. Wang ini saya kirimkan untuk beliau bagi meringankan kesusahannya."

  Apabila Sa'id menerima karung berisi wang tersebut, beliau meletakkan ia agak jauh dari dirinya sambil mengucapkan:

"Inna lillah wa inna ilaihi raji'un."

  Kemudian beiau mengambil semula karung berisi wang itu lalu meminta isterinya mengagihkannya kepada fakir miskin. Selang beberapa tempoh, Khalifah Umar berkunjung ke Syria untuk memeriksa pemerintahan perwakilan di sana.
Dalam kunjungan itu, beliau singgah di Hims. Rakyat Hims berkumpul untuk meraikan kedatangan khalifah. 

  Khalifah Umar bertanya kepada rakyat jelata: "Ada sebarang aduan berkenaan gabenor kamu?"
Seorang jurucakap yang mewakili penduduk Hims berkata: "Gabenor kami sering tiba di tempat kerja setelah matahari tinggi di atas kepala."
  Sa'id bin 'Amir al-Jumahi menjawab aduan itu: "Keluarga saya tidak memiliki pembantu. Setiap pagi saya membuat adunan roti. Sesudah siap barulah saya membakar roti untuk hidangan keluarga. Kemudian saya berwuduk. Setelah siap barulah saya ke tempat kerja untuk menguruskan masyarakat."
 "Gabenor tidak bersedia melayan kami pada malam hari," jurucakap meneruskan aduan.
 "Sa'id memberi penjelasan: "Saya telah membahagikan waktu saya. Siang hari untuk menguruskan kepentingan masyarakat, malam hari untuk mendekatkan diri kepada Allah."
 "Gabenor tidak masuk bekerja sehari penuh dalam sebulan." Aduan ketiga dikemukakan.
 "Saya hanya memiliki sepasang baju. Saya hanya mencucinya sekali sebulan. Saya menunggu sehingga baju itu kering, kemudian barulah saya dapat ke pejabat mentadbir urusan masyarakat," Sa'id menjawab jujur.
 Sekembali ke Madinah, Khalifah Umar mengirimkan seribu dinar untuk Sa'id bagi memenuhi keperluan hariannya.
  Kali ini isteri Sa'id memberikan cadangan: "Segala puji bagi Allah yang mencukupkan rezeki kita berkat keikhlasan kamu. Saya ingin menggunakan wang ini untuk membeli keperluan rumah dan menggaji seorang pembantu untuk kita."
  Namun Sa'id memberikan cadangan yang lebih bernas:
    "Kita berikan wang ini kepada rakyat yang memerlukannya. Itulah yang lebih baik bagi kita."
    "Mengapa?" Isterinya kehairanan.
    "Menderma bererti kita mendepositkan wang kepada Allah. Itulah cara yang lebih baik!" Sa'id mengemukakan hujahnya.
  Akhirnya Sa'id memasukkan wang itu ke dalam beberapa karung kecil, kemudian memberikan arahan kepada salah seorang ahli keluarganya: 
    "Berikan karung ini kepada janda si fulan. Ini pula kepada anak yatim si fulan. Karung ini pula si fulan yang miskin."
  
Sa'id membeli akhirat dengan dunia dan mengutamakan keredaan Allah dan Rasul melebihi segala-galanya. Semoga Allah melimpahkan kurniaan-Nya kepada Sa'id bin 'Amir al-Jumahi.

amin!



p/s : moral of the story? 

Wednesday, December 5, 2012

ketupat basi.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai bloggers dan readers sekalian! 
Sedang apa dan di mana?

*****

Ini "ketupat" bukan sebarangan ketupat tapi "ketupat" ini penentu syurga dan neraka. Seperti ketupat basi jika di makan alamatnya jadi 'sahabat' baik penunggu tandas, berulang alik ke markas 'perlindungan' syaitan. 

Begitu juga "ketupat" ini jika dibuat alamatnya tempahan 'tiket' sudah dibuat dan akan tetap laku selagimana tidak mendapat kemaafan dari 'isi' ketupat tu. "Ketupat" ini berisi tohmahan, cacian, sindiran terhadap orang lain dimakan bersama serunding 'daging' saudara sendiri. lazat sekali hingga menjilat jari sebab tu ramai yang suka buat "ketupat" ni.

masuk penjara hukuman dunia.

Tidak seperti dosa kepada Yang Maha Esa, bertaubat sebenar-benar taubat In Sha Allah dihapuskan dosa. Dosa "ketupat basi" selagi tidak mendapat kemaafan insan yang menjadi 'isi' dan 'rencah'nya maka dosanya akan berkekalan selama-lamanya.

"Ketupat" ini memang mudah terhasil, tak perlu daun palas, beras, pulut dan air rebusan hanya menggunakan anggota badan yang tidak bertulang maka terhasillah "ketupat basi". Jika berdua, bertiga, berempat, berlima atau pun satu kampung makin banyaklah "ketupat" yang dapat dihasilkan. Menjaja cerita menjadi 'wartawan' tak bergaji, 'mulia' sungguh hatinya kan 'berkerja' tanpa mengharapkan imbuhan *tabik? lempang laju-laju*

hukuman akhirat, neraka la jawabnya.

"Ketupat" berisi kisah benar itu namanya mengata, "ketupat" berisi cerita rekaan itu namanya fitnah. Dua-dua perilaku tak elok jadi untuk apa "ketupat" itu dihasilkan? banyak sangat pahala? murah hati nak bagi pahala free? Diam lebih baik daripada berkata-kata tetapi menyinggung perasaan sesama makhluk.


Ada yang terasa? ampun maaf di pinta!


p/s maaf jika ada yang terasa, aku hanya insan biasa, bukan niat untuk mengata, hanya berkongsi kata buat renungan bersama terutamanya buat aku yang mengeluarkan kata-kata.