Thursday, January 31, 2013

kejap ada, kejap takde..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

hai bloggers dan readers sekalian,
sedang apa dan di mana?

*****

kejap ada, kejap takde..dah macam iklan biskut chipsmore pula kan? hurmm itulah kaishin sejak kebelakangan ni, muncul sekejap lepas tu lama-lama baru muncul semula. entah sampai bila keadaan ni akan berlanjutan, aku sendiri pun tak tahu. harap sangat aku akan kembali macam dulu, kemaskini entri setiap hari sekurang-kurangnya satu entri, respon kepada komen-komen yang ada, berjalan blog dan macam-macam lagi.

hari-hari join chengut termenung :P

actually kalau nak kata takde idea, tak kot sebab idea sentiasa ada, ada je cerita yang nak di kongsi tapi setiap kali nak menaip mood menulis melayang entah ke mana. erm bila kepala dah mula fikir pasal mood yang tiba-tiba hilang tu alamatnya jadi draf je la entri tu.

erm itu la kelemahan yang perlu aku atasi sekarang, kalau tak aku rasa bukan setakat bersawang je blog ni silap-silap kena makan dek anai-anai rebah menyembah bumi la blog ni jawabnya. 


p/s mencari solusi

Wednesday, January 23, 2013

musim mengawan agaknya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
 
hai bloggers dan readers sekalian, 
sedang apa dan di mana?
 
*****
 
Sejak tiga empat hari lepas tidur malam aku asyik terganggu jer. bukan sebab mimpi-mimpi yang menakutkan atau mengigau perkara-perkara mengarut tapi sebab makhluk Allah yang dalam gambar di bawah ni..huhu
 
 saya comel kan? :P

Sepanjang hidup aku belum pernah lagi aku dengar suara burung hantu ni tapi sejak tiga empat hari lepas aku dapat dengar, agak menakutkan. bunyi suara dia seakan-akan burung helang, nyaring jer bunyinya.

Kalau tak silap aku ada tiga atau empat ekor yang buat bising atas bumbung rumah aku. Aku rasa diorang nak mengawan kot sebab suara diorang tu macam suara tengah berebut sesuatu, macam tengah berlawan untuk berebut habuan. Sampaikan masa anak kucing aku hilang dua hari lepas, aku fikir diorang yang makan tapi aku silap sebab anak kucing aku tu berjalan sampai lupa jalan nak balik rumah *agaknyalah* sebab anak jiran aku jumpa anak kucing tu dekat rumah jiran aku yang lain. 

Kalau ikut kan apa yang aku selalu tengok dalam rancangan national geographic tu macam tu la kalau binatang nak mengawan. Bergaduh bertujuan menunjukkan siapa hebat bagi menarik perhatian si betina dan bagi menunjukkan bahawa aku lebih layak untuk dia betul ke macam tu? 

 Ada masa rasa seronok bila tengok binatang bergaduh berebutkan sesuatu tapi ada masa takut tengok sebab kadang-kadang bila bergaduh tu ada yang sampai luka-luka, berdarah satu badan, kesian pun ada bila tengok macam tu. Agak-agak malam ni diorang bergaduh lagi atau tidak? kena tunggu malam la baru tau jawapannya kan ;)


p/s masih terkial-kial mencari ruang dan waktu untuk berjalan blog dan kembali aktif macam dulu =.=

Pahang vs Terengganu

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
 
*****
 
 
 
 
p/s majulah sukan untuk negara

Tuesday, January 22, 2013

makan ikut sunnah!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
 
  hai semua bloggers dan readers sekalian,
sedang apa dan di mana?

*****

Makan, siapa tak suka makan? aku rasa semua yang membaca ni suka makan cuma apa yang di makan tu terpulang la pada selera masing-masing kan. Ada yang makan banyak, ada yang makan sikit tapi kerap, ada yang catu makan sebab nak diet atau pun terpaksa catu makanan disebabkan kekurangan sumber makanan.

Cara makan pun aku rasa tak sama, ada yang makan lahap, ada yang makan sopan, ada juga yang memilih makanan kan. Tapi walau macam mana pun cara kita makan, perlu di ingat bahawa dalam Islam setiap perkara ada adab dan etikanya. Dan sebagai seorang Islam contoh tauladan yang terbaik pastinya nabi junjungan kita Nabi Muhamad s.a.w.
 
Untuk memastikan kesihatan badan terpelihara, ada adab dan etika yang perlu kita patuhi ketika makan dan tidak digalakkan makan sesuka hati atau terlampau kenyang. Tabiat pemakanan yang terbaik adalah mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

Ketika hendak makan Rasulullah s.a.w menyuruh kita agar memulakan dengan bacaan BISMILLAH dan di akhiri dengan ucapan ALHAMDULILLAH kerana apa? ianya sebagai tanda kita mensyukuri dengan nikmat yang di kurniakan oleh Allah kepada hamba-Nya. Rasulullah s.a.w hanya makan ketika benar-benar lapar dan berhenti sebelum kenyang. Mengambil makanan secara berlebihan tidak baik untuk kesihatan tubuh badan kerana ia memberatkan organ dan sistem pencernaan sehingga melemahkan dan menyebabkan sistem pencernaan tidak dilakukan secara teratur.

"..makan dan minumlah, janganlah berlebih-lebihan..al-A'raf:31"

Rasulullah s.a.w juga hanya makan menggunakan tangan kanan, menggunakan tiga jari dan apabila selesai makan Baginda s.a.w akan menjilat ketiga-tiga jari tersebut sebelum mencucinya. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Jika salah seorang antara kalian hendak makan, maka hendaknya makan menggunakan tangan kanan dan apabila hendak minum juga dengan tangan kanan. Sesungguhnya syaitan itu makan dengan tangan kiri dan minum juga menggunakan tangan kiri." (Hadis riwayat Muslim)

Menjilat jari sebelum membasuh juga ada hikmahnya kerana kandungan Enzim yang terdapat pada jari akan bercampur dengan makanan dan memudahkan proses pencernaan. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

"Apabila seorang daripada kamu selesai makan, jangan dibersihkan jarinya sebelum dia menjilatnya" (hadis riwayat Muslim)

Membasuh tangan dan berkumur selepas makan adalah amalan sunnah yang bertujuan untuk  membersihkan gigi daripada sisa makanan dan bakteria. Islam itu lengkap!


Selamat beramal. Wassalam.




p/s dua puluh dua januari genap setahun -.-


 
 


Sunday, January 20, 2013

cakap salah, tak cakap serba salah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
 
hai bloggers dan readers sekalian, 
sedang apa dan di mana? ;)
 
*****
 
TIGA MINGGU sudah aku tidak menaip di sini, tidak berjalan blog, tidak membalas komen (lebih rasanya)  tapi aku sentiasa skodeng apa yang orang lain tweet. Dalam tempoh tiga minggu ini macam-macam cerita dan isu yang timbul kan. Ada isu tentang amanat yang tertanam sejak tiga puluh tahun lepas, tup tup sekarang timbul pula bila bahang pilihanraya umum semakin panas.

Ada juga isu tentang kalimah Allah yang sampai sekarang pun masih ada lagi yang bertikam lidah tentang isu ni. Masing-masing sibuk nak mempertahankan hujah, tak ketinggalan juga yang tumpang sekaki membahan orang walhal yang membahan tu aku tengok twitcon dia rambut berkarat, baju bungkus nangka tapi itu semua tak jadi masalah bagi aku sebab mulut diorang yang berkata-kata. Cuma satu saja yang aku risau bila bercakap soal agama, takut tersilap kata-kata atau perbuatan boleh jadi FASIK atau lebih teruk lagi SYIRIK. na'uzubillahiminzalik!

erm itu saja yang aku nak taip kali ni, otak aku masih terkial-kial mencari bahan untuk di kongsi di sini. Lain kali bila otak aku dah hilang blurr, aku akan menaip lagi.


Wassalam.


p/s lagi dua hari cukup setahun.*auto*