Tuesday, February 28, 2012

Mala Nasohah 1st Giveaway Contest 2012'

assalamualaikum wbt..

firstly terima kasih sudi jemput saya join GA ni..erm dah last minit ni baru join hampir-hampir terlepas peluang ni hehe..apa pun join sini bukan hadiah tu yang di kejar cuma nak memeriahkan suasana dan berkenalan..cam bagus je ayat hehe


erm tak berapa pandai nak berkata-kata ni sebenarnya..cuma saya nak kata
beruntunglah seorang hamba Allah apabila mereka diberi ujian dan dugaan dalam kehidupan kerana sesungguhnya ujian itu adalah sebagai tanda bahawa Allah menyayangi hambaNya dan sentiasa mengingatkan mereka agar sentiasa bersyukur dan tidak lalai daripada mengingatiNya..dan pasti mereka dapat mengharunginya kerana ujian dari Allah takkan melebihi daripada kemampuan seseorang manusia..

p/s : yang baik dari Allah, yg buruk dari kelemahan diri sendiri..^_^

Monday, February 27, 2012

Lovestory313 1st Giveaway

Assalamualaikum wbt..

tadi jalan-jalan bw terjumpa la Giveaway ni..


nak join klik je banner ni ye

ni first time le aku join..almaklumlah org baru hehe..lagipun ada hadiah kan..mana tau ada rezeki boleh menang kan ^_^

erm aku nak tag sapa ye..

alasan malas..badan tak sihat la ;)

Assalamualaikum wbt..

kepala nyut nyut nyut..badan pegal-pegal je..cuaca pulak boleh tahan panasnya..semua tu aku jadikan alasan utk bermalas-malas je hari ni (ahad) haha hampeh betul aku ni kan,mengong betul aku ni ;)

pics curi ni :)

bakpe ye ari ni aku rasa malas sungguh nak buat keje..nak kata sebab badan tak sihat tak juga..selalu sebelum ni molek je buat keje walaupun badan tak berapa sihat..takkan coming moon kot,erm mustahil tu ^_^

tengok kan dah merapu kat sini..erm dah la kot, ambo malah nok ngarut kotsey sini..ambo nak g bw semetar deh..pahtu ambo nak g tido, nak mipi ko gewe hak ambo berehi tu hehe..

chow chin chow

p/s ; sekali sekala keluar ayat pantai tmur best juga kan ^_^

Sunday, February 26, 2012

Ahad datang lagi..

Assalamualaikum w.b.t

pics dr graphicshunt.com

yeaay dah hari ahad hehe..erm apa yang istimewa sangat hari ahad ni ye..bagi aku semua tu terpulang atas pendapat individu lah kan, macam mana nak mengklasifikasikan keistimewaan hari ahad ni..:)

takde apa yang aku nak tulis hari ni, just nak mengucapkan selamat berhari ahad semua ye..^_^

p/s : jap g nak buka kedai pulak..ahad pun kena keje jugak aku ni cuma lewat sikit buka nya..biasa la ka ^_^

sampai jumpa..:)

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah selesai bw utk hari ni..lewat dah ni, dah pukul 3 lebih pun hehe..

best je dia tido kan

mata pun dah start rasa pedih so masa dah time la ni untuk melingkar bersama bantal peluk aku ^_^
esok eh ari ni la lepas siap semua keje dan ada masa terluang, insyaAllah aku akan menjengah ke sini lagi..sampai bertemu lagi ya kalian..tetiba jadi indon hehe

p/s : bak kata pembaca berita tv9 tu SAMPAI JUMPA..^_^

Saturday, February 25, 2012

kuatnya dia!!!

Assalamualaikum wbt..

Macam-macam hal jadi zaman sekarang ni kan..tadi petang aku belek punya belek surat khabar, terbaca satu tajuk yang agak menarik perhatian aku..dah kata tertarik tu apalagi aku terus la baca isinya,


Remaja Angkat kereta 900kg selamatkan datuk..korang pun mesti tertarik ngan tajuk tu kan hehe..benda ni jadi kat Michigan nu..erm Michigan tu kat mana ye hehe

seorang remaja, Austin Smith 15, berkata kejadian tu terjadi ketika dia membantu datuknya, Ernest 'Papa Eenie' Monhollen di rumah sabtu lalu apabila kenderaan itu terjatuh dari blok kayu yang menahannya dan menimpa Monhollen, lapor televisyen WDIV-TV,Detroit.

"Saya terlalu takut, saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan" kata Smith dipetik dari akhbar Korean Herald..Smith berkata, dia kemudian memegang bahagian depan kenderaan itu dan mengangkatnya bagi membolehkan datuknya keluar."Mungkin semuanya terjadi disebabkan adrenalin" kata Smith lagi..

Tak sangka kan, umur 15 tahun mampu angkat beban 900 kg..tapi itu la kan, bila dah cemas macam-macam perkara yang tak disangka boleh jadi..nak nak pulak perkara melibatkan keselamatan insan tersayang kan..^_^

Sumber : berita harian

p/s : apa aku boleh buat kalau cemas sesangat ye..hurmm ;)

cacing spesies baru kot..

Assalamualaikum wbt..

Dunia makin moden, zaman makin canggih..itu yang biasa kita tengok dan lalui tp pernah tak kita fikir spesis binatanng, serangga dan flora pun makin pelik dan pelbagai..


terbaru di India..selepas LIMA tahun meneroka hutan, satu spesies baru haiwan amfibia tidak berkaki ditemui dipedalaman utara India oleh sepasukan pakar biologi di ketuai Profesor Sathyabhama Das Biju, dari Universiti Delhi. Keseluruhan keluarga spesies itu dikenalpasti dan digelar Chikilidae berasal dari kawasan itu tetapi keturunannya dikaitkan dengan Afrika..erm jauh juga spesies ni merantau untuk berevolusi ye huhu..

Ini membuktikan India menjadi habitat kehidupan amfibia dan kawasan utama kepelbagaian biologi yang wajar dilindungi daripada kesan pembangunan negara itu. Ini kerana kepelbagaian biologi di India beekurangan dengan pantas lantaran kerakusan manusia atas nama pembangunan..habitat haiwan dimusnahkan tanpa belas kasihan.

Sumber : berita harian.


p/s : harap sangat Malaysia fikirkan habitat-habitat haiwan sebelum memulakan satu pembangunan..

dah sabtu ke??..

Assalamualaikum w.b.t..

selamat tengah hari semua..sihat-sihat belaka ye..dah makan tengah hari?..ke puasa sunat ^_^

pics cari kat google..

kejap je masa berlalu, pejam celik dah sabtu ye..yang kerja gomen separuh hari je kan hari ni..aku je la yg kerja 24/7, almaklumlahkan kerja sendiri tp takpe sebab aku suka dan happy dengan kerja aku cuma kadang-kadang tu ada la sikit-sikit rasa bosan hehe..

tempat aku hari sabtu ada pekan sehari..eh ye ke sehari bukan separuh hari je ke hehe..tp aku tak pergi pun sebab aku tak berapa minat tempat-tempat ramai orang ni (anti sosial ke apa ni)lagi pun takde apa yang aku nak beli kat situ..tp tu lah kan takde manusia yang sempurna kat dunia ni dan aku pun termasuk lah dalam golongan tak sempurna tu..


p/s : salam sabtu semua..^_^

pujukan syaitan..

Assalamualaikum w.b.t

salam sejahtera, sihat ke sahabat semua..fuh akhirnya sampai juga aku ke sini setelah dua hari tak jumpa jalan hehe..poyo betul la kan ;)

gambar curi hehe
kesian baby tu ngantuk sangat sampai tido dalam kasut hehe..

ermm nak kata aku sibuk sangat takde rasanya cuma agak keletihan kot..dua tiga ari ni badan aku rasa cam tak sedap je jenuh da aku telan panadol ta elok juga, penyudahnya lepas solat jumaat tadi, eh semalam le skrg ni dah sabtu kan (iklan jap)..lepas solat jumaat aku bantai tido, tak tahan sangat dah, masa tok khatib baca khutbah tadi dah macam hyppo nguap je manjang..segan aku ngan orang sebelah sebelah tu padahal sebelum ni tak penah jadi camtu :(

mesti setan punya keje kan..pandai betul dia cucuk aku masa tu hampeh betul..erm tapi bukan ke memang setan dah janji nak kacau anak adam sampai kiamat..silap aku la tu kan tak kuat nak lawan godaan setan jahanam tu..

“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara yang keji, dan menyuruh kamu berkata dusta terhadap Allah, apa yang kamu tidak ketahui.” (al-Baqarah:168-169)

Wassalam

Thursday, February 23, 2012

Arigato..

Assalamualaikum wbt..

Chewah cam best je tajuk tu kan, cakap jepun tu padahal tu je yang aku tau pun ^_^

Ok la ye..sebagai orang baru yang masih dalam proses pembelajaran dan pengenalan, kehadiran pengikut (follower) dan pembaca memang amat-amat diperlukan bagi mendapat maklumbalas berkaitan kekemasan blog dan keberkesanan entry2 yang aku buat kat sini (bagi aku)..ayat skema giler hehe
pinjam kat pakcik google

entri ni khas aku buat sebagai tanda aku menghargai semua follower dan tetamu-tetamu yang sudi singgah dan baca entri-entri aku yang tak seberapa kat blog ni ye..terima kasih bebanyak ye semua..singgah-singgah la selalu ye ;)

wassalam..


p/s : org memberi kita merasa, org berbudi kita berbahasa (btl ke ni) ^_^

Alkisah di suatu petang...

Assalamualaikum wbt..

arini nak cite pasal apa ye..apsal la blurr sokmo ni ye..sokmo cenggini siot betul la aku ni..tensen aku weh ;)

siang tadi aku keluar kerayong kejap, nak reload stok utk kedai aku..takde la banyak mana pun, beli yang mana patut je..erm kerayong sokmo kan hehe dah bandar yang terdekat kerayong jadinya kerayong le aku pegi kan hehe..lain la kalo aku duk kuantan ke aku g kuantan le kan..banyak songeh la aku ni nak cite, cite je la huh..


tengah best aku shopping tadi, tokey aku telepon pulak kata nak ambik duit huhu..nak taknak kena la aku menunggu dia kat kerayong tu (selalu dia masuk dalam)..dah settle semua hal yang aku nak kena buat aku pun lepak la dalam kereta..parking kat depan post office kerayong tu..tengah best2 aku layan facebook n tweet kat tepon aku, ada la sorang mamat ni (polis D8) tanya aku.. camni lak lebih kurang aku sembang..

D8 : mat ko duduk mana?
aku : duk kepayang..nape?
D8 : ko buat apa kat sini?
aku : tunggu tokey na bagi duit..
D8 : kalo aku nak buat urine test kat ko boleh tak?
aku : boleh je tp nak kena buat juga ke?
D8 : buat le kejap..apsal ko takut sangkut ke..
aku : eh takde la..nak sangkut apa kalau tak main kan
D8 : nak tau sangkut ke tak, kena test dulu la
aku : haha betul da tu
D8 : ok..dah tu jom ikut aku kejap
aku : ok jom la..


tu la alkisahnya haha tak pasal aku kena urine test tadi..kompem la lepas sebab aku tak penah main pun..isap rokok ye tp main benda tu memang takde tapi aku ni mat pit ke?..aku tau la aku ni keding je tp keding bukan sebab benda haraam jadah tu ok..makk bapak aku dah pesan "kalao ko kena tangkap pasal benda tu, ko duduk la dalam lokap tu takde sapa nak jamin"..seram aku dengor hehe

p/s : aku kenal D8 tu tp dia je tak kenal aku ^_^

Wednesday, February 22, 2012

betul ke ni???

selamat siang selamat sejahtera semua..



p/s : susah nak percaya tp tak mustahil kan..

Pelik tapi benar..

Assalamualaikum wbt..


Keajaiban ciptaan Allah..

Tuesday, February 21, 2012

bersenam baru sihat..

Assalamualaikum wbt..

Mental dan fizikal merupakan aset yang paling penting bagi semua manusia..kedua-duanya perlu dijaga dengan sebaik mungkin bagi menjamin kelancaran perjalanan hidup kita sehari-hari..Bagi menjamin kesihatan mental dan fizikal, kita digalakkan utk membuat senaman..

Di London hasil dari satu kaji selidik menyatakan bahawa, bersenam selama satu jam setiap hari mampu meningkatkan keupayaan dan pembelajaran individu bukan sahaja kanak-kanak malah golongan dewasa juga..

gambar sekadar hiasan

Berjalan dan berbasikal setiap hari selama enam bulan hingga setahun dapat meningkatkan daya ingatan dan kemahiran golongan dewasa sebanyak 15 hingga 20 peratus DAN membantu meningkatkan saiz bahagian penting dalam otak..ooo patut la Jimmy Neutron cerdik tgk kepala dia besar kan ;)

pinjam tak pulang dah ni ;)

Pengarah Beckman Institute for Advanced Science and Technology di Universiti Illionis, Proffesor Art Kramer berkata senaman memberi kesan yang besar dalam meningkatkan prestasi kanak-kanak dan juga membantu orang dewasa berhadapan masalah hilang ingatan apabila usia meningkat atau dalam erti kata lain apabila usia semakin tua..

Bersenam juga memberi kesan positif terhadap penyakit kordivaskular dan diabetes, dapat meningkatkan fungsi otak dan struktur otak itu sendiri.Hasil ujian neuroimaging juga menunjukkan rangkaian dan struktur otak berubah akibat dari bersenam malah dengan bersenam kita dapat mengurangkan kesan penuaan otak selama satu hingga dua tahun.

sumber dari berita harian..wassalam..


p/s : patut la aku rasa cam dah tua sgt je aku ni ^_^

How well do u know ur baby?

Assalamualaikum wbt..

How well do u know ur baby? If U think ur pretty good at babycare, #HuggiesCouples wants to reward u!

click pics if u like it..

Anak adalah anugerah dari Allah dan setiap anak telah tertulis rezeki untuk mereka..^_^


stay clean and healthy..

Assalamualaikumwarahmatullah..

Keep ur little darlings protected as they play outdoors with #DettolNoTouch


click photo for more info

kesihatan..
perkara yang perlu dititik berat kan dalam kehidupan kita..islam juga menggalakkan setiap muslimin dan muslimah menjaga kebersihan diri dan alam sekitar.. ANNAZOFATUMINALIMAN (kebersihan itu sebahagian daripada iman)..^_^


segmen tambah follower sampai pengsan

Assalamualaikum warahmatullah

Aku ni baru lagi dan baru mula nak belajar mengesot pasal blogging ni..jadi aku rasa aku perlu join segmen ni dan juga sebagai tanda aku sokong segmen ni..boleh kan ^_^

nak join klik je kat banner tu ye..

Nama aku KHAIRIL tp kat blog ni nama aku KAISHIN..kenapa apa aku pilih KAISHIN ye..kalo tak silap aku KAISHIN ni maknanya gembira kalo translate dari bahasa cina..jadinya aku nak happy-happy je blogging ni..betul kan hehe

Aku buat blog asalnya sebab aku nak buat blog ni ibarat diari hidup aku la..sambil-sambil tu aku boleh jalan-jalan masuk blog orang lain..baca apa yang diorang tulis, lagipun boleh dapat tau banyak ilmu sebenarnya sebab macam-macam jenis blog yang ada sekarang ni kan..ada yang blogging pasal kesihatan, sejarah, politik dan banyak lagi le yang aku boleh explore..siapa aku???


kesayanganku..

Assalamualaikum warahmaatullah..

Hari ini tiada apa yang nak diucapkan sekadar ingin berkongsi ^_^

ni Comot

ni Pungut..

ni Chubby

ni Tomboi..

ni pulak Atan..

ni sebahagian dari kucing yang aku ada ^_^


p/s : kucingkan binatang kesayangan Nabi..:)

Sunday, February 19, 2012

hari minggu..

assalamualaikum warahmatullah..


pejam celik dah hari ahad kan..kesibukan bekerja membuatkan masa tu rasa cepat je berlalu..tapi bagi aku tiada beza pun hari ahad ke hari apa ke sebab aku ni kerja sendiri so kalau aku rasa penat dengan keje aku cuti kalau rasa boleh teruskan keje aku keje je lah..ahad pun ahad la, org lain cuti aku keje jugak ;)..


korang semua mestii ada aktiviti kan..ada yg pegi window shopping, yg pegi dating pun ada, tapi aku rasa ramai yg lepak kat rumah je kan..abiskan masa bersama insan tersayang..bila lagi kan, hari lain sibuk ngan study @ kerja so ahad cuti lepak dengan insan-insan tersayang je la..sambil-sambil tu boleh la basuh kereta ke, kemas rumah ke, selesaikan laundry yang menimbun tu ke hehe..apa pun aktiviti korang, penuhilah hari minggu anda dengan perkara-perkara yang berfaedah ye..^_^

wassalam..


p/s : tak tau nak buat apa..buka kedai je la baru masyuk hehe

syukur alhamdulillah..

assalamualaikum warahmatullah dan selamat sejahtera hendaknya ye..


siang tadi hujan turun, lebat juga la siap dengan angin lagi..kalau ada pokok yg dah reput tu memang kompem tumbang le jawabnya pastu kalau ada bumbung rumah yang paku tak berapa nak kemas tu gerenti terbang le atap tu..silap-silap boleh banjir le dalam rumah hehe.

sambil-sambil dok menunggu hujan berenti tu, aku lepak ngan sorang mamat ni(aku tak kenal pun) dan aku ada terdengar le dia mengeluh pasal hujan dah turun jadinya kerja dia tertangguh le (keje apa aku takk tanya pulak)..dia kata "susah betul hujan ni, semua keje tak jadi dibuatnya"..erm betul la tu kan, bila hujan turun kalau ada keje outdoor memang tertangguh le kejenya kan..tapi la kan, aku tertanya-tanya la juga "mamat ni marah kat sapa?"..kalau marah kat hujan, bukan ke Allah yg buat hujan tu so kalau mmarah kat hujan maknanya dia marah kat Allah la kan..pencipta paling agung "kun fa ya kun" je semua boleh jadi..

yang aku pelik tu, time panas terik pun ramai juga yang mengeluh..panas sangat sampai tak larat nak buat keje katanya..ish ish ish mana satu nak ni..hujan mengeluh panas pun mengeluh juga..itu la manusia kan jarang sangat nak bersyukur dengan apa yg Allah bagi..

hujan ke panas ke, kita ni hamba je so terima je la kan..Allah turunkan hujan sebab nak baagi sejuk bumi ni pastu hujan ni kan ke boleh bersihkan udara..tak caya cuba la sendiiri, sebelum hujan udara panas je kadang tu sampai tak boleh nak bernafas sebab habuk @ asap terlampau banyak dalam udara tp cuba lepas hujan..bila udara yg kotor dek habuk dan asap tu dah takde, rasa nyaman je udara nak bernafas pun rasa lancar je kan,siap boleh tido nyenyak sampai ngigau lagi hehe..

kesimpulannya (bg aku la)..hujan ke panas ke kita tetap perlu bersyukur..pasti ada makna yang tersirat di sebalik semua kejadian tu..makna yang hanya Allah sebagai pencipta agung je yg tahu..

Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud :

"Siapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab."

(Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad)

wassalam..


p/s : setiap perkara pasti ada makna yang tersurat dan yang tersirat ^_^

segmen jika dan berapa soal PM

assalamualaikum warahmatullah dan selamat sejahtera..^_^


erm rasa cam nak join juga la..lagipun tak susah kot cuma jawab soalan je kan..

SOALAN 1 : BERAPA KALI ANDA GOSOK GIGI DALAM SEHARI.

erm dua kali je sehari gosok gigi..memula masa nak mandi pagi tu pastu masa malam sebelum tido yg lain tu kumur-kumur je ngan colgate plus..

SOALAN 2 : JIKA PM BAGI ANDA RM 200 APA YANG AKAN ADA BUAT ?

yang ni susah sikit nak jawab..erm memula beli topup maxis rm10..topup celcom rm10..rokok dunhill rm10 (bila la aku nak berenti)..isi minyak motor rm5..makan tengah ari rm5..majalah kreko rm4..majalah gempak rm4.20..surat kabar berita harian rm1.50..erm tu je rasanya yang selebihnya tu simpan je la :)

SOALAN 3 : MANA AWAK TAHU BLOG PM NI?

mana aku tau ye..memula tau PM ni masa baca blog nornadiah, PM ada komen kat entry cik nad tu (tak ingat entry mana satu), pastu buka le blog PM ni..tp tak follow pun ni baru je follow sebab nak join segmen ni kan..erm tu je la hehe

wassalam..

Saturday, February 18, 2012

Alhamdulillah..selamat pergi dan balik ^_^

Assalamualaikum warahmatullah...

Memula syukur alhamdulillah perjalanan pergi dan balik berjalan lancar..boleh dikatakan langsung tiada kesulitan tapi kalau bab "jammed" tu biasa la kan ;)


Mesti korang pelik kot, kenapa tiba-tiba sebut pasal perjalanan pergi balik..aku trip ke kelantan semalam pegi ambik mama aku kat rumah makcik kat pasir putih,kelantan..mama aku dah seminggu kat sana sebab kena jaga tok ayah aku..kalau ikutkan mama aku nak balik lama dah tapi tak boleh sebab makcik aku tu ada urusan so dia tak sempat nak tengok2kan tok ayah aku tu..dan sekarang disebabkan makcik aku tu boleh dikatakan selesai la urusan dia jadinya mama aku dah boleh lepas tangan le kan..apa lagi mama aku pun "calling2" la suruh pegi ambik dia..


Makanya semalam (16/2) tengah hari aku gerak and sampai sini balik pukul 2230 tadi..erm cam pegi balik hari je kan..1300(16/2) gerak sampai sana pukul 2230 pastu pukul 1030 (17/2) gerak sampai sini tadi pukul 2230..hehe kan ke hari jumaat so berenti solat jumaat itu pasal jadi lambat..kalau tak paling lama pun 9 jam je hehe

Erm mata dah pedih..badan pun dah rasa cam letih je so aku stop kat sini je la ye..

wassalam..


p/s : blogwalking jap le..terima kasih semua ^_^

Thursday, February 16, 2012

BLOGLIST PUTERI KASIH

Assalamualaikum warahmatullah..



SAYA NAK MENJADI SAHABAT PUTERI KASIH


disebabkan aku ni budak baru so aku pun nak join juga lah ye..

korang nak join?..klik je kat banner atas tu ^_^..

wassalam..


p/s : kalau boleh aku nak join semua ^_^

Wednesday, February 15, 2012

tanggungjawab..

Assalamualaikum warahmatullah..

Selamat petang semua..apa khabar semua?..erm kenapa gambar lembu?..hehe


okey la..tadi aku keluar kerayong sekejap, cari barang untuk kedai..pegi post office bayar bil-bil yang dah nak sampai due datenya hehe..ok lah tu intro je ^_^

Sekarang ni aku nak sentuh soal lembu tu pulak ye..aku ni duduk felda jadi kat felda ni boleh dikatakan separuh peneroka ada bela lembu..bagus la kan utk tambah ekonomi keluarga, persoalannya sekarang ni cara mereka bela lembu tu..tak berpagar, ancam keselamatan pemandu dan penumpang sebab diaekor main lintas jalan tak tengok kiri kanan..tadi pun kalau hilux tu tak perasan, dapat la aku tengok lembu naik hilux, jenuh la tuan lembu nak membayar kalau tuan hilux tuntut ganti rugi..baru tau langit tu tinggi ke rendah ^_^..

Dalam perjalanan pegi dan balik tadi, kalau tak silap aku ada dalam 4@5 kumpulan lembu yang "bersidai" kat tepi jalan..kalau jadi kemalangan ke, seksa la tuan kenderaan tu..badan sakit, kenderaan rosak, poket makin menipis dan yang paling takut NYAWA MELAYANG..innalillahiwainnailaihiraj'un, ada sesetengah kes la tapi selalunya nyawa lembu la yang melayang ~_~..tuan lembu?..hilang terus tak nampak batang hidung..tau pun takut ;)..

Itu belum kira lagi pasal lembu masuk kampung, masuk kebun orang, makan tanaman orang..kalau disembelih jadi tak berkat daging lembu tu dek kerana hari-hari kena sumpah dengan orang kampung..erm agaknya tu la sebabnya aku kurang makan daging kot ;)..

Wassalam..


p/s : lembu punya susu, sapi dapat nama ^_^
p/s : dah nak maghrib ni, jom kita ^_^

Tuesday, February 14, 2012

Apek lagi...

Assalamualaikum warahmatullah..

Cik kak cik abang apa kabar?..sihat la hendaknya ye..


Tadi baru je baca paper..belek punya belek terbaca la cite pasal hero malaya ni..erm apa lagi la cite dia ni tak abis-abis..lepas satu satu kontrovesi, kadang tu kesian juga tgk dia ni tp itulah nasib bila dah jadi org glamer nih..hadap je la ^_^

Berat tul dugaan apek ni ye..kali ni kompeni dia KFR Sdn Bhd lak kena simbah cat..ish2 takde keje lain ke manusia ni selain drpd duk dengki kat org..berita ni agak basi sebenarnya sebab kejadian ni berlaku hari Sabtu lepas (3 ari dah)..berikut kejadian tu pengurus KFR sdn bhd Seiyed Ahmad Mohamad Yusoff terpaksa membuat laporan polis sebab bimbang akan keselamatan Apek sebab kejadian ni (simbah cat) dah kali ketiga berlaku.

Rentetan kejadian tu, pihak syarikat terpaksa memasang CCTV di sekitar pejabat selain drpd mengupah 3 org individu utk mengiringi Apek sepanjang masa sebagai langkah keselamatan..katanya lagi, 3 individu tu hanya ditugaskan mengawasi Apek tp tidak diiktiraf sbg pegawai peribadi (bukan ke sama je) hehe..tugas diorang cuma memerhati sesiapa yg mendekati Apek dan report terus ke KFR sdn bhd dan semestinya identiti diorang tak didedahkan..erm kalo dedahkan baik tak payah upah iye dak hehe..

Sumber berita harian..


p/s : sepatutnya bagi semangat utk lebih maju bukan menjatuhkan ^_^

Valentine tu apa ek???

assalamualaikum warahmatullah..

sekarang ni dah masuk 14 Februari so ramai la yg duk terhegeh2 sambut hari kekasih..


“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am : 116)

valentine tu sebenarnya seorang santo dan tanggal 14 Februari 270 M, st valentine mati dibunuh kerana bertelingkah dengan penguasa Romawi pada waktu itu Raja Claudius II (268 - 270 M), dan sebagai mengagungkan valentine yg dianggap simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'UPACARA KEAGAMAAN'.

“ Dan janganlah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)

NA`UZUBILLAHIMINZALIK..


p/s : baca Al Quran lagi baik

Monday, February 13, 2012

ku panjatkan doa..

Assalamualaikum warahmatullah..

Isnin..hari permulaan bagi setiap minggu, isnin juga merupakan hari lahirnya insan agung yg juga merupakan junjungan besar kita Nabi Muhammad pemimpin umat akhir zaman.Allahumma solli'ala saidina Muhammad wa'ala ali saidina Muhammad.

Actually arini agak sibuk tp dah nama pun kehidupan mesti lah sibuk kan..sibuk pegi sana pegi sini sebenarnya..pegi cari stock utk kedai, pegi bayar duit kereta almaklumlahkan kereta bank punya so dah guna kena bayar le, lain la kalo dah abis bayar baru boleh ngaku kereta sendiri hehe.


Melalut apa lagi ni ;)..sebenarnya aku ni nak panjatkan doa buat tok ayah aku kat terengganu nu sbb baru ni dia kena strok pastu td mama aku call kata tok ayah masuk hospital lg pasal suspek lemah jantung pulak..erm tu la kan, kalo dah berumur ni macam2 penyakit datang..

erm mama aku dah 4 hari duk sana, sunyi umah tak dgr dia membebel hehe..mama aku kata tok ayah aku ni sakit dia pelik sikit..siang dia tido je pastu bila maghrib ngan tgh malam baru dia start cam mengeluh la, meracau la..betul ke lemah jantung?..ke ada benda lain..erm tak mustahil kan..ni bukan aku nak percaya bulat2 tp makhluk2 tu kan mmg wujud cuma kita tak boleh nmpk ngan mata kasar je..

Apapun aku doakan yg terbaik utk tok ayah aku tu..insyaAllah kalo xde aral 2/3 ari lg aku gerak ke sana lak..ziarah dan ambik mama aku sekali.


p/s : ingat waktu muda mu sebelum sampai waktu tua mu..^_^

Sunday, February 12, 2012

Ahad ke?..

Assalamualaikum warahmatullah..


Ahad..hari yg dinanti dah muncul..bestkan dpt lepak2 kat umah, berkumpul ngan ahli keluarga bg yg berkeluarga @ lepak2 ngan housemate layan cite kat tv tak pun gosip2 cite pasal pakwe ke awek ke hehe. Tak kurang juga yg ambik kesempatan ni jalan2 g window shopping tak pun g dating tgk movie kan ;)..

Bagi aku ahad ni sama je kot sbb org yg keje cam aku ni, hari ahad pun kena keje jugak so xde beza la kan ngan hari2 lain. Selagi belum tutup mata keje, keje, keje hehe..almaklumlah aku bkn keje mkn gaji, cuti pun gaji ttp jalan.lagipun sekarang ni kan zaman duit, xde duit susah la sikit nak hidup tp kdg tu kalo rasa penat sgt aku cuti la juga tak kan nak keje je sokmo kan..kena rehatkan gak fizikal n mental ni, kena bersosial juga kan "hablum minallah wa hablum minan nas"..hubungan ngan Allah kena jaga, hubungan sesama manusia pun kena jaga juga ;)..

Tapi kan kalo boleh ujung2 minggu camni jgn la enjoy lebih-lebih sgt, takut nanti enjoy lebih sgt sedih lak dtg menegur..berpada-padalah ye sebelum buat sesuatu tu igt Allah, igt mak ayah kt kg, igt dosa pahala, bkn apa cuma takut nanti menyesal dikemudian hari. Apa pun selamat berhari minggu semua, jalani hari dgn jalan2 yg diredhai Allah.


p/s : khas buat diri aku dan korang semua secara tak langsung ^_^

lena beradu..

assalamualaikum...

cepat sungguh masa berlalu..sedar tak sedar dah beberapa jam aku berdating ngan cik lappy ni..paling muka tengok jam, jarum pendek dah nak sampai kat no 4 jarum panjang lak dah duk kat no 10..huh 10 minit lagi pukul 4 la..erm sudah sampai masanya aku melelapkan mata barang sekejap sebelum kembali terjaga utk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim..



p/s : dah ari ahad yeaaaaay ^_^

sabtu..

Assalamualaikum warahmatullah..selamat ke? sihat ke? gembira ke? dah makan ke? erm berapa banyak KE lah hehe..apapun aku doakan korang sihat sejahtera sentiasa...amin


LETIH..perkataan yg selalu keluar dari mulut manusia dan semestinya aku pun tak terkecuali la kan hehe..aku ni bukan nak terangkan apa tu definisi letih, cuma nak bgtau aku ni tgh keletihan :)..

Pagi-pagi kena selesaikan tempahan org, tak byk tp dek kerana kelewatan jadi keje tu jadi kelam-kabut sikit so bila dah kelam tu ada le ERROR @ clumsy bila buat keje tu, yg biasanya keje boleh siap cepat jadi lambat le kan hehe.nyaris-nyaris aku lupa tempahan org, tu pasal yg aku tido lewat ralik sgt dating ngan cik lappy ni..erm nasib le kan, sapa suh lewat..PADAN MUKA AKU ;)


Selesai bab pagi, tgh hari punya bab la menyusul.balik umah settlekan laundry, masak (goreng ikan je),almaklumlahkan org bujang so semua keje kena settle sendiri la, tp kalo dah kawin pun boleh jgk settle keje sendiri kan, tak payah nak harapkan isteri 100%.kena la ringan tulang , tolong yg mana patut kan baru aman rumahtangga hehe.
pas siap zuhur lepak jap, makan sikit buat alas perut pastu sambung lagi bisnes smpi malam lak.Pukul 2300 baru balik umah n baru le aku leh dating ngan cik lappy ni hehe.

tu je la aku nak ngarut buat masa sekarang ni ye..wassalam ^_^


p/s : apa la yg aku ngarut ni

Saturday, February 11, 2012

LGOptimus 3D.

Looking for a fresh perspective for your pictures and your life? Then own a #LGOptimus 3D.

click picture for info

Now you can record, view and share 3D content in the palm of your hand - glasses free.

The LG Optimus 3D is a powerful handset delivering a 3D smartphone experience and introduces for the first time innovative ‘Tri-Dual’ hardware architecture.

Delivering a groundbreaking visual experience and including Dual-Core, Dual-Channel and Dual-Memory hardware the Optimus 3D mobile phone provides amazing and smooth graphics rendering and increased processor performance.

View pictures, videos and games on the large screen in 3D, upload content to YouTube’s dedicated 3D channel or share your 3D content via the HDMI 1.4 connection to your 3D TV.



p/s : thank you so much

Friday, February 10, 2012

renungan bersama..

Assalamualaikumwarahmatullah..

tiada kata yang bisa menggambarkan kedahsyatan hari kiamat kerana ianya rahsia Allah..



hanya satu soalan yg bermain di minda...BERSEDIAKAH AKU???

Thursday, February 9, 2012

iklan lagi..hehe

assalamualaikum..

hobi korg snap pics eh..apa kata korg join #DurexMY!.mana tau hobi korg leh buat duit lak kan..^-^ korang klik je hehe



p/s : tak tau nak buat apa

Wednesday, February 8, 2012

movie contest..

assalamualaikum, selamat sejahtera cik kak cik abang semua..

aku ni memang berhantu kalo bab cite cina ni, nak-nak kalo yang kungfu ni hehe..so ari ni aku nak kongsi sikit la tp yg ni takde kungfu2 la ye hehe

Win a trip to HK and tour locations from movie #DontGoBreakingMyHeart! Just answer a simple Q about the characters


ni ada satu contest yg berkaitan ngan cite cina la kan..kalo korang teringin nak melancong, korang boleh la cuba join contest kat atas ni..tak susah rasanya just klik je kat gambar tu ok..^_^


p/s : aku memang minat kalo Daniel Wu berlakon

Tuesday, February 7, 2012

Rasulullah..idola sepanjang hayat

Assalamualaikum w.b.t..Allahummasolli'ala Saidina Muhammad wa'alaali Saidina Muhammad..



sebagai umat junjungan agung Nabi Muhammad SAW dan juga sebagai umat akhir zaman, tak cukup rasanya jika sekadar mengingati keagungannya hanya ketika hari sambutan maulidur rasul sahaja.
sebagai umatNya kita perlu mengingati segala yg berkaitan sepanjang hidup,selagi bernafas kita tak sepatutnya melupakan segala amanat dan tunjuk ajar yg telah di turunkan sejak zaman berzaman.
sebagai tanda hormat dan rasa cinta kepada Rasulullah kita digalakkan utk membaca selawat,semakin byk kita selawat semakin byk la fadilat dan pahala yg kita dpt,tak susah rasanya jika sekadar nak melafazkan selawat,tak perlu bayar dan tak terjejas langsung aktiviti harian dek kerana nak membaca selawat.



sebenarnya bukan manusia mukmin sahaja yg merindui dan mencintai Rasulullah, bahkan seluruh makhluk Allah.Di dalam sirah nabi ada menceritakan kisah yg boleh dijadikan iktibar.

Diceritakan oleh Jabir bin Abdullah, katanya, “Dulu, masjid menggunakan atap dari pelepah kurma. Apabila berkhutbah, Baginda Rasulullah SAW berdiri berdekatan salah satu pelepah itu. Apabila dibina sebuah mimbar untuknya, Baginda selalu berdiri di atasnya. Kami mendengar tangisan dari pelepah itu seperti unta bunting, sehingga Rasulullah SAW datang mendekatinya lalu mengelus pelepah itu, kemudian pelepah itu terdiam.” (Riwayat Bukhari)

sedangkan tumbuhan juga merindui dan menangis menunggu kehadiran Rasulullah, dan ini membuktikan bhw Baginda sbg pembawa rahmat sentiasa dirindui dan dinanti kehadirannya.KITA?

Aisyah pernah menceritakan bahawa Rasulullah SAW pernah berada di tengah-tengah sekelompok kaum Muhajirin dan Ansar. Lalu datang seekor unta dan bersujud kepada Baginda, maka berkatalah sahabat, ‘Wahai Rasulullah SAW, binatang dan pohon bersujud kepadamu, maka kami adalah lebih sepatutnya bersujud kepadamu.’

Lantas Rasulullah SAW segera menjawab, “Sembahlah Tuhanmu dan muliakanlah saudaramu. Sekiranya saya menyuruh seseorang untuk bersujud kepada orang lain, nescaya saya menyuruh wanita bersujud kepada suaminya. Dan sekiranya saya menyuruhnya (wanita) berpindah dari gunung kuning ke gunung hitam dan dari gunung hitam ke gunung putih, maka tidaklah patut baginya untuk melaksanakannya.” (Riwayat Ahmad).



Di sini, ada beberapa aspek yang diajarkan Rasulullah SAW kepada kita semua. Satu, kita tidak boleh menyembah atau sujud selain daripada Allah SWT. Keduanya ialah Rasulullah SAW ada juga menyelitkan unsur pengajaran kepada kaum wanita supaya taat dan patuh kepada suami. Dua aspek itu digabung dan inilah kelebihan Rasulullah SAW apabila mendidik sahabat.

Baginda juga menitik beratkan hubungan sesama insan.Baginda menyuruh kita agar sentiasa memuliakan hubungan sesama saudara seagama kita.Jadi marilah kita tanya diri kita, adakah suruhan Baginda itu kita patuhi?..TEPUK DADA TANYA IMAN ;)

bh online.


p/s : yg baik dari Allah yg tak baik dari kelemahan diri sendiri..