Sunday, September 29, 2013

Aku perlu tanggung juga?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Hai. Sambil menunggu pelanggan, aku termenung. Erm termenung memang salah satu hobi aku, hehe. Macam-macam perkara yang muncul dalam benak fikiran. Fikir pasal perangai aku yang kadang-kadang menyesakkan kepala sendiri. Fikir pasal bisnes yang ada masa naik ada masa turun. Fikir pasal cara macam mana nak tambah pendapatan memandangkan kadar kos sara hidup makin lama makin meningkat. Yang paling best, kepala aku berfikir tentang hutang yang bermacam-macam jenis tu. Hutang kereta dan lain-lain. Lepas tu kepala aku terfikir, macam mana dengan hutang negara yang berlambak tu? Hutang isi rumah yang berlambak tu? Adakah ketika di akhirat nanti aku juga akan menanggung azab jika hutang-hutang tu tak terbayar? 

"Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban syahid kecuali jika dia mempunyai hutang (kepada manusia) *Riwayat Muslim*"


p/s : harap ada yang sudi memberi pencerahan. peace ^_^


Rokok naik harga?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Hai, sudah kecoh ya pasal harga rokok bakal naik RM 1.50 sekotak. Alasan diorang naikkan harga sebab tekanan inflasi, kos buruh dan kos input. Satu lagi alasan diorang disebabkan aktiviti penyeludupan "rokok haram" yang terus menerus memasuki pasaran seolah-olah langsung tak dibendung.

Barang keperluan atau kehendak? Bukan barang keperluan macam gula kan? Tak semua orang terkesan dengan kenaikan ni kan? Ada pilihan samada nak beli atau tak kan? Perokok tegar macam aku ni kalau rasa poket tu makin lama makin kempis boleh la beransur-beransur kurangkan pembelian kan? Atau pun berhenti merokok terus kan? Erm cukai rokok tinggi juga kan? Maknanya income kerajaan melalui cukai rokok mesti meningkat juga kan? Kan? Kan? Kan? Hehe


p/s : tepuk dada tanya nafsu, bila lagi nak berhenti? peace ^_^

Monday, September 23, 2013

Tak ada cara lain?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hai, mesti dah ramai yang tahu pasal saranan pak menteri kesihatan supaya dikurangkan subsidi gula sebagai langkah untuk mengurangkan kes pesakit diabetes dalam negara ni. Macam apa yang dia cakap dalam quote kat bawah tu, agak tinggi juga peratusnya. Niat dia memang bagus cuma saranan dia tu nampak macam nak menambah kesengsaraan 'poket' masyarakat je.
 Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata: "Setakat ini bilangan penghidap diabetes di negara ini telah meningkat kepada 2.6 juta orang atau 15 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.

Lagi satu. Dulu masa harga rm1.90 per kilo sampai la sekarang rm2.50 per kilo, alasan kenaikannya sama juga. Nak kurangkan kes pesakit diabetes juga. Persoalannya sejak harga naik daripada 1.90 kepada 2.50 tu, peratus kes pesakit diabetes ada penurunan ke? Kalau mentaliti manusia tu masih sama, sampai bila pun masalah diabetes ni takde penurunan. Semuanya bergantung pada kesedaran manusia tu sendiri. Kalau manusia tu rasa dia nak hidup sihat, dia akan jaga kesihatan dia. Kawal pemakanan, amal diet seimbang, beriadah dan macam-macam cara lagi untuk jaga kesihatan diri.

Apa takde cara lain ke nak kekang peningkatan kes diabetes ni? Tukang masak tak reti nak kurangkan gula dalam masakan? Tukang buat kek tak reti nak buat kek yang kurang manis? Kurangkan gula boleh jimat kos kan? Harap-harap saranan tu hanya tinggal saranan tanpa pelaksanaan kalau tak jangan merungut la kalau orang jual kuih sebiji RM 1 pulak lepas ni ye. Erm cadangan potong elaun menteri untuk kurangkan perbelanjaan negara bila nak buat? Jangan cakap saja ya! Cerita dia kat sini.



p/s : erm kuih karipap guna gula tak? kegemaran aku tu! heh. peace! ^_^

Sunday, September 22, 2013

Jangan ikut nafsu!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai, salam hujung minggu. Selamat bersantai pada yang bersantai, selamat berkerja bagi yang berkerja.

gambar pinjam

Kamu ada kredit kad? Untuk apa kamu guna kredit kad? Aku pernah ditawarkan untuk buat kredit kad tapi aku tolak sebab aku takut aku tak dapat kawal perbelanjaan aku. Lagipun kredit kad ni nama lain dia ialah kad hutang. Kalau pengguna kad tak bayar hutang, bank akan isytihar muflis, harta benda kena sita, lima tahun nama disenarai hitam. Itu atas dunia.

Di akhirat nanti kena menjawab kalau hutang masa hidup belum selesai. Seksa kena azab nanti, tak takut ke? Berhutang memang best tapi masa nak kena bayar balik tu jadi tak berapa best kalau belanjanya dah lebih dari pendapatan. Takkan kerja hari-hari cari duit nak buat bayar hutang je? Baca sini



p/s : ukur baju di badan sendiri. peace yo! ^_^

Wednesday, September 18, 2013

Doa hindar marah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

*****


A'uzubillahi minasy syaitanir rajim. Allahummaghfirli zanmbi wazhab ghaizho qalbi wa ajirni minasy syaitanir rajim.

Maksudnya : Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku daripada gangguan syaitan yang terkutuk.

gambar ambik di sini


p/s : note to myselft ^_^

Saturday, September 14, 2013

Ketentuan Allah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Perjalanan hidup ni memang macam-macam kan. Apa yang kita rancang tak semestinya berlaku sepertimana yang telah dirancang. Kita fikir rancangan yang dibuat itu lah yang terbaik bagi kita namun siapa sangka ada rancangan lain yang telah ditentukan oleh Yang Maha Esa!



1 September. sedang asyik aku melantak hidangan tengah hari di kedai awie, aku didatangi seorang manusia merangkap kawan sekampung yang tak berapa rapat dengan aku. Beliau bertanyakan harga semasa ayam daging kerana pada 15 September beliau bercadang mahu mengadakan kenduri bagi meraikan adiknya yang telah selamat diijab kabulkan dengan gadis pilihan hati. Aku bagi tahu berapa harga runcit dan berapa harga borong yang aku boleh bagi kepada beliau. Tempoh diminta kerana beliau masih perlu berbincang dengan ahli keluarga dan tukang masak bagi menentukan jumlah ayam yang diperlukan. Itu lagi bagus memandangkan keputusan muktamad diperlukan sebelum aku menyediakan tempahan yang diminta.

5 September. Di tempat dan waktu yang sama, beliau datang kepada aku dan memberi kata putus. Setelah perbincangan dilakukan, ahli keluarga dan tukang masak telah sepakat bahawa 40 ekor ayam diperlukan. Tidak terlalu banyak memandangkan dua ekor lembu bakal ditumbangkan, ikan patin sangkar telah ditempah dan ayam itu hanya sebagai lauk sampingan. Lagipula pada hari itu dua kenduri bakal berlangsung. Kata muktamad diberi dan aku sanggup menyediakan tempahan yang dibuat.

Rutin harian berjalan seperti biasa pada hari-hari seterusnya. Kerja menyiapkan tempahan harian dilakukan seperti biasa. 

13 September, 09:45 pagi. Aku menghantar pesanan ringkas kepada taukey supaya menghantar bekalan pada malamnya memandangkan pada pagi 14 September aku perlu menyiapkan tempahan yang dibuat oleh kawan sekampung aku tu. Pesanan ringkas telah dihantar dan aku mengandaikan ia telah sampai ke peti pesanan taukey aku.

23:00, 13 September. Kebiasaannya pada waktu ini bekalan yang diminta telah sampai ke kedai tapi bekalan yang ditunggu masih belum sampai. "Mungkin bekalan dihantar lewat sedikit", hati aku berkata. "Tak mengapalah, mungkin esok pagi baru sampai", kata hati aku lagi. 

14 September. Penggera telefon bimbit aku berbunyi mengejutkan aku dari mimpi. "Sudah-sudahlah tidur tu, bangun cepat siapkan tempahan orang,"  mungkin itulah yang penggera telefon aku tu cakap. Usai mandi dan bersiap aku terus bergegas ke kedai untuk menyiapkan tempahan. Terkejut dan sedikit kecewa bila sampai ke kedai. Bekalan yang diharapkan tak sampai seperti yang diharapkan. "Arghh!! macamana aku nak siapkan tempahan ni? Barang tak ada!" hati mula berkata sambil dahi berkerut memikirkan jalan penyelesaian.

"Bos, mana ayam yang aku tempah?"  aku hantar pesanan ringkas kepada taukey. Selang dua minit pesanan ringkas dibalas. "Aiya, sorry u punya mesej saya baru dapat, ini malam saya hantar boleh?" macam tu lah lebih kurang ayatnya. Huhu sedih aku dibuatnya. Macamana aku nak buat ni!

Belek-belek telefon, terus dail nombor kawan yang jual ayam macam aku. "Bro, aku nak minta tolong sikit. Ayam aku tak cukup, dah order tapi taukey tak hantar," macam tu lah lebih kurang ayat aku. "Ok, aku boleh tolong. Nanti aku hantar stok kat engkau," jawab kawan aku. Alhamdulillah, nasib baik kawan aku boleh tolong. Tenang jiwa. 

Aku proses dan siapkan bekalan yang ada sambil menunggu bekalan daripada kawan aku. 11:00 pagi stok dari kawan aku sampai. Aku selesaikan kerja, 12:30 aku hantar tempahan ke rumah kawan sekampung yang tak berapa rapat dengan aku tu. Alhamdulillah selesai kerja aku untuk hari ni. Esok dan hari-hari seterusnya tak tahu lah apa pula yang bakal terjadi. Aku, hanya perlu redha dan teruskan kehidupan.

Perancangan yang aku buat selama hampir dua minggu tidak berjalan seperti yang diharapkan. Ketentuan Allah semua tu. Aku merancang, Allah juga merancang namun sebaik-baik rancangan adalah daripada Allah. 


p/s : dugaan di pagi hari, alhamdulillah selesai juga akhirnya.

Wednesday, September 11, 2013

30 perkara.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


sumber gambar

p/s : sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah