Tuesday, November 6, 2012

Tengkujuh datang lagi.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



seperti mana kamu semua maklum, musim tengkujuh telah kembali melanda negara kita, Malaysia. Laporan yang disiarkan di media cukup menggambarkan betapa seriusnya kejadian ni kan. Empat negeri dilaporkan menghadapinya dan dikatakan situasi banjir di sana semakin buruk.


Mengikut laporan yang di siarkan di kaca televisyen sebentar tadi, hampir 4000 mangsa banjir telah dipindahkan ke tempat yang lebih selamat berikutan paras air yang semakin meningkat.

Erm syukur alhamdulillah kerana tempat aku tinggal ni tak pernah dilanda banjir tetapi tak bermakna aku tak faham perasaan mangsa-mangsa banjir ni. Actually aku pernah merasai pengalaman tu, mungkin tak seteruk mangsa banjir di Batu Pahat yang saban tahun dilanda banjir tapi cukup menyesakkan kepala juga. Bekalan elektrik terputus selama hampir dua minggu, rasa macam duduk dalam gua jer cuma bezanya gua ni ada tilam, bantal, sofa dan lain-lain kemudahan :P

Tapi kamu semua sedar atau tidak? segala apa yang berlaku di atas muka bumi ni adalah dari hasil tangan manusia juga. Aktiviti mengorek pasir di sungai boleh mengakibatkan sungai menjadi cetek dan tidak mampu menampung aliran air. Begitu juga longkang-longkang yang tersumbat akibat kesedaran 'sivik' yang kurang dikalangan masyarakat, segala sampah sarap dicampak ke dalam longkang. Akibatnya banjir kilat berlaku tapi yang dapat nama, majlis perbandaran juga kerana dikatakan tidak menyelenggara sistem perparitan dengan sempurna, walhal punca masalahnya daripada masyarakat juga kan.

Daripada kita menuding jari menyalahkan orang lain, lebih baik kita 'tengok dalam cermin' adakah kita telah melakukan yang terbaik untuk menghalang masalah daripada berlaku? Perlu di ingat juga kita hanya menuding satu jari kepada orang lain tetapi baki empat jari lagi di tuding kepada diri sendiri.

p/s rindu kenangan main hujan masa kecik dulu, balik rumah kena rotan..seronok :P

11 comments:

  1. rasa nak jadi budak2 semula..nak main hujan ^_^

    p/s tapi sekarang pun nak main hujan leh kan? :P hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringin gak nak main hujan ni :P hehe

      Delete
    2. jom tp kena gi sana la, sini hujan dah berenti :P hehe

      Delete
    3. kalau demam nanti cmna? :P hehe

      Delete
    4. kalo demam makan ubat, eh lupa org tu tak suka makan ubat :P hehe

      Delete
    5. takpe..nanti org tu leh jaga :P hehe

      Delete
    6. erm yelah nnt orang tu jaga kan :P hehe

      Delete
    7. :D hah kalau camtu jom la main hujan :P hehe

      Delete
    8. hari ni tak hujan jd kena tunggu lah :P hehe

      Delete
    9. dah hujan lebat dah kat sini..jom :P hehe

      Delete