Ala-ala boikot la tu..
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hai semua, apa macam puasa? okay ke tidak? dah siap beli buat baju raya ke? dah siap beli persiapan raya ke? baru berapa hari je puasa dah sibuk tanya pasal persiapan raya bagai, heh.
Kamu semua mesti tengah pening sebab harga barang banyak yang naik kan? Terutamanya harga ayam la yang orang tengah kecoh sekarang ni. Jualan runcit naik sehingga RM9 satu kilo. Hurm memang tinggi harga tu sampai aku yang menjual ni pun tak tau apa dah nak jawab bila di tanya kenapa harga tinggi sangat? Hurm terus terang aku jawab, dari seminggu sebelum puasa sampai sekarang harga bekalan yang aku dapat sama je, takde turun takde naik. Jadi aku pun jual harga sama je lah, RM9 sekilo.
Tadi aku ada baca di sini tentang 'cadangan' daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hasan Malek supaya mengelak daripada membeli ayam jika harganya terus atau tetap tinggi dan beralih kepada ikan atau daging. Hurm ala-ala boikot gitu, heh. Harga daging sekilo sekarang berapa? Harga ikan kembung sekilo sekarang berapa?
Kalau di tempat aku ni, harga daging sekilo RM22 dan harga ikan kembung sekilo RM12. Untuk kegunaan semasa hari raya tak kan kamu nak beli daging sekilo je kan, sekurang-kurangnya 3 kilo. Maknanya sudah RM66 untuk daging dan jika ikan kembung 2 kilo dah RM24, jumlahnya dah RM90. Tak mustahil kalau kamu 'boikot' taknak beli ayam, harga daging dan ikan akan naik mendadak sebab permintaan yang tinggi dan bekalan yang sedikit berkurangan. Kalau ayam seekor 2 kilo darab 5 ekor darab RM9 jumlahnya RM90 juga. Kalau di ikut permintaan dalam keluarga terutama anak-anak, diorang akan pilih ayam daripada daging atau ikan kan, heh.
Aku sendiri pening kepala sebab harga tahun ni memang melambung sampai ke langit. Tak pernah lagi aku jual dengan harga yang tinggi macam tahun ni. Aku tanya tokey, diorang kata harga bekalan dari ladang maintain. Pelik juga aku sebab media dah kecoh pasal harga melambung tapi diorang tetap boleh maintain harga lagi. Adakah bakal ada tangan-tangan halus yang akan bertindak sebagai hero menjelang lebaran nanti? Kita tunggu dan lihat saja ya!
Kamu fikir la sendiri ya. Aku menaip ni bukan bermakna aku nak mempertahankan harga jualan yang aku guna, cuma aku nak menerangkan serba sedikit supaya kamu boleh faham. Kalau kamu tak faham pun buat-buat faham je lah ya. Bila salah satu bekalan mendapat permintaan tinggi, harganya akan melambung secara automatik, itulah cara tokey-tokey besar ni berniaga. Aku pun pelik dengan tokey-tokey ni sepatutnya masa permintaan tinggi ni la diorang turunkan harga sebab bekalan habis banyak. Masa permintaan kurang barulah naikkan harga sikit sebab nak cover modal yang terpaksa dikeluarkan sedangkan bekalan masih berlambak, kan? Harap-harap turunlah harga ayam untuk raya nanti kan! hurm!!!
*gula naik harga sampai rm2.50 untungnya tetap 5 sen je*
p/s : modal meningkat, untungnya sama je bai, peace!
salam alaik :)
ReplyDeleteerrr...kenapa mahal sgt???*hehe soalan menambah kepeningan tuan belog.mohon jgn naik hanginnn..hehe
harga dinaikkan masa permintaan tinggi sebab diorang rasa orang tetap akan beli kan..tambah2 lg musim perayaan .
selamat berpuasa.selamat beramal :)
salam :)
Deletehehe insha Allah tak hangin sbb soalan tu mmg selalu di tanya, dah biasa..hehe
kiranya diorang nak untung lebih la kan tp yg kena menjawabnya peniaga mcm saya ni..haru..hehe
selamat berpuasa :)