Makan, siapa tak suka makan? aku rasa semua yang membaca ni suka makan cuma apa yang di makan tu terpulang la pada selera masing-masing kan. Ada yang makan banyak, ada yang makan sikit tapi kerap, ada yang catu makan sebab nak diet atau pun terpaksa catu makanan disebabkan kekurangan sumber makanan.
Cara makan pun aku rasa tak sama, ada yang makan lahap, ada yang makan sopan, ada juga yang memilih makanan kan. Tapi walau macam mana pun cara kita makan, perlu di ingat bahawa dalam Islam setiap perkara ada adab dan etikanya. Dan sebagai seorang Islam contoh tauladan yang terbaik pastinya nabi junjungan kita Nabi Muhamad s.a.w.
Cara makan pun aku rasa tak sama, ada yang makan lahap, ada yang makan sopan, ada juga yang memilih makanan kan. Tapi walau macam mana pun cara kita makan, perlu di ingat bahawa dalam Islam setiap perkara ada adab dan etikanya. Dan sebagai seorang Islam contoh tauladan yang terbaik pastinya nabi junjungan kita Nabi Muhamad s.a.w.
Untuk memastikan kesihatan badan terpelihara, ada adab dan etika yang perlu kita patuhi ketika makan dan tidak digalakkan makan sesuka hati atau terlampau kenyang. Tabiat pemakanan yang terbaik adalah mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.
Ketika hendak makan Rasulullah s.a.w menyuruh kita agar memulakan dengan bacaan BISMILLAH dan di akhiri dengan ucapan ALHAMDULILLAH kerana apa? ianya sebagai tanda kita mensyukuri dengan nikmat yang di kurniakan oleh Allah kepada hamba-Nya. Rasulullah s.a.w hanya makan ketika benar-benar lapar dan berhenti sebelum kenyang. Mengambil makanan secara berlebihan tidak baik untuk kesihatan tubuh badan kerana ia memberatkan organ dan sistem pencernaan sehingga melemahkan dan menyebabkan sistem pencernaan tidak dilakukan secara teratur.
"..makan dan minumlah, janganlah berlebih-lebihan..al-A'raf:31"
Rasulullah s.a.w juga hanya makan menggunakan tangan kanan, menggunakan tiga jari dan apabila selesai makan Baginda s.a.w akan menjilat ketiga-tiga jari tersebut sebelum mencucinya. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Jika salah seorang antara kalian hendak makan, maka hendaknya makan menggunakan tangan kanan dan apabila hendak minum juga dengan tangan kanan. Sesungguhnya syaitan itu makan dengan tangan kiri dan minum juga menggunakan tangan kiri." (Hadis riwayat Muslim)
Menjilat jari sebelum membasuh juga ada hikmahnya kerana kandungan Enzim yang terdapat pada jari akan bercampur dengan makanan dan memudahkan proses pencernaan. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Apabila seorang daripada kamu selesai makan, jangan dibersihkan jarinya sebelum dia menjilatnya" (hadis riwayat Muslim)
Membasuh tangan dan berkumur selepas makan adalah amalan sunnah yang bertujuan untuk membersihkan gigi daripada sisa makanan dan bakteria. Islam itu lengkap!
Selamat beramal. Wassalam.
p/s dua puluh dua januari genap setahun -.-
semakin maju bro....follower semakin ramai....
ReplyDeleteTq bro..lama tak dengar cerita
Deletesemakin maju bro....follower semakin ramai....
ReplyDeletetq share this ye. n tq support blog KA all this while. sgt2 KA hargai
ReplyDeleteYou welcome KA..thanks juga sb selalu jengah blog ni :)
Deleteeloklah diamalkan :)
ReplyDeletep/s dah setahun yer..tahniah abg..semoga terus berjaya dalam dunia blog dan apa jua bidang yang diceburi ^_^
Amal sentiasa, badan pun sihat kan :)
Deleteitulah yang sebaiknya kan abg :)
Delete