Saturday, June 30, 2012

peria pahit tapi banyak khasiatnya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

hai! apa khabar semua? sedang apa dan di mana ye? hehe. kamu semua makan sayur tak? apa sayur kegemaran kamu semua ye? aku suka makan peria, kamu suka tak? peria memang pahit tapi bukan ke orang tua-tua selalu kata..
"yang pahit itu baik, yang pahit itu ubat"
^_^.


Peria atau nama saintifiknya, momordica charantia juga boleh dimanfaatkan untuk sesiapa yang sentiasa menjaga kecantikan. peria mengandungi protein, lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin dan kalsium.

Peria juga boleh digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan buasir. bagi wanita yang masih berpantang selepas bersalin juga boleh mengamalkan memakan peria lebih-lebih lagi apabila sudah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan anak.

bagi pengidap kencing manis, disarankan mengambil peria sebagai menu harian bagi penjagaan kesihatan kerana ia mengandungi insulin yang berfungsi mengawal kadar glukosa dalam darah.


kajian juga menunjukkan peria boleh digunakan untuk masalah ketagihan alkohol dengan meminum air daun peria. Di Australia dan Amerika Syarikat, peria kini menjadi bahan penting bagi merawat penyakit leukimia, HIV dan AIDS.

Di China Pakar perubatannya dikatakan, menggunakan peria untuk merawat asma dan haid yang lewat. Di Filipina, daun peria yang dilumatkan diletakkan ke dalam mulut bayi yang baru lahir untuk merangsangkan sistem imunisasi tubuhnya. Selain itu, ia digunakan juga sebagai ubat pupuk untuk merawat gigitan serangga.

Kebaikan peria

Penjagaan kulit
Peria boleh menghalang jerawat tumbuh berleluasa pada kulit muka kerana mengandungi ciri penulenan darah. Kulit muka juga akan nampak lebih berseri-seri.

Perangsang imun
Minum segelas jus peria setiap pagi dapat membantu menguatkan sistem imun dalam badan. Sistem imun ibarat ‘pengawal keselamatan’ yang menghalang penyakit menyerang.

Penjagaan mata
Peria juga seperti lobak, mengandungi karoten yang tinggi. Karoten dapat mengurangkan masalah mata.

Menurunkan berat badan
Peria dapat merangsang hati untuk rembesan jus hempedu yang sangat penting untuk meningkatkan metabolisme badan.

Baik untuk perut
Peria sememangnya ejen pencernaan yang bagus dan boleh menghalang sembelit kerana ia mengandungi selulosa yang juga sumber serat terbaik.

pakcik google

33 comments:

  1. puteri pun suka makan peria :)

    suka goreng ngan tepung atau goreng kunyit...memang sedap..hehe

    ReplyDelete
  2. puteri kasih : pahit-pahit pun sedap kan :D

    ReplyDelete
  3. first time mkan peria skola rendah...:) perghhh...elok2 lps mkan tros mkn eskem..pahit la ktakan..tp la ni...da biasa dah..^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faizah husna : masa kecik2 tak suka makan peria..pahit hehe

      Delete
  4. huh ! banyak nye info . hehe

    " jangan manis terus di telan , pahit terus di buang . " itu bidalan harus kau renung kan . haha cer teka lagu apa ? XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. CikMun : soalan bocor leh tak? tak tau lah lagu apa :D

      Delete
  5. sedap2...slalunya hana makan nasi panas2 pastu peria goreng ngan telor,,,xder lauk lain pun xper..kehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik hana : huh ini betul2 suka ngan peria nih :D

      Delete
  6. x suke coz pahit... kalu makan pun sehiris je . hihihi.. peria x baik kan utk org kurang darah ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik tyna : erm kalo darah rendah tak elok makan peria nnt makin rendah lak darah tu :D

      Delete
  7. waaaaaaa..sangat tak suka peria. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik rongoks : kenapa tak suka peria? sedap tu hehe

      Delete
  8. err.. pet xleh mkn peria.. xtahan pahit :D

    ReplyDelete
  9. saya tak suka pahitnya tapi makan juga sebab khasiatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thomas : lupakan pahit fikirkan khasiatnya kan..

      Delete
  10. tak suka sangat,tapi still makan..thanks la eh kasi info ni..boleh guna utuk turun berat badan,,hakhak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pencinta pink : sama2..semoga berjaya eh..hehe

      Delete
  11. teringat kecik2 dlu.. arwah mak selalu masak peria ni.. campur dgn air asam jawa.. sedap wooo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zeera AzZahra : owh sedap eh..leh cuba la lepas ni :D

      Delete
  12. hanif idrus : betul betul betul..hehe

    ReplyDelete
  13. slalu tgk pakcik blender peria dengan epal hijau..ubat ape ntah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haNem : yeke? cuba tanya pakcik ubat untuk apa..:)

      Delete
  14. Kdg2 Ee makan jugak Peria ni. Hehe =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurulee : kdg2 je ke..mesti tak tahan pahit ni hehe :D

      Delete
  15. Rizki Pradana : salam kenal juga ya..terima kasih ^_^

    ReplyDelete