Saturday, March 31, 2012

bawa aku pergi.

Assalamualaikum n selamat sejahtera..


bawa aku pergi,
pacu laju-laju,
kita lari dari realiti,
bawa aku pergi,
pacu laju lagi,
malah kita,
tak perlu kembali,

tengah malam nanti,
tolong jangan lupa,
jangan mungkir janji,
aku dah teruja,
sudah cukup lama,
aku tunggu saat ini,
sejak kali terakhir kau hantar pulang,
hidup sungguh sepi,
tolong jangan bilang mama,
tolong jangan bilang papa,
malah jangan bilang teman karibmu,
jangan bilang sesiapa,

oh, buku merah jangan lupa bawa,
moga-moga belum tamat tempoh,
kali ini kita pergi lebih lama,
pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi,
pacu laju-laju,
kita lari dari realiti,
bawa aku pergi,
pacu laju lagi,
malah kita,
tak perlu kembali,

mata dalam kaca, topi berceloreng,
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng,
hanya perlu siul, tidak tekan loceng,
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng,
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng,
bawa bekal air muka cuci aib bopeng,
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng,
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng,

tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga,
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba,
lari-lari baling bola salji depan gua,
sambil cari yeti kita boleh cari (what?),
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga,
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba,
lari-lari baling bola salji depan gua,
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga,

bawa aku pergi,
pacu laju-laju,
kita lari dari realiti,
bawa aku pergi,
pacu laju lagi,
malah kita,
tak perlu kembali,

bila kita pergi,
apa kan berlaku,
siapa kan peduli,
siapa ambil tahu,
hidup kita tempuh,
untuk apa saja,
tidak kira mana kembara membawa,
kita kan bersama,

oh, buku merah jangan lupa bawa,
moga-moga belum tamat tempoh,
kali ini kita pergi lebih lama,
pergi lebih jauh, ayuh,

bawa aku pergi,
pacu laju-laju,
kita lari dari realiti,
bawa aku pergi,
pacu laju lagi,
malah kita,
tak perlu kembali,

korang baca korang nilai sendiri..
semua dah besar panjang..
tau nak nilai mana baik mana buruk..


p/s : bersangka baik hati pun tenang..

bumi pun ada hari apa..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

salam sabtu buat semua pembaca dan kawan blogger semua..apa khabar semua?..harap-harap sihat la ye..kalau ada rasa pelik je badan tu, cepat-cepat la pegi dating ngan doktor ye..hehe


rasanya semua dah taukan pasal earth hour ni..tia-tiap tahun sejak 2007 satu dunia sambut sebagai tanda kita sayang kat bumi ni..tak lama kan event ni..dalam beberappa jam je..betulkan kalau salah..

korang semua join tak eh earth hour ni..aku tak penah lagi rasanya..time earth hour tu, kedai ngan rumah aku tetap terang-benderang juga dengan lampu yang terpasang hehe..

ingat malam ni aku nak join juga la..tapi kalau teringat la hehe..korang semua pun boleh la join kalau rasa sayang kat bumi ye..

p/s : sayangi bumi anda..go green der

Friday, March 30, 2012

mamak..teh tarik satu!!!

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera..

Adakah anda seorang rakyat Malaysia? Apa lagi yang menjadikan ANDA berbangga menjadi rakyat Malaysia?


Teh tarik memang tak dapat nak dipisahkan dengan rakyat Malaysia kan..kalau pegi lepak kedai mesti ramai yang minta teh tarik..tak caya cuba pegi lepak mana-mana kedai hehe..aku pun suka minum teh tarik ni, kena pulak tariknya kaw-kaw punya..buih tinggi tak ingat, rasanya pun lain dari teh yang tak tarik ni..sedap dia lain sikit, tak dapat nak jelaskan macam mana ^_^

tapi semua ni cite lama sebab sekarang aku dah beralih ke teh o pulak..kurang dah minum susu sebab apa aku pun tak tau hehe..

p/s : kadang teringin juga minum so buat sendiri je la ^_^

Thursday, March 29, 2012

tepuk bahu duit habis..

Assalamualaikum w.b.t

hai semua pembaca, blogger dan follower..sihat ye semua..poyo lak rasa..lama senyap pastu timbul semula..apa yang senyap, apa yang timbul ye..


baru habis belek berita harian sebenarnya..ada satu cerita yang menarik perhatian aku..kes pasal orang yang nak cari duit cara mudah.

kes ni selalunya terjadi semasa mangsa berurusan dengan mesin ATM, jadi masa berwaspada la ye masa berurusan tu kalau boleh biar la berteman, jangan pergi sorang-sorang..takut nanti ada yang tiba-tiba datang "tepuk bahu" sedar-sedar akaun dah kosong je..manangis tak berlagu nanti.

Sejak 2010, polis selangor menerima laporan 29 kes berkaitan jenayah tersebut dimana 17 kes dilaporkan pada 2010 dan 12 kes pada tahun 2011. Kelicikan kumpulan yang percayai dianggotai sekurang-kurang tiga orang ini didedahkan Timbalan Ketua Jenayah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Ng Keok Chai.

M.O mereka amat terancang dan sukar dikesan mangsa dan kegiatan ini cenderung dilakukan dalam.premis yang menempatkan lebih tiga mesin ATM.

Berpura-pura seperti pelanggan, menabur wang dibelakang mangsa ketika mangsa hampir selesai berurusan. seorang dari mereka akan menepuk bahu mangsa memberitahu wang itu milik mangsa. Mangsa yang terpedaya akan mengutip wang tersebut dan plan menipu mereka pun bermula. Yang menepuk bahu akan merakam no pin mangsa dan seorang akan menukar kad ATM mangsa dengan kad yang lain dalam tempoh beberapa saat tanpa disedari mangsa.

berita harian

p/s : berurusan kat kaunter lagi selamat kot..

roadtax dah mati le..

Assalamualaikum w.b.t


bulan 3 dah nak habis la..baru teringat roadtax motor aku dah 'mati'..1 haribulan 3 hari tu lagi dah 'mati'..hari tu dah teringat tapi 'lepak dulu la bukan nak pegi mana pun, jalan dalam kampung je'..erm bila dah dalam kepala pikir macam tu lupa terus la jadinya..erm bila aku nak pegi sambung roadtax ye..duit lagi dua ratus lebih juga tu hurmm..

dah lama kot aku tak bawa motor aku jalan jauh..kalau dulu tiap bulan berulang ke nilai sebab masa tu aku keje sana..baru best layan highway, boleh cilok sana sini..nasib tak tercilok bawah kereta kan hehe..sekarang dah takde nak jalan jauh, paling jauh kerayong tak pun temerloh je..

kereta lambat lagi raodtax nak mati..bulan lapan baru 'mati'..sebut pasal roadtax teringat pulak aku pasal sticker roadtax tu..susah kot nak tanggal nak tampal tu..habis lembut dah aku tanggal pun ada juga tertarik lebih..dah tak lawa roadtax bila lekat sebab ada terkoyak sikit..hampeh betul

korang pun sama macam aku juga ke?..susah nak tanggal sticker roadtax dari kertas yang JPJ bagi tu?..pastu pulak nak tanggal yang lama tu sekian hal pulak..habis cermin lekat dek gam sticker tu..jenuh pulak nak mencuci gam tu..tonyoh, sental bagai tak hilang juga kesan gam tu..sekali lagi hampeh

Wednesday, March 28, 2012

badminton mesti ramai peminat kan..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..

21 March 2012 hingga 1 May 2012!

Tak perlu menjadi peminat badminton untuk suka Axiata Cup. kenapa ye, nak tau?..klik SINI.

sapa suka main badminton..mesti ramai peminat badminton kat luar sana kan..ermm aku ni nak kata tak minat badminton ni tak juga, kalau ada game yang menarik tu aku tengok juga..kalau agak bosan je dengan game tu aku apalagi, angkat kaki le pegi tempat lain..cari la apa-apa yang menarik untuk isi masa aku.

masa sekolah dulu aku main juga badminton ni tapi lepas tangan aku tergeliat masa main tu, sakitnya ya ampun kena pulak lambat nak sembuhnya terus sampai sekarang aku dah tak main badminton..

bila fikir semula, rindu juga nak main semula tapi takde geng pulak nak berentap..bebudak sini lebih suka main bola je..selalu juga la diorang join liga daerah sini..eh dah lari tajuk ni hehe

p/s : masa sekolah semua game join, abis sekolah hampeh ~_~

Tuesday, March 27, 2012

pinjaman semata.

Assalamualaikum w.b.t


pejam celik dah nak habis bulan mac.
hari ni dah doploh tujuh jadi ada empat hari je lagi nak habis bulan mac.
alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk bernafas di atas muka bumi ni.
masih diberi peluang untuk menikmati segala keindahan yang ada dia atas muka bumi ni.
masih diberi peluang untuk menghirup udara segar diatas muka bumi ni.
dah lebih dari suku abad aku pinjam nikmat nyawa dari yang maha Esa.
aku tertanya-tanya.
apa yang aku buat sepanjang masa ni?
apa yang aku beri sebagai tanda menghargai nikmat nyawa yang dipinjamkan ni.
adakah segala perbuatan aku disukai oleh NYA?
atau dimurkai oleh NYA?
adakah hidup aku masih berada dilandasan yang betul?
atau sudah terbabas lantaran termakan pujuk rayu syaitan laknatullah?
adakah hati aku masih bersih ibarat kertas putih?
atau sudah terpalit titik-titik hitam.
sikit kah titik hitam itu.
atau sudah hampir memenuhi ruang hati aku.
adakah segala nikmat yang aku peroleh diiringi dengan keberkatan.
atau diiringi dengan kemurkaan.
astaghfirullahalazim..

Ya Allah ya tuhan kami Kau limpahkanlah kurniaan dari sisi MU, dan kau permudahkanlah dalam segala urusan kami.Kau berkatilah hidup kami, bimbinglah kami agar tidak terbabas dari laluan kehidupan yang diredhai oleh MU.Kuatkanlah hati kami agar tidak mudah termakan pujuk rayu dan godaan syaitan.Kepada Engkau kami memohon keampunan dan kepada Engkau jugalah kami memohon perlindungan.Amin ya rabbal'alamin

FIRST GIVEAWAY BY NURMUJAHIDAH, THE LADY WARRIOR.

Assalamualaikum w.b.t

klik banner jika berminat

sponsor..

1) PURPLE BLOG
BLOG- follow
FB- like
HADIAH- keychain untuk 5 pemenang

2) NYTE AM'S LIFE
BLOG- follow
FANPAGE - like
HADIAH- top RM5 dan letak banner pemenang dalam blog NAL untuk 2 pemenang

3) KAK YONG
BLOG- follow
FB FANPAGE- like
ONLINE SHOP- like
HADIAH
muqaddam bergambar untuk 2 pemenang

4) NURUL IEKA
FB- like

5) KEJORA CHANTIQ
FB ONLINE PAGE- add
FB FANPAGE- like
BLOG -follow
HADIAH- 2 baju cantik,, boleh tengok kat link bawah ni,,

6) BUDAK BOBOIBOY
BLOG- follow
FANPAGE- like
HADIAH- topur RM5 untuk sorang pemenang

7) APPLE MINI COLLECTION
BLOG- follow
HADIAH- 10% diskaun untuk dua orang
8) CERITERA ALLINE
BLOG- follow
FAN PAGE - like

9) WORLD OF CAAH
BLOG- follow
HADIAH- topup RM5 untuk seorang pemenang

10) KAKI WAYANG
BLOG
FANPAGE- like
HADIAH- topup RM10 untuk seorang pemenang

11) MY SWEET LIFE
BLOG- follow
HADIAH- keychain dari langkawi

12) tq untuk IZZAH LIYANA TAHIR for creating my new banner and ga banner.
BLOG- follow
FANPAGE- like

kata-kata untuk blog muja ye..
erm takde apa yang nak dikatakan sebab kaishin memang suka masuk blog yang simple-simple macam blog muja ni cuma background je la..sebab warna putih so cerah sangat bagi saya..yang lain semua ok..^_^

Monday, March 26, 2012

dia memang layak..

Assalamualaikum w.b.t

rutin harian aku penuh dengan sesi mencari rezeki..pagi sampai tengah hari satu sesi, lepas zuhur sampai malam lagi satu sesi..penat juga kot tapi enjoy je sebenarnya layan kerenah manusia ni cuma kadang-kadang tu ada la yang agak menjengkelkan..cerewetnya ya rabbi kecik je nampak dia..rasa nak lempang laju-laju pun ada tapi semua tu dalam hati je la..almaklumlahkan costumer always right omputih kata..sabar je la kan huhu

sebenarnya aku nak cakap pasal Fatin Liyana ni..pemenang BEST CELEBRITY BLOG tu, aku rasa korang semua pun mesti dah tau kan..aku je yang baru tau, tu pun kebetulan je sebab aku tengok program saffiya kat tv9 masa lepak sambil tunggu pelanggan masuk kedai tadi..

pics ni 'curi' dari blog dia

tadi dah pegi jalan-jalan kat blog dia dan sekarang aku nak bagitau apa yang aku rasa pasal blog dia bajet gempak je kan..eh blog boleh rasa ke hehe..

bagi aku blog dia simple je, tips memang banyak kat situ tapi entri dia aku cuma baca yang terbaru je la..cuma aku agak tertarik dengan cara dia menggunakan setiap perkataan yang ada tu..memang menarik sangat tapi jangan salah sangka ok sebab aku tak bandingkan blog dia dengan blog kamu kamu semua yang otai-otai tu tapi aku bandingkan dengan blog aku yang baru nak belajar mengesot ni..follower pun dah 30k lebih..ke sebab dia cantik hehe..

bila jalan-jalan masuk blog otai-otai ni, rasa kerdil sangat je aku ni..erm masih terlalu banyak perkara yang perlu aku belajar..insya Allah aku akan usahakan untuk meningkatkan mutu penulisan aku ni.. INSYA ALLAH

Tak kira blogging genre apa, asalkan kita tulis dari hati dan niat kita baik, insyaallah everything will turn out well..ni ayat Fatin Liyana

p/s : terima kasih semua pembaca dan pengikut blog hamba ye ^_^

Sunday, March 25, 2012

guruh kilat berdentum..tido lagi bagus ;)

Assalamualaikum w.b.t

hajat dihati nak jalan-jalan menjenguk tak dapat nak ditunaikan malam ni..
guruh duk berbunyi dari tadi..
kilat duk sabung-menyabung..
terasa takut nak berjimba kat sini..
dulu penah buat tak tau je masa guruh kilat..
online je..
ingatkan takde apa-apa..
sudahnya..
sebiji pc aku hangit..
modem aku hangit..
kena sambar petir..
telefon dah semestinya la hangit jugak..
da tentu kilat lalu ikut line telefon kan..
beli pc baru dua belas ratus..
modem baru dua ratus..
dah pat belas ratus..
telepon free je sebab tepon telekom hehe..
nak tanak kena beli jugak..
sebab kat umah ni nak kena ada pc jugak..
banyak bebeno nak kena taip..
nak kena print..
lappy ada tapi nak jugak pc..
senang kalau anak buah aku balik..
diorang godek-godek pc je..
lappy aku punya..^_^
zzzzz

p/s : mata da kuyu mau tido..selamat semua..

Saturday, March 24, 2012

betul ke ni???..^_^

Assalamualaikum w.b.t

tadi jenjalan kat mukabuku jumpa ayat ni kat dinding kawan so aku kongsikan kat sini ye..



p/s : lampu atas kepala tengah malap..huhu

cakap siang pandang-pandang..

Assalamualaikum w.b.t

Semalam hari jumaat so malamnya ada show apa tu yang ada ikhwan dengan kiah propa tu..ala cite gosip-gosip artis tu..erm jenuh aku nak mengingat tapi tak ingat juga, lantak la apa tajuk show tu lagi pun aku ni bukan suka sangat tengok show tu tadi sebab ada isu pasal blogger so aku pun tengok le kejap.

teropong sana sini

alkisah la kat show tadi ada view pasal sorang artis ni yang dikatakan gambar pose maut dia 'ter disebarkan' dek seorang blogger kat blog dia la..korang semua mesti tau cite ni kan so tak payah la aku cite detail pasal kes ni..cuma apa yang aku nak kata kat sini, tak kira la sapa pun kat dunia ni tak sepatutnya membuka aib orang lain..islam pun tak suka semua tu tapi aku bukan nak salahkan sesapa tu ye sebab aku pun tak sempurna dalam banyak hal..

erm kalau ye pun ada cite panas tak perlu kot nak tuju ke sesapa pasal isu tu..cakap secara umum cukup da kot, biar jadi teka-teki je isu tu..aku ni bukan nak condemn sesapa ye cuma ni semua pandangan aku je sebab aku pun tak suka kalau orang bercerita pasal aku..

sampai nangis-nagis la artis tu tadi masa interview..sedih juga tengok tapi terima je la ye sebab semua tu dah tertulis kat 'sana'..hari, masa dan ketika tu, akan kena perkara ni kat batang tubuh awak so semua ni qada dan qadar dari Allah. kena muhasabah semula, mungkin ada silap di mana-mana sampai 'terkena' isu macam ni.

bila jadi semua ni, ia jadi peringatan buat aku juga, sebelum nak buat sesuatu tu kena fikir dulu pro dan kontranya sebab takut nanti ada hati yang terguris dek kata-kata yang aku lemparkan..

p/s : terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya..

birthday korang ke???

Assalamualaikum w.b.t

kelewatan lak aku arini..
nak ucap salam jumaat pun dah lepas..
sebab sekarang ni da masuk hari sabtu..

sedap kot biskut ni

erm arini ada birthday sesapa ke?..
kalau ada tu happy birthday la ye..
moga hidup diberkati..
dipermudahkan segala urusan..
dikurniakan kesihatan..
sentiasa menikmati perjalanan hidup..
tabah menempuh onak dan ranjau kehidupan..
senang kata aku doakan semua yang baik-baik je la ye..


p/s : hari ni birthday kawan fb aku

Friday, March 23, 2012

makan daging risiko mati muda.

Assalamualaikum w.b.t


huh biar betul ni..makan daging risiko mati muda? ish ish..erm sapa suka makan daging?..aku suka makan nak pulak kalau daging tu empuk je, lembut je masa nak mengunyah tu. lagi pun senang nak makan, takde tulang halus-halus macam ikan takde la kes tercekik tulang kalau makan daging hehe.

aku baca kat paper je semua ni tadi..erm nak makan pun bahaya kan tapi itu pun kalau makan secara berlebihan la maknanya hari-hari makan daging je. kalau makan jarang-jarang kurang la risiko kot tapi kalau dah nak mati, mati juga kan..semua tu kuasa yang maha Esa.

Ada kajian kata makan daging berisiko hidapi barah tapi kajian terbaru oleh pakar dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat (AS)amat membimbangkan apabila mengaitkannya sebagai penyebab kematian usia muda.

Hasil kajian dari penyelidikan ke atas lebih 120,000 responden di Amerika Syarikat tu mengatakan memakan daging merah diproses setiap hari boleh meningkatkan bukan satu atau dua peratus risiko sebaliknya 20 peratus risiko seseorang itu mati ketika usia muda. ngeri pulak rasanya sebab aku suka makan burger huhu.

Pengarang Kanan Kajian di Arkib Perubatan Dalaman universiti itu, Frank Hu, berkata “Daging merah yang diproses terbukti mengandungi bahan seperti lemak tepu, natrium, nitrat dan beberapa bahan karsinogen atau punca barah, yang dikaitkan dengan penyakit kronik termasuk penyakit jantung,”

"antara 7 - 9 peratus daripada semua kematian dalam kajian itu boleh dielakkan jika semua peserta mengurangkan 0.5 hidangan setiap hari daripada jumlah daging merah yang dimakan", kata Frank Hu lagi.

Sumber bhonline


p/s : makan untuk hidup bukan hidup untuk makan..^_^

Thursday, March 22, 2012

hamba duit..

Assalamualaikum w.b.t

zaman sekarang ni semua nak guna duit kan so duit memang penting la dalam kehidupan harian..senang cakap nak pegi 'melabur' pun kena bayar..itu kalo kat bandar la, kalau kat umah nak bayar buat apa kan hehe..

Yang sebenonya tengah membelek paper tadi, terbaca la pasal kes yang berkaitan ngan duit ni..

Ada la sorang mamat ni, sanggup dagangkan tunang dia jadi GRO semata-mata nak hidup mewah..perkara ni terbongkar bila gadis tu di tahan dalam operasi bersepadu Ops Noda/ Ops Pintas yang dijalankan bersama pegawai penguatkuasa JHEAIPP di premis gadis yang baru berumur 17 tahun ni bekerja..

Tunangnya yang berumur 22 tahun ditahan sepasukan polis D7 pada jam 5 pagi..turut ditemui beberapa buku catatan dan wang tunai yang disyaki hasil aktiviti memperdagangkan mangsa.


p/s : nak kaya makan roti kaya je..kenyang ^_^

Wednesday, March 21, 2012

lari bukan diculik..

Assalamualaikum w.b.t

Macam-macam perangai manusia..ada yang elok..ada yang tak elok..Takpe..semua hak masing-masing..Tapi kalau sampai menyusahkan orang lain..Memang tak boleh diterima..

Semalam aku ada buat entri tentang sorang kanak-kanak besar ni..kata kena culik bagai..rupa-rupanya lari pegi rumah boipren..alasannya tekanan emosi..senangkan, tekanan je lari..mudah sangat corak pemikiran..takde cara lain ke nak guna..sekarang dah jadi kes polis so tanggung la..

Mangsa yang mulanya mengatakan diculik, akhirnya mengaku bahawa dia tidak diculik tapi melarikan diri ke rumaah teman lelakinya akibat tekanan emosi yang di alaminya..kata Senior Asisten Komisioner T Narenasagaran.

Mangsa dikatakan menghubungi suspek yang dikatakan menculiknya supaya menghantarnya ke rumah teman lelakinya.mangsa
mangsa di tempatkan di rumah perlindungan Tengku Ampuan Fatimah kerana tidak mahu kembali ke rumahnya dan dikatakan merayu untuk tidak mahu bertemu dengan sesiapa pun.

Kes dianggap selesai dan kedua lelaki dan.perempuan yang dikatakan menculik tidak ditahan tetapi akan di panggil untuk di ambil keterangan..

Sumber bh online

p/s :istighfar bebanyak insya Allah tenang je..

Tuesday, March 20, 2012

malang tak berbau..

Assalamualaikum w.b.t

Siti Nurfatihah

Semalam negara gempar lagi dengan satu kes penculikan..kali ni kejadian berlaku di Kuantan, Pahang..apa yang menyedihkan lagi kes ni berlaku di depan mata kedua adik mangsa..menunjukkan penjenayah di negara ni semakin berani..

Siti Nurfatihah 15, di culik ketika dalam perjalanan pulang dari membeli kad tambah nilai dari kedai yang cukup hampir dengan kediaman mangsa kira-kira 100 meter saja dari kediamannya di Taman Tas, Kuantan..

Ibu mangsa, Normala Mohd Lazin berkata, mangsa ada menyatakan rasa tidak sedap hati sebelum keluar sambil mengajak kedua adiknya untuk menemaninya.Ketika dalam perjalanan pulang, mangsa dihampiri sebuah kenderaan dinaiki dua lelaki dan seorang wanita sebelum ditarik ke dalam kereta oleh salah seorang penumpang kereta tersebut.Kedua adik mangsa cuba membantu tapi tidak berhasil, 10 minit kemudian kedua adik mangsa pulang sambil menangis memberitahu kepada ibunya tentang kakaknya dilarikan sebuah kereta berwarna ungu.

Laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah kira-kira jam 4 petang selain usaha mencari
mangsa di kawasan berhampiran. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah, Deputi Superintendan Kamaruzzaman Jaafar, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut dan siasatan awal mendapati mangsa ada menghubungi seseorang dan tidak menolak kemungkinan orang yang dihubungi itu adalah orang yang melarikan mangsa.

Sumber Berita Harian

2nd Butterfly Giveaway by Intan Wandalaara

Assalamualaikum w.b.t

berminat klik banner ye

thanks Mohd Noor Shawal sebab tag aku ye..

tag..
husna
rasya
annaqia

Jiran ku psiko..

Assalamualaikum w.b.t

pics pinjam je

Jiran..bagi aku jiran ni ibarat saudara paling dekat..sakit pening kita jiran dulu yang tahu..ada kenduri atau apa juga majlis, jiran juga yang bantu meringankan beban..sedara mara betul kadang tak tau pun apa jadi kat aku ni..senang cakap, jiran amat penting dalam hidup bermasyarakat..

Islam juga menitik beratkan kepentingan jiran..Allah berfirman, "Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa kamu, kaum kerabat kamu, anak yatim, orang miskin, jiran tetangga terdekat, jiran tetangga yang jauh, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki", Surah An-Nisaa : 36

alangkah bertuahnya kalau dapat jiran yang baik kan?..masalahnya sekarang ni, jiran zaman sekarang ramai yang buat hal sendiri..tak ambik tau hal orang sebelah menyebelah..dengki mendengki tak payah cakap la, kalau ada barang yang termasuk sempadan dia, omeh dia cukup menyakitkan hati..rasa nak sepak laju-laju je..tapi kalu time dia memekak karok tu, takde plak kena sound ke apa..lantak ko la nak karok sampai pecah anak tekak pun..apa aku kesah

bapak aku ni pemegang amanah akaun masjid dan sekarang ni rumah aku under construction, so ada la sorang mak cik ni duk sibuk nak selak kain yang mak bapak aku pakai..sibuk duk tanya "ada duit ke nak buat rumah ni??..mana dapat duit nak buat rumah ni??"..ish psiko betul..ingat dia sorang je ada duit..orang lain ni tak pandai cari duit ke??..kot ye pun mak bapak aku tak cukup modal, takde nak minta duit dia pun la..takde sampai nak guna duit masjid la..ingat orang ni macam dia ke????

so sekarang ni aku musykil..perlu ke aku buat baik dengan jiran macam ni.sedangkan Nabi Muhammad ada bersabda, "Jibrail berkali-kali mengingatkan aku supaya berbuat baik terhadap jiran sehingga aku merasakan seolah-olah mereka akan mewarisi hartaku", riwayat Al-Bukhari dan Muslim

p/s : malang betul dapat jiran macam ni

Sunday, March 18, 2012

BCR Kontest 2# | How I Met BCR

Assalamualaikum w.b.t

klik banner ye

huhu kena tag ngan cik nad..apa lagi join je la ye..

Kaishin dan blogger chatting room..erm sejarah ye..hari ini dalam sejarah kot hehe gurau je...kaishin baru je tau BCR ni melalui cik nad yang mengeTAG kaishin ni la (byk jasa cik nad ni) hehe..tq cik nad,sayang kamu O_O huhu..

pengalaman kaishin tak berapa nak ada lagi sebab baru je nak masuk tiga bulan jadi blogger ni cuma sepanjang tiga bulan ni, ramai la blogger yang kaishin kenal melalui chat room ni tapi kenal alam maya je la ye hehe..nak kenal in person memang tak berkesempatan..insya Allah ada rezeki kaishin akan jumpa and join juga blogger lain.

so kamu yang di bawah ni kena tag ngan kaishin hoho..
aisyaahd
ratu zuleyqha
farhana


p/s : tak menang takpe janji meriah yeaaha

selamat bersantai semua..^_^

Assalamualaikum w.b.t

selamat berhari minggu kepada semua blogger diluar sana..
sekarang ni tak mau cakap banyak..
just nak kongsi video klip adik comel ni..
selamat berhibur..




p/s : tak paham pun tapi layan je la ^_^

Segmen Mari Berkawan + Follow By Cik Fiza

assalamualaikum w.b.t

nenula nak ucapkan terima kasih sebab jemput saya join segmen ni ye..

korang nak join klik banner ni ye

saya suka berblogging kerana boleh kenal blogger lain, dapat macam-macam info dan yang penting saya seronok berblogging.

salam kenal..erm nama kaishin a.k.a khairil anuar..lahir tahun 80 so korang kira la berapa umur aku..baru lagi masuk alam blog ni jadi masih banyak yang perlu aku belajar..so kalau ada kekurangan aku, jangan segan menegur..salam kenal semua..^_^

ni mangsa tag..ammoy...azmina azzam...eiqa...

selamat bersegmen ye..


p/s : jentik-jentik la sama projek saya tu ye..^_~

Saturday, March 17, 2012

Allah lebih sayangkan dia..

Assalamualaikum w.b.t

ajal itu pasti..
pasti akan berlaku..
cuma masa dan ketikanya tiada siapa yang tahu..
setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati..

siang tadi elok je..
sihat je..
balik dari solat jumaat tadi..
dia gurau-gurau ngan aku..
yes dia memang manja ngan aku..
balik rumah pukul doploh tiga tadi..
tgk dah tergolek tepi jalan..
kena langgar ngan apa..
aku pun tak tau
sedih memang sedih..
tapi tak sampai meratap..
semua ketentuan Allah..
walau macamana pun aku sayang dia..
Allah lebih menyayangi dia..

HERO aka eyo



p/s : aku sayang semua kucing aku ~_~


Friday, March 16, 2012

nak jadi bibik boleh??

Assalamualaikum w.b.t

apa kabo semua ye..dah solat maghrib ke..jangan tak solat tau..dosa besar tu..tak solat ibarat pokok tanpa buah, ibarat rumah tanpa tiang, ibarat apa lagi korang fikir la sendiri ye..poyo lak aku ni haha..

ok la..erm boleh tak nak jadi bibik ni..ada sesapa nak upah aku tak..tak mahal keje sapu sampah je upah tujuh ratus ok..mahal ke?..eh mana ada mahal ok la tu..haha

tadi tengok berita..kerajaan seberang nu minta gaji camtu..satu keje tujuh ratus..maknanya kalo masak, masak je keje dia gaji tujuh ratus..sama gak kalo kemas rumah, kemas rumah je gaji tujuh ratus juga..gila apa diorang ni..masa aku keje kilang dulu, gaji tujuh setengah..assembly kena buat..5S kena buat..report kena buat..mesin error baiki sendiri..ok je keje, berenti pun sebab nak cuba bidang baru so apa masalah sampai nak demand sampai camtu sekali..

erm kalo susah sangat kan..ambik orang tempatan je senang..rasanya ramai lagi orang tempatan yang duk tercari-cari kerjakan..ke orang tempatan nak keje dalam aircond je..demand juga la kalo camtu ye..haha

dah stop ngarut..
Wassalam ^_^


p/s : sapa cari bibik?..gaji seperti di atas ok hehe

plan jalan terus..

Assalamualaikum w.b.t

Memula nak kata salam jumaat kat semua ye..moga dengan berkat penghulu segala hari ni, semua urusan dipermudahkan dari segala macam rintangan..


Erm dah lapan hari rumah aku tinggal separuh..ada la sikit perubahan,tiang dah naik, tebing pun dah ikat batu.. cuma baru ni hujan tiga ari berturut-turut so progresnya lembab sikit la..sekkarang ni tinggal nak tambun tanah dulu sebelum plan lain diteruskan..
Ari ni panas..agaknya berkat jumaat kot so plan berjalan lancar walaupun pagi tadi lori nak angkut tanah yu trouble sikit..erm kira lancar la tu kan, sampai sekarang ni dah dekat doploh lori dah ngangkut tanah..insyaAllah esok siap la tambun tanah pastu plan lain akan jalan terus..

p/s : tak sabar nak duk umah baru..lama no nunggu nya ^_^

Michael Schumacher & Nico Rosberg at KLCC!

assalamualaikum w.b.t

bape kali dah ye malaysia buat Formula 1..lupa la sapa boleh bagi tau ye..minat memang minat tapi setakat tengok je la..nak tau detail memang idak le..lagi kalau nak ke sepang nu tengok live memang takde lain la kalau ada live kat tv memang aku tak alih channel dah..melekat je depan tv kalau takde tengok dalam paper je la hehe

klik

Formula 1 dah nak start tak lama lagi kan..sebelum diorang start racing selalunya diorang akan turun KLCC buat demo pasal racing la..memang tiap kali musim diorang akan turun jumpa peminat so bagi peminat Formula 1 ni la peluang nak jumpa Michael Schumacher & Nico Rosberg kat KLCC! 17-25 March 2012 ni..almaklumlahkan bawa kereta team petronas pastu bekas juara dunia yang drive pulak tu..kalau aku duk dekat mau aku pegi jumpa diorang ni..tapi sayang, aku duk jauh lagi dengan keje yang menimbun memang mustahil la aku dapat jumpa diorang ni kan..nak nangis waaaa T_T


p/s : bila la rezeki aku nak nengok diorang ni ye..

tak sengaja de..

~mak tak sengaja ye sayang~



p/s : kejap je budak tu nangis..pandai mak dia pujuk kan

Thursday, March 15, 2012

berkawan biar beribu..

Assalamualaikum w.b.t

hidup kena berkawan..
tak berkawan sunyi la hidup..
boleh kongsi cerita..
lepak-lepak makan, minum, sembang-sembang..
jalan-jalan window shopping..
gelak sama-sama..
usha awek @ lelaki sama-sama..
pendek kata semua la dengan kawan..
TAPI kawan juga.
pecah tembelang korang..
hari-hari 'pau' korang..
kutuk time korang sedih..
gaduh sebab berebut awek @ lelaki..
jatuhkan korang time korang berjaya..
tapi tak semua kawan camtu..
ada yang baik hati..
simpan rahsia sampai mati..
susah senang sama-sama..
tegur setiap kali ada kesilapan..
yang penting..
jangan jadi kawan makan kawan..

Wednesday, March 14, 2012

ww..santai

Assalamualaikum w.b.t

hujan oh hujan kenapa engkau turun..

Assalamualaikum w.b.t

dua tiga hari ni asyik hujan je..musim dia ke..tak rasanya sebab sekarang ni dah mac kan..sepatutnya dah kurang hujan ni..erm kesan peralihan musim kot..dari musim hujan nak masuk musim panas..tu pasal la cuaca tak menentu je..memula elok je panas..tetiba hujan lak yang turun..eh cam banyak je musim kat malaysia ni hehe

actually dari subuh lagi air langit ni dah turun..tak lebat, renyai-renyai je..tapi start pukul 1400 makin lebat air langit turun..pastu angin pun datang join..kuat juga la..menyembah bumi juga la pokok ceri depan kedai aku tu..nasib tak tumbang atas kereta member hehe..dah tak pasal main hujan aku hari ni..nak kena clearkan pokok ceri tu..kalau tak clear org tak boleh lalu sebab tumbang tengah jalan..


nasib la member ada chainsaw, mudah sikit nak clearkan pokok ceri tu..setengah jam je siap clear pokok ceri tu..yang peliknya siap je aku clearkan, air langit tu berenti turun..cis aku diperkotak katikkan dek cuaca hehe..gurau je..anggap tu ujian buat aku le kan..lama dah nak tebang tapi delay je manjang..nah hari ni kena setepek kat aku..padan muka aku hahaha..


p/s : gigil kesejukan buat kerja dalam hujan..

Tuesday, March 13, 2012

akibat haiwan bertopengkan manusia..

Assalamualaikum w.b.t

setelah 11 hari misteri kehilangannya dikhabarkan..
akhirnya misterinya terungkai jua..
akan tetapi penemuannya tidak seperti yang diharapkan..
khabar gembira yang dinanti..
duka lara yang datang menyapa..
hancur luluh hati seorang ibu..
ditemukan dalam keadaan yang amat memilukan..
satu jasad tanpa nyawa..
dibunuh..
dibakar..
apa silap insan kecil itu..
diperlakukan sedemikian rupa..
akibat perilaku haiwan yang bertopengkan manusia..
insan yang masih belum kenal erti kehidupan..
dirampas haknya untuk berbakti..
mana hilangnya belas kasihan..
mana hilangnya perikemanusiaan..
masih layakkah digelar manusia??

AL-FATIHAH
p/s : daripada Engkau kami datang dan kepada Engkau jua kami kembali..~_~

Monday, March 12, 2012

yeay cuti..budak sekolah kata..

Assalamualaikum w.b.t

hari sabtu lepas bermula lah cuti bagi semua pelajar sekolah kat malaysia ni selama seminggu so selamat bercuti kepada semua pelajar sekolah..

isi kan waktu anda semua dengan perkara-perkara yang memberi manfaat..
jangan bazirkan masa anda semua dengan perkara-perkara yang tak berfaedah..
kepada yang akan menduduki SPM hujung tahun ni, inilah masanya untuk mengulangkaji semua mata pelajaran..
jangan tunggu saat akhir baru bertungkus lumus nak mengulangkaji..
takut nanti ulangkaji entah ke mana..
sakit pula datang menimpa..
begitu juga dengan yang lain..
walau tidak terlibat dengan peperiksaan besar..
jangan dibazirkan waktu yang ada..
jangan di sia-siakan..
kelak kesal menghantui diri..

cuti sekolah..
pasti di penuhi dengan undangan walimmatulurus..
hari ni akan berlangsung majlis kenduri kahwin puteri bongsu puan rozmah mansor (mak sedara)..
nun jauh di terengganu sana..
bertemu jodohnya dengan jejaka dari melaka..
seorang tentera khabarnya..
maaf kerana tidak dapat menghadirkan diri..
terdapat aral yang membantutkan kehadiran aku..
hanya doa yang dapat aku kirimkan..
semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..
^_^

panadol kan ada..

assalamualaikum w.b.t

hari ni tiada apa yang aku nak kongsikan di sini..
cuma..

sebenarnya aku rasa macam kurang sihat sikit..
kepala aku rasa lain macam je dua tiga hari ni..
asyik nyut nyut je..
sepapan panadol sepuluh biji..
lima hari je habis..
sehari dua biji aku makan..
takpe kan..
takde efek kat kesihatan aku kan..
petang tadi sambil duduk bersandar kat kerusi pun boleh lelap..
apa puncanya..
mengantuk??..
penat??..
sunyi??..
aku sendiri pun tiada jawapannya..
~_~

Sunday, March 11, 2012

sharing is caring..^_^

Assalamualaikum w.b.t

PENDORONG MANUSIA MENGUMPAT

Imam al-Ghazali berkata tentang perkara-perkara yang mendorong manusia untuk mengumpat.

iaitu ;

-suka mendengar dan mengikut perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan orang lain.

-mahu bersaing dan menonjolkan diri dan menganggap orang lain bodoh dan tidak setaraf dengan kita.

-disebabkan dengki dan irihati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya seperti dalam soal kenaikan pangkat atau kenaikan gaji.

-bergurau dan suka berlawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan atau kekurangan orang sehingga mengaibkan orang yang dikata.

-sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong serta memandang rendah akan orang lain.


KAEDAH MENGHINDAR DIRI DARIPADA MENGUMPAT

beringat sebelum berkata-kata.
apabila orang mengata tentang diri kita mesti kita tak suka kan jadi macam tu juga lah dengan orang lain. jangan kita mengata tentang keburukan orang lain jika kita tak suka orang mengata tentang keburukan diri kita.

keperluan intelek.
kehidupan memerlukan kita mencari ilmu, berfikir, memerhati, menanggapi dan membuat spekulasi, maka jika orang melakukan hal yang sebaliknya bererti mereka tidak memenuhi keperluan intelek mereka.

ingat dosa
larangan islam soal perbuatan mengumpat sudah cukup untuk menyedarkan kita tentang keburukan mengumpat dalam kehidupan. tiada siapa di dunia ini yang sanggup memakan bangkai saudara mereka sendiri


p/s : renung-renungkan selamat beramal ^_^

Saturday, March 10, 2012

bigjam 2012 is tonight..

Assalamualaikum w.b.t


Tanpa hiburan memang tak lengkap la hidup bagi sesetengah golongan manusia..aku pun tak lari dari berhibur..tak salah nak berhibur, islam pun tak larang nak berhibur cuma jangan berlebihan dan tak sampai melalaikan..sampai waktu solat, solat dulu..jangan sebab nak seronok kat dunia, seronok kat akhirat diabaikan..

Nope aku bukan nak tunjuk alim kat sini, aku cuma manusia yang diizinkan oleh yang maha Esa utk menikmati segala nikmat yang ada atas muka bumi ni..cuma nak bagi peringatan untuk diri aku sendiri supaya tetap berada dalam landasan yang dibenarkan syara'..sebabnya satu je, aku tak nak nanti disebabkan murka ngan aku, Allah turunkan bala kat bumi ni..kalau dah Allah kirimkan bala, bukan aku sorang je yang kena..manusia yang tak bersalah pun terlibat sama..aku taknak menjadi penyebab kesengsaraan orang lain..


p/s : silap aku biar aku je yang tanggung akibatnya

malasnya aku..

Assalamualaikum w.b.t

salam sabtu semua..ada pekan sekerat hari kat tpt aku hari n..sebab apa aku kata sekerat hari? sebabnya pekan tu start pukul 8 pagi abis kul 12 tgh hari..

sekejap je kan tapi kira ok la tu sebab kalau buka lama-lama pun buat rugi je..peneroka yang ada kat sini 400 lebih je tambah cikgu ngan pekerja kilang baru ada dalam 5ratus lebih je tu pun bukan semua yang pegi pun termasuk la aku hehe

aku malas nak pegi sebab tak banyak pilihan yang ada..tiap minggu benda yang sama je jual, orang yang sama je dtg menjual..alasan je sebenarnya tu padahal aku mmg tak suka pegi tpt yang ramai org ni jarang-jarang sekali boleh la pegi tu pun sebab nak cari barang.

dulu aku suka la pegi sebab meriah ngan penjual n barang yang nak dijual..rambang mata la kalau jalan-jalan kat pekan tu..tak macam sekarang :(.. lagi pun dulu zaman nakal lagi kan, pantang ada org jual barang nak je pegi usha..bukan nak beli tapi seronok tgk gelagat org..gelagat org yang nak menjual n gelagat org yg nak membeli..seronok tgk cara diorg nak tarik pelanggan supaya beli barang diorang tu..


p/s : rindu zaman nakal-nakal dulu la :(

MegaGiveAway by Penmerah.com

Assalamualaikum w.b.t

oleh kerana cik fify firdausi da tag aku so aku nak join la GA ni..
mana tau rezeki aku kan ^_^

klik je banner tu kalau kamu kamu semua berminat ye

3 org mangsa tag..
eza
cik kiwi
si budak kachak

screen protector

Assalamualaikum w.b.t

burp alhamdulillah..kenyang perut baru best sikit rasa hehe..tadi baru je lapas tgk k-on kat animax..lama aku follow anime tu..best cite tu hehe

sebut pasal anime ni terfikir pulak aku..dalam cite anime aku selalu tgk bebudak sekolah main tepon dalam kelas..kat jepun mmg boleh bawa tepon kat sekolah ye..jeles aku..

dah sebut pasal tepon pulak aku ni..erm korang semua guna tepon apa ye..mesti canggih kan..mesti ramai yang guna apa tu yang boleh touching-touching tu..skrin lebar sampai 3-4 inci hehe..pastu leh tgk video clear sikit..pastu ada yang main fb kan takpun duk tuit kan..korang mesti tak suka kan kalau ada yang panjang je leher duk ngintai aktiviti korang tu..

ha la ni cek nak habaq sikit na..eh bila lak aku jadi org utara ni..mengarut je aku ni..abaikan ye..ni ha nak bagi tau ada screen protector baru..
bila korang guna, memang baik punya la sebab ia bukan takat cover dari calar tapi privacy korang pun terjamin..ala macam tinted kereta la kan..lagi gelap lagi privacy..cane nak ckp ye..senang cakap korang klik sini hehe


p/s : Get #UDevon's privacy screen protector.

Thursday, March 8, 2012

anai-anai punya pasal..

Assalamualaikum w.b.t

agak lewat entri aku kali ni..sebenarnya badan rasa macam kurang sihat sikit sekarang..mungkin penangan cuaca yang agak panas sekarang ni lagi dengan kesibukan rutin harian membataskan masa aku untuk dating ngan cik lappy ni hehe

under construction

dah tiga tahun lebih aku tunggu rumah aku ni siap tapi banyak sangat delay so aku setia menunggu je la..aku terpaksa ~_~

dek kerana serangan anai-anai, pertengahan 09 papa aku dah start nak buat rumah ni so papa aku panggil la ada sorang mamat ni, dia kata hebat sangat bab menukang ni so bagi la projek ni kat dia..tunggu punya tunggu dua tahun baru siap separuh (20x40x20)..semua tu jadi sebab banyak sangat delay, banyak songeh punya manusia..kerja lembab duit nak cepat..penyudahnya kena 'terajang'..bengong punya manusia

stop kejap projek, ada la dalam enam bulan kot..and now baru start semula..semalam dah start buka rumah and insya Allah kalau takde aral dalam tempoh dua bulan siap la rumah aku yang lagi separuh ni..tu apa yang tukang kata la tapi apa yang jadi kendian wallahualam..apapun mudah-mudahan kali ni semua perancangan berjalan lancar..amin

p/s : tukang melayu banyak songeh tu pasal tukang indon juga yang laku..

Wednesday, March 7, 2012

Contest Anniversary 1 Year Miss Nadya

assalamualaikum w.b.t

kali ni aku nak join cik nad punya contest pulak..bukan nak kejar hadiah tu tp saja2 je nak join hehe

klik link ni anniversary 1 year Miss Nadya kalau korang nak join contest ni and like page kelab suggie malaysia (suger glider) ye ;)
due date contest ni 7 April 2012

klik banner ni utk like pics no 4001
cik nad suh tag 2 org
dyabunga
princess roses

p/s : belum join lagi dah share :p

sedap ke makan daging sedara sendiri?

Assalamualaikum w.b.t

panjang je tajuk entri kali ni, konon gempak la tu kan, erm straight to the point je la tak payah intro dah ye hehe..

hari-hari mulut kita ni bercakap tapi pernah tak ingat semula apa yang mulut korang dah cakap..korang agak dapat pahala ke dosa, mana tahu kan kot termengumpat ke hehe.

sebenarnya mengumpat ni memang tak boleh nak elak, macamana pun kita elak @ kawal percakapan kita mesti terbabas juga menyebut pasal orang lain..sembang punya sembang tetiba terkeluar nama si pulan tu si pulan ni.." eh korang nak tau tak, dia tu kan...." selebihnya korang sambung la sendiri ;)

Rasulullah SAW bersabda,"MENGUMPAT ITU IALAH APABILA KAMU MENYEBUT PERIHAL SAUDARAMU DENGAN SESUATU PERKARA YANG DIBENCINYA".
(riwayat muslim)

dek sebab buruknya perlakuan mengumpat ni, sampaikan disamakan seperti memakan bangkai daging saudara seagama..eee tak sanggup aku nak makan bangkai, korang sanggup?..
mengumpat ni juga bukan setakat dosa besar je malah ia diantara dosa yang tidak diampunkan Allah walaupun pelakunya sudah bertaubat..nak dapat ampun kena minta ampun dengan orang yang diumpat, selagi tak di ampun, dosa tu akan kekal dan menerima azab di akhirat kelak..NAUZUBILLAH

Rasulullah bersabda,"PERBUATAN MENGUMPAT SEUMPAMA API YANG MEMAKAN RANTING KAYU KERING"..
pahala yang dikumpul sebelum ni, akan dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu ranting kering dan akhirnya tiada apa lagi yang tinggal

diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, "di akhirat nanti seseorang terkejut apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tak pernah dilakukan ketika hidup di dunia"..maka dia bertanya, "Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini sedangkan aku tidak pernah melakukannya"..maka Allah menjawab,"SEMUA ITU PAHALA ORANG YANG MENGUMPAT ENGKAU TANPA ENGKAU MENGETAHUINYA"

bukan itu saja, sebaliknya jika pahala orang yang mengumpat dah abis utk diberi kepada orang yang di umpat, maka dosa orang yang di umpat tu akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat dan inilah yang dikatakan orang yang muflis di akhirat nanti..
NAUZUBILLAHIMINZALIK

p/s : bestnya makan daging ayam panggang ^_^

Monday, March 5, 2012

Allah menentukan segalanya..

Assalamualaikum warahmatullah..

Apa kabar semua..dah buat apa tu..erm mesti sibuk kan, nak buat kerja, nak study tapi tak terkecuali juga yang sibuk buat peta kan hehe :p

erm pejam celik dah hari isnin kan..kejap je rasanya, kadang tu tak tau apa pun aktiviti sepanjabg minggu lepas..tup tup dah masuk minggu baru..rasa macam ada yang tak betul je dengan rutin harian aku ni..hurm abaikan je lah, benda dah lepas pun :p

sekarang ni dah masuk minggu baru so kena buka buku baru la kan..apa pun jadi hidup mesti terus, apapun berlaku kaki tetap perlu melangkah ke hadapan bukan terikat dengan masa silam..yang lepas hanya sejarah, esok adalah satu misteri, hari ini adalah pasti..pasti berlaku dan liku perjalanannya harus dirancang rapi tetapi hasilnya tetap mengikut apa yang ditetapkan yang maha Esa..


p/s : manusia merancang Allah juga merancang tetapi, sebaik-baik perancang adalah Allah S.W.T

Segmen : Aku Ada Blog

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

kali ni aku nak join segmen yang cik ross buat pulak..rajin pulak aku join segmen sekarang ni eh hehe

klik kat banner tu ye

ni syarat nak join segmen ni..


1. nama samaran kaishin
2. nama blog aku adalah aku
3. url blog http://krilmohd.blogspot.com
4. usia blog ni muda lagi, baru je nak masuk 3 bulan..muda sesangat lagi ;)

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 13hb.Mac.2012 jam 11.60 malam.

p/s : asyik bersegmen je aku sekarang ni ^_^

Sunday, March 4, 2012

denggi oh denggi..!!!

Assalamualaikum n selamat sejahtera


Kes ni sebenarnya dah lama..macam-macam cara dah buat untuk tingkatkan kesedaran masyarakat..iklan, banner, sign board macam-macam lah..tapi ramai juga yang tak cakna termasuk aku la hehe..

Aku buat entry ni bukan nak tunjuk bagus ke apa..cuma sebagai peringatan utk diri sendiri sebab kes denggi ni bahaya..lagipun aku ada seorang kawan yang kena dan akhirnya dia dipanggil mengadap ilahi..Al Fatihah buat arwah..

Statistik kematian akibat denggi ni semakin membimbangkan bila 15 kes kematian dilaporkan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini berbading 8 kematian dalam tempoh sama 2011, iaitu peningkatan sebanyak 88%.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata, Selangor paling tinggi (8 kes) , Wilayah Persekutuan (3 kes) , dan satu kes di Kedah, Perak dan Negeri Sembilan..nasib baik Pahang tak tersenarai hehe

"kes demam denggi dan kematian tahun ini tidak baik, lebih-lebih lagi sekarang adalah musim hujan dan kita meminta sesiapa yang demam panas secara mengejut dan mempunyai tanda demam denggi supaya segera mendapatkan rawatan" , kata Dr Hasan Abdul Rahman.

Sumber : berita harian

p/s : tau sebenarnya tapi buat -buat tak tau ~_~

Saturday, March 3, 2012

until may last breath-tarja turunen

there is nothing i want to say right now..



this is one of my favourite song
hope u'll enjoyed it

p/s : it's time..

Miss Nadya : Bloglist Mac & April 2012

Assalamuaalaikum w.b.t

kurang bahan nak buat entry baru so aku join segmen je la..first time join segmen cik nad ni hehe


nama khairil a.k.a kaishin..
tak banyak cakap..
senyum pun kurang..
yang paling penting saya budak baru belajar ;)

p/s : salam perkenalan semua ^_^

Segmen Jom Tambah Follower by NI

Assalamualaikum w.b.t

join la sama ye klik je kat banner ni..

dah dijemput so kena join la kan..thanks sebab jemput saya ye..pastu ni syaratnya aku nak tag korang..

Princess Roses
eeiyss
dyabunga
shieraridwan
izni ismail

Friday, March 2, 2012

air kosong bagi free je..

assalamualaikum warahmatullah

korang kalau jalan-jalan window shopping mesti dahaga kan..jadinya bila dah dahaga tu kena la singgah kedai kan..aku dulu memang suka lepak kedai makan ni nak nak pulak kalau kedai tu ada awek cun..boleh cuci mata hehe..time poket tebal tu, macam-macam order..carrot susu dengan nasi goreng thai memang sedap pastu air suam memang tak tinggal hehe..nak jaga keseihatan kena la minum air suamkan..

Dulu masa zaman aku nakal-nakal tu air suam free je kalau makan kat mapley..pastu naik 20sen naik lagi 50sen..huhu air kosong pun naik harga tapi tak kisah la nak minum kan..sekarang ni aku dah tak minta air suam kalau lepak kedai sebabnya aku pun tak tau..tekak aku tak boleh nak terima, demand betul tekak aku ni kan hehe..lagipun ada orang kat harga air suam dah naik sekarang ni..ish melampau betul kalau betul kan..teh o gelas besar pun baru 1.00 je rasanya..ada rasa tak kisah la pahit ke manis ke still ada rasa tapi air kosong?

Baru ni KPDNKK dah keluarkan 146 surat tunjuk sebab kat peniaga diseluruh negara yang kenakan caj rm1.00 - rm1.50 bagi segelas air kosong..padan muka, kot ye pun nak untung agak-agak la..jangan la sampai nak 'mencekik' pelanggan.D.S Ismail Sabri korang kenalkan ala bapak si Dafi tu, ha kenalkan dia kata kalau peniaga tu ingkar tindakan tegas akan dikenakan termasuk dendamengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 TAPI tindakan tu akan dinilai semula berpandukan status kedai samada kedai biasa atau kedai yang berstatus berbintang-bintang..eh mana aci kalau nak kena denda biar semua yang buat kena la baru adil..

Tapi alhamdulillah la setakat ni takde lagi air kosong yang aku minum kena caj sampai rm1.00 selalunya 50sen je..peniaga kat pahang ni takde lagi yang tamak haloba sampai nak 'mencekik' pelanggan..orang pahang baik belaka weh hahaha


p/s : bawak bekal je air tu lagi senang..^_^

hujan itu rahmat..

Assalamualaikum warahmatullah..

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi masih diberikan peluang untuk menghirup udara segar diatas muka bumi ni..tanpa izin dariNya mustahil aku masih mampu berdiri dan menikmati segala nikmat yang ada..subhanallah maha suci Allah..

Hari ni hujan je start lepas solat jumaat tadi, bukan nak mengeluh atau tak suka dengan nikmat yang Allah turunkan ni..alhamdulillah sangat sebab dengan turunnya hujan ni, udara yang terik dan sedikit merimaskan dah hilang..nyaman je rasa dapat menghidu udara yang dibawa hujan, segala asap dan habuk yang berterbangan diudara dah tak de sekarang ni yang ada asap rokok aku je hehe..

Pelik juga dengan keadaan cuaca sekarang..selalunya awal bulan Mac ni dah start panas kan tapi sekarang ni hujan..tak lebat tapi kerap..boleh dikatakan hari-hari hujan turun sejak kebelakangan ni..hurmm siapa aku nak mempersoalkan kehendak Allah kan..Dia maha berkuasa, maha pencipta dan tiada apa di dunia ni yang dapat melawan kekuasaan Nya.."kun fa ya kun" semua jadi..astaghfirullahal'azim ~_~

Bila hujan ni teringat pulak kenangan masa zaman nakal-nakal dulu tapi lainkali la aku cerita ye..
Wassalam..

p/s : hujan yang turun bagaikan mutiara >_<

blurr datang lagi..aaargh

assalamualaikum w.b.t

fuh akhirnya sampai juga ke sini..haha macam sibuk sangat je bunyi nya, padahal duduk rumah bukan buat apa sangat pun ;)..apapun salam jumaat buat semua pembaca, pengomen dan pe pe yang lain tu and terima kasih sebab sudi membaca ye :)


aku rasa sejak kebelakangan ni, makin slow je idea nak datang kat aku ni..blurr je manjang..kenapa ye jadi camtu??..persoalan utk diri aku sendiri ni dan secara tak langsung kiranya macam aku mintak dengan korang la tips nak kurangkan blur ni ;)..

hari ni kira alhamdulillah la sebab blurr aku ni tak berapa teruk macam semalam..semalam, ya Allah rasa macam nak tidur tak nak bangun dah je..kepala aku kosong je rasa tapi nasib baik la tak efek dengan bisnes aku dan nasib baik juga la pelanggan yang datang tu tak buat perangai macam nak mintak kaki..nasib baik sokmo kan hehe

erm rasanya macam dah lama sangat je aku dah jalan-jalan menyinggah ke blog lain..padahal takde la banyak sangat rasanya blog yang aku follow..hurmm takpe-takpe nanti jika diizinkan olehNya aku akan bw juga..insya Allah ^_^


p/s : dah lewat ni nak kena pergi running my business pulak..eh aku speaking omputih ye hahaha

mulut tempayan boleh le tutup..

Assalamualaikum w.b.t...


kehidupan harian memang tak dapat lari dari mendengar kutukan atau umpat keji dari mulut manusia..pantang ada kesilapan dari segi perkataan atau perbuatan mesti tak lama je telinga ni panas je duk dengar kata-kata yang tak sedap didengar..kekadang tu takde buat apa salah pun..hurm rasa cam nak sepak je mulut-mulut yang duk mengata hal orang lain tu..

orang kata biasanya kalau bab mengata orang ni keje org perempuan kan tapi bagi aku lelaki ke perempuan sama je..dua-dua ada mulut, ada lidah, ada nafsu, ada sifat nak ambik tau hal orang lain..kata lah apa yang nak dikata..korang mengata aku ye takpe aku kata alhamdulillah lantak korang la nak kata apa..korang kata aku dapat dosa tapi pahala dapat kat aku haha terima kasih bebanyak le ya bagi aku pahala free..kata la banyak-banyak lagi lepas ni ye..untung aku tak payah buat apa-apa pun :)


p/s : lepas ni kata lagi banyak-banyak ye ^_~