Thursday, July 3, 2014

Selamat kembali!

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam Ramadhan semua. Hari ni semua orang sibuk bercerita tentang pengislaman saudari Felixia Yeap. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana semakin bertambah saudara seislam kita. Setelah sekian lama 'mencari' akhirnya beliau berjaya kembali ke jalan yang di redhai Allah. Aku tak berapa mengenali beliau, secara profesional atau pun secara personal. Aku hanya mengetahui kisah beliau melalui status di media sosial, blog dan akhbar. Jadi aku memang tak ada hak untuk berbicara lanjut tentang beliau.

gambar pinjam tapi nak buat harta :P

Cuma kisah perjalanan ke arah pengislaman beliau yang berlegar di setiap corong telinga masyarakat ni agak menarik perhatian. Daripada seorang model yang agak 'terbuka' segala-galanya kepada seorang insan yang bertutup-litup, berubah segala-galanya. Itulah salah satu tanda kekuasaan Allah. Hanya Dia yang mampu membolak-balikkan hati setiap hamba-Nya. Jika Dia mahu, tiada yang mustahil, pasti akan terjadi.

Actually jika di renung tentang kisah perjalanan ke arah pengislaman beliau, kita boleh merungkai apa yang berada di dalam hati setiap insan yang secara zahirnya beragama islam. Tak perlu dicoretkan setiap perincian kerana aku pasti kamu semua dah tahu apa kisahnya. Islam secara keturunan tidak semestinya islam sebenar-benarnya. Kerana apa yang paling penting di sisi Allah adalah amalan. Di hadapan pintu syurga dan neraka nanti malaikat tak minta kad pengenalan. Jadi jangan nak bongkak kerana di lahirkan sebagai islam. Perkataan islam pada kad pengenalan tu tak dapat menjamin kita akan masuk syurga. Tidak juga bermakna kita tak layak untuk menjadi ahli neraka.

Semoga pengislaman beliau dapat membuka pintu hati kita untuk lebih mendekati Allah Yang Maha Esa. Bukan hanya sekadar kata-kata tetapi penghayatan dan amalan perlu turut serta. Kamu boleh baca coretan Felixia Yeap di sini.


p/s : selamat kembali

4 comments: