Monday, July 14, 2014

Jaga-jaga rujukan kita!

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

baby ni comel!

Dunia makin maju, cara untuk membuat rujukan tentang satu-satu perkara juga telah maju. Semuanya berada di hujung jari kita. Tapi kena hati-hati dengan sumber rujukan yang kita mahu guna. Aku ada terima satu mesej dari whatsapp yang berbunyi:
"Salam semua. Pagi ini terima pesanan dari whatsapp group Ustaz Zainudin, dari Jabatan Agama Islam Selangor. Dia suruh sebarkan perkara ini. Ada satu puak telah dengan sengaja membina beberapa website untuk menyebarkan maklumat yang salah mengenai Al-Quran dan Hadith. Dengan itu sila berhati-hati terhadap website tersebut dan sila beritahu sahabat lain. 
www.answering-islam.org
www.aboutislam.com
www.thequran.com
www.Allahassurance.com
Tolong kirim pesanan ini kepada seramai muslim yang boleh kerana jika tidak, mungkin ramai orang Islam akan mendapat maklumat yang salah mengenai agama Islam. Tadi ada minta seorang ustaz di UM untuk periksa. Dia kata betul. Paling bahaya adalah answering islam."

 Aku rasa untuk non-muslim yang mahu mencari rujukan tentang Islam juga perlu ambil tahu perihal pesanan ini. Kena ambil tahu atau kamu akan mendapat maklumat yang salah. Dan pasti kamu (non-muslim) akan mula memandang serong terhadap Islam jika kamu mendapat maklumat yang salah. Apa yang pasti Al-Quran dan hadith adalah sebaik-baik sumber untuk dijadikan rujukan.

Wallahua'lam.


p/s : dunia akhir zaman, fitnah berleluasa.
 

Sunday, July 13, 2014

Jangan menyesal!

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.




Tersebut al-kisah Iskandar Zulkarnain dan tenteranya terpaksa mengharungi terowong yang panjang dan gelap. Tiada api dan cahaya. Di tengah perjalanan, mereka terpijak batu-batu yang begitu banyak bertaburan. Ada yang berkata, terowong ini kaya dengan emas dan berlian. Apa lagi! Ada orang yang mula mengutip batu-batu tersebut hingga penuh tangan. Ada yang menggunakan baju untuk dijadikan pemegang batu-batu. Ada juga yang tidak percaya dan tidak mengutip apa-apa.

Setelah sekian lama berjalan dalam gelap, ada diantara mereka merasa letih lalu melepaskan batu-batu yang mereka bawa. Akhirnya mereka mula nampak dihujung terowong. Dalam samar-samar mereka telah lihat, batu-batu yang mereka bawa adalah benar-benar emas dan berlian. Ada yang meminta kebenaran dari Iskandar untuk berpatah-balik ke tengah terowong, tapi tidak dibenarkan.

Bila mereka keluar dari terowong, maka penyesalan yang amat hebat dirasakan oleh tentera-tentera Iskandar Zulkarnain. Semua menyesal. Tidak ada yang tidak menyesal.

  • Paling menyesal ialah yang langsung tidak percaya. Tiada langsung emas dan berlian yang di bawa walaupun mempunyai peluang.
  • Yang bawa sedikit juga menyesal. "Kenapalah aku bawa penuh tangan saja? Aku sepatutnya gunakan baju, kain dan sebagainya untuk angkut emas dan berlian."
  • Yang bawa penuh baju juga menyesal. "Sepatutnya  aku pinjam kain dari orang lain. Aku patut guna mulut untuk angkut emas dan berlian."
  • Yang paling menyesal. Yang pada mulanya percaya, tetapi melepaskan batu-batu di separuh-jalan kerana tidak yakin, kerana letih dan malas. 
Begitulah gambaran penyesalan kita bila sampai ke alam akhirat. Semua menyesal. Tiada yang terkecuali. Ketika sakaraatul maut, kita akan dinampakkan gambaran di mana nasib kita di akhirat. Ketika itu roh kita meronta-ronta tidak mahu meninggalkan dunia jikalau gambaran yang tidak baik ditunjukkan. Seperti mereka yang meronta-ronta untuk balik ke tengah terowong dan meminta kebenaran untuk balik semula. Tetapi apabila roh sudah sampai ke penghujungnya untuk mendiami jasad, semuanya sudah terlambat.

Bila sampai di akhirat, semua orang akan menyesal. Yang soleh dan solehah menyesal kerana masa yang berlalu tidak dimanfaatkan untuk meningkatkan amal ibadat agar mendapat darjat yang lebih tinggi. Yang sekejap soleh, sekejap menentang Allah, menyesal tak sudah. Ada amalan, tapi sedikit. Dosa yang menimbun.

Orang-orang kafirlah yang paling menyesal. Terutamanya mereka yang sudah 'sampai seru', faham tentang Islam tetapi memilih untuk tidak beriman kerana ego, pangkat dan harta dan sebagsinya. Orang yang asalnya Islam tetapi memilih untuk meninggalkan agamanya, menyesal tak sudah. Seperti mereka yang mulanya percaya lalu mengutip batu-batu tetapi melepaskan batu-batu dipertengahan jalan kerana tidak yakin, penat, malas dan sebagainya. Di akhirat nanti merekalah orang yang paling menyesal.

Itulah gambaran penyesalan di akhirat kelak. Diceritakan penyesalan mereka dalam Surah as-Sajadah, ayat 12. Ahli neraka merayu kepada Allah. "Wahai Tuhanku, sesungguhnya kami telah lihat dan dengar kedahsyatan akhirat, kembalikanlah kami ke dunia untuk beramal soleh. Sesungguhnya kami telah benar-benar yakin."


Wallahua'lam.


p/s : sesal dahulu pendapatan...

Friday, July 4, 2014

Diculik atau di bawa lari?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Masih selamatkah persekitaran kita? Baru-baru ni ada dengar khabar seorang kanak-kanak di kawasan aku nyaris-nyaris di bawa lari oleh orang yang tak dikenali. Khabarnya lagi gerakan mengesan kenderaan yang digunakan masih giat dijalankan oleh pihak berkuasa. Khabarnya juga kejadian tu berlaku berhampiran kawasan sekolah. Hurm, apa nak jadi dunia akhir zaman ni?

Di bawah ni ada satu lagi kes. Sudah beberapa hari aku tengok berlegar-legar di alam maya. Nampak macam masih gagal dikesan kedudukan dan status adik ni. Hurm, aku nak bantu tapi dengan cara buat entri berkenaan ni je la yang aku mampu. 


Nak minta tolong semua doakan adik ni selamat. Dah hilang 3 hari termasuk hari ni (1 Julai 2014). Perempuan berumur 20 tahun. Pada asalnya beliau pergi ke Maybank Kuala Krai, selepas itu langsung tak pulang ke rumah. Sangat rapat dengan ahli keluarga. Tak pernah berenggang dengan emaknya. Setakat hari ni info yang diperolehi (trace no tel), adik ni berada di Puchong. Jika mempunyai apa-apa maklumat sila hubungi ahli keluarga beliau.
019-9990113
019-6616156
017-3730151

Itu kandungan mesej yang dipaparkan. Maknanya sudah hampir seminggu adik ni hilang. Jadi bagi sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan silalah hubungi ahli keluarga beliau. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga adik ni dapat dikesan dan berada dalam keadaan yang sihat dan selamat. Amin.




p/s : di culik dan di bawa lari, dua kes yang berbeza. - ada orang kata.

Thursday, July 3, 2014

Selamat kembali!

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam Ramadhan semua. Hari ni semua orang sibuk bercerita tentang pengislaman saudari Felixia Yeap. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana semakin bertambah saudara seislam kita. Setelah sekian lama 'mencari' akhirnya beliau berjaya kembali ke jalan yang di redhai Allah. Aku tak berapa mengenali beliau, secara profesional atau pun secara personal. Aku hanya mengetahui kisah beliau melalui status di media sosial, blog dan akhbar. Jadi aku memang tak ada hak untuk berbicara lanjut tentang beliau.

gambar pinjam tapi nak buat harta :P

Cuma kisah perjalanan ke arah pengislaman beliau yang berlegar di setiap corong telinga masyarakat ni agak menarik perhatian. Daripada seorang model yang agak 'terbuka' segala-galanya kepada seorang insan yang bertutup-litup, berubah segala-galanya. Itulah salah satu tanda kekuasaan Allah. Hanya Dia yang mampu membolak-balikkan hati setiap hamba-Nya. Jika Dia mahu, tiada yang mustahil, pasti akan terjadi.

Actually jika di renung tentang kisah perjalanan ke arah pengislaman beliau, kita boleh merungkai apa yang berada di dalam hati setiap insan yang secara zahirnya beragama islam. Tak perlu dicoretkan setiap perincian kerana aku pasti kamu semua dah tahu apa kisahnya. Islam secara keturunan tidak semestinya islam sebenar-benarnya. Kerana apa yang paling penting di sisi Allah adalah amalan. Di hadapan pintu syurga dan neraka nanti malaikat tak minta kad pengenalan. Jadi jangan nak bongkak kerana di lahirkan sebagai islam. Perkataan islam pada kad pengenalan tu tak dapat menjamin kita akan masuk syurga. Tidak juga bermakna kita tak layak untuk menjadi ahli neraka.

Semoga pengislaman beliau dapat membuka pintu hati kita untuk lebih mendekati Allah Yang Maha Esa. Bukan hanya sekadar kata-kata tetapi penghayatan dan amalan perlu turut serta. Kamu boleh baca coretan Felixia Yeap di sini.


p/s : selamat kembali

Wednesday, July 2, 2014

Kamu percaya? Sengal!

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam entri sebelum ni aku ada tulis tentang kebimbangan aku pasal benda-benda dalam talian kan? Sekarang kamu boleh baca apa yang di tulis dalam e-mel yang aku print screen kan di bawah ni!


Mesej asal dalam bahasa Perancis.

Yang ni setelah diterjemahkan oleh pakcik google. Almaklumlah aku mana pandai berbahasa Perancis.

Konon nak bagi 10% hasil pelaburan. Hurm, kalau 10% daripada 6 juta, banyak tu! o_O


p/s : manusia akhir zaman.

Rezeki atau bala?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kolaborasi - jika mengikut apa yang di tulis dalam website Pusat Rujukan Persuratan Melayu, ia bermaksud subahat (kerjasama) dengan musuh atau orang jahat, subahat dalam perbuatan jenayah dan sebagainya. 

gambar pinjam buat harta ambil dari sini.

Hurm, actually aku ada terima satu e-mel daripada satu syarikat. Dalam e-mel tu dinyatakan, pihak dia berminat untuk berkolaborasi dengan aku. Menurut apa yang dinyatakan dalam e-mel tu, pihak dia membelek entri-entri yang aku tulis dan pihak dia tertarik dengan cara aku menulis dalam blog ni. Interesting and eloquently written katanya. Entah mana datang menariknya aku pun tak tahu. Entahlah.

Actually  benda ni rezeki atau bala? Rezeki jika aku terima tawaran dia dan dapat pulangan yang memberangsangkan. Pihak dia masyuk, aku pun masyuk. Dan ia akan jadi bala jika aku terima tawaran dia dan hasilnya aku dipergunakan untuk kepentingan dia tanpa dapat apa-apa dan lebih teruk lagi jika aku dapat susah akhirnya. Hurm, susah betul!

Nak percaya susah, tak nak percaya pun susah. Nak percaya takut kena tipu. Almaklumlah sekarang ni benda-benda dalam talian ni susah sikit nak percaya. Banyak tipu daripada betul. Tak nak percaya pula takut tolak rezeki. Dalam zaman segala-galanya memerlukan duit ni, kalau ada orang tawar apa-apa nak juga cuba kan. Mana tahu dapat pulangan lumayan! Hurm, susah betul! Kalau nak di kira pasal status syarikat yang dinyatakan, boleh tahan juga dia punya gah. Apa pandangan kamu? 



p/s : penipu, menipu, tertipu? Argh!!!