Saturday, May 31, 2014
Anda sedang diperhatikan!
Wednesday, May 28, 2014
Tak perasan pula..
Monday, May 26, 2014
Adat pertandingan.
Sunday, May 25, 2014
DNA babi?
Sunday, May 11, 2014
Kanak-kanak hilang!
Sejak akhir-akhir ni banyak betul kes orang hilang. Bayangkan jika adik, anak, saudara atau kenalan kita yang terkena. Jadi bagi sesiapa yang ada maklumat, sila beritahu kepada pihak berkuasa. Baru tiga (3) tahun umur adik ni. Semoga dengan bantuan kamu, adik ni dapat di kesan dan di bawa balik ke pangkuan keluarganya dengan selamat.
p/s : aman betul dunia akhir zaman ni kan?
Saturday, May 10, 2014
Musibah tu apa?
Jika diperhatikan ayat di atas ni. Jelas mengatakan bahawa setiap kali di timpa musibah maka hendaklah mereka menyebut Inna Lillahi Wa Inna Ilahi Roji'un. Setiapkali di timpa musibah, bukan hanya ketika menerima berita kematian. Maknanya apa jua musibah yang menimpa, hendaklah kita menyebut ayat tu. Bencana alam, rumah terbakar, kemalangan, banjir, kemarau, air kena catu, semua tu tergolong dalam kategori musibah kan? Bukan niat aku nak menafsir ayat di atas tu sebab aku bukan ahli tafsir cuma Allah kan dah kurniakan akal kepada kita jadi kenalah gunakan akal tu kan. Dan kalau aku silap, betulkan aku ya.
Maknanya ayat ni bukanlah hanya diucapkan bila menerima berita kematian sepertimana yang kita amalkan selama ni. Bila demam kita ucap. Bila jari terhiris dek pisau, kita ucap. Bila terkemalangan, kita ucap. Bila air kena catu sebab empangan kering pun kita ucap. Sebab semua tu musibah kan? Musibah ni kadang-kadang berlaku sebab silap kita juga. Leka dengan nikmat yang di beri sampai lupa kepada yang memberi nikmat. Jadi Dia bagi musibah sebagai peringatan agar kita kembali ke jalan yang sepatutnya.
Jika tak silap aku mengingat, ayat Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Roji'un tu sebagai peringatan bahawa kita hidup di dunia ni semuanya atas kehendak-Nya. Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita ni semua telah diaturkan oleh-Nya. Berlakunya sesuatu perkara tu atas kehendaknya. Dari hujung rambut sampai hujung kaki kita ni, semua milik Dia. Tapi jangan pula hidup melangut je. Duduk saja tak buat kerja, takde usaha nak majukan diri -_- dengan alasan semua perkara telah diaturkan oleh Dia. Istighfar.
"Dia beri dunia kepada manusia yang Dia suka dan juga kepada manusia yang Dia tidak suka tetapi Dia hanya beri agama kepada manusia yang Dia suka."
Wallahu a'lam.
p/s: saya budak baru belajar...
Dari DIA kita datang..
Subscribe to:
Posts (Atom)