Monday, March 10, 2014

Jika Kami Kehendaki!

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

"Jika Kami Kehendaki". Aku lebih suka tekankan ayat ini daripada ayat keseluruhannya. Bagi aku ia membawa maksud yang pelbagai. Aku bukan ahli tafsir jadi jika kamu mahu tafsiran yang sebenar mengenai ayat-ayat ini, kamu perlu merujuk kepada ilmuan-ilmuan tafsir yang sebenar. Bukan juga niat aku untuk mengaitkan ayat ini dengan peristiwa yang berlaku sekarang. Namun ia berkait dengan mulut-mulut manusia yang suka menuding jari, menuduh itu dan ini setiap kali ada perkara berlaku.


Pelbagai kata-kata yang tersebar mengatakan perkara itu dan ini  terjadi kerana silap manusia itu sendiri, kerana manusia itu berasal daripada situ atau sini maka ia menjadi punca perkara itu berlaku. Iya, memang tidak dapat dinafikan kecuaian manusia juga menjadi faktor sesuatu perkara itu terjadi. Namun ia hanya 'alasan' yang digunakan untuk di lihat oleh mata kasar manusia. Inilah yang dikatakan takdir dan sebagai hamba-Nya yang beriman kita wajib percaya kepada qada dan qadar. Ia termasuk dalam rukun Iman kan? Tak kisah lah apa juga perkara yang terjadi, malah jika sekadar di gigit nyamuk sekalipun, ia berlaku atas kehendak-Nya. Jika Dia tidak berkehendak sesuatu perkara itu berlaku maka ia tidak akan berlaku.

Walau apa juga yang terjadi, diharapkan usaha mencari dan menyelamat pesawat MAS-MH370 yang sehingga ke waktu ini masih belum ditemui, dipermudahkan oleh-Nya. Menguraikan segala tanda tanya yang bersarang dibenak sanubari manusia yang terlibat secara langsung atau tidak.

Kun Faya Kun


Wallahu a'lam.


2 comments:

  1. semua yang berlaku atas kehendakNYA. Biarpun jari ditunding kepada sesiapa sekalipun, hanya tuhan yang tahu segalanya. Kita hanya mampu berdoa dan mengharapkan yang terbaik kerana apa yang terjadi pasti ada hikmahnya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua yang terjadi ada hikmahnya. hanya yang tersurat terpandang dek mata manusia, apa yang tersirat disebaliknya hanya Dia yang tahu :)

      Delete