Thursday, February 13, 2014

Nivea In-Shower Skin Conditioner?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Apa cerita pasal nivea in-shower skin conditioner ni? Hurm, kalau tengok apa yang di tulis dalam gambar tu, ia mampu memperbaiki 10 tanda-tanda kulit kering dan kulit rosak ya. Sepanjang hidup aku tak pernah lagi aku guna 'body lotion' rasanya. Orang kerja kasar macam aku ni perlu guna 'body lotion' kah? Nanti aku fikir semasak-masaknya ya! Heh 

Aku pengguna nivea juga tapi bukan 'body lotion'. Aku guna 'nivea men invisible for black and white' yang calit di celah lengan saja. Aku tak rasa aku perlu guna 'body lotion' ni tapi bagi sesiapa yang cakna tentang penampilan diri bolehlah difikirkan untuk mencuba produk ni. Siapa tahu hasilnya bakal menceriakan hari anda! Tak cuba tak tahulah hasilnya, kan? hehe.



p/s : buka email ada iklan ni, terus jadi entri. peace :)

Monday, February 10, 2014

wah! untung banyak la ye!

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.




15 (lima belas) hari sudah berlalu, jadi berakhir sudah tempoh kawalan harga barangan di pasaran. Puas hati dengan harga-harga yang ditawarkan? Berapa jumlah penjimatan yang terhasil? Banyak atau sama saja macam sebelum kawalan harga barangan dibuat? Heh

Actually aku terfikir sesuatu berkenaan isu ni. 15 (lima belas) hari harga barangan dikawal, pengguna mungkin dapat menjimatkan jumlah perbelanjaan namun perlu juga di fikir, disebabkan kawalan harga tu pembekal dan pemborong mungkin terpaksa mengalami kerugian atau untung sedikit disebabkan kawalan harga tu. Harga dikawal untuk tempoh tertentu, pengguna senang hati kan? Tapi bila harga yang disyorkan hampir-hampir menjerut leher pembekal dan pemborong, apa akan jadi bila tempoh kawalan berakhir? Kenaikan mendadak akan berlaku kerana pembekal dan pemborong nak dapatkan semula keuntungan yang sepatutnya mereka dapat semasa tempoh kawalan harga, pengguna akan kembali menggaru kepala yang tak gatal tu. 

Bagi aku, kalau betul nak kawal kenaikan harga barangan dipasaran, kena kawal dari puncanya. Apa punca yang menyebabkan kenaikan berlaku? Kos pengurusan, kos operasi, kos penghantaran, semuanya berlaku kenaikan dan puncanya? Kamu fikir sendirilah!

Peruncit macam aku ni adalah peringkat terakhir sebelum sampai ke tangan pengguna, dan semua harga bergantung kepada harga bekalan yang aku dapat. Jika mahal , mahallah aku jual, jika murah, murahlah aku jual. Boleh buat pusing modal, ada untung, dapat bayar segala macam bil dan ansuran tiap-tiap bulan, okay lah. Berniaga kecil-kecilan memang macam tu la. Bukan modal juta-juta nak untung puluh ribu sebulankan?.

Ada yang kata peruncit punca kenaikan harga berlaku. Peruncit tamak katanya, suka-suka naikkan harga sebab nak untung besar. Sampai ada yang tanya aku berapa aku jual untuk seekor ayam. Bila aku kata, rm 16-17 seekor dia kata; "wah! untung banyak la ye, kalau sehari 20/30 ekor dah berapa dapat tu!" . Hurm..memang nampak macam untung banyak kan? Tapi dia tak fikir ke modal yang aku kena keluarkan untuk 20/30 ekor tu berapa? Untung bersih dapat berapa je bro! Dia fikir berapa yang aku jual je tapi tak fikir pula modal yang aku kena keluarkan. Susah kalau berurusan dengan manusia yang hanya memikirkan 'tembolok' sendiri ni. Bela sendiri la bro, nak proses hantar kat aku, seringgit seekor je aku ambil upah proses. Aku bukannya labur belah kanan, kaut belah kiri, tabur sekali setahun, kutip sepanjang tahun!





p/s : 40% je aku ambik