Sunday, January 19, 2014

Dah penuh sawang!

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Salam tahun baru masihi. Dah hampir sebulan 2014 berlalu. Ada apa-apa perubahan dalam kehidupan? Atau masih sama saja seperti tahun sebelumnya? Atau semakin teruk perjalanan hidupnya? Sendiri tanya sendiri jawab lah ya! Bukan hak aku untuk menilai baik atau buruk perjalanan hidup kamu, hanya Dia yang berhak untuk menilai segalanya. 

Agak lama aku menyepi, dan jika digunakan ayat 'poyo', dah penuh sawang blog aku ni sampai spiderman pun boleh jadikan blog ni sebagai tempat persembunyian dia. Heh. Actually itulah ayat yang selalu digunakan bila lama sangat blog tak berusik kan? heh. 

Taip, padam, taip, padam, dan sudahnya klik close  di penjuru atas sebelah kanan tu. Jadi silent reader merayap dari satu blog ke satu blog, baca entri orang lain dengan harapan adalah idea untuk menaip, tapi......hampa juga akhirnya. Idea tetap tak kunjung tiba. Aku pasrah (poyonya) heh.

Umur semakin hari semakin bertambah, namun apakah amalan juga turut bertambah? Atau tetap berada ditakuk lama? Atau semakin berkurangan amalannya dek kerana kesibukan yang di cari? Lagi sekali sendiri tanya sendiri bagi jawapan, heh. 

Pening kepala dengan pelbagai perkara yang berlaku sejak 2014 muncul. Macam-macam dugaan yang muncul, dan aku rasa tak perlu aku beritahu di sini sebab sebagai rakyat negara ni, pasti kamu semua tahu apa yang sedang berlaku sejak akhir-akhir ni. Sabar, doa, kerja keras dan tawakal sajalah kepada Dia, semoga di tunjukkan jalan supaya kaki tetap terus mampu untuk melangkah, meredah segala ranjau kehidupan.

Itu saja idea yang ada untuk kali ni. Insya Allah jika panjang umur dan di beri keizinan, aku akan kembali mengetuk papan kekunci mr. lappy ni. Selamat tahun baru 2014 masihi. Semoga aku, kamu dan mereka semua diberikan hidayah dan ketabahan untuk tetap selamanya berada dijalan yang diredhai oleh-Nya. Amin

4 comments:

  1. hey selamat tahun baru...masih tidak terlambat lagi kan...
    semoga berjaya...ikut the flow by flow insya allah...ada jalan..weee

    ReplyDelete
  2. terima kasih azie, selamat tahun baru kembali :))

    ReplyDelete
  3. baru 20 hari je melangkah di tahun baru, tapi dah macam macam isu..entah esok lusa apa lagi isu yang akan timbul kan..

    p/s comel nenek tu...hehehe ;)

    ReplyDelete