Monday, October 28, 2013

Kisah masyarakat Sadum

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bismillahirrahmanirrahim.


Masyarakat Sadum adalah masyarakat yang rendah moralnya, rosak mentalnya, tidak mempunyai pegangan agama atau nilai kemanusiaan yang beradab. Kemaksiatan dan kemungkaran bermaharajalela dalam pergaulan hidup mereka. Rompakan dan rampasan harta merupakan kejadian harian, di mana yang kuat menjadi kuat, sedang yang lemah menjadi korban penindasan. Maksiat yang paling menonjol dalam masyarakat mereka ialah perbuatan homoseksual. Yang lelaki bersama lelaki, yang perempuan bersama perempuan. Malah perbuatan ini menjadi satu budaya dalam masyarakat mereka.

Setiap pedagang yang memasuki kota tidak akan terlepas dari di ganggu mereka. Jika ia membawa barangan berharga, maka ia akan di rampas. Jika melawan atau menolak untuk menyerahkan barangan berharga, pasti nyawa akan melayang. Akan tetapi jika pendatang itu merupakan seorang lelaki tampan, maka dia akan menjadi rebutan di antara para lelaki dan begitu juga jika pendatang itu seorang perempuan cantik, maka dia akan menjadi rebutan para perempuan masyarakat Sadum.

Oleh kerana keruntuhan moral dan penyakit sosial yang semakin parah, maka Nabi Luth diutuskan oleh Allah agar dapat menyeru mereka kembali ke jalan yang benar. Agar mereka kembali beriman dan beribadah kepada Allah, meninggalkan perbuatan mungkar dan maksiat. Nabi Luth menerangkan kepada masyarakat Sadum bahawa amal perbuatan mereka tidak di redhai dan tidak sesuai dengan nilai-nilai kemanusiaan dan bahawa Allah akan memberi ganjaran setimpal dengan amal perbuatan mereka. Yang berbuat baik dan beramal soleh akan mendapat ganjaran syurga, dan yang melakukan perbuatan mungkar akan mendapat azab api neraka di akhirat kelak.

Nabi Luth juga menyeru agar mereka meninggalkan adat dan kebiasaan mereka iaitu perbuatan homoseksual, kerana perbuatan itu bertentangan dengan fitrah dan hati naruni manusia serta menyalahi hikmah kejadian manusia itu dua jenis lelaki dan perempuan. Nabi Luth juga menasihati mereka agar menghormati hak orang lain dengan tidak lagi melakukan rompakan rampasan harta sesama mereka dan setiaap pedagang yang memasuki kota mereka. Nabi Luth menerangkan bahawa perbuatan mereka akan merugikan mereka sendiri, menimbulkan huru-hara dan kekacauan, juga akan membuatkan mereka tidak merasa aman dan tenteram dalam hidup.

Namun, oleh kerana kerosakan moral dan akhlak , pengaruh hawa nafsu telah lama berakar umbi di dalam hati dan kehidupan, mereka berkata kepada Nabi Luth agar menghentikan usaha dakwahnya atau di usir keluar dari negeri. Nabi Luth merasakan sudah tiada harapan bagi kaum Sadum untuk kembali ke pangkal jalan dan satu-satunya cara untuk mencegah kesesatan mereka ialah dengan membasmi mereka dari atas muka bumi. Nabi Luth memohon kepada Allah agar kaum Sadum diberi pengajaran berupa azab di dunia sebelum azab yang telah sedia menanti mereka di akhirat.

(bersambung)

4 comments:

  1. menarik kisah ni...nak sambung baca jap :)

    ReplyDelete
  2. NAK baca lagi kisah-kisah nabi ni..t citer kisah nabi lain plak ek..suka!!hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. insha allah nanti kalau berkesempatan saya kongsikan lagi cerita2 nabi ni..semuanya kisah panjang-panjang so kena fikir cara camna nak edit bagi pendek tapi tak lari dari cerita asal..hehe

      Delete